Nota ini aku tuliskan untuk ж., jejaka misteri yang sentiasa ada umpama oxygen di sekitaranku tetapi tidak pernah terlihat. Dia seorang lelaki yang terpaling hijau umpama semarak batu emerald,hijaunya juga bak lautan yang dilihat dari kejauhan, dan hijaunya juga bagai hutan malar amazon yang tidak pernah diterokai.
Dia yang membuat aku masih menanam harapan adanya insan lelaki yang tidak mengambil kesempatan. Yang mendengar keluh kisahku dengan empathy, yang memandang aku seperti seorang manusia. Yang tidak melihat kekurangan aku, seorang perempuan yang dianggap biasa-biasa di dunia yang mementingkan wajah yang luar biasa, putihmulus dan ketrampilan yang bukan awam. Seperti namaku, aku memang sering dikatakan kaku seperti tiada perasaan. Itu hanyalah imej yang aku jelmakan agar tiada siapa tahu apa gelora di dalam ini.
Wahai ж.. Yang sebenarnya, aku amat merindukan kamu. Aku merenung garis suria sebagai garis fajar pagi tetapi kau pastinya sedang menikmati indahnya cahaya merah mentari di hari yang kian kelam… Aku rindukan bagaimana tanpa suara kau mampu buat aku penasaran. Tanpa wajah, kau mampu buat aku sengsara dalam bahagia.
Dalam setiap kali terbaca postingmu di media sosial, membuat aku mereka-reka apakah yang di sebalik persona yang kau paparkan. Sering terlintas ketika kaudendangkan lagu itu, aku membayangkan suaramu menyebut namaku walaupun ituhanyalah sebuah harapan kosong. Tanpa paksa kau buat aku senyum bahagia. Dan tanpa sedar kau mampu membuat air mataku menitis…