Home Alternatif Kisah Hidup Janda
Janda
TGNAURA
20/2/2020 18:00:40
11,570
Kategori: Alternatif
Genre: Kisah Hidup
Senarai Bab
J1
J2
J1

"Laa.. dia janda ke? Patut aku tengok merenyam semacam je"

"Ye la.. kau baru masuk pekan ni, Banyak yang kau tak tahu kat sini. Laki kau tu pencen askar. Duit bekepok, baik kau jaga-jaga takut perempuan tu masuk jarum, tak pasal-pasal kau dapat madu."

"Eh. Eh aku cili juga makcik mulut longkang ni kang!"

              Aku toleh sebelah, Eka a.k.a Erman bin Kamarulzaman dah siap lipat lengan baju konon nak berlawan dengan 'Mak Cik' bawang yang sedang  mengumpat kat luar kedai makan aku ni hah!

"Dah lah Eka, tak payah layan diorang tu. "
                Aku kunci lengan Eka, takut badan kurus tu terbang keluar dan menghenyak makcik- makcik bertubuh gemuk kolestrol kat luar tu.

                 Jangan ingat walau tubuh Eka kurus, dia tak mampu lawan makcik-makcik tu?
                  Hormon jantan tetap terselit kat celah darah Eka walau nampak dia lembut mengoda.

"Kak! Takkan aku nak diam? Bukan sekali makcik puaka niang rapik tu mengata kau! Aku ni panas je! Rasa nak rodok mulut diorang dengan tulang ayam dalam tong sampah kat belakang tu!"

                 Ewah-ewah!
                 Tahu lah aku ni jual nasi ayam dan tong sampah belakang kedai ni memang selalu penuh dengan tulang ayam.
                 Tapi agak-agak lah nak bagi makcik tu tulang ayam. Ingat diorang tu kucing ke?

"Kau marah pun diorang bukan akan diam, nanti mengata balik. Tak guna nak layan diorang tu, Eka."
                  Lengan Eka terus aku rantai, tak mahu manusia dua alam keluar dari kedai.

                   Eka pandang tajam pada aku, sebentar kemudian tunduk memandang lengannya yang masih disauk tangan aku.
                   Nak lepaskan?
                   No way!

                  Apa lagi merengus je la bapok tu tengok aku, nak melawan tak boleh. Kang aku berhenti kan kerja kau lagi susah.

"Dik.. oder."

                    Serentak aku dan Eka memandang di satu sudut kedai. Seorang lelaki bertubuh sasa senyum segaris bila mata kami bertemu.

"Hah! Crush kau Eka! Apa lagi. Pergi ambik oder."
                    Peluang!
                    Aku tolak lengan Eka.

                      Masa tu aku dah tengok wajah masam Eka berubah cantik menjadi pontianak harum sundal malam.
                       Kira elok sikit la dari muka mak lampirnya tadi.

"Pergi la Eka."
                       Lengan aku sendeng- sendeng lagi bahu Eka yang dah keluarkan aura gediknya.

                       Bukan aku tak tahu, Eka suka stalker mamat sasa tu sejak lelaki tu selalu je makan kat kedai ni.
Lebih tepat mamat tu pelanggan tetap Chicken Rice Cafe ni.

                        Teruja dengan lampu hijau yang aku bagi, bibir merah Eka dikuncup-kuncup serupa putik Ros kemudian mata bersinar cerah sebelum langkahnya dikepitkan menghampiri lelaki tadi.

                         Suka lah tu?!

                        Aku terus perhati liuk lintuk Eka dah macam sotong kurita dasar laut. Geli kot.

                      Tapi bagi aku itu hal Eka. Malas aku nak ambil peduli, lagipun kerja Eka Kat kedai ni tip top. Tak pernah ada aduan dari pelanggan tentang dia.

                       Mata aku berbalik pulak pada lelaki yang masih duduk melayan paksa Eka. Lagi sekali bibir aku gelak. Aku pasti lelaki tu meluat agaknya dengan Eka.
                       Tapi takkan nak tunjuk kan, aku perasaan senyum dia dipaksa.

                        Lelaki tu memang pelanggan tetap kedai ni, nama dia Indra.
                         Mana aku tahu?
                         Tentu lah Eka bagi tahu.

                         Kata Eka, Indra buat 'freelance online trading'

                 Apa ke benda tu?

                Eka terangkan, Indra akan duduk depan komputer riba sambil beli dan jual saham.
                 Dari situ dia dapat duit yang banyak.

Oh! Macam tu pun boleh buat duit?

                 Patutlah Indra selalu lepak kedai aku kadang-kadang sampai berjam-jam.

                 Kerja dia hanya menghadap komputer riba.

                 Aku tak peduli pun, dalam kedai ni banyak meja. Tak pernah pulak la pelanggan lain datang sampai tak cukup meja nak duduk.

                 Setakat Indra duduk satu meja kecik tak jadi masalah pun.

                  Mamat tu duduk mesti dia akan oder nasi ayam lepas tu mintak lagi oder makanan sampingan, kadang- kadang tambahan oder untuk air nak dekat Lima enam gelas.
Untung juga aku.

"Kalau makcik nak membawang, jangan kat sini! Pergi taman kat hujung pekan ni. Ni pintu kedai makan. Orang datang sini nak makan. Faham!

                 Okay!
                 Ni pula mamat berlagak mat saleh.
                kenapa aku cakap mat saleh?

                 Setiap kali masuk tak pernah bagi salam.

                  Lepas tu kalau datang sini tak kira waktu tengahari pun, mesti pakai kemeja dengan blazzer atau coat, ingat negara ni ada empat musim ke?

                    Mata mat saleh celup ni pulak selalu je terlindung dengan kaca mata hitam. Nak kata kedai aku takde bumbung sampai matahari boleh telus, tak jugak.

                    Tapi nak jugak aku terima kasih kat mamat ni, Sebab jerkahan dia kat luar tu, serta merta menyebabkan makcik mulut puaka tu pergi dari 'membawang' depan kedai aku.

"Macam biasa."

                     Aku yang masih kat kaunter, angkat muka. Kening nipis hampir bercantum melihat mamat berlagak tadi yang sudah berdiri depan meja.

"Macam biasa apa?"
                       Ingat kedai ni bapak dia punya ke? Dan ingat aku ni orang gaji dia ke yang tahu apa dia nak?

                      Mamat kerek tu mengampu kedua tangannya diatas meja, mata tenung aku.

                       Eh silap.
                       Aku tak nampak biji mata dia terarah pada aku atau tak.
                       Aku cuma agak dia memang tenung aku sebab muka dia lurus je ke wajah aku.

"You ni orang baru ke? Mana pondan yang biasa ambik oder kat sini?"

Orang baru?
Hello aku yang bukak tempat ni tahu tak?!
Aku bos kat sini.
Aishh..

"Eka!"
Aku jerit nama Eka.

                    Manusia dua alam tu masih terlentok-lentok nak mengayat Indra.
                    Kali kedua aku laung nama Eka, baru Erman bin Kamarulzaman tu datang ke kaunter.

                    Mula-mula muka sotong tu macam tempe keras, lepas tu tiba-tiba bersinar balik.
                   Mungkin nampak mamat saleh kaca mata hitam ni kot.

                    Cepatnya hormon ciplak ni berubah!
Huh!

"Ye bang.. macam biasa ke?"
                     Laju je Eka masuk ke kaunter,tolak aku ketepi, kemudian mengambil oder mamat mat saleh ni.

                    Aku hanya mampu geleng kepala, seraya masuk kembali ke bahagian dapur.

                      Dah terbiasa dengan sikap Eka, sanggup ketepikan bos sendiri kalau nampak jantan sado sikit. Huh!

"Apa yang bising kat depan tu lagi Wina?"
                      Mak yang sedang mengopek salad bulat bertanya, namun sedikit pun tak pandang aku.

"Biasalah si Eka tu, pantang tengok lelaki sikit. Mula lah datang merenyam dia."

                    Mak  senyum sambil meneruskan kerjanya.

"Mak...Berapa kali Wina cakap, tak payah lah buat kerja ni. Wina ramai pekerja lain mak."
                   Aku menghampiri Mak, Dah sebakul salad bulak dikopak satu persatu untuk diletak bersama nasi ayam nanti.
Kepala aku geleng perlahan.

"Ala. bukan berat pun kerja kopek benda ni. Daripada mak duduk saja je, baik mak buat kerja."

"Abah mana mak? bukan dia datang dengan mak ke tadi?"
                 Aku menarik kerusi plastik segi empat di tepi dinding dan membawa ke meja yang mak duduk.

                   Perlahan aku labuhkan punggung dan membantu mak. Mentelah lah kerja lain pun dah siap.

"Mana lagi abah kau pergi? Kat kedai Ah Ho la. Alasan nak jenguk kamu kat sini, padahal nak tinggalkan mak supaya dia dapat lepak dengan kawan-kawan dia"

                Aku tergelak kecil mendengar omelan Mak.
                Biasa lah runtin orang pencen macam abah, lepas je subuh mula lah nak cari kawan- kawan sebaya untuk minum-minum sambil berborak.

"Apa lah yang sedap sangat kopi kat kedai Ah Ho tu, Di kafe kamu ni pun bukan takde kopi. Kalau minum sini kan percuma je. Aissh.. tak faham lah mak."

                  Sekali lagi mak mengeluh, dan aku hanya mampu melorek senyum lagi.

                    Biasa lah kalau nak melepak sambil sedut asap petrol, memang sesuailah di kedai makan Ah Ho.

                     Lagipun kedai tu dah lama sangat, tak silap masa aku kecil lagi dah ada. Reka bentuk kedai tu pun tak berubah, masih dinding kayu dan atap zink. Yang pergi situ kebanyakan baya-baya abah.

                    Budak muda manalah nak lepak kedai macam tu, Kalau lah pekan ni ada starbuck, dah tentu berduyun anak muda lepak kat situ sambil buat 'live insta'.

"Wina, Makcik Zenab dah balik ke?

                     Fikiran aku yang menerawang tadi kembali ke alam sedar, tanpa menoleh ke arah Mak, aku mengangguk kepala.

                   Mak mengeluh kasar sebelum memusingkan tubuh memandang aku.

"Mak nampak tadi dia datang dengan geng baru, ada lah tu dia nak cerita buruk pasal kamu."

                   Memang ada mak, tadi baru je membawang kat depan kedai ni hah.

                  Nak je aku cakap kat mak.

                   Tapi malas lah nak panjang cerita. Lagipun Suami Mak Zenab tu kamcing dengan abah. Takut nanti jadi gaduh besar.

"Dah lah mak, Tak payah lah nak ambik tahu sangat, Mulut Mak Cik Zenab memang macam tu. Lama-lama diam lah."
                   Aku tak menoleh pada mak, tangan berhati-hati mengopek salad supaya daunnya cantik terkopak dan tidak terhurai.

"Berhenti apanya, sejak mula-mula kamu kahwin dulu sampai sekarang, tak habis-habis dijajanya cerita pasal majlis kahwin kamu tu. Mula-mula dulu dia cakap kamu mengandung anak luar nikah sebab tu Raikal terus lari lepas akad nikah, sebab taknak jadi pak sanggup. Agaknya lepas 3 tahun kamu tak beranak-ranak juga, Dia cakap Raikal dah ceraikan kamu tapi kamu yang takknak mengaku janda. Mak pun tak tahu lah apa busuk sangat hati Mak Cik Zenab tu tuduh kamu bukan-bukan. Dia sedar tak yang dia masih ada anak dara yang belum kahwin, Tak takut tuhan balas ke?"

                Amboi mak ni..  nak marahkan Makcik Zenab marah je la.. kenapa nak sebut pasal anak dara dia pulak? macam nak menyumpah je..

"Mak.. memang patut pun orang cakap Wina ni janda. 3 tahun hidup sorang-sorang, mana pernah laki Wina wujud? tanya khabar pun tak pernah."
                      Ye.
                     Sememangnya aku bukan janda. Lebih tepat aku isteri yang ditinggal gantung tak bertali.

" Hish kamu ni! suami kamu masih wujud tahu tak, kamu cakap macam nak suruh suami mati."

                Aku tak hiraukan tangan mak yang menepis bahu aku sewaktu menutur katanya.

              Mak aku ni pantang kalau aku cakap buruk pasal menantu 'tak wujud' dia tu. Kenapa dia sebelah sangat suami aku tu pun, aku tak tahu. Yang merana ni sekarang adalah aku.

              Bibir aku yang munggil ni, aku biarkan beku. malas nak jawab cakap mak lagi.

               Yang penting sekarang aku kena jaga diri aku, sebab status aku masih sah isteri Raikal Danish, lelaki yang hanya mengakad aku sebagai isteri kemudian tinggalkan aku di hari persandingan kami.

                Tertekannya aku saat tu hanya tuhan yang tahu, Majlis jamuan yang telah diadakan selepas akad nikah menjadi sunyi, pelamin pun kosong.

               Aku hanya meraung dalam bilik sorang-sorang.

               Sebulan aku kurung dalam rumah. Rasa nak gantung diri pun ada. Tapi iman aku masih kuat dan Allah bagi aku bernafas dengan redha hingga saat ni.

             Redha... maksudnya aku pasrah..
              Ye aku pasrah.. Biarlah hidup aku macam ni..

              Kerana sedar diri masih isteri yang sah.. Dalam kata lain, aku mampu menjaga adab dan batas aku dengan manusia sekeliling.

Fuhh...
Arwina Farisya.. kuat lah engkau, kerana badai itu pasti akan datang lagi.

"Kamu tak jenguk mak mertua Kamu? Mak dengar Raikal dah balik"

                  Ye.. ni badai aku.. 2 bulan yang lepas, mak mertua aku bagitahu anaknya akan balik ke rumah setelah menamatkan pengajiannya selama 4 tahun.

                 Dan sebulan yang lepas mak mertua aku telefon lagi, ajak datang rumah sebab suami aku ada kat sana.
                 Korang ingat aku akan datang?
                Memang tak lah!

                Sejak tahu Raikal balik, terus aku tak jenguk rumah mak mertua aku lagi.

               Untuk apa?

               Untuk jumpa Raikal?
               Untuk peluk cium Raikal sebab terlalu rindu?

               Huh! jangan nak berdrama lah Arwina.
Entah Raikal ingat ke tak lagi kat kau.

"Wina busy lah mak. Nanti ada masa Wina jenguk mak mertua Wina."
                Lama berdiam, baru aku balas kata-kata mak.

"Habis tu kamu taknak jumpa Raikal?"

                Dah agak dah mak akan tanya soalan tu.

"Mak.. Mak ingat anak mak ni takde maruah ke? Kalau Raikal masih anggap Wina ni isteri dia, biar dia lah cari Wina. Nak buat terhegeh-hegeh kita nak jumpa dia."
                Aku bangun dari kerusi, hati dah rasa panas.

                Hampir nak hilang sabar ni. Kalau dibiarkan takut terkurang ajar dengan mak sendiri.

               Hajat nak pergi belakang kedai, ambik angin, dada dah rasa sesak.

              Namun ketika aku  melangkah ingin keluar, Mak bersuara lagi membuatkan kaki aku beku di lantai simen.

"Kau kena ingat, Raikal masih sah suami kau, Nafkah zahir tak pernah dia abaikan, Kedai ni pun dia yang buka kan untuk kau."

Next: J2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh TGNAURA