Home Alternatif Fantasi Alamria
Alamria
Iqbal Rafiuddin
12/7/2018 19:59:17
43,202
Kategori: Alternatif
Genre: Fantasi
Bab 4

"Wuaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!! Muka aku!!"

Pagi-pagi lagi Kak Merah dah bising-bising. Aku ambil bantal disebelah lalu terus tekup telinga. Aku ngantuk, aku perlukan tidur secukupnya. Tiba-tiba aku rasakan bantal aku diambil, dan tangan aku dipegang, ditarik sekali dengan badan aku supaya aku bangun. Beberapa kali badan aku digoncang.

"Bangun la woi! Bangun kid!"

Aku buka mata perlahan-lahan. Aku menguap.

"Ada apa kak? OH MAI!!!" bila pandangan aku betul-betul fokus, terkejut aku lihat muka Kak Merah betul-betul jadi merah bertompok-tompok. Jerawat dia macam jadi makin serius.

"Lebih-lebih kau ni eh, kau ingat hantu ke? Ish Akid, ubat-ubat tu menipu!"

Aku gosok mata aku, masih ada berbekas tahi mata.

"Buat magik tukar muka la kak." aku berseloroh.

"Mana ada magik tu! Dah aku nak pi serang peniaga tu nanti. Kau tahu apa yang aku dapat dari memori kau semalam? Peniaga sini banyak yang menipu! Ramai pelanggan komplen, barang tak berkualiti."

Aku baru teringat semalam ada aku lalu satu kawasan, ada makcik bising-bising depan kedai. Aku tak ambil peduli sangat sebab aku sibuk nak cari fenix, atau namanya Lica. Aku tak bagitahu lagi perbualan aku dengan dia dekat Kak Merah sebab aku nak kena pastikan dulu apa yang dia cakapkan tu betul ke tidak.

"Bukan setakat muka aku je, ni cincin ni." Kak Merah tunjuk cincin barunya. Kemudian dia cabut lalu cincin itu jadi debu di tangannya. "Cincin tiruan. Huh rugi aku beli. Mujur aku tengok memori kau."

Pagi tu aku teman Kak Merah pergi kedai ubat. Bukan main bertopeng lagi Kak Merah. Katanya malu kalau orang tengok muka dia yang macam hantu. Sampai di kedai ubat, dia marah-marah mintak duit dipulangkan. Tuan kedai bukan main kerek bila dia kata bukan salah dia. Tapi silap besar lah, sebab Kak Merah bukan pelanggan biasa-biasa yang mampu dia tipu. Kak Merah ugut nak bakar satu kedai. Ada bebola api dah pada tangannya. Risau aku bila Kak Merah buat kecoh macam ni.

Tuan kedai akhirnya setuju untuk pulangkan balik duit Kak Merah. Dalam perjalanan balik. Aku tengok di kedai lain, ada juga pelanggan lain bising-bising. Nampaknya Bandar Gaia ni banyak barang tiruan. Tapi menurut Kak Merah, dulu kejadian ni tak kerap berlaku. Tak ramai peniaga yang menipu. Kali ni je nampak sangat.

"Kak semalam aku dapat tangkap fenix tuh. Nama dia Lica."

"Dapat tak poki kau balik?"

"Tak. Tapi dia janji dia boleh bagi lebih dari tu."

Kak Merah ketawa. "Kakakaka kau percaya? Ni fact untuk kau, kaum fenix lidah bercabang. Tak boleh dipercayai."

Mungkin. Tapi apapun petang ni tentukan yang Lica ni boleh dipercayai atau tak. Lepas makan, aku terus pergi ke tempat yang kitorang dah janji untuk berjumpa. Aku bagitahu Lica yang permintaan dia malam tadi hanya boleh ditunaikan kalau dia boleh buat sesuatu yang boleh buat aku percaya semua yang dia cakap.

Aku nampak Lica dah tunggu sana terlebih awal. Nampaknya tak bercabang lidah si Lica ni.

"Ngaw. Kau lambat law."

Aku mohon maaf pada Lica. Lantas dia bawa aku ikut dia melalui lorong yang sempit. Katanya dia nak aku jumpa dengan seseorang. Dalam hati risau jugak aku. Takut aku terkena dengan dia. Tapi macam yang Kak Merah pernah cakap, dia letak something dekat aku. Jadi perasaan takut tu dikurangkan.

Sampai di satu kawasan. Lica membuka penutup longkang.

"Eh orang tu nak jumpa bawah ni ke apa? Kenapa dia nak jumpa kat tempat busuk."

"Diamlah. Ikut je aku. Ngaw"

Lica melompat masuk. Selamba dia je. Aku tengok ke dalam lubang. Tinggi woi. Dia dah dongak kepala suruh aku turun. Nasib la bertangga. Aku turun ikut tangga jela. Takkan nak lompat gak. Patah kaki boleh.

Sampai je bawah, Lica menyalakan api ikut ekor dia. Dasyat. Sepanjang perjalanan dalam terowong ni, aku tutup hidung. Busuk bukan main. Lica ni hidung takda ke?

"Kau tak ada magik api Kid? Ngaw" tanya Lica.

Aku terdiam. Aku geleng kepala.

"Jadi kau ada magik apa je? Jangan cakap magik mengapung je kau tahu. hawhawhaw." Lica ketawa. Berdengung satu terowong tu dengar bunyi tawa dia. Agaknya kalau dia tahu aku tak ada apa-apa magik. Apa reaksi dia? Dia ketawa lagi kuat ke?

"Aku lahir tak ada magik dalam badan aku."

Fenix diam. Aku ingat dia nak ketawa.

"Ma'aw. Aku taw orang yang tak ada magik. Hidup dia sensara. Ngew. Betul tak aku cakap ni Kid?"

Aku angguk kepala. "Betul la tuh."

"Tapi kalau kau nak tahu, seluruh kaum fenix terima nasib yang sama jugak. Ramai kaum lain tak percaya kat kaum kami sebabnya kaum kami ni diorang cakap kaum penipu. Suka ambil kesempatan. Tapi kami kaum terkecil dalam dunia ni. Kami nak survive tu pasal kami buat camni dan tak semuanya penipu macam orang cakap. Sedangkan kaum manusia lagi teruk, korang suka berperang, menjajaw. Habis semua tempat di Alamria dijajah oleh manusiaw. Korang pun menafikan hak kami selaku pribumi asal untuk memimpin tanah kami.Ngaw. Sebab kami kaum paling kecil, nasib kami tak macam kaum bunian, kaum jadian dan yang lain tuh. Mereka sedikit bernasib baik sebab ada wilayah jajahan. Kami pulak menumpang tanah. Ngaw."

Aku diam. Teringat yang Kak Merah pun ada cakap buruk pasal fenix. Kalau Lica dengar mesti sakit hati.

"Tapi kau tolong manusia."

"Sampaw!" Dia tak jawab soalan aku.

Kami berhenti di hadapan sebuah tangga kayu yang dipaku pada dinding. Aku dongak ke atas. Tak ada hanya batu, takda penutup longkang. Lica sudah mula panjat tangga, sampai atas dia mengetuk lapisan siling di atas kepala. Tak semena muncul lubang. Dia naik ke atas melalui lubang yang terbuka. Aku pun ikut. Bila aku masuk, aku dapati aku berada di dalam sebuah bilik yang dipenuhi oleh ramai orang. Berhimpun macam sedang bermesyuaratkan sesuatu.

Semua mereka kelihatan terkejut dengan kehadiran aku. Masing-masing mengeluarkan senjata mereka dan mengacu ke arah aku. Mujur ada Lica. Dia menerangkan semuanya. Mereka inilah kumpulan ketiga yang ditulis ayah dalam jurnalnya, yang nak gulingkan Lord sedia ada. 15 tahun masih tak dapat nak gulingkan ke? Sah diorang ni cita-cita je tinggi.

"Ada apa ni?"

Semua orang terkejut bila Kak Merah muncul dengan topeng putih di pakai di muka. Lagi sekali mereka mengacu senjata kepada Kak Merah. Aku cuba halang mereka, aku perkenalkan kepada mereka, inilah Merah. Yang mereka harapkan. Ada antara mereka berasa lega, malah ada yang gembira. Reputasi Merah di dunia luar memang tinggi.

"Tapi macam mana akak tahu saya ada kat sini?"

"Kan aku dah kata, ada magik aku dekat kau. Dah jom balik." Kak Merah tarik tangan aku.

"Tunggu! Kamu tak nak tolong kami ke? Bandar Gaia perlukan cik Merah. " tanya Lica.

"Tolong apa? Aku tak nak masuk campur hal politik tempat korang. Korang ni idealis. Jadi kalau korang terbalikkan pemerintahan Lord sedia ada siapa pulak nak gantikan tempat dia? Dan tak ke tu buat bandar Gaia lagi kacau bilau. Pihak lain pun mungkin akan ambil kesempatan. Lagi pula, tak ada sorang dari korang pewaris sah Bandar Gaia dan aku tengok bukan teruk pun Bandar Gaia ni sampai korang kena gulingkan."

"Sebenarnya..." seorang lelaki bertubuh besar dan berkepala botak bersuara. ".. perwaris sebenar masih lagi ada. Dia dikurung Lord Jibin dalam dungeon. Kalau kita berjaya bebaskan dia. Kita mampu gulingkan Lord Jibin. Mungkin mata kasar cik Merah bandar ni macam tak ada apa-apa terjadi. Tapi bandar Gaia diambang kejatuhan. Sejak akhir-akhir ni pengeluaran astora makin menyusut. Di samping cukai tinggi yang dikenakan oleh Lord Jibin membuatkan semua aktiviti ekonomi disini jadi semakin teruk. Oleh kerana itu ramai peniaga cuba kurangkan kos mereka dengan menghasilkan barang tak berkualiti, dan tiruan. Kesan ini akan bawa nama teruk kepada Bandar Gaia. Pada masa akan datang, penduduk bandar Gaia akan jadi miskin. Kalau rakyat miskin,dan tak mampu bayar cukai. Masa itu mungkin Lord Jibin mencari pendapatan dengan menjual kami sebagai hamba. Ia sebenarnya sudah mula berlaku." ujar lelaki itu lagi.

Aku agak terkejut dengan pendedahan lelaki itu. Kak Merah pun agaknya macam tu. Aku tak dapat teka apa yang bermain disebalik topengnya. Tapi tahu setelah Kak Merah dengar semua ini, dia ingin menolong mereka walaupun dia diam je.

"Oh ye, macam mana pewaris Bandar Gaia boleh ditangkap?" tanya aku.

"Ia berlaku tak lama dulu, sebelum Lord Jibin, bandar ni dipimpin oleh Lord Bajar, dia punya sorang anak lelaki. Waktu Lord Bajar meninggal dunia, Lord Jibin cepat-cepat mengurung anak Lord Bajar ke dalam dungeon. Dan war-warkan bahawa anak lelaki Lord Bajar meninggal dunia juga. Penduduk mulanya percaya hal itu. Lord Jibin masa tu kelihatan baik, orang pun tahu dia orang kanan Lord Bajar. Jadi mereka menerima Lord Jibin walaupun dia bukan pewaris sah. Tapi terbongkar bila salah seorang penjaga dungeon menceritakan semuanya ketika sedang mabuk." cerita lelaki tadi.

"Lica boleh bawakan,kalau korang nak berjumpa dengan dia. Si banduan emas. Ada terdapat satu laluan rahsia untuk masuk ke dalam dungeon tu. Tapi tak boleh berjumpa terlalu lama, nanti ada orang akan perasan." ujar Lica.

Aku pandang Kak Merah. Kak Merah angguk kepala, mengisyaratkan supaya aku boleh ikut Lica.

"Akak tak ikut?" tanya aku.

Dia geleng kepalanya seketika kemudian dia terus hilang. Semua orang terkejut. Aku senyum je. Magik dia berbagai-bagai. Agaknya semua magik tu hasil daripada dia tuntut ilmu dari orang lain.

Lica bawak aku ke satu tempat di dalam hutan luar daripada tembok bandar Gaia. Aku lihat ada jeriji besi pada permukaan tanah.

"Tak ramai orang tahu, tapi ini ada ruang udara untuk dungeon. Tanpa ruang udara ni, banduan akan mati lemas atau mati kepanasan." ujar Lica. Dia mengangkat jeriji besi tersebut.

"Tak berat ke?" tanya aku. Aku tengok macam benda tu berat, disamping badan Lica yang kecik.

Lica geleng kepala. Terus dia masuk ke dalam lubang tu. Masuk lubang lagi. Ish tak selesa betul. Kat dalam tu mungkin ada cencurut ke apa ke. Ish. Lica tak padan ngan orang perempuan. Aku masuk dengan hati-hati. Gelapnya. Kenapa licin semacam.

"Tunduk, kita kena merangkak." kedengaran suara Lica, tapi gelap. Aku tunduk, dalam kesamaran ada lubang lain dan Lica sedang meniarap didalamnya. Aku pun ikut meniarap. Dia bergerak, aku pun bergerak. Ekor dia meliuk-liuk melibas muka aku. Bencinya. Aku pegang ekor dia.

"ngAwww..woiiii! Jangan pegang bodoh!"

Suara mengerang Lica bertukar jadi garang. Kahkakah.

"Maaf, ekor kau kacau aku lah."

"Lain kali jangan pegang, sensitip tahu. Tunggu aku gerak jauh sikit. Baru jalan." Lica beri arahan. Aku ikut, Aku biarkan dia berjalan dulu. Susah la gini. Tapi dia je tahu nak kemana. Bau tengik sangat kat dalam ni. Makin lama makin tengit bila sampai hujung lubang. Aku tengok Lica sudah terjun turun ke depan.  Nak tak nak aku pun terpaksa terjun turun. Tapi tak pasti macam mana nak naik balik. Aku perhati sekeliling. Ianya penjara. Sel lain banyak kosong tiada banduan.

"Ini kawasan paling dalam dungeon. Sebab tu tak ada banduan. Jom kita pergi jauh lagi."

Kami terus berjalan hinggalah aku nampak seseorang dirantai kaki tangan. Wajahnya pula disarung topeng besi berwarna emas. Kelihatan keadaan dia amat terseksa.

"Jangan sentuh mana-mana besi pun. Sebab ia dipasang magik. Kalau kau sentuh, anjing neraka akan kemari." nasihat Lica.

"Lica, kau ke tuh?" banduan tersebut bersuara.

"Ya abang Joko. Lica bawak seorang kawan hari ni. Tak lama je lagi. Abang akan dapat keluar. Kami dah jumpa Merah." ucap Lica.

Mendengar itu, Abang Joko menangis tersedu-sedan. Mungkin kerana dia tahu harapan untuk dia keluar dari sini bersinar kembali. Tak semena-mena aku pun menangis. Celaka.

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Iqbal Rafiuddin