empat bulan tamat sudah
kita bermujahadah
menagih ilmu bagaikan dadah
study week ambang penyudah
knock knock musim peperiksaan menjengah.
esok hari
permulaan yang dinanti
sejak semester bermula lagi
buku disahabati
umpama duri dan batang bunga raya
mekar ditepi anggerik muda.
kita suntuk masa
hadam segala apa yang ada
telan kapsul input
muntahkan lava output
mengiringi diri
redha ilahi
redha abah dan umi.
wahai sahabat
usah kau tekan-tekan
hadirkan ketenangan
moga jawab lancar dan hindar sesalan.
ini pena kejayaan
disulami emas pengetahuan
dibutangkan persahabatan
In Shaa Allah lancar kemudahan
menjawab peperiksaan.
#PerformItuKita
12/1/2020, Malaysia