Home Novelet Thriller/Aksi Raz
Raz
KaryaToku
23/9/2017 11:33:47
95,293
Kategori: Novelet
Genre: Thriller/Aksi
Bab 19

Selepas 1 bulan lebih kejadian Raven menyerang Raz. Kinihanya tinggal Parat dan 3 orang banduannya sahaja iaitu Ox, Hawk dan Raven. Razdan Rai, Lencana Kuasa perlu sentiasa bersedia.

 

“Di mana Raz?” soal Mai apabila Raz tidak kelihatan diKafeRia.

“Dia ambil cuti hari ni. Dia kata dia perlu berlatih. Sejakdia kalah dengan salah seorang banduan Parat, dia memang tak puas hati. Jadidia kata dia perlu berlatih lebih kuat lagi.” jelas Ling.

“Nampaknya hari ini kita berdua sajalah.” kata Mai.

 

Mereka berdua pun teruskan kerja mereka seperti biasa. Razpula dibawa oleh Danial ke Pusat Gim yang selalu Danial kunjungi.

 

“Di sinilah aku selalu berlatih untuk kuatkan stamina danbina bentuk badan aku.. Hehehe” kata Danial sambil tersenyum.

“Gim disini sangat berlainan berbanding di masa aku.” kataRaz.

“Berlainan macam mana? Kurang moden?” soal Danial.

“Lebih kurang..” kata Raz.

Time to learn fromoldschool. Cepat tukar baju kau.” balas Danial.

 

Selepas mereka tukar pakaian yang sesuai, Danial membawa Razke sebuah bilik latihan di gim. Bilik itu lah selalu Danial berlatih tinju. Danialamat meminati sukan tinju selepas menonton filem Rocky iaitu filem yangmengisahkan hidup seorang ahli tinju.

 

“Aku dengar dari Ling bahawa kau kalah tempoh hari dengansalah seorang banduan Parat. Betul ke?” soal Danial.

“Ya, dia sangat licik. Cepat betul pergerakkan dia.” jelasRaz.

“Untuk pengetahuan kau, aku berlatih tinju. Sukan tinjubanyak mengajar tentang cara mengelak serangan. Jadi mungkin aku boleh ajar kausikit gerakan mengelak tu. Tetapi aku bukanlah tahap mahaguru…” jelas Danialsambil senyum sinis.

“Baiklah. Kau ajar apa yang kau boleh.” kata Raz.

 

Danial mula mengajar Raz gerakan demi gerakan di gimtersebut.

 

Di tempat persembunyian Parat pula, Raven bersiap sediauntuk ke pusat Bandar Metrowaja semula. Ketika dia hendak pergi, dia dihalangoleh Parat.

 

“Ke mana kau nak pergi?” soal Parat.

“Tuan tak perlu tahu.” balas Raven

“Kau jangan biadap dengan aku Raven! Aku bawa kau orangsemua ke sini untuk jalankan misi aku. Dah berapa kali tersilap langkah, yanglain semua dah diberkas. Aku tak mahu kau diberkas. Kau akan menyusahkan kerjaaku.” kata Parat yang agak marah ketika itu.

 

Ketika itu, Ox dan Hawk hanya melihat perkelahian merekadari jauh. Mereka pun beredar kerana tidak mahu masuk campur dalam hal itu.

 

“Hawk, terus terang kau cakap pada aku, kau rasa kau bolehpercayakan Parat?” soal Ox.

“50:50… Aku pun tak pasti. Tapi nampak dia sangat berusahakeras dalam menjayakan misi membina Empayar dia.” jelas Hawk.

“Rakan kita yang lain semua dah diberkas semula. Aku takpasti sama ada Parat boleh membantu atau tidak. Bagaimana kalau dia membelotkita?” soal Ox lagi.

“Kita berdua harus berhati-hati. Sebenarnya aku ada andaianlain tentang Parat. Tapi ini cuma andaian saja.” jelas Hawk dengan riak wajahyang agak risau.

“Apa dia?” Ox menyoal lagi.

“Sewaktu kita dipenjara dulu, sepatutnya pihak JabatanKeselamatan Negara lebih tahu rekod jenayah kita. Tetapi lepas Parat diberkasdulu, tiba-tiba semua berubah. Dia seorang pengodam dan mahir dalam bidangsains. Kau tak rasa ke kalau dia adalah dalang disebalik pemalsuan rekodjenayah kita?” jelas Hawk.

“Kalau betul andaian kau, maknanya kita telah ditipu.” kataOx dengan agak marah.

“Apa pun, ini cuma andaian saja. Kalau apa-apa terjadi, kitaperlu bersedia saja.” jelas Hawk.

 

Ox hanya mengangguk sahaja. Raven ketika itu terus keluardari tempat persembunyian dan terus ke Pusat Bandar. Dia berjalan-jalan sahajadi kawasan pusat bandar. Dia tidak tahu mana arah tujuannya dengan menyertaiParat. Ketika dia sedang duduk dibangku awam di kawasan pusat bandar, diaterlihat satu belon sedang terbang dan kelihatan seorang kanak-kanak sedangmengejar belon itu sambil melintas jalan. Tiba-tiba, sebuah kereta datangdengan lajunya dan tidak perasan tentang kanak-kanak itu. Raven terus bangkitdan menyelamatkan kanak-kanak itu. Terbaring Raven mendakap kanak-kanak itu.Ramai orang awam menyaksikan kejadian itu.

 

“Adik tak apa-apa?” soal Raven pada kanak-kanak itu.

 

Kanak-kanak itu hanya senyum sahaja. Ibu kanak-kanak itumengucapkan terima kasih pada Raven kerana menyelamatkan anaknya. Orang awamyang berada disitu memuji sikap Raven. Raven hanya tersenyum dan teus beredardari situ.

 

“Mereka semua memuji aku kerana mereka tidak tahu siapa akusebenarnya. Kalau mereka tahu aku ini seoarang banduan, pasti mereka tidakbertindak sedemikian.” bisik hati Raven.

 

Ketika itu Raven terlihat Ling dan Mai yang keluar dari KopiRiakerana waktu bekerja mereka sudah tamat. Pandangan Raven hanya tertumpu padaLing sahaja.

 

“Liana? Bagaimana kau berada di sini?” soal Raven dalamhatinya.

 

Raven terus mengeluarkan serum AAS1 dan menyuntik dirinyadengan serum itu. Lalu dia pun berubah bentuknya. Dia terus menggunakan kuasagagaknya dan terbang ke arah Ling dan menyambar Ling dan terus pergi dari situ.Ling hanya meronta-ronta. Mai ketika itu dan cuba untuk mengejar namun gagal.Mai terus menelefon Raz tanpa berfikir panjang.

Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.