Home Novelet Thriller/Aksi Untukmu Sang Puteri
Bab 1 B ; Hamba insan yang dihina

Malamnya Azmir menonton filem Sumpah Orang Minyak lakonan dan arahan P Ramlee di laman perkongsian video You Tube. Azmir cuba menghayati watak sebagai Si Bongkok. Malah cuba meniru intonasi P Ramlee dalam memainkan watak Si Bongkok.

“Hamba insan yang dihina. Buruk rupa, bongkok pula. Kenapa manusia di dunia ini sering mengejek hamba? Adakah hamba tidak layak dilahirkan dan hidup di muka bumi ini?” Azmir mengajuk dialog P Ramlee. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk ;

“Masuklah,” laung Azmir. Azmir sudah mengagak siapa yang akan datang ke biliknya malam-malam begini. Pintu yang sememangnya tidak dikunci dibuka. Kelihatan Amran kawan baik yang tinggal di sebelah biliknya di muka pintu.

“Nak pa Amran?” Azmir menoleh ke arah Amran yang masih berdiri di muka pintu.

“Sudah pukul 10 ni. Selalu kau pukul 9 dah ajak aku keluar makan. Sibuk ker?” Azmir melihat jam tangannya.

“Allah… aku sibuk sikit.”

“Almaklumlah dapat watak hero ye tak? Dapat pula heroin pujaan semua budak kolej ni,” perli Amran

“Ada jelah kau Amran. Kalah wartawan Melodi. Masuklah. Tak elok tau duduk depan muka pintu. Nanti tak laku.”

“Amboi, aku kenakan dia… dia kenakan aku balik. Kau buat apa ni?” Amran menutup pintu bilik dan duduk di katil bujang Azmir.

“Aku tengah ambil feel ni. Tengah hendak menghayati watak, Lagipun teater tu lagi 3 minggu lagi. Malam sahaja aku boleh berlatih Amran,” pandangan Azmir terarah semula ke skrin komputernya.

“Tu dia buat research. Memang layak kau dapat watak ini Azmir. Mana skripnya?”

“Tu! Yang kau duduk tu apa? Besok nanti tumbuhlah bisul,” Azmir menunjukkan tangan kanannya ke arah skrip yang telah Amran dudukkan tanpa sedar.

“Lah… patutlah semacam sahaja aku rasa.” Amir bangun dan mengambil skrip teater. Dia membelek dan membaca sepintas lalu.

“Perghhh… ayat. Kita makhluk Allah dari jisim yang berbeza dan dipisahkan oleh hijab. Andai Sang Puteri menyeru maka bertongkatpun hamba datang. Kita dari dunia berbeza… tidak akan dapat bersama. Ini mesti cair budak Tasya ni,”

“Banyaklah kau punya cair. Kau ingat si Tasya tu Puteri Bunian. Kalau dia itu betul Puteri Bunian tidak apalah,”

“Kau tengoklah nanti Mir. Mesti sangkut cinta lokasi nanti ni. Aku dengar Tasya Ismail masih solo lagi. Tapi aku takut lain pula jadi. Si Mar adik-adik tu pula gilakan kau. Hahaha,”

“Mulut kau nikan… memang tiada insurans tahu tak. Nasib baik aku dah tahu perangai kau. Kalau tidak sudah lama penampar buaya.”

“Amboi. Ala gurau jelah. Itupun nak touching ker?”

“Bukan touching. Nasihat. Mir, kau rasa aku boleh ker jadi hero ni?” tanya Azmir inginkan kepastian.

“Kau boleh buat Azmir. Aku yakin kau boleh buat. Masa semester lepas kau jadi pelakon pembantu sebagai pemuda bisupun sangat menjadi Mir. Percayalah, jika digilap… aku yakin kau boleh pergi jauh,” Amir memberikan kata-kata perangsang. Azmir mengangguk.

“Terimakasih sahabat. Insya Allah aku cuba buat yang terbaik,”

“Sudah. Jom makan. Aku lapar ni,” Azmir mengangguk dan menutup komputer ribanya.

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh NaimTamdjis