12,295
Kategori:
Genre:
BAB 3

#RUMAH BARU


Tahun 2002

Kami baru berpindah ke rumah yang baru dibeli oleh ayah pada tahun itu.  Jarak antara rumah agak jauh antara satu sama lain.  Dihadapan rumah kami terdapat sebuah dewan yang sederhana besar dan court takraw.  Setiap petang,  kami mengambil angin di beranda rumah sambil menyaksikan perlawanan takraw oleh penduduk kampung. 

Manakala dibelakang rumah pula,  hanya pagar batu yang memisahkan antara rumah dan sekolah.  Ayah baru sahaja menjalani persaraanya setelah hampir 30 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam.  Kotak-kotak yang telah di lekat dengan pita pelekat diangkat dan dipunggah ke dalam rumah baru.  Kebetulan aku baru sahaja tamat belajar dan hanya menunggu hari graduasi sahaja.  Bermakna,  aku lah yang akan mengemas dan menyusun barang-barang yang berselerak di tempat baru.

"Kamu Qila (aku) duduk dibilik depan bersama Farah dan Anis..bilik tu ada bilik air jadi senang la kamu anak-anak dara nak bersihkan diri"  arah ayah ku.

Farah dan Anis merupakan adik-adikku yang ketika itu masih lagi bersekolah dan nakal-nakal semuanya.

" Baik ayah..nanti Qila bagitau adik-adik supaya bawa masuk barang-barang kami di situ," ujarku.

Kami melihat-lihat keadaan bilik dan berbincang tentang susunan perabot didalam bilik.

"Anis nak katil tu letak tepi dinding tau.  Senang Anis  nak letak meja study nanti" cadang adik bongsu ku Anis.

"Ahhh...takde maknanya.  Aku nak letak almari solek kat situ.  Senang sikit aku nak berhias" bantah Farah pula.

" Akak ni kan,  selalu je tak pernah setuju dengan kehendak Anis.  Biar la kali ni Anis buat keputusan pula"  Anis mula merajuk.  Farah mencebik dan tetap pertahankan pendiriannya.

Aku yang sejak tadi menjadi pemerhati mulai rimas dengan pergaduhan remeh tersebut.

"Korang ni kalau tak bergaduh tak boleh ke hah?? Pening akak tau? Dah-dah...Akak rasa akak setuju dengan cadangan Anis tu.  Katil letak kat tepi dinding.  Almari solek tu letak je kat depan.. Nampak jugak kan?" tegasku.

" Bwerkkkk...! Padan muka..!"  Anis mengejek-mengejek si Farah.

Farah menghentak-hentakkan kaki ke lantai tanda protes.  Aduhhh...dah tua bangka pun nak merajuk.  Aku langsung tak mempedulikan Farah.  Perabot-perabot kebanyakkannya telah disusun, hanya tinggal menyusun barang-barang dari dalam kotak sahaja.  Penat betul asyik pindah rumah.  Dari kecil selalu saja kami berpindah mengikut ayah yang kerap bertukar tempat bertugas kerana kenaikan pangkat.  Sebab tu agaknya aku kurang kawan dan lebih suka menyendiri.

Keadaan rumah masih belum kemas sepenuhnya.  Dan aku bercadang menyambungnya besok pula.  Matahari telahpun terbenam.  Selesai solat Maghrib berjemaah di rumah baru kami menikmati makan malam yang hanya dibeli dikedai.  Kesemua kami kepenatan dan tidak berdaya lagi.  Aku meminta izin untuk berehat dan tidur.  Adik-adikku masih diruang tamu menonton tv bersama ibu dan ayah.  Tidak sampai lima minit aku berdengkur kepenatan. 

Aku tersedar bila muka ku dikuis-kuis sesuatu.  Terasa seperti makhluk berbulu menyentuhku.  Dalam separa sedar aku ternampak sesuatu menindihku.  Aku ni sebenarnya rabun ditahap kronik.  Nak mandi pun kena pakai cermin mata.  Kalau tak alamatnya aku rela keluar semula dari bilik air ambil cermin mata.

Dari rasa muka ku dikuis-kuis kini badan pula terasa berat dan kaku.  Seluruh badan tak dapat digerakkan.  Aku membuka mata sedikit demi sedikit. 

"Arrghhh...!  Ape ni?"  suara ku tersekat-sekat.  Aku ternampak makhluk seperti harimau yang berwarna putih menindihku.  Manakala tangannya pula menekan-nekan dada ku.  Semput aku dibuatnya.

Ughhh!!  Ugghhh...!! Ugghhh..!  Aku semakin sesak nafas dihempap.  Makhluk tersebut mengaum-mengaum perlahan seperti marah dan matanya  terbeliak merenung aku.  Nak terkencing rasanya melihat makhluk garang dan saling bertentangan mata lagi.  Hanya ayatul Kursi yang mampu aku ingat ketika itu.  Aku membacanya berulang-ulang sehinggalah makhluk tersebut hilang.  Aku bangun dan duduk seketika melihat kiri kanan.  Adik-adikku masih belum tidur nampaknya.  Bunyi tv masih lagi terpasang dengan gelak ketawa.  Aku melirik jam yang menunjukkan 11:55 malam.  Seluruh badan terasa sengal dan sakit-sakit.  Baju pula kebasahan akibat peluh.  Aku menuju ke sinki mencuci muka dan ingin ke dapur kerana dahaga yang teramat sangat.  Selepas itu,  aku duduk bersama mereka di ruang tamu untuk menonton tv bersama.

" Aikkk...bangun pulak? Tadi kata penat sangat,"  tanya ibu kehairanan.

Aku tak mampu berkata-kata sebab aku tahu ibu ku memang tidak pernah dan tidak akan percaya akan hal-hal mistik. 

"Qila,  esok tolong ibu kemas dapur ye.  Ibu ingat esok nak masak dah.  Lauk kat kedai bukannya sedap"  Ibu sudah mula membebel.  Ibu memang agak cerewet bab makan diluar.  Mahal sedikit tidak apa asalkan sedap katanya.

" Okay,"  jawab ku pendek.  Baru hari pertama aku dah kena.  Lepas ni apa la lagi.  Tunggu di siri berikutnya....

TAMAT


Previous: BAB 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh