Home Novelet Seram/Misteri Puaka Tajau Lama
Puaka Tajau Lama
Bonnie F.
5/10/2019 09:50:13
8,698
Kategori: Novelet
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab 1

Sebaik sahaja aku bangun daritidur, aku terus dikejutkan dengan satu panggilan telefon dari ibu.

“hello..ada apa mak?”

“kamu ada dekat rumah?”

“aha..kenapa mak nak datang sinike?”

“taklah..mak nak pergi meetingawal pagi nanti, ni ada satu surat untuk kamu nanti kamu pergi ambil dekatrumah yea.”

“surat? Surat apa pula tu?”

“entah mak tak buka lagi tapitertera dekat situ “urusan seri paduka”. Mungkin surat penempatan tempat kamumengajar kot.”

“ok..nanti tengahari sikit baruaku pergi rumah mak.”

Setelah mematikan taliantelefon,aku bergegas bangun dan mengemas bilik tidur. Semua pakaian kotor akukumpul lalu simpan dalam bakul. Selepas itu, baru aku turun ke ruang tamudan  berjalan ke dapur untuk membuatsarapan pagi.

“aduh, stok Nescafe nak habis pulaterpaksalah aku pergi membeli-belah barang dapur.” Kataku sendirian dalam hati.

Setelah air panas siap dimasaklalu ku tuangkan air panas kedalam mug yang berisi serbuk Nescafe. Aku lalu membawa mug tersebut ke ruang tamu sambilmenghidupkan Televisyen.

Rancangan yang disiarkan dalamtelevisyen awal langsung tidak menarik perhatianku, aku kemudian mengambiltelefon pintarku lalu membuka Facebook untuk melihat posting rakan-rakan. Tapitetap tidak ada yang menarik perhatianku.

“hmm..boringnya, kalau macam nibaik aku keluar awal dekat rumah ni langsung tak tahu nak buat apa.” Keluh kusendirian dalam hati.

Lalu aku hirup sedikit airNescafe yang masih panas dan terus bangun lalu berjalan menaiki anak tanggamenuju ke bilik tidur. Tidak lama kemudian, aku keluar semula sambil membawatuala mandi lalu masuk ke bilik air yang berada di bilik sebelah saja.

 

 

“hello..uncle, tolong bukakangate.” Arahku pada uncle Alan seorang pembantu rumah dirumah mak yang sedangterbongkok-bongkok mencabut rumput didalam pasu bunga.

“awal kitak datang boy, mummykitak baru jak keluar pergi ofis.”

“auk, ada nya madah dengan kamektadi.”

Aku terus masuk ke dalam keretasemula dan memandu keretaku masuk ke dalam depan rumah. Sebaik sahaja akukeluar dari kereta kelihatan aunty Lucy keluar dari muka pintu lalu menyapaku.

“pelik jak auntie nanga kitakawal pagi dah datang rumah, selalu mun matahari sik tegak atas kepala janganharap nanga muka.” Katanya seperti memerliku sahaja.

“eh..auntie tok gago jak, orangdatang awal salah, orang datang akhir salah ya polah jak kerja kau sia.” Kataku lagi lalu kami berdua ketawa sama-sama.

Selepas itu aku terus berjalanmasuk dan mencari surat yang ibu katakan tadi, selepas puas aku melilau melihatsekeliling baru jumpa surat tersebut berada di atas meja tulis ibu terselitbersama surat-surat yang lain.

Lantasku koyak bahgian tepisampul surat putih tersebut laluku tarik sekeping kertas. Lalu ku baca isisuratnya yang menyebab dahiku berkerut-kerut.

Sebaik sahaja selesai membacasurat tersebut hatiku berbagi dua antara gembira atau berduka. Kerana isikandungan surat tersebut menyatakan yang aku ditawarkan untuk mengajar danperlu melaporkan diri pada akhir bulan Mac ini selepas cuti penggal berakhirtapi yang membuatkan hatiku berduka adalah aku ditawarkan untuk mengajardikawasan perdalaman iaitu di sekolah rendah Sungai Asap, Belaga.

Lantas aku terus menyimpan surattersebut ke dalam beg sandang lalu melangkah keluar dari bilik bacaan ibu.

“auntie, mama pukul berapa balitkelak?” tanyaku pada auntie Lucy yang sedang sibuk mengemas peralatan didapur.

“sik pasti juak tapi tadi nyamadah dalam pukul dua ada nya singgah sekejap dirumah tukar baju.” Katanya lagilalu menyambung membuat kerjanya lagi.

Kerana tidak mahu mengangguauntie Lucy bekerja aku terus keluar menuju ke kereta diluar.

“balikkah boy?” Tanya uncle Alansambil mengesat peluh didahinya yang baru sahaja selesai membersihkan rumput didalam pasu bunga.

“auk, kelak boy datang agik mahujumpa dengan mummy.” Balasku lalu masuk ke dalam kereta.

Perlahan-lahan keretaku meluncurmeninggalkan perkarangan rumah dan bergerak menuju ke pusat Bandar kerana niatpagi tadi aku hendak membeli sedikit barang dapur.

Malam itu, kira-kira pukul 8malam aku datang lagi ke rumah mummy dengan hasrat dapat meminta pandangandarinya pasal tempat aku mengajar nanti kerana selama ini aku belum lagi pergipernah pergi ke kawasan perdalaman walaupun anak jati Sarawak.

Sebaik sahaja aku melangkah masukke rumah aku melihat mummy ku sedang duduk di meja makan sambil melihat telefonmanakala adikku, Luna sedang menonton drama Korea di televisyen.

“aie..boy kitak dah makankah?”tegur mummy sebaik sahaja melihatku muncul.

“dah baru jak makan dengan kawantek, pasya boy terus agak sitok.”kataku lagi.

“tiba-tiba jak datang rumah timemalam camtok, ada bendalah yea mok dikelakarnya ngan kamek.” Kata mummy sepertitahu apa yang ingin aku buat.

“duduklah..cerita ngan mummy apamok diceta kitak iya.”

“macam tu mummy kan pagi tadikkamek ngambi surat nok dipadah kitak iya.”

“so, apa kena dengan surat yeasampai kitak datang jumpa mummy.”

“yelah, mummy mula-mula kamekgembira baca surat tawaran mengajar yea tadik tapi molah kamek susah hati,tempat kamek mengajar yea jauh gilak dekat Belaga sinun.”

“habis? Apa mok dirisau kitak? Bagusjuak mun ngajar budak kawasan perdalaman banyak juak pengalaman baru Boykelak.”

“tapi…”

“dah, mummy rasa yea tempatterbaik untuk Boy menimba ilmu menjadi seorang guru di kawasan perdalaman, kelaklama-lama Boy suka juak mengajar tempat sia, trust me.”

Mummy terus bangun sambiltersenyum seperti suka sahaja melihat aku pergi kesana, aku terus diam danterpaksa menerima juga kerana impianku memang menjadi seorang guru kerana arwahayah dulu juga seorang guru sebelum beliau menceburi bidang menjadi wakilrakyat walaupun hasrat ayah ingin menjadi calon semasa peliharaya tidakkesampaian akibat serangan sakit jantung.

Malam tersebut aku tidur sahajadirumah Mummy kerana tidak mahu berulang-alik ke rumah lewat malam.

Keesokkan harinya, selepas minumpagi bersama ibu dan Luna aku meminta diri untuk balik mandi kerana nanti akuhendak pergi ke pejabat pelajaran di bangunan simpang tiga untuk membuat urusanyang aku menerima tawaran mengajar di Belaga tersebut walaupun hatiku rasaterpaksa.

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Bonnie F.