Home Novelet Komedi/Romantik Komedi Jodohku Mr.Anoyying
Jodohku Mr.Anoyying
Myea Miko
23/3/2020 11:24:58
37,096
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 2

Pada petang itu, Aisy pergi ke butik kak bed untuk mengambil baju kurung yang ditempah ibunya katanya untuk Aisy pakai masa dia akan bertunang nanti, walaupun hati ni berat tapi sebab dia ni tak nak jadi anak derhaka maka dia ikutkan je lah kata mamanya.


Selalunya kalau jodoh dari orang tua ni kekal hingga akhir hayat, orang katalah bukan dia kata.


Aisy keluar dari butik kak bed setelah selesai ambil tempahanya, sedang dia elok jalan lenggang lenggok, bahunya terlanggar dengan seseorang.


Aisy hampir jatuh tetapi mamat ni sempat menyambutnya, bukan dia sambut betul-betul pun, dia cuma pegang hujung kolar baju kemeja aisy je. Nasib baiklah tak tercekik aisy dibuatnya.


Ingatkan naklah mamat ni sambut Aisy macam dalam drama korea tu, haih!  dalam mimpi je lah.


Setelah Aisy stabil, dia lepaskan kolar yang dipegangnya sambil buat muka berlagak.


"Lain kali jalan tu pakai lutut, jangan pakai mata." Jawab lelaki tu selamba.


Tu dia, molot macam longkang wo, harap muka je boleh tahan tapi perangai hampehh. Desis Aisy dalam hati.


"Mulut encik ni boleh tahan kan? saya tak sempat lagi cakap apa-apa. ok saya minta maaf sebab memang salah saya." Jawab Aisy datar, orang macamni tak boleh layan sangat.


Aisy membuat gaya tangan seperti orang yang memohon maaf dengan muka tak ikhlas, Aisy ni pun boleh tahan juga mulutnya.


"Amboi! Perli nampak, boleh tahan jugak ya mulut kau ni." Kata lelaki itu selamber. Saja nak cari pasal.


"Saya cakap ni betul apa? Apa yang salah." Balas Aisy.


"Salahnya sebab kau yang langgar aku dulu, lepastu kau nak marah apa hal?" Kata lelaki itu sambil memandang Aisy tajam.


"Saya dah minta maaf kan? Maafkan je lah." Kata Aisy kasar. Mamat ni memang sengaja nak cari gaduh.


Ada beberapa orang yang sedang melihat mereka tapi mereka hanya endahkan sahaja.


"Kau tak boleh ke minta maaf dekat aku elok-elok."


"Encik nak saya suruh minta maaf macamana lag?" Tanya  Aisy yang sedari tadi menahan marahnya.


"Saya minta maaf encik sebab terlanggar encik tadi maafkan saya ya." Kata Aisy lembut, terus dia ingin melangkah dari situ. Kalau dia berlama lagi di situ. Lain pula jadinya.


Pergerakan Aisy terhenti apabila Luthfi menarik beg sandangnya dari belakang nyaris tak terjatuh Aisy dibuatnya.


Aisy terus menoleh ke belakang mandang lelaki itu dengan jelingan tajam, geram je rasa.


"Encik nak apa lagi? Saya dah minta maaf kan?" Kata Aisy tak puas hati.


"Kau tak kenal aku ke?" Lelaki itu bertanya, masa mula-mula  dia memandang Aisy, dia amat mengenali gadis itu, saja dia memanjangkan perkara ini kerana ingin tahu adakah Ausy masih mengenalinya, rupanya tidak.


Ibunya telah memberitahunya semalam untuk menjodohkan dia dengan anak kawan baiknya merangkap, rakan sekelasnya. 'Aisy Faiha si tomboy.' 


Itulah gelaran yang diberi Lutfi kepada Aisy, dia amat mengenali wajah itu, tak pernah berubah kasar juga macam dulu, Cuma sekarang dia makin cantik itu yang Luthfi nampak Aisy di depan matanya sekarang.


Aisy mengecilkan mata memandang mamat kerek di depanya ini. Dah cari gaduh dengan dia, lepastu boleh pulak tanya kenal ke tak? Dia rasa Aisy nak mengaku ke?


"Kalau saya kenal encik pun, saya takkan mengaku lah yang saya ni kenal dengan encik." Terus terang tanpa tapis Aisy bercakap.


"Amboi mulut! kau nak aku stapler ke mulut tu, memandangkan aku dah terserempak dengan kau kat sini jom kita lepak dekat kafe depan tu jap." Ajak Luthfi.


Lutfi menujukkan kafe yang terletak depan butik kak bed.


"Encik, saya tak kenal encik tau sukahati encik je nak  ajak saya lepak sana, encik ni siapa sebenarnya?" Tanya Aisy hairan, yelah baru je kenal nak ajak lepak memang ada sesuatu ni.


Aisy buat muka blur, serious dia langsung tak kenal langsung siapa mamat kerek depan dia ni.Tiberr!!


"Kau pandang muka aku yang handsome lagi menawan ni elok-elok." Luthfi mendekatkan mukanya ke arah Aisy, cepat-cepat Aisy menjauh.


Hampir termuntah aisy mendengar lelaki itu memuji diri sendiri. Perasan tak hengat betul la mamat.


"Aku ni Luthfi Hariz jejaka terhangat masa kat sekolah dulu." Kata Luthfi sambil buat muka bangga.


Aisy memandang lelaki tersebut tanpa berkedip. Baru dia mengenali lelaki di hadapanya ini.


'Macamana boleh aku tak kenal luthfi si hantu ni." Aisy menujukkan riak muka yang sukar ditafsirkan.


"Dah kau takpayah nak buat muka macam tu, boleh tak?" 


"Sekarang ni kau kena ikut aku ke kafe tu,aku nak bincang sikit dengan kau." Sambungnya lagi.


"Kalau aku tak nak." 


'Dengan mamat ni tak boleh baik sangat, tapi muka dia ni not bad jugalah, betulah kata mama segak.' Desis hatinya, sempat lagi aisy menelek wajah mamat kerek depan dia ni. Tinggi kulit sawo matang muka macho boleh tahanlah.


"Aku dukung kau, sampai masuk dalam kafe nak?"


"Perlu ke kau paksa aku?" 


"Kalau keadaan tu memaksakan, aku akan buat." Jawab Luthfi.


"Yelah aku ikut kau." Suka hatu je nak arah orang. Bisik hatinya geram.


Aisy ikut Luthfi dari belakang hingga masuk ke dalam kafe.


Sampai di kafe, mereka mengambil tempat yang paling hujung tempat yang paling strategik. Takdelah orang lain dengar tentang apa yang nak diperkatakan.


Luthfi melabuhkan duduk diikuti Aisy di hadapanya.


"Kau nak bincang apa dengan aku?" 


Aisy tidak memandang Luthfi ketika bercakap, tak kuasa dia nak pandang. Ingat dia ni terhegeh-hegeh sangat ke kat dia? Aisy faiha ni pun cantik jugalah ramai je orang nak, cuma dia je yang tolak. 


"Kalau ya pun, orderlah minum dulu kelam kabut lah kau ni."


"Aku tak dahaga, dan aku tak lapar." Padahal perut Aisy ni dan berbunyi minta diisi dari tadi tapi terpaksa ditahan.


"Suka hati kau lah, aku nak belanja kau tolak."


"Sukahati aku lah nak ke taknak." Kata Aisy dalam hati.


Setelah order diambil mereka teruskan perbincangan.


"Ok macam ni, aku pendekkan aje memandangkan buntut kau tu dah panas dan tak sabar nak balik kan? kau nak kahwin dengan aku ke tak." Terus terang Luthfi bertanya.


Nyaris tak terlompat Aisy dari kerusi apabila mendengar kata yang keluar dari mulut Luthfi.


"Kau punya pertanyaan, nyaris aku takde penyakit jantung kalau tak dah lama aku pengsan kat sini." Jawab Aisy cuba mengelak.


"Kau nak ke taknak? Aku nak dengar jawapan dari kau." 


"Kalau aku taknak? Apa kau nak buat?" 


"Kalau kau tak setuju pun, kau tak boleh buat apa sebab aku dah setuju,"


"Kenapa kau setuju?" Sengaja Aisy bertanya.


"Sebab aku ni anak soleh yang jenis dengar cakap orang tua, menantu pilihan lah katakan rugilah kalau mak kau tak buat aku jadi menantu,"  Luthfi memuji dirinya lagi membuatkan Aisy naik meyampah denganya.


'Haih! Dia puji diri dia lagi." Keluhnya dalam hati.


"Kau ni kalau bercakap tak boleh ke kalau tak perasan bagus?" 


"Sukahati akulah diri aku, bukanya kena mengena dengan kau pun." Lutfi jawab selamba.


Pening kepala Aisy dibuatnya dengan perangai Luthfi yang perasan bagus. Annoying habis!


Setelah balik dari jumpa mamat yang annoying habis tu, Aisy  terus menghubungi rakan baiknya,  Sara ajak berjumpa.


Sejak dia balik dari Perth dia tak bersua muka lagi dengan bestie dia yang sorang ni, rindu gila nak peluk dan cium dia, bestfreind ok not lgbt! 


"What?!  beb, kau nak kahwin." Terkejut Sara dibuatnya mana taknya dia baru je berjumpa dengan Aisy sejak dia baru balik dari Perth, tahu-tahu je dah nak kahwin.


"Kau ni takpayahlah buat muka macam tu, seramm aku tengok." 


"Ish! dia ni perangai tu tak berubah kan?" Sara hanya menggelengkan  kepala dengan perangai sahabatnya seorang ini.


"Kau kena kahwin dengan siapa beb?" Sara tertanya siapa menantu pilihan ibubapa Aisy.


"Luthfi si hantu." Aisy jawab dengan muka selamba.


"Whatsss?!  si pengacau tu, seriously kau jangan main-main." Sara seakan tidak percaya.


"Dua rious aku bagi kat kau." Aisy tunjuk dua jari ke arah sara.


"Kau setuju macam tu je." Sara bertanya.


"Terpaksa, aku ikut cakap mama aku. Kau tahu kan mama aku tu macamana, lagipun aku tak nak dilabel sebagai anak derhaka." Jelas Aisy.


"Habis kau dah jumpa dengan Luthfi." 


"Dah." 


"Bila? Dia cakap apa?" Tanya Sara ingin tahu.


"Sebelum aku jumpa kau ni lah, biasalah dia buat perangai annoying dia tu la, puji diri sendiri. Dia kata rugilah kalau mak aku ni tak terima dia sebagai menantu." Kata Aisy sambil buat muka menyampah.


Sara pula gelak mengekek tak hengat dunia,sampai meja di depanya itu ditepuknya beberapa kali.


Sara tidak peduli dengan pandangan orang yang sedang memandangnya.


"Sukanya kau ,kalau gelakkan orang no 1 kan?" Aisy menjeling sara geram.


"Annoying betul si pengacau tu." Sara masih dengan sisa tawany, biasalah si Sara ni senang terhibur orangnya.


"Anyway,  aku nak ucapkan tahniah untuk perkahwinan kau, dah nak kahwin dah kawan sengett aku ni." Sara memeluk Aisy dari tepi erat.


"banyaklah kau punya sengett kau pun dua kali lima juga. Jangan lupa nikah dan persandingan aku kau kena ada sebab kau tu adalah sahabat yang paling aku sayangi, kau kena sentiasa ada dengan aku." 


Aisy membalas pelukan sara erat walaupun orang di sekeliling mereka memandang hairan, apa dia peduli buakanya dia buat benda-benda tak elok. Nak peluk sahabat pun tak kan tak boleh kot.


"Alah pasal tu kau jangan risau, aku akan sentiasa ada untuk sahabay aku yang tersayang ni." Kata Sara ceria, terus dia mencium pipi Aisy. Membuatkan Aisy terkejut lalu dia menggosok pipinya kasar yang dicium Sara.


Sara hanya tergelak melihat aksi sahabatnya itu.


"Sengal betul la perempuan ni." Kata Aisy sambil memandang sara tajam, membuatkan Sara ketawa diikuti Aisy. Sengal-sengal pun, Sara lah sahabat dia yang paling baik dan sempoi.


Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.