Pagi itu, Aisy bangun awal kerana ingin membantu ibu mertuanya menyiapkan sarapan, dia tinggalkan Luthfi yang masih lena tidur kerana tidak mahu menggangunya.
Lagipun pukul 10 pagi, Luthfi akan bertolak ke lapangan terbang untuk menghabiskan waktu flightnya sebelum dia ingin bercuti lama, masalahnya risau Aisy lah yang tak kuat menahan rindu seperti mana Luthfi ingin menjalankan misi itu terhadapnya.
Setelah siap membantu ibu mertuanya di dapur, Aisy terus naik ke atas memanggil Luthfi untuk sarapan pagi. Sampai sahaja di hadapan bilik, Aisy melihat pintu biliknya terbuka sedikit mungkin Luthfi sudah terbangun dari tidur.
Luthfi sudah siap mengenakan uniformnya lengkap, dia melangkah menghampiri cermin, rambutnya yang pendek disisir rapi, sedang dia berhadapan dengan cermin. Dia baru sedar ada sepasang mata yang sedang bersembunyi di sebalik almari baju sedang memerhatikanya.
Dia kenal akan pandangan itu, siapa lagi kalau bukan isteri comelnya Aisy Faiha, dia pura-pura tak nampak padahal bibirnya menaham senyum apabila meliha Aisy Faiha memandangnya secara sembunyi.
Sedari tadi, Aisy Faiha ada di situ, setelah dia masuk ke dalam bilik langkahnya terhenti apabila melihat Luthfi sedang bersiap, terus dia sembunyi di sebalik almari sambil matanya tidak lepas dari memandang Luthfi yang segak berpakaian uniform pilotnya.
"Handsomenya dia, pakai baju tu." Omelnya dalam hati.
"Aisy Faiha, tak perlu lah kau sembunyi kat situ kalau nak pandang aku yang kacak lagi bergaya ni." Tegur Luthfi yang masih lagi berhadapan cermin, matannya memandang Aisy yang mukanya sudah merah menahan malu.
"Mana ada aku pandang kau? aku baru je masuk." Aisy cuba menafikan. Terus dia keluar di sebalik almari yang dia sembunyi tadi.
"Kau ingat aku tak nampak, dari tadi kau kat situ. Meh sini tengok aku depan-depan buat apa nak sorok-sorok nak pandang suami." Panggil Luthfi sambil menggamitkan tanganya ke arah Aisy.
Aisy terus mengahmpiri Luthfi, malu jugalah dia bila Luthfi perasan yang dia ada dari tadi memandangnya.
Luthfi mendekati Aisy. Kedua belah tangan Aisy dipegang erat.
"Sekarang ni kau tengok puas-puas muka suami kau yang handsome ni." Kata Lutfi
Mata mereka bertaut seketika, Aisy nampak pandangan ikhlas di mata Luthfi saat memandangnya, membuatkan hatinya makin berdebar.
"Dahla tu, jomlah kita turun, mama dengan abah dah tunggu kat bawah nak sarapan sekali." Aisy melarikan pandanganya dari terus memandang Lutfi, boleh meletop jantungnya, sis tak kuat.
"Ok jom." Ajak Luthfi, dia menarik tangan Aisy bersamanya, mereka jalan beriringan turun ke bawah sambil berpengagan tangan. So sawittt.
Selesai sarapan Aisy terus menghantar Luthfi ke lapangan terbang.
Setelah sampai, Lutfi meletakkan kereta di tempat parking.
"Ok dah sampai, jom turun." Ajak Luthfi. Luthfi keluar dari kereta diikuti Aisy
Mereka jalan seiring sambil berpengangan tangan hingga sampai ke pusat pelepasan.
"Aku pergi dulu, aku nak beritahu kau yang tulah kapal terbang aku." Luthfi menujukkan kapal terbang A103 yang akan dibawanya nanti.
Aisy hanya mengganguk mengiyakan, Luthfi memusingkan badan Aisy menghadapnya dan memegang tanganya erat.
"Aku nak kau tunggu aku balik, dan aku nak kau luahkan juga persaan kau kat aku bila aku balik nanti."
"Aku akan cuba, tapi aku tak janji." Padahal dia memang sudah mula menyukai Luthfi.
"Aku yakin kau mesti ada perasaan kat aku, cuma kau je yang ego tak nak mengaku perasaan kau sendiri." Tebak Luthfi.
"Dahlah tu kau dah lambat kan? nanti kesian penumpang dah tunggu." Aisy cuba tukar topik.
"Pandai kau tukar topik kan? Aku nak pergi lah ni." Sebelum pergi, Luthfi merapati Aisy dan memeluknya erat, Aisy terkejut dengan tindakan Luthfi tapi dia hanya membiarkanya tanpa membalas balik pelukan suaminya.
"Dahlah tu, malulah orang tengok."Aisy bersuara dalam pelukan luthfi.
"Biarlah, kau kan isteri aku. Bagilah aku peluk kau lama sikit."
"Orang peluk bukan nak balas balik." Suara Luthfi seakan merajuk, Aisy tersenyum lalu membalas pelukan Luthfi erat.
Setelah beberapa minit, Luthfi melepaskan pelukanya dari Aisy, bibirnya mendarat di dahi Aisy dan menciumnya sekejap.
"Aku pergi dulu ya, jangan lupa rindu aku." Luthfi menghulurkan tanganya, Aisy menyambutnya lalu mencium tangan suaminya perlahan. Luthfi membalas dengan mengusap kepala Aisy dengan penuh kasih.
Luthfi tidak tinggu lagi, dia pun terus berlalu dari situ dengan senyuman terukir di bibirnya memandang Aisy, dia berharap setelah dia balik nanti semuanya akan berubah dan hubunganya dengan Aisy sebagai suami isteri akan bertambah baik.
Aisy menghantar pandangan ke arah Luthfi sehingga dia masuk ke dalam kapal terbang.
"Kau baru je pergi pun aku dah mula rindu kau Luthfi, Macamanalah aku nak tanggung seminggu ni, bila kau takde dengan aku." Omel Aisy dalam hati.
CINTA ITU BUKAN APA YANG DIFIKIRKAN OLEH AKAL
TAPI CINTA ADALAH APA YANG
DIRASAKAN OLEH HATI.💓
THANKS PADA YANG SUDI BACA..