Home Novel Kisah Hidup Sakit!
Sakit!
SueJya
22/5/2020 00:24:55
25,525
Kategori: Novel
Genre: Kisah Hidup
Senarai Bab
Bab 5

Saya keluar terburu-buru dari kelas pagi. Tamatnya tepat jam 11. Satu lagi kelas bermula jam 11. Hanya di blok sebelah. Tapi kaki melangkah ke tempat letak kenderaan lantas terus bergegas ke rumah Jeevan. Sayang, mereka sudah berangkat pergi. Saya berlari ke arah kereta di tepi jalan. Terus memandu ke tempat Jeevan dibawa. Rasanya pelik. Pelik menghantar dia pergi. Tapi sudah saya relakan. Saya kira begitulah.


Saya tiba di sana ketika mereka sudah selesai, saat gambarnya diletakkan di sana. Dengan senyap saya masuk ke dalam kumpulan orang ramai tapi tetap diam di belakang. Tidak mahu menarik perhatian. Di hadapan sana saya lihat ada Franc sekeluarga juga Charlie teman wanita Jeevan serta jejaka tempoh hari. Entah siapa namanya saya tidak tahu. Semua berwajah sugul dengan si ibu tiri menangis hebat. Saya tidak kasihan pada si ibu tiri. Bukan kejam atau tidak empati tapi saya merasa kalau tangisan itu tidak ikhlas. Tidak sampai di hati. Mungkin saya silap. Entahlah! Cuma menang perasaan saya begitu. Maaf jika kamu, dia dan mereka tidak setuju. Saya tidak memaksa untuk kalian memihak pada saya. Si ayah sesekali berpaling sambil jemari menyentuh mata dan ya saya yakin dia menangis. Melihat itu saya juga hiba. Entah kenapa saya kasihan pada si ayah tapi bukan pada ibu tiri Jeevan. Terasa benar kasih seorang ayah.


Ketika orang-orang beransur pergi saya juga berlalu dari sana. Sama sekali tidak menegur siapa pun dari keluarga itu. Mujur mereka tidak melihat saya. Saya kembali ke kampus. Tapi bukan ke kelas di blok C. Pasti kuiz sudah berakhir. Mustahil Dr Cheng mahu membenarkan saya mengambil kuiz itu jika lewat masuk ke dalam kelas. Maka saya duduk sendiri di cafe kolej kediaman. Sengaja menjauh sementara menunggu jam 2 untuk kelas seterusnya.


"Ada kelas pagi tadi?" Saya mendongak melihat jejaka pagi tadi. Macam mana dia tahu saya berada di cafe saya juga tidak tahu.


"Ya."


"Oh."


Ada jeda panjang. Mungkin dia awkward. Saya bukan sombong atau pendiam. Hanya malas berbual. Saya tidak kenal dia dan dia tidak perlu berlagak rapat dengan saya. Hanya kerana dia berkawan dengan Jeevan tidak bermakna dia juga sahabat saya.


"Tadi, kenapa tidak datang tegur family Jeevan?"


"Kau nampak?" Dia angguk.


"Kau tunggu kawan?"


"Bukan. Ada kelas."


"Oh. Kelas jam berapa?"


"Sekejap lagi." Sekadar basa basi saya menjawab. Namanya juga tidak saya tahu. Kenapa perlu melayan seolah dia kawan lama?


"Kau pasti kenal saya bukan?"


"Ya dan tidak."


"Oh, maaf. Saya Brennon. Sahabat Jeevan juga. Saya pelajar tahun 2. Program kaunseling. Kau?"


"Sama."


"Program?"


"Sastera."


"Seronok belajar sastera?"


"Ya."


Dia diam. Mungkin kehabisan kata.


"Lepas kelas nanti kau pergi rumah Jeevan?"


"Mungkin tidak."


"Oh, boleh saya minta nombor telefon kau? Mungkin kita boleh bersahabat?"


Dan saya memberikan nombor telefon saya. Ikutkan hati ingin sekali saya berteka teki. Biar lelah dia dan putus asa. Tidak mahu berteman dengan saya. Tapi saya lihat dia bukan seoramg yang mampu ditantang. Sedikit lemah penuh dengan kerisauan.


"Terima kasih. Nanti saya hantar pesanan kepada kau."


"Okay."


"Sudah makan tengah hari?"


"Sudah." Tipu semata. Malas melayan dia sebenarnya.


"Oh."


Kali ini dia benar-benar mati kata. Maaf Brennon. Saya bukan tidak mahu berbual. Hanya pada hari ini saya sangat malas untuk apa yang kamu, dia dan mereka gelar bersosial. Biar saya sendiri. Saya perlu recharge dari segala hal.


"Hmm, saya mahu pergi kelas dulu ya."


"Okay." Balasnya sepatah.



Theo Gale berjalan keluar dari kampus utama Universiti Nasional Wissen. Senyum kecil terukir di bibir. Akhirnya, kerjaya idaman jadi miliknya. Baru sebentar urusan lapor diri selesai. Esok dia akan mula bertugas dengan rasminya. Entah kenapa tapi hati cukup suka dengan pekerjaan baru itu. Seolah dia belajar banyak hal dari banyak orang. Lalu dari sana, dia mulai belajar bersyukur. Mensyukuri hidup.


Theo Gale, bagaimana harus saya gambarkan dia? Dia seorang yang ceria. Sentiasa dengan bahasa indahnya. Kadang saya terbuai tapi lebih selalu saya sedikit menyampah. Mungkin saja kerana saya budak sastera jadi saya kira saya lebih tahu susun atur bahasa berbanding dia. Orangnya tinggi, tidak hitam tidak juga cerah. Dia pendiam tapi lucu. Matanya tidak sepet tidak juga bundar. Hmm, dia ada lesung pipi pada satu belah pipinya sama seperti Darront. Orangnya ramah pada orang yang tepat. Paling penting dia tahu apa mahunya dan dia berpegang pada prinsip hidup yang saya kira dia cipta sendiri.


"Mummy, saya sudah dapat kerja baru!"

"Kaunselor?"

"Ya! Universiti Nasional Wissen."

"Congrats Gale. Tidak pula mummy tahu kau apply kerja sana. Mummy fikir kau tidak mahu kerja sesuai kelayakan ijazah kau."

"Bukan begitu. Sengaja tidak bagitau mummy dulu. Takut tidak dapat. Nanti Mummy hampa."

"Jadi bila mula kerja?"

"Esok mummy."

"Jadi mulai esok mummy tidak sudah nampak muka kau hari-hari di rumah Gale?"

"Nampaknya macam tu lah mummy."

"Hari ni balik Gale?"

"Tidak mummy. Mungkin minggu depan."

"Okay."


Theo Gale pandang telefonnya sambil tersenyum. Pasti mummy gembira. Cuma, mulai esok sudah jarang pulang ke rumah ibu dan ayah. Kembali lagi pada rutin harian seorang pekerja. Tapi kali ini pasti berbeza kerana seorang Theo Gale punya minat pada kerjaya ini. Tiba-tiba rasa sepi menjalar masuk dalam hati seorang Theo Gale. Kenapa? Baharu tadi kau gembira wahai hati, kini kau merajuk lagi. Terus sepi tanpa saya tahu alasan yang konkrit. Rasa ini membingungkan, sering datang tanpa diduga seolah ada semacam rindu pada yang tidak dikenal. Entah apakah itu wahai hati?



"Shen, tunggu!" Saya berpaling mendengar nama saya dipanggil.


"Kejap."


Tercungap-cungap Brennon mendatangi saya. Sudah empat hari Jeevan pergi. Rasanya masih berbekas. Saya pandang Brennon yang sudah separuh squatting. Bukan exercise tapi mengah berlari mengejar saya.


"Kenapa?" Datar saya menyoal. Tidak seperti nada untuk Jeevan. Saya malas melayan. Brennon bukan sesiapa. Tapi pesanan Jeevan tempoh hari berlegar dalam minda "Jaga Brennon. Dia juga seperti saya." Saya mengeluh seketika dalam helaan nafas kasar. Penat! Sangat penat. Bukan fizikal tapi mental.


"Kau kenapa?"


Dan Brennon pandang saya pelik. Mungkin tidak biasa dengan nada lembut itu.


"Saya... Kau ada kelas lagi?"


"Tiada."


"Boleh teman saya makan kejap? Ada mahu dibincangkan."


"Okay."


"Cafe?"


"Crowded."


"Kalau macam tu de'mouth?"


"Cafe lah."


"Tidak apa kalau ramai orang?"


Saya diam dan terus berjalan menuju cafe kolej. Agak jauh sebenarnya dalam 200 ke 350 meter saya kira. Mungkin 350!


"Saya... Saya... Saya mahu..."


"Mahu apa?"


"Saya mahu kenal dengan kau boleh?"


Ketika itu suaranya meninggi bukan marah maksud saya. Tapi kuat. Seolah mahu segenap penjuru cafe itu tahu. Saya bingung. Jika saya menolak kau sudah pasti orang-orang mengejek kau setahun lamanya. Jika saya terima, saya memberi harapan palsu. Bukankah itu menipu? Sedang saya juga tidak suka ditipu? Itu hipokrit namanya! Tapi kalau saya terima kau demi tidak memalukan kau masa itu saya yakin bukan kau sahaja yang tersakiti sebab saya juga sakit untuk berpura. Sakit untuk menipu diri sendiri dan saya yakin kau juga tidak mahu saya berkata ya atas dasar kasihan. Melihat kau kala ini mengingatkan saya pada Jeevan. Takut, sangat takut untuk meluah rasa pada saya. Lalu kau ikat saya dengan sebuah kata 'sahabat'. Tapi ya. Terima kasih untuk itu. Kau sangat memahami dan masa itu juga saya faham kenapa Jeevan menitip kau untuk saya. Mungkin fikirnya kau pengganti kata 'sahabat' yang tepat untuk saya dan ya kau akan menjadi sahabat saya. Hanya sahabat. Ketika itu manusia-manusia di cafe masih memerhatikan kami. Mungkin suka melihat permulaan kisah seolah drama television. Kalau saya kata okay mereka pasti bersorak dan kalau tidak sudah pasti diketawakan Brennon ketika ini.


"Okay."


Brennon angkat wajahnya memandang saya. Seolah tidak percaya saya semudah itu. Mungkin kau juga rasa begitu bukan? Bagaimana saya boleh menerima dia secepat itu. Tapi kamu, dia dan mereka salah. Saya menerima Brennon sebagai sahabat dan hanya begitu pada saya. Tapi apa akhirnya dia kekal sahabat saya tidak tahu. Tidak punya jawapan atau ramalan untuk itu.


"Terima kasih."


Ucapnya masih dengan riak tidak percaya.


"Kau sudah makan?"


"Belum."


"Tidak mahu order makanan?"


Saya terus berdiri meninggalkan dia untuk ke gerai laksa dalam cafe itu. Brennon menuruti langkah saya. Memesan makanan sama dan akhirnya makan dalam sepi.


"Terima kasih tidak tolak saya tadi. Tapi, jangan salah sangka dengan saya. Saya bukan..."


"Saya tahu. Kau hanya ingin jadi sahabat dan tidak lebih. Saya faham."


Ucap saya ketika hanya ada saya dan dia di stesen bas kolej. Menunggu bas untuk pulang ke rumah sewa masing-masing.


"Kau tahu? Kau sama macam Jeevan ketika mula-mula saya bertemu kembali dengan dia. Masa sekolah menengah saya pernah pindah sekolah. Dalam dalam empat tahun kami tidak bertemu dan kami hanya berjumpa kembali di sini."


"Kenapa tidak telefon? Bukan kau dan dia sangat rapat? Mustahil kau tidak tahu nombor telefon atau mungkin datangi rumah dia?"


Saya senyum mendengar itu. Ada hal yang kamu, dia dan mereka tidak tahu dan tidak saya ceritakan sebelum ini. Hakikatnya pedih untuk ditelan tapi tidak mampu saya muntahkan. Nanti saja saya ceritakan. Mungkin. Mungkin saya ceritakan.


"Panjang ceritanya dan saya tidak mahu mengenang kisah lama. Tapi, apa yang kau cakap tadi sama seperti dia. Bukan ayat sama tapi reaksi itu. Terima kasih mahu jadi sahabat saya."


"Bukan. Terima kasih itu untuk saya ucapkan. Bukan kau Shen."


"Panggil saja Joanne. Semua orang panggil saya begitu."


"Jeevan?"


"Oh, dia... Dia sudah memanggil saya dengan panggilan itu sejak kecil. Jadi biasa untuk saya dengar. Tapi kau, mungkin nanti. Maaf."


"Oh." Brennon menunduk. Malu mungkin. Entahlah malas saya bahas.


"Kau tinggal di luar kampus juga?"


"Ya."


"Kediaman mana?"


"Plat seberang de'mouth."


"Oh, yang tu."


Dia pandang saya sekejap cuma dan kemudian mengalih pandangan.


"Pasti kau malu bersahabat dengan saya." Bisik Brennon tapi masih saya dengari.


"Kenapa perlu malu?"


"Sebab saya bukan sama level dengan kau."


"Kau tahu level saya di mana?"


"Tidak."


"Jadi kenapa berani bersahabat dengan saya?"


"Saya..." Brennon kematian kata. Saya tidak suka orang membuat spekulasi. Kau tidak tahu saya siapa, dari mana saya datang dan segala macam tentang saya tapi kau datang mahu berkawan dengan saya dan akhirnya kau membuat jutaan spekulasi.


"Maaf."


"Tu. Bas sudah sampai. Jom!"

Previous: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh SueJya