Home Novelet Kisah Hidup Kerna Kau Ku Di Korea
Kerna Kau Ku Di Korea
JejakaTerpujiSyurga
16/3/2019 00:10:15
11,387
Kategori: Novelet
Genre: Kisah Hidup
Senarai Bab
1

SEBULAN YANG LALU

PEJABAT PENGAJAR

“Woi Abdullah” sapa seorang lelaki yang masuk ke pejabat Abdullah secara tiba-tiba. Ternyata Abdullah terkejut Namanya dipanggil sedemikian rupa.

“Kau dah kenapa James? Nasib aku tak ada sakit jantung. Kalau tak jenuh company  nak menjawab. Tiba-tiba staf meninggal sebab membersergah. Apa yang kau nak dengan aku ni?” balas Abdullah sambil kembali bertenang di tempat duduknya.

“Wei,aku dapat tahu ada pakej baik punya untuk satu destinasi nie. Aku tahu kau mesti nak join punya.” Kata James cuba menimbulkan minat kepada rakannya yang kembali menyambung melakukan kerjanya di komputer pejabat.

“Yela tue, pakej perlancongan mana pulak kau nak pergi ni?” soal Abdullah

“Korea,harga dia ok kot. Baru dalam 2800.” Jawab James ringkas

“Serius?Pergh kalau macam tue aku nak join.” Balas Abdullah teruja apabilamendengar nama Korea disebut.

“See,kan aku dah cakap. Kau mesti berminat punya.”

“Memanglah,kan dari dulu lagi aku teringin nak pergi. Aku pun simpan duit setiap bulan semata-mata nak capai hasrat aku tue.” Jelas Abdullah

“Ok. Aku book untuk kita dua. Sekarang nie tinggal nak apply cuti dengan pilih tarikh sesuai.” Ulas James

“Teruskan,ada apa-apa bagitahu aku.” Jawab Abdullah sambil senyuman terukir di wajah

“Orait,nanti hujung minggu ni kita beli barang keperluan untuk ke sana”

“Ok”

            James keluar dari pejabat Abdullah. Abdullah kini berhenti melakukan kerja di komputer. Terlalu lama rasanya dia mengadap skrin komputer di hadapannya. Mujurlah James datang membuatkan dia mengambil kesempatan ini untuk berehat sebentar. Pekerjaannya sebagai pengajar kemahiran bukanlah mudah seperti yang disangkakan. Apatah lagi bekerja di sebuah institut kemahiran swasta yang mempunyai bilangan staf yang sedikit. Beliau terpaksa memegang tangungjawab yang banyak selain daripada mendidik anak-anak muridnya.

            Abdullah merenung di luar pejabatnya. Dihadapannya merupakan kelas dimana anak-anak muridnya mendapatkan ilmu pengetahuan. Kelihatan anak-anak muridnya dengan tekun melakukan aktiviti amali yang diberikannya. Manakala ada segelintir lagi yang mengambil kesempatan untuk berehat dan berborak dengan rakan. Itulah lumrah dalam kehidupan. Bukan semua orang akan mendengar arahan yang diberi. Abdullah cukup masak dengan perangai anak-anak muridnya. Hampir 3 tahun dia mengajar dan pelbagai ragam pernah dialaminya. Abdullah Cuma mampu membimbing mereka dengan mencurahkan segala ilmu dan kemahiran yang ada kepada mereka dengan harapan mereka mampu menjadi aset kepada negara.

            Apatah lagi mereka merupakan anak-anak dari keluarga yang susah. Keputusan peperiksaan ketika SPM juga tidaklah memberangsangkan. Hanya disinilah mereka berpeluang mendapat Pendidikan yang mampu mengubah nasib mereka sendiri. Namun, ada dari mereka yang masih tidak sedar dan menganggap peluang yang diberi ini sebagai satu perkara yang menyusahkan diri mereka. Ada dikalangan mereka dipaksa sambung belajar oleh ibubapa mereka kerana alasan sudah tidak mahu belajar Di sini mereka diberi peluang belajar secara percuma oleh geran dari kerajaan persekutuan. Makan dan minum diberikan malah asrama juga disediakan bagi yang tinggal berjauhan.

            Abdullah cuma berharap anak-anak muridnya menghargai peluang yang diterima oleh mereka. Ramai di luar sana yang masih tidak bernasib baik untuk mendapat peluang yang diberi oelh mereka. Abdullah cuma mampu menasihati selebihnya terletak pada diri mereka sendiri. Kerana manusia Cuma mampu berubah jika dirinya yang ingin berubah. Tiada sesiapa yang mampu membuatkan seseorang itu berubah jika dirinya itu tidak mahukan perubahan.

            Abdullah kembali ke mejanya dan mengambil telefon pintarnya. Dibukanya mesej pada Whatsapp yang dihantar oleh seseorang. Lebih dari 6 bulan tarikh mesej terakhir individu itu. Wajah Abdullah berubah menjadi sayu. Ada kesedihan terpapar di wajahnya. Mesej yang terpapar pada skrin telefon pintarnya direnung.

Maafkan i.

            Ringkas namun ternyata menikam jiwa Abdullah. Ternyata mesej ini datangnya daripada seseorang yang pernah bertaktha di hatinya suatu ketika dahulu.

“Mungkin sudah tiba masanya untuk aku melupakan dirimu” kata Abdullah sambil mesej dari insan tersebut ditatapinya.

“Encik Abdullah?” suara wanita tiba-tiba memecahkan kesunyian pejabat tersebut.

“Owh,Laila. Ada apa boleh saya bantu.” Balas Abdullah kembali selepas tersedar dari lamunan perasaannya sebentar sahaja tadi.

“Saya nak bagitahu saya dah selesaikan tugasan yang encik bagi dekat saya tadi.” JawabLaila kembali

“Terima kasih Laila. Nasiblah ada juga awak. Kalau tidak tak tahu macam mana saya nak uruskan dokumen-dokumen ini semua.” Balas Abdullah kembali

“Memangpun, Encik Abdullah awak ni kalau bab dokumen memang nak kena marah dulu barulah dia terhegeh-hegeh nak buat.” kata seorang yang baru sahaja masuk ke pejabat sambil memegang buku rujukan.

“Kau bab perli aku laju  kau ye Mawar. Mulut takde insuran betul kau ni. Cubalah puji aku sekali sekala. Sejuk juga hati.”

“Tak kuasa aku nak puji kau. Baik aku puji diri sendiri.”

“Amboi. Hahaha” ketawa Abdullah mendengar kata balas daripada rakan pejabatnya yang juga merupakan pengajar sambil diikuti oleh Laila.

“Hai Mawar, kau kalau tak cari pasal dengan aku sehari tak sah. Kelas kau dah habis ke nie?” soal Abdullah selepas habis ketawa.

“Yela, dah habis. Kau tu yang mengelamun lama sangat sampai tak sedar dah pukul berapa.Budak-budak kau pun dah balik.”

“Ehh, yeke. Ingat baru pukul berapa. Tak sedar la pulak.”

“Oklah encik Abdullah, saya keluar dulu. Ada apa-apa nanti encik maklum dekat saya.”

“Baik Laila. Terima kasih sekali lagi.”

            Sebaik sahaja Laila keluar daripejabat tersebut, Mawar yang kini sudah pun berada di tempat duduknya menanyakan soalan kepada Abdullah.

“Kau terkenang pasal bekas marka kau ke? Jauh termenung tadi.”

“Aah.Still  teringat. Nak buat macam mana. Hati masih belum mampu melupakan.”

“Kaunak buat apa kenangkan orang yang buat kau macam sampah. Patut kau lupakan dialama dah.”

“Kalaulah semudah itu Mawar, aku buat. Tapi, apakan daya aku bukan lelaki yang mudah melupakan insan yang pernah bersarang di hati.”

“Boleh je aih, Kau je yang masih pegang pada perasaan tue.”

            Abdullah tahu ada kebenaran tentang kata-kata Mawar tersebut. Cuma bukan mudah untuk melupakan insan yang berada di hatinya selama 4 tahun lebih. Segala macam telah Abdullah lakukan untuk mempertahankan cintanya. Namun apakan daya, usahanya menjadi sia-sia jika hanya dia sahaja yang berusaha untuk mempertahankannya. Hatinya juga kini tidak mampu menerima sesiapa pun. Bukan tidak ada yang berminat pada dirinya, Cuma baginya selagihatinya masih terkenangkan si dia, agak mustahil untuknya mencintai wanita lain. Tidak adil lah kepada pasangannya jika dia tetap menerima namun hatinya masih kepada orang lain. Adalah lebih baik baginya ketika ini untuk terus begini.

            Mawar adalah pengajar di dalam bidang masakan. Beliau telah berkhidmat dengan institut ini selama 8 tahun. Kebetulan mejanya berada di sebelah Abdullah. Abdullah dan Mawar adalah seperti kakak danadik. Kadangkala bergaduh namun gaduh mereka sekadar usikan antara mereka.Mungkin kerana di tempatkan di satu pejabat, maka mereka menjadi akrab.

            Mawar juga ada kisah cinta yang tragis. Abdullah tahu hatinya juga terluka akibat kisah cinta lama namun kini dia selesa dengan kehidupannya. Seperti mana kata orang, hidup ini perlu dinikmati. Soal dilabel oleh orang itu perkara biasa. Mulut-mulut manusia yang berhati busuk takkan mampu ditutup dengan sendirinya.

Mawar juga disenangi oleh anak-anak muridnya. Mungkin kerana personalitinya yang ceria membuatkan mereka selesa dengannya. Abdullah pula lebih tegas dengan anak-anak muridnya berbanding dengan rakan sekerjanya Akmal.

“Kaunak join aku dengan James? Kami nak pergi Korea.” Soal Abdullah kepadaMawar.

“Taknaklah aku. Pergi dengan kau dengan James. Aku terkial-kial sorang kat sana. Kau memang patut pergi bercuti. Boleh lupakan masalah cinta kau tue dekat sana. Ambil peluang untuk kau move on.” Balas Mawar pada soalan Abdullah

“Yelah,aku tanya satgi kata aku tak ajak pulak.”

“Sembang apa tue? Rancak semacam” muncul lelaki masuk ke dalam pejabat tersebut ketikamereka berdua berbual.

“Taklah saya ajak Mawar ikut saya pi Korea. Encik nak join?”

“Tak apalah. Abdullah bukan tak tahu family saya ramai. Jenuh cekau duit nak bawak diorang. Takkan nak tinggal.” Balas lelaki itu

“Betul juga. Lupa pulak pasal tue.”

Time-time bujang ni ambillah masa berjalan mana yang awak nak Abdullah. Nanti dah bergelar suami macam saya susah nak ada peluang. Kalau nak pergi mana-mana,fulus kena banyak.”

“Takpe encik. Banyak anak murah rezeki nanti.Hehe”

“Betul-betul.Insyaallah”

            Lelaki tersebut adalah rakan sekerja Abdullah yang dikenali sebagai Akmal. Beliau telahpun bekeluarga dengan isterinya Aini. Mereka dikurniakan dengan 4 orang cahaya mata. Dia merupakan pengajar untuk bidang yang sama dengan Abdullah. Boleh dikatakan Akmal merupakan seniorkepada Abdullah.

“Macam mana kelas tadi? Ada sebarang masalah?” tanya Abdullah

“Macam biasalah Abdullah. Patut yang mai dua puluh orang, tapi yang ada dua belas orang. Saja la tue nak bagi naik angin” geram Akmal

“Biasalah tue encik. Budak-budak sekarang bukan macam kita dulu. Nak ponteng fikir dua tiga kali sebab tak mahu ibubapa tahu. Satgi kena lagi sedas pulak.”

“Itulah,budak-budak zaman sekarang jauh beza dengan budak zaman dahulu. Dulu kalau suruh terus buat. La ni berbuih mulut baru depa nak buat.”

“Itulah cabaran kita sebagai pengajar. Bukan setakat teknologi, cara kita ambil hati depa pun nak kena berevolusi. Cuma biasalah, kita mengajar budak yang asalnya lemah dalam pelajaran. Jadi memang agak susah nak dibentuk semula. Tapi itulah amanah ibubapa mereka kepada kita”

“Sudah-sudahlah berfalsafah Abdullah. Jom balik. Dah pukul 5.30 petang. Tak payah nak buat rajin.”Kata Mawar sambil menggalas beg tangannya keluar dari pejabat sambil memberi ingatan kepada Abdullah dan Akmal bahawa masa kerja sudahpun tamat.

            Beginilah rutin harian Abdullah danrakan-rakan sebagai pengajar. Setiap hari ada sahaja cabaran namun selagi semangat mendidik tersemat di dalam jiwa, mereka harungi dengan penuh tawaduk dan sabar
Previous: Prolog

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.