Home Novelet Fantasi Sang Satria
Sang Satria
KaryaToku
18/5/2016 09:14:19
34,800
Kategori: Novelet
Genre: Fantasi
Senarai Bab
Bab 1
Pada masa dahulu, ramai manusia yang kurang percaya bahawa ada alam lain selain alam manusia. Begitu juga pada masa kini yang amat moden. Alam manusia penuh dengan keajaiban. Pelbagai jenis hidupan ada di alam manusia.. Hidupan di alam Indra sama sahaja di alam manusia. Tiada bezanya. Di alam Indra ada sebuah perkampungan atau masyarakat penduduk yang bilangan tidak seberapa. Mereka digelar puak Indra. Rupa paras, bentuk tubuh mereka sama seperti manusia. Tiada bezanya. Makanan, minuman , pakaian dan cara kehidupan sama sahaja dengan alam manusia. Tetapi, di alam Indra, mereka ketandusan teknologi dan sains. Namun, mereka mahir dalam penggunaan sihir tetapi hanya beberapa orang sahaja yang mampu. Jika sihir mereka disalah gunakan, maka akan terjadi huru hara.

Dipendekkan cerita, di alam Indra bukan sahaja ada puak Indra, namun ada juga puak lain. Ia adalah puak Ghul. Mereka juga sama seperti puak Indra namun cara mereka amalkan sihir adalah berbeza. Mereka mengamalkan sihir kegelapan. Sihir yang digunakan Indra adalah Sihir Suci. Digunakan untuk tujuan yang baik.  

Di dalam puak Indra, terdapat seorang yang amat hebat sihirnya. Beliau Pendita Adi. Boleh dikatakan, Pendita Adi adalah ketua di puak Indra. Umurnya dalam linkungan 60 tahun jika di alam manusia. Beliau tidak  mempunyai isteri kerana isterinya telah meninggal dunia akibat sakit yang tiada penawar. Namun, dia mempunyai seorang anak gadis yang jelita yang bernama Sang Citra. Sang Citra amat digemari oleh orang puak indra kerana sifat yang lemah lembut dan sopan. Memang gadis sepertinya amat digemari oleh pemuda puak indra.

Di dalam puak Ghul juga terdapat seorang pendita yang bernama Pendita Gura. Dia merupakan seorang ketua yang baik bagi puaknya. Dia seorang yang tegas dalam sesuatu perkara. Riak wajahnya juga sangat bengis. Sihir kegelapannya juga amat luar biasa. Pendita Gura tidak mempunyai isteri  dan hanya mempunyai seorang anak angkat lelaki yang diberi nama Gala. Gala merupakan seorang yang handal dalam bertempur. Dia juga menunut sihir kegelapan warisan ayahnya sejak berumur 7 tahun. Mempunyai rupa paras yang kacak. Ini membuat ramai gadis di puak Ghul tergila –gila akannya.
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.