Home Novelet Fantasi WIRA
WIRA
KaryaToku
22/11/2016 12:02:54
72,185
Kategori: Novelet
Genre: Fantasi
Bab 19

Jammenunjukkan pukul 9 malam. Itulah waktu Faizal dan yang lain-lain tiba di rumahFaizal.

 

“PakMegat, inilah rumah saya.” kata Faizal sambil mengeluarkan beg Pak Megat daribonet kereta.

 

PakMegat kagum melihat rumah Faizal. Walaupun hanya rumah teres 2 tingkat, namunitu sudah cukup. Pak Megat dijemput masuk ke rumah mereka. Belum sempat merekamembuka pintu, pintu telah di buka oleh Khairul.

 

“Balikpun….” kata Khairul dengan anda suara yang agak sedih.

“Kenapani Khairul?” tanya Nek Timah yang dapat membaca riak wajah Khairul.

 

Merekapun masuk ke dalam rumah. Satu persatu dari mereka melabuhkan punggung di atas kerusi sofa. Pak Megat sungguhselesa katanya yang duduk di atas sofa yang lembut. Namun, suasana menjadimuram seketika apabila Khairul dan Saiful bermasam muka. Faizal melihat merekaseperti merahsiakan sesuatu.

 

“Kenapadengan kau berdua ni? Ramli mana?” tanya Faizal kepada mereka.

“TadiListari buat serangan lagi.” jelas Saiful.

 

Faizalhanya mampu mengeluh. Begitu juga Laila, Nek Timah dan Pak Megat.

 

“Tapi,kali ni Listari gunakan konco dia yang lain. Kuat juga. Kami tak mampu melawandia. Kami suruh Ramli periksa kawasan sekitar tempat serangan, dan sebab kami,Ramli sekarang di hospital akibat ditikam.” jelas Khairul.

“Apa?!Siapa yang tikam dia?!” soal Faizal yang terkejut mendengar berita itu.

NekTimah dan Laila juga terkejut mendengar berita itu.

“Kamisyak ini kerja Listari. Kalau Ramli tak ada, jadi Wira takkan bersatu. Mungkinitu sebab dia ditikam.” jelas Saiful.

“CincinSakti dia bagaimana? Ada bersama dia?” Pak Megat yang mencelah perbualanmereka.

“Kamitak pasti pula. Pihak hospital masih simpan barang-barang dia.” kata Khairul.

“Sekarangdah malam. Esok kita kena pergi ke hospital itu. Kita kena pastikan yang cincinsakti Ramli masih ada. Pak Megat harap ia tak berlaku seperti apa yang PakMegat fikir.” jelas Pak Megat.

“Apayang Pak Megat fikir?” tanya Laila pula.

“Listaripasti mahukan cincin sakti Wira Gaj’a. Kalau cincin itu jatuh ke tangan dia,kita harus bersiap sedia.” jelas Pak Megat lagi.

 

Bertambahkusut pemikiran mereka. Pelbagai masalah yang Listari lakukan terhadap mereka.Selepas satu serangan, satu serangan berlaku lagi. Pak Megat menasihati merekauntuk berehat malam itu kerana kemungkinan esok hari serangan lain akan berlakulagi.

Dihospital pula, jururawat Fathia masih lagi menyiapkan laporannya. Dia adalahseorang jururawat pelatih dari sebuah kolej kejururawatan. Memang menjaditanggunjawabnya menyiapkan laporan untuk dihantar kepada pihak atasan kolejuntuk penilaian. Setelah lebih sejam dia bertungkus lumus menyiapkanlaporannya, dia ingin pulang ke rumahnya. Tetapi, terdetik hatinya untukmelihat pesakit di bawah pemantauannya iaitu Ramli. Dia pun terus ke bilikRamli. Dia agak teruja kerana sepanjang latihannya, inilah pertama kali diadiberi tugas pemantauan pesakit. Dia terkejut apabila dia terlihat Ramli yangsudah sedarkan diri dan duduk di penjuru katil ketika dia memasuki bilik Ramli.

 

“Encikdah sedar?” tanya Jururawat Fathia.

“Awakni siapa?” soal Ramli pula.

“SayaFathia. Jururawat pelatih. Saya ditugaskan untuk pantau awak.” jelas jururawatFathia.

“Manapakaian saya? Boleh awak bawa pakaian saya ke sini?” tanya Ramli lagi.

“Eh?Encik nak buat apa? Oh ya… saya kena telefon kawan awak sekarang. Dia suruhsaya telefon dia kalau awak dah sedar.” kata Jururawat Fathia sambilmengeluarkan telefon bimbitnya dari begnya.

Ramliterus merampas telefon bimbit itu dari tangan Jururawat Fathia. Dia tergamamdengan perbuatan Ramli.

“Tolongjangan beritahu dia yang saya dah sedar.” kata Ramli dengan keadaan lemah.

“Encikkena berehat. Encik nampak lemah.” Jururawat Fathia terus membantu Ramli untukbaring semula di atas katil.

“Tolongjangan beritahu dia yang saya dah sedar.” pinta Ramli lagi.

“BaiklahEncik. Saya tak akan beritahu dia. Tapi kenapa ya?” tanya Jururawat Fathia.

“Adabenda yang perlu saya selesaikan dulu. Tolong ya…” jelas Ramli.

 

Jururawat Fathia mengerti permintaan Ramli. Diamenasihati Ramli untuk berehat dahulu. Jururawat Fathia tidak tahu apa yangdihadapi oleh Ramli. Namun, dia terpaksa tidak menghubungi Khairul malam itu.Dia pun pulang ke rumahnya. Fathia asyik terfikir apa masalah yang dihadapioleh Ramli. Fikirannya langsung tak beralih tentang hal itu.


Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.