Home Novelet Cinta Takdir Cinta Tercipta
Takdir Cinta Tercipta
Myea Miko
16/4/2020 18:21:16
42,001
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 6

Sampai sahaja di kelab yang selalu menjadi tempat kegemaranya, Ariq melangkah masuk ke dalam untuk berjumpa Zack kerana Zack menghubunginya memberitahu Humaira telah hilang setelah bersamanya pagi tadi.


Zack yang ternmampak kelibat Ariq memanggilnya dengan melambaikan tangan terus Ariq melangkah menghampirinya.


"Macamana budak tu boleh hilang." Tanya Ariq setelah dia melabuhkan duduk di sebelah Zack.


"Aku pun tak tahulah macamana budak tu boleh terlepas, habislah! dia tu lombok duit aku tau. Kalau dia hilang macamana dengan semua pelanggan yang aku dah janji." Katanya kesal.


"Habis tu kau nak salahkan aku la, sebab aku budak tu hilang macam tu."


"Takdalah sampai aku nak salahkan kau, tapi tulah lepas je kau langgan dia. Terus budak tu hilang." Zack mula salahkan Ariq.


"Kau nak kata aku sorok dia ke apa?" Tanyanya serius.


"Aku tak anggap macam tu pun, budak-budak aku kata dia ikut seorang lelaki naik kereta mewah. Aku tanya diaorang kenal ke tak lelaki tu diaorang kata tak kenal."


"Lelaki mana pulak dia ikut? Takpelah kau tak payah risaulah nanti aku upah orang cari budak tu."


"Ok baik tulah yang aku nak dengar dari kau." Zack mengukir senyum sambil menepuk bahu Ariq perlahan.


"Sebab kau dah tolong aku, apakata aku belanja kau seorang arini amacam?" Zack memandang Ariq sambil menjongketkan sebelah keningnya.


"Arini aku malaslah,aku nak minum je takde mood arini."


"Apasal pulak, semalam kau happy je."  Tanya Zack.


" Mama aku baru balik dari Indonesia malam semalam." Jawab Ariq.


"La mama kau dah balik patutnya kau happy, apasal nak badmood pulak."


"Yelah, mana tak nya dia layan adik aku Arfan baik sangat sakit mata aku tengok." Katanya geram.


"Takkanlah kau cemburi dengan adik kau sendiri."


"Malaslah cakap pasal tu, buat sakit hati je. Kau belanja aku minum dahlah."


"Ok baik, apa-apa pun untuk kau sahabat." Zack terus orderkan air buat Ariq.


Arfan sudah terpacak di depan pintu rumahnya, Perlahan tanganya mengetuk pintu tersebut sambil mulutnya memberi salam.


"Assalamualaikum." Ucapnya, sambil mengetuk pintu beberapa kali.


"Humaira yang baru habis mengerjakan solat dhuha mendengar suara orang memberi salam. Cukup dia kenal suara itu. Lelaki yang menolongnya dan menumpangkan dia di rumahnya. Kakinya laju melangkah menghampiri pintu dan membukanya.


"Walaikumsalam." Jawab Humaira sambil mengukir senyuman membuatkan jantung Arfan berdebar kencang melihat senyuman gadis itu. Tapi dia cuba mengawal riaknga.


"Maaf encik lambat buka, saya baru habis solat dhuha." Jawab Humaira.


"Takpe, saya pun baru je sampai, awak bersiaplah saya bawak awak pergi rumah keluarga saya."


"Rumah keluarga encik?" Tanya Humaira.


"Ya babah saya nak ambil orang gaji baru untuk gantikan makjah kalau awak tak kisahlah."


"Yeke encik saya diterima, saya tak kisah kerja apa pun janji saya ada kerja encik." 


"Baiklah awak bersiaplah. Saya tunggu dalam kereta."


"Baik encik."


Arfan terus melangkah pergi dari situ. Humaira pun bersiap untuk mengikuti  Arfan.


Arfan tertidur sebentar di dalam kereta sementara menunggu Humaira bersiap, sejak dia balik ke Malaysia Arfan jarang dapat tidur tepat masa kerana ada banyak kerja yang perlu diselesaikan.


Setelah bersiap Humaira terus melangkah keluar dari rumah pintu dikunci rapi, terus kakinya melangkah menghampiri kereta Arfan yang tidak jauh dari situ.


Dari jauh ada seorang lelaki sedang memerhati setiap langkah Humaira, Lelaki itu bersembunyi disebalik dinding yang tidak jauh dari situ supaya tiada siapa pun nampak kelibatnya di situ.


Gambar Humaira ditangkap, gambar kereta yang Humaira hampiri juga ditangkap, mungkin lelaki itu merupakan orang suruhan Zack atau penyiasat pensendirian yang diupah Ariq untuk mencari dimana keberadaan Humaira 


Sampai sahaja di kereta, Humaira melihat Arfan sudah tertidur di dalam kereta, mula timbul perasaan serba salah dalam dirinya kerana menggangap telah menyusahkan lelakii itu.


Perlahan dia membuka pintu kereta, terus duduk di sebelah Arfan yang masih lena tidur. Hatinya berdengup kencang apabila memandang wajah tenang lelaki itu yang sedang tidur. Dia menoleh mukanya dari terus memandang Arfan.


Setelah setengah jam, Humaira mengejut Arfan bangun saja dia membiarkan Arfan tidur kerana tidak mengangu Arfan yang lena tidur.


"Encik, encik." Panggil Humaira membuatkan Arfan terus terjaga.


Perlahan dia membuka mata, dan melihat Humaira sudah ada di sebelahnya.


"Dah lama ke awak siap?" Tanya Arfan.


"Lama lah juga encik." Jawab Humaira.


"Kenapa awak tak kejut saya?"


"Saya tak sampai hati, tengok encik tidur lena sanga." Jawab Humaira jujur.


"Takpelah jomlah kita bertolak."


Humaira hanya mengganguk mengiyakan. Kereta yang dibawa Arfan terus meluncur laju keluar dari kawasan itu.


"Awak tak nak buat laporan polis pasal apa yang jadi pada awak semalam?" Tanya Arfan memecahkan rasa kekok antara mereka 


"Saya rasa tak perlu encik. Saya pun dah tak nak ingat pun pasal semalam. Saya rasa diri saya jijik sangat encik." Humaira menahan sebak di dada.


Arfan simpati apa yang telah terjadi kepada Humaira.


"Tak perlu awak nak labelkan diri awak macam tu, pada saya awak ni hanya mangsa keadaan."


"Teri.ma kasih sebab sudi tolong saya yang hina n enciki." Kata Humaira.


"Kenapa awak perlu rendahkan diri awak macam tu. Saya tolong apa yang sepatutnya sebagai saudara seislam."


Lega Humaira mendengar kata-kata Arfan. 


"Saya minta sebab menyusahkan encik, sepatutnya saya tak perlu pun cerita semuanya pada encik semalam."


"Takpe awak jangan risau saya ni bukan orang jahat untuk sebarkan apa yang awak dah cerita dekat saya semalam."


Humaira memandang  Arfan di sebelahnya, kenapa lelaki ini begitu baik menolongnya kerana dia nampak keikhlasan di wajah lelaki itu. Apa yang terjadi semalam memang membuatkan hatinya hancur tapi dia harus bangkit untuk tempuh segala dugaan yang menimpanya.


"Patutlah ramai orang kata saya handsome sebab awak pun pandang saya sampai tak berkelip mata." Gurau Arfan apabila melihat Humaira yang sedang memandangnya dengam lirikan matanya sambil fokus pada pemanduanya.


Humaira tersedar terus menolehkan mukanya menghadap depan, habis mukanya merah kerana menahan malu.


Arfan mengukir senyuman nipis melihat Humaira, dia pun tidak tahu kenapa dia merasa selesa apabila berada dengam gadis ini tidak seperti wanita yang lain selama ini dia kenal.


Arfan terus fokus memandu sehingga sampai ke rumah keluarganya.













Previous: 💮BAB 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.