Home Novelet Alternatif ETHEREAL
ETHEREAL
Lee
18/10/2021 15:22:51
17,558
Kategori: Novelet
Genre: Alternatif
Senarai Bab
LILY

'Am I really in trouble?'

Langkahnya dilajukan sehingga dia berjaya berjalan bersebelahan. Takut memang takut, tapi dia memang ada hak untuk bersuara.

Come on Lily Sofia, gunakan hak anda untuk bersuara!

"Nak tanya... kenapa muka nak marah? " ceit! Lain yang nak soal, lain pula yang keluar dari mulutnya. Adeh! Habislah.

Senior lelaki hanya memandang serius tanpa ada niat mahu menjawab segala persoalannya. Baru hari pertama sekolah dah lah kena baling kek lepastu senior cari, tak tahu sama ada nak tolong dirinya yang kena baling kek atau nak marah, muka dah lah macam singa. Bengis gitu! Abahnya pun tak adalah garang macam ni.

Sampai saja di depan sebuah bangunan besar, lelaki tadi mula bersuara, "Welcome to Amphitheater."

Pintu dibuka dan senior lelaki tadi bawa dia terus ke belakang pentas. Tak sangka sekolah elit ni ada auditorium yang gempak. Kagum dengan seni bina bangunan dan kawasan sekeliling, Lily perasan ada sorang budak perempuan yang sibuk mengarah.

Pengarah kot? Langkah Lily mati bila senior lelaki tiba tiba berhenti. Budak perempuan yang mengarah mula berhenti bercakap dengan yang lain dan mula memandang mereka berdua.

"Kau tolong budak ni boleh?" pinta lelaki tadi. Habis saja bercakap, dia terus menghilang meninggalkan Lily dengan orang lain.

"Call me El. Lemme help you change." bicara El lembut. Segera dia membawa Lily ke bilik persalinan. Nasib baik di situ dia ada simpan stok uniformnya untuk kecemasan.

"By the way, did he really help you?"

"Sort of." Melihat reaksi terkejut El, terus Lily bersuara, "I just got transferred and I know nothing about this school."

"Dia Am. and you girl... are lucky."

'Lucky?' heh bertuah apanya kalau hari pertama sekolah dah jadi macam macam?

Selesai saja menukar pakaian, diucapnya terima kasih pada El sebelum Lily menapak keluar dari auditorium. Tak sangka kan? Sekolah elit ada auditorium. Gempak betul. Buka saja pintu, dia perasan Am masih ada di sini. Perlahan dia mula mendekati lelaki itu.

"Terima kasih sebab tolong."

Am menoleh, dia hanya senyum nipis. "You know what Lil, this place is one kind of a nightmare." kata katanya terhenti. Kepalanya mendongak memehati awan biru. "You need to fight it in order to survive."

Terkedu Lily dibuatnya. "I heard this before."

"Jom aku teman kau balik kelas kau."

Laju Lily geleng kepala. "Well, like you said, this is my battle. So nope. I can walk on my own."

Atta girl.

Masuk saja kelas, segala pandangan dari kawan sekelas tidak dihiraukan. Kalau tak ada siapa yang nak berkawan dengannya, so be it. Lagi pun dia dah biasa untuk tak punya ramai kawan di sekolah lama. Bila Lily ingat dirinya akan bersendirian untuk sepanjang semester, kerusi di sebelah ditarik. Ada satu suara yang menegur.

"If you need a friend, you can count on me." name tag dibaca. Fathiah.

"Gonna need one eventually. Thanks." Macam tu saja mereka mula berkawan. To survive in a cruel place, you will need a friend.

Sepanjang waktu kelas, memang nama Lily je jadi mangsa usikan nakal budak kelas. Bila Fathiah mahu membalas, dihalang pula Lily. katanya ada masa perlu berdiam tanpa perlu bertindak apa apa. Bila tiba masa yang sesuai baru mulakan strategi.

Somehow she survived for the first day as a Victorian. Sewaktu dia mengemas barang, Fathiah mengajak untuk menemaninya pergi ke perpustakaan sekejap untuk pulangkan buku. Tanpa fikir panjang terus Lily setuju,

Tak sangka trip ke perpustakaan yang sepatutnya sekejap boleh ambil masa 45 minit. Sedar sudah terlewat, Lily bergegas ke kafe. Berharap sangat Adam masih ada. Sebaik saja figura Adam dikenal pasti laju saja kakinya melangkah.

Siapa dia?

Terus segar mata Adam dengan hanya satu soalan. Tapi soalan Lily dibiar sepi.

Sewaktu Am melewati gelanggang bola keranjang, Irzd baru saja menjaringkan bola. Walaupun jaraknya jauh dengan tiang bola, tetap saja dapat dijaringkan. Kemain betul bangga bila dapat jaringkan bola. Am duduk di tempat audiens, tidak mahu mengganggu.

"Aku dengar kau mengamuk dekat upper form block. Apa kes?" tanpa memandang laju mulut Irzd menyoal. Nak tahu juga kenapa kawannya mengamuk. Setahu dirinya, Am bukan jenis begitu. Getting mad over small things. Antara dia dan Am, rasanya dia punya tahap kesabaran paling nipis. Tapi untuk Am marah, that unlucky girl must be in huge trouble.

Am senyum sinus. Cepat betul berita tersebar. Kejadian pagi tadi diingat semula. "She's too naive."

"I guess she's one of us now." bertambah seorang Hikayat. Heh.

Ini kali pertama Am selamatkan budak dari kena buli. He never did anything. Knowing him, once he saves someone, he will always look out for that person. Macam mereka berdua dengan El. "Can't wait to see her. Siapa nama budak tu?" Irzd skeptikal. Selagi dia tak jumpa, selagi tu dia masih musykil dengan tindakan Am.

"Lily Sofia."

Nasib baik Lily sudah kemas bag awal awal, hanya tinggal untuk diambil saja. Itu yang sampai sampai saja Lily dan Adam cepat cepat ambil dua bag sebelum kembali semula ke V.H.S

Lily berdiri tegak di hadapan bangunan aspuri. Matanya sibuk mengira bilangan tingkat. Besar betul asrama dia. Nampak lavish gitu. Total semua sekali ada lima tingkat. Kad asrama diperhati. Aras Lily, bilik lima. Unik betul sebab guna nama bunga untuk setiap aras. Tapi apa yang paling cool sekali, sini tak pakai kunci tau. Dia pakai kad asrama. Sama fungsi kad hotel. Bukan calang calang asrama sini.

Oleh sebab sekarang ni waktu prep petang dan tiada siapa di aspuri, Adam dibenarkan untuk tolong Lily pindah masuk bilik. Tapi sambil tolong angkat beg naik atas, sambil tu jugak dia membebel kenapa beg Lily berat macam seludup batuan.

Pintu bilik dibuka dan Lily mula masuk. Tak sangka dia dapat bilik yang boleh tahan lawa. Betul betul macam kat rumah dia. Hailaaa lawa bebenor! Dinding bilik bertemakan warna white violet. Dia perasan ada dua katil sudah berpunya. Katil kosong di tepi tingkap dituju dan lekas dia unpack barang. Tak mahu Adam tunggu lebih lama di luar.

Janggal sebenarnya nak duduk asrama. Tapi dah abah suruh duduk asrama, kena lah dengar kata. "Okieeeee dah siap kemas. Ingat Adam, lepas masak kemas dapur. Patu jangan buat parti liar please." usik Lily. terus Adam jeling. Malas layan usikan kembarnya, terus dia turun dan meninggalkan kawasan aspuri.

Sebaik saja Adam pergi, Lily disapa dengan satu suara. "Lah Lily! You rupanya roommate baru I. Welcome to the club girl!" Fathiah teruja dengan kehadiran kawan barunya. "Ni Charmaine. Your another roommate."

"Hey Lil. sorry that you had to go through that kind of thing." sungguh dia kesian dan marah pada masa yang sama. Marah sebab masih lagi ada pembulian. Umur dah banyak masih lagi nak buli bagai. Tak matang betul.

"It's not a bad thing la guys. Chill okay?"

Usai solat maghrib, Lily dan Fathiah mula bergerak ke dewan makan. Kelibat Charmaine dicari. Sementara mereka berdua solat, Charmaine carikan tempat untuk mereka bertiga makan.

Bersinar sinar mata Fathiah saat memandang hidangan di atas meja. Lauk favourite walaupun hanya sekadar ayam masak asam pedas dan sayur kailan. Mana taknya nampak sedap, seharian dia tak dapat jamah makanan berat sebab tak ada masa. Dia cuma sempat jamah biskut, itu pun curi curi makan dalam kelas.

Beep.. Beep.. Ada orang tak?

Mahu saja Lily merengus, tapi takut pula Charmaine dengan Fathiah fikir lain pulak. Bosan sangatlah tu kat rumah sampai duk kacau fikirannya.

Let me live in peace, Adam

Elelele marah kettew?

Adam Irsyad Amerudin!


Previous: ADAM
Next: ADAM

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lee