Home Novelet Alternatif ETHEREAL
ETHEREAL
Lee
18/10/2021 15:22:51
14,183
Kategori: Novelet
Genre: Alternatif
Senarai Bab
ADAM

Buku teks Biologi ditutup bila Adam tidak lagi boleh fokus dengan topik Komposisi Kimia dalam Sel. tangan kanannya menongkat muka dan dia memandang kosong Madam Mard yang masih lagi mengajar di depan. 'Lama lagi ke nak habis ni?' omelnya.

Macam tahu tahu saja dia dah tak nak belajar, Madam Mard menghabiskan sesi pembelajaran hari ni. Semua hanya angguk sebelum ada langau bersuara. Habis satu kelas memandang tajam bila Sufian bertanya bila mereka boleh buat pembentangan untuk topik ini. Masalah betul kalau ada yang terlebih rajin. Tak pasal pasal dah dapat kerja tambahan.

Sebaik saja madam keluar, hampir separuh pelajar 4 Birmingham mengeluh dan memaki Sufian kerana menambahkan beban untuk hari ni. Nasib badanlah ada classmate macam Sufian!

"Better than aku tanya bila waktu nak mati gais." Sufian cuba buat lawak, tapi masalah memang tak lawak mana!

Adam datang menghampiri dan bahu Sufian dihempuk."Apa yang kau merepek ni?" soalnya geram. Menguji kesabaran betul!

Yang lain sudah keluar dari kelas untuk pulang ke dorm mahupun ke rumah. Adam capai beg dan mula bergerak ke Cerulean Cover. Mana mana subjek yang tak ada homework, buku teks disimpan dalam loker. Disebabkan sekarang sudah tamat waktu kelas, Cerulean Cover masih lagi riuh dengan pelajar. Kelibat kembarnya masih lagi tiada. Loker dikunci dan laju kakinya melangkah menuju kafe untuk isi perut dulu sementara menunggu Lily.

Sewaktu dia merentasi lautan manusia (ceh macam lah ramai sangat), langkah mati secara drastik. Matanya tertumpu pada sepasang mata hazel milik dia. Seperti Adam juga, pelajar perempuan yang ada beberapa langkah kehadapannya diri statik.

Naila.

Tapi tak lama mereka berdiri dalam keadaan begitu sebelum ada tangan yang menarik pelajar perempuan ke tepi.

'Damn girl.'

Adam masih lagi statik di tengah tengah jalan. Hanya melihat kelibat Naila pergi bersama kawannya. Tapi jauh di sudut hatinya, ada satu perasaan aneh. Heh, cukup sebaris nama saja dah boleh buat hidup seorang Adam Irsyad huru hara. Cukup huru hara.

🎭

Siapa dia?

Celik terus mata Adam dari tidur yang tak berapa lena bila mindanya disergah dengan suara Lily. Lah dia tertidur rupanya kat kafe. Lily pun dah ada duduk depannya. Adam tarik muka. Tak suka dengan pertanyaan Lily.

"Kau lambat." itu saja yang diungkap Adam. sengaja tidak mahu jawab pertanyaan Lily. "Jomlah balik. Dah satu hal nak kena datang balik kejap lagi."

🎭

Everything went well on their first day of second semester. Except for his twinny. Bukannya dia tidak tahu apa yang jadi dengan Lily hari ni. Satu, dia tahu Lily kena baling dengan sebiji kek. Macam mana dia tahu? Heh, apa yang Lily cakap dalam fikiran semua dia dengar. Kedua, dia nampak Lily ikut sorang senior. Dengan muka habis comot. Budak kelas dia pun boleh nampak apa yang jadi. Itu yang mula heboh beberapa cerita. Heh.

Dengan apa yang dah jadi pada kembarnya, Adam ambil keputusan untuk tak masuk campur. Lagi pun Lily dah besar. Nak tak nak dia kena hadap dan cuba untuk keluar dari comfort zone. Sekarang dia dah jadi Victorian, bukan lagi pelajar Sekolah ( ). Budaya kat sini memang tak sama dengan sekolah biasa. Tu yang sampai ada yang keluar sebab tak tahan.

Tak semua benda yang kita harapkan akan terjadi bukan? This ain't a fairytale story. Dunia yang kita pijak sekarang ni penuh dengan cabaran dan bahaya. Hati kena cekal, mental kena kuat. Apa hasilnya belakang cerita, yang penting berani hadapi dan bijak buat keputusan. Pendirian hidup kena tegas, jangan jadi lalang yang hanya ikut arah angin. Tak adalah nanti manusia senang hentak kepala tu. sekarang ni terlalu ramai yang pakai topeng sampaikan kau perlu hati hati.

Fuh, boleh tahan ucapan. Harap harap dia layak untuk menyandang jawatan presiden mpp untuk tahun depan. #Adam4President

Wajah Lily diperhati buat kali yang terakhir sebelum Adam pulang. Fuh, produktif betul hari ni! Penat menolong Lily pindah masuk asrama. Eh tapi bukannya masuk bilik pun, takat kat luar ja. "Make sure semua barang kat bilik dah ada. Aku tak nak bawak barang yang tertinggal esok." pesannya.

Yakin dengan Lily yang akan baik baik, Adam meninggalkan kawasan asrama perempuan. Disebabkan tiada siapa di rumah, dia tak bercadang untuk terus pulang. 'Masih ada masa untuk jalan jalan dekat padang ni.' fikirnya. Padang sekolah dituju.

Jam tangan dilihat sekali imbas. Sudah lima petang rupanya. Di tengah tengah padang ada team rugby. Dari tepi padang saja dia boleh nampak jelas senior yang selamatkan Lily. Am atau Megat Amzar. Satu sekolah kenal siapa Am. bila dia tolong Lily, habis kecoh block menengah atas. Mana taknya kecoh. Am weh. One of the Hikayat. Speaking of which, no one dares to mess with them. Tak tahulah apa nasib pembuli Lily nanti.

Terasa bahunya disapa, Adam menoleh. Di sebelahnya muncul Irzd dan El. mereka berdua Hikayat jugak. "Praktis dah habis ke?" soal Adam. tadi dia dah beritahu awal awal hari ni dia tak dapat turun praktis sebab ada urusan keluarga.

"Jadi abang, tak semestinya kau kena biarkan je. Setidaknya kau pantau dari jauh. Tu pun dah cukup." kata kata Irzd buatkan Adam terkejut. Tapi bila difikirkan balik, Hikayat mesti dah tahu.

Ironi sebenarnya.

Kata kata Irzd lebih kurang dengan apa yang pernah didengarnya dulu, "You need to show to people that you care." heh. Tapi nak buat macam mana kalau cara dia tunjukkan kasih sayang dengan cara yang berbeza?

'Maybe that's why you lost her in the first place.'

🎭

Tiada siapa di rumah saat Adam tiba. Mama dengan abah outstation. Irish di mrsm. Lily pula kat asrama. Tinggal dia seorang saja di rumahnya. Satu keluhan dilepaskan. Entah apa yang dia keluh, dia sendiri tidak tahu. Mungkin sebab rumah ni tersangatlah sunyi. Selalunya salah seorang yang akan outstation, dan salah seorang akan ada di rumah. Tapi nak buat macam mana kalau tuntutan kerja memanggil kedua ibu bapanya.

Sewaktu Adam melangkah masuk biliknya, matanya tertancap pada akuarium kura-kuranya, Aluminium dan Iridium. Tanpa sedar terukir senyuman di wajah. Rasanya ini je kot memori yang tinggal.

Bittersweet memories.

A beautiful catastrophe.

'Jadi abang, tak semestinya kau kena biarkan je. Setidaknya kau pantau dari jauh. Tu pun dah cukup'

'You need to show to people that you care.'

Kaca akuarium diketuk perlahan untuk menarik perhatian Aluminium dan Iridium. "Korang pun rasa aku ni tak reti tunjuk perasaan ke?" soalnya perlahan. Adam hanya tersengih, sedar yang dia sedang cakap dengan haiwan yang terang-terangan tak akan menjawab.

But the thing about feelings, it will only wreck yourself. Yeah having a relationship sounds fun and exciting, but what about breakup? People only talk about love without talking about heartbreaks.

But the worst thing of all, is to resent yourself for doing the things you thought that are right to do.

Secara jujurnya, itu yang dia rasakan sekarang.

Previous: LILY
Next: LILY

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lee