Home Novel Umum Secebis Kasih
Secebis Kasih
kay raniyaa
6/3/2018 16:13:52
13,559
Kategori: Novel
Genre: Umum
Senarai Bab
BAB 1

Aishah termenung sendiri mengenang kisah silam yang amat pahit dan terkenangkan anak yang dibuang sejak lahir dulu. Selama 27 tahun Aishah cuba melupakan kisah itu namun tidak mampu untuk dia lupakan. Sebab kenangan pahit inilah dia sanggup membuang anak kecil yang tidak pernah berdosa itu.

“Cah tak nak anak ni. Cah nak buang…cah nak gugurkan kandungan ni!” Aishah sudah seperti orang hilang akal.Dia benar-benar nekad untuk menggugurkan kandungan ini. Dia sanggup mati asal tidak melahirkan anak luar nikah.

“Sabar Cah..ingat Allah. Berdosa Cah..berdosa bunuh anak ni. Dia tak salah sayang..Sabar.” Mak Biah cuba menenangkan anak tunggalnya. Dia tahu anaknya sedang melalui saat sukar. Hatiibu mana yang tak perit dan sakit melihat keadaan anak yang tertekan dan tidak terurus ini.

“Mak suruh Cah sabar? Mak Cah kena rogol mak! Sekarang Cah mengandung anak jantan keparat tu mak. Anak ni anak haram!” Jerit Aishah membalas kata-kata ibunya tadi.

Pak Mail diam sedari tadi, sejak kes anaknya dirogol tempoh hari Pak Mail banyak berdiam diri. Dia sering termenung mengenangkan nasib anak perempuannya. Kalaulah dia boleh mengundurkan masa,tentu dia tak akan biarkan semua ini terjadi. Benarlah orang selalu cakap,manusia yang depan kita nampak baik belum tentu belakang kita begitu juga sikapnya. Pak Mail yang diam sedari tadi tiba-tiba bangun berdiri.“Biah..Cah. Jom ikut aku, aku nak selesaikan perkara ni hari ini jugak. Kalau perlu berbunuhan pun aku sanggup!”Mak Biah terkejut mendengar kata-kata suaminya. ‘Ya Allah lindungilah suamiku…’

Mak Biah menarik tangan Cah untuk mengejar Pak Mail yang sudah mengamuk. Mak Biah semakin takut bila melihat parang di tangan suaminya. Ya Allah jangan lah sampai ada darah yang tumpah. YaAllah…langkah kaki Pak Mail semakin laju buatkan Mak Biah dan Cah ketinggalandibelakang.

“Pak Kasim tu Pak Mail tu laju jalandengan parang tu nak kemana?” Soal Hamid yang sedang minum dikedai Pak Kasim.

“Astagfirullahhal’azim Mail. Mid jom ikutaku. Ada yang mati hari ini nanti. Allahhuakbar!” Pak Kasim dan Hamid terus meluru mengejar Pak Mail. Satu kampung sudah tahu cerita tentang Aishah yang telah dirogol. Namun satu kampung juga heboh mengatakan Aishah yang menggatal menyerahdiri pada jantan itu. Hati mana tidak sakit, sudah lah jadi mangsa rogol malah dituduh perempuan murahan pula.

“Azman! Azman kau turun sekarang! Akunak kau bertanggungjawab dengan anak aku!” Haji Ramli yang sedang minum pagi dengan isterinya mendengar suara Pak Mail lalu menjengah ke luar rumah mereka.

“Mail kau nak apa lagi? tak cukup lagi kau nak huru hara kan keluarga aku?” Jerkah Haji Ramli.

“Keluarga kau yang huru harakan keluarga aku. Anak jantan kau dah rosakkan anak aku, lepas tu dia tuduh anak aku perempuan murah aku masih diam. Tapi sekarang anak aku mengandungkan cucu kau! Aku dah tak boleh sabar. Aku nak anak jantan kau tu bertanggungjawab! Aku nak dia kahwin dengan anak aku!”

“Ayah! Apa ni ayah. Cah tak nak kahwin dengan jantan tu. Cah tak nak” Aishah bersuara lantang. Dia sanggup mati dari berkahwin dengan Azman lelaki yang telah merosakkannya.

“Kau diam Cah. Kalau kau tak nak kahwin dengan dia dengan kau-kau sekali aku bunuh!”

“Mail ingat Allah…sabar Mail. Setiap dugaan masalah yang Allah bagi pada kita tentu ada sebab dan musababnya. Allah sayang kau dan keluarga kau sebab tu dia uji kau semua.” Pak Kasim cuba memujukPak Mail yang juga sahabat baiknya.

“Kau orang semua tak de kat tempa taku. Kau orang tak tahu apa aku rasa. Setiap hari aku tengok anak aku menangis,murung, aku dah hilang anak aku. Anak dia buat jahat dengan anak aku. Tapi anak dia boleh ketawa, gelak sana sini macam tak de apa yang berlaku. Dia juga canang satu kampung yang anak aku yang goda dia. Dari kecil sampai besar aku tatang anak aku, aku jaga dia aku didik dia dengan ilmu agama. Tapi…diasenang-senang rosakkan anak aku tanpa ada rasa berdosa dan bersalah sekelumitpun...”

“Hei orang tua apa kau merepek dekat rumah aku ni? pergi berambus la bawak anak kau yang murah ni.” Kata-kata Azmanbuatkan Pak Mail semakin sakit hati, dia meluru ke arah Azman namun cepat dihalang Pak Kasim, Hamid dan Azhar yang tiba-tiba muncul dari belakang Azman.

“Sabar Mail..sabar..ingat Allah.”

“Kau jangan ingat orang tua ni takberdaya untuk bunuh kau!”

“Pakcik..izinkan saya kahwini Aishahseperti yang telah kita janjikan. Aishah masih tunangan saya.” Kata-kata Azharbuatkan Pak Mail terdiam. Dia renung wajah anak muda dihadapannya. Memanginilah menantu pilihannya. Kenapa Azman tidak seperti adiknya ini. Kenapa Azmansanggup rosakkan hubungan Azhar dan Aishah.

“Har jangan merepek. Mak dan ayahtakkan izinkan Har berkahwin dengan Aishah. Perempuan kotor. Entah-entah anakyang dia mengandung anak siapa entah. Sedap mulut cakap anak tu anak Azman. Eipergi balik la kau orang semua!” Haji Ramli menghalang anaknya Azhar untukbertanggungjawab. Memang Azhar adalah tunang kepada Aishah. Dia tidakmenghalang Azhar untuk bercinta, bertunang dan berkahwin dengan Aishah sebelumkejadian ini terjadi. Dia sangkakan Aishah perempuan yang baik rupanya tidak.Azman tersenyum gembira mendengar kata-kata ayahnya. Dia gembira melihat Aishahderita. Dulu kau jual mahal, kau tolak aku. Kau bertunang dengan adik aku.Sekarang baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah.

“Tapi ayah..Aishah tunang Har. Harakan kahwin dengan dia. “

“Woi Har! Kau ni bodoh lah. Bekas akupun kau nak ke? Perempuan murah macam ni berlambak kat tepi jalan.”

“Kau kurang ajar.” Dush.

Satu tumbukan padu hinggap di pipiAzman, bibirnya berdarah. Azhar bengang, dia meluru ke arah Azman namun sekalilagi sepakan Azhar kena tepat di perut Azman buatkan Azman jatuh tersungkur.

“Sudah! Kau orang semua tak payahtolong aku. Aku tak nak kahwin dengan siapa-siapa. Mulai hari ini keluarga HajiRamli tak pernah ada kaitan dengan keluarga aku. Aku haramkan keluarga kausemua untuk dekat dengan keluarga aku. Anak ini tiada kaitan dengan keluargakau. Dunia akhirat aku tak maafkan apa yang kau Azman buat pada aku. SemogaAllah berikan hukuman yang setimpal pada kau! Azhar terima kasih keranaakhirnya awak percayakan saya. Jangan cari saya lagi. Mak ayah jom kita balik,mereka semua akan terima balasan atas apa yang mereka dah buat pada kita.”

Pak Mail dan Mak Biah terus berlalu mengikut Aishah meninggalkan perkarangan rumah Haji Ramli. Hati Aishah remuk,dia terpaksa melepaskan cintanya demi maruah ayah dan mak yang telah dirobekoleh manusia tak guna. Cukuplah ibu dan ayahnya derita dan malu atas apa yangtelah terjadi. Anak ini…dia tidak akan buang. Mungkin ada hikmahnya…Ya Allahberikan aku kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini. Anak ibu…maafkan ibu.Bukan niat ibu untuk buang anak ibu dari hidup ibu tapi ibu perlu teruskanhidup ibu. Moga satu hari nanti anak ibu akan faham.

 

“La…sayang, awak dekat sini rupanya.Jom masuk makan. Anak-anak dah lama tunggu awak nak makan sekali. Jom.” Aishahtersenyum melihat suaminya. Syukur kerana dikurniakan suami sebaik Sharif dalamhidupnya. Suami yang boleh menerima semua kekurangan dirinya dan juga kisahsilamnya.

Aishah tersenyum bahagia melihat anak-anak dan suaminya gembira dan berselera menjamah makanan yang disediakan.Namun dalam kegembiraan itu terselit rasa sedih dan terkilan. Jauh disudut hatidia sangat rindukan anak yang telah lama ditinggalkan. 25 tahun dia langsungtidak memeluk anak itu malah dia langsung tidak pernah menjenguk anaknya.Setiap bulan dia hanya mengirimkan wang untuk kegunaan anak dan ibunya. Ayahtelah lama kembali ke rahmatullah dua bulan selepas dia melahirkan Zafril.Bermula saat itu dia perlu menanggung perbelanjaan rumah. Aishah meminta izinibunya untuk dia berhijrah ke Kuala Lumpur mencari rezeki.

Alhamdulillah Aishah memperoleh kerja sebagai kerani sesuai dengan kelayakannya yang mempunyai diploma dalam bidang pengurusan. Aishah ada juga pulang menjenguk ibu dan anaknya. Dia langsung tidak boleh memandang wajah anaknya. Wajah Zafril yang saling tak tumpah seperti wajah Azman buatkan hatinya semakin sakit. Bila melihat sahaja wajahanaknya itu hatinya memberontak ingin memukul dan pernah dia mencekik anaknyaitu.

“Cah kau dah gila ke ha?! Budak tutak salah! Kalau kau nak sangat jadi pembunuh kau pergi bunuh bapak dia bukan dia! Kau keluar dari rumah ni. Mulai hari ini aku haramkan kaki kau jejak kerumah ni lagi. Kau anggap je anak kau dan mak kau ni dah mati. Pergi…janganbalik lagi.”

Mak Biah memeluk erat anak kecil yang tidak berdosa itu. Mujur dia pulang awal dari majlis kenduri tadi, jika tidak..Allah…syukur kau lindungi anak kecil ini Ya Allah. Mak Biah membawa Zafril masuk kebiliknya meninggalkan Aishah yang kelihatan buntu di ruang tamu. Mak Biahdah penat menasihati anaknya. Mungkin ada baiknya dia ‘menghalau’ Aishah. Bukandia membenci tapi ini semua untuk kebaikan Zafril dan Aishah juga. Biar masayang menentukan untuk Aishah menerima sepenuhnya kehadiran Zafril dalamhidupnya.

Peristiwa itulah buatkan Aishah terusjauh dari anak dan ibunya. Sejak itu dia langsung tak pulang menjenguk anak dan ibunya. Zafril ketika itu berumur dua tahun. Anak yang langsung tidak bersalah menjadi mangsa ibu yang teraniaya.

 

“Sayang…hei mengelamun lagi. Jangan risau..lepas makan ni kita terus bertolak ke kampung. Dah makan.” Suara suaminya yang lembut memujuk berjaya mengembalikan dia ke alam realiti. Sejak menerima panggilan telefon dari kampung malam tadi dia langsung tidak boleh melelapkan mata dan kisah-kisah lama sentiasa berlegar dalam fikirannya.Mungkin sudah sampai masanya untuk dia melupakan semuanya yang terjadi dan sudah tiba masa untuk dia berhadapan dengan kenyataan. 

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh kay raniyaa