9
Aku@ Farhana
Fadhil
“Hari ni tak payah masak-masak di rumah.
Kita jalan-jalan je. Kak Far nanti tiga hari lagi akan balik KL. Biar papa
tunjukkan tempat papa ni”
Kata-kata papa bagaikan ada lucunya.
Baru seminggu di sini, dia sudah melabelkan pulau ini sebagai pulaunya?
Kupandang wajah papa. Dia kelihatan segak dengan kemeja-t berkolar berwarna
biru cair. Rambut yang bersisir rapi seperti selalu. Satu kebiasaan yang sudah
sangat biasa aku lihat, papa memang begitu setiap hari. Cuma, sejak papa
menjadi pesara, lebih banyak masa yang dilapangkan untuk keluarga. Dahulu, hari
ahad sahaja, papa akan menghilangkan diri di padang golf, tetapi sejak di pulau
ini, kata papa, dan tidak perlukan golf lagi. Dia sudah menemui banyak hobi
baru! Dan aku masih belum lagi melihat papa keluar menerokai hobi baru yang dia
selalu sebut-sebutkan lagi!
“Pergi mana kita?” Soal mama, tersenyum.
“Gunung Raya. Tapi kenalah waktu petang.
Malam nanti papa bawa ke
Chenang. There’re something special
will’be happen tonight.Tengah hari kita ke Tanjung Rhu. Makan
tengah hari di sana.”
“Gunung Raya? Tanjung Rhu? Ingatkan
an evening at Paris? Atau Tea at New York?” Kak
Farina menyoal sambil ketawa. Kupandang wajah Kak Far lagi. Dia bercakap dengan
tawa, bermakna dia merasa gembira dengan tempat ini. Entah mengapa tempat ini
amat menarik perhatiannya juga. Aku? Aku gembira di sini, Cuma tanpa Wawa dan
Fatin, aku agak kesunyian.
“Tempat yang papa nak bawa ni lebih baik daripada Paris atau New York Far. Heaven on earth.Cuma, tak ada Eiffel Tower
je.” Papa menjawab dengan ketawa.
Papa terpandang akan wajahku yang berkerut, seperti tidak percaya akan
kata-katanya, yang di sini, syurga kepada yang pandai menilai kecantikan pulau
ini.
“Betul Adik. Di sini semuanya ada.
Walaupun tempat ni sibuk kadangkala terutamanya cuti sekolah, tapi hati papa
terasa lapang sangat.”
“Yang paling penting, tiada lagi bumbung orang, dinding orang, dan lantai
orang.”Mama menyambung dengan tertawa. Benarlah kata-kata mama,
sesiapapun tidak boleh menafikannya. Mama terasa selesa setelah lama berkongsi
dinding, bumbung dan segalanya yang mama perkatakan!
Dalam hatiku, entahlah! Banyak yang
berumbai-balik. Antara suka dan duka. Semuanya silih berganti. Ada suka dan
duka! Walaupun gembira berada bersama papa dan mama, serta Kak Farina dalam
seminggu yang akan datang ini, tetapi
dalam hati masih ada gundah gulana! Entah, apalah yang menjadikan hatiku bagai
disagat sembilu! Pilu! Sendu tanpa sebab! Pasti ada sebabnya, dan entah alasan
apakah yang menjadikan hatiku tidak segembira.
“Ala papa, mama, Adik tu adalah sebabnya
tu. Dia kena jatuh cinta dengan orang kat sini. Barulah dia ada ‘feel’ berada
di sini!” Aku sekadar menjeling tajam ke wajah Kak Farina, dan dia hanya
tertawa. Entah apa yang seronok sangat mengenakan aku ketika ini.
“Sayang, jangan selalu muncung-muncung.
Sekali muncung tu tak boleh dihilangkan lagi. Kan susah. Lama-lama muncung tu
dah jadi macam serigala jadian.” Sekali lagi Kak Farina mengenakan aku! Entah
apa anginnya pagi ini, asyik mengenakan orang saja!
Aku masih lagi dengan wajah masam mencuka!Dalam fikiran
yang masih lagi keliru! Sukar mahu lepaskan keselesaan di sini, dibandingkan
dengan tingal di Kuala Lumpur. Apatah lagi perlu tinggal bersama Kak Azeana,
yang pastinya tidak akan sama dengan tinggal bersama mama dan papa. Atau
tinggal dengan Kak Farina dengan kawannya, apa juga yang akan terjadi, jika
kedua mereka terpaksa keluar kawasan untuk bekerja? Ah keliru! Yang mana satu
harus aku pilih!
Tanpa sedar, aku sudah berada dalam
kereta. Berada di bahagian tempat duduk di belakang papa sebagai pemandu. Kak
Farina pula berada di belakang tempat duduk mama.
“Hai, ada orang tu ‘mabuk asmara’ juga
mama?” Kak Farina masih lagi mengusik, menggoncang rasa di jiwa.
Terpandang mama yang berbisik dengan Kak Farina.Aku sengaja
hanya berbuat tidak Nampak akan perbuatan mereka berdua. Agaknya mama meminta
Kak Farina berhenti mengusik perasaanku. Agaknyalah! Terlihat Kak Farina sudah
berhenti mengusikku.
Mungkin dalam sehari dua lagi, akan aku
perolehi jawapan yang pasti, apakah tindakan yang harus aku ambil.
A. Kekal di Kuala Lumpur. Pilihan, bersama Kak
Azeana, atau Kak Farina.
B. Kekal di sini.
Dan mataku pejam sekali lagi.Cuma merehatkan fikiran dengan berdoa
dan berharap, agar aku berupaya membuat pilihan dengan bijaksana.Perbualan
mama dan Kak Farina tidak sesekalipun mengganggu pemikiran dan keputusan aku untuk meneruskan pengajianku
tahun hadapan. Sesekali senikata lagu Rihanna,
Farewell, menderu-deru di hujung telinga. “Farewell,
somebody is gonna wish you are here. That somebody is me.” Liriknya sahaja bagaikan menyentuh lagi
perasaan sukmaku. Buat sekian kalinya, aku terasa jantungku bagai disentap
lagi! Dan sebenarnya, semuanya mengganggu mood aku lagi!
“Cuba Adik tengok tempat ni.Kita dalam perjalanan ke Tanjung Rhu.”
Kata-kata papa menjadikan aku memandang
keluar tingkap. Kami melalui sebuah jalan yang bertar. Jalan kelilingnya
dipenuhi dengan pokok-pokok Rhu. Angin yang bertiup bagai menderu, mengoyangkan
pokok-pokok Rhu yang kelihatan berbaris dengan lurus sepanjang jalan. Sesekali
pepohon itu bagai melenggok ke kiri dan kanan jalan.
“Elok buka tingkap. Baru boleh rasa
angin di luar ni.” Terdengar suara papa mencadagkan sesuatu. Aneh, dalam
keadaan menjelang tengah hari, hampir
jam 11 pagi. Tentu panas matahari akan membakar, membuatkan terasa bahang
kepanasan.
Dan rupanya, prasangka aku salah sama
sekali. Sebaik sahaja cermin dibuka, angin menderu bagai menerpa, menampar
wajahku tanpa rasa malu. Sesekali bunyi muzik pokok Rhu yang perlanggaran
sesame sendiri, bagaikan muzik sedap yang berirama.
“Far dan Adik dengar muzik tu kan?
Sebab itulah Pokok Rhu dipanggil dengan namanya tu, ada bunyi ‘Rhu, Rhu..’ kan?” Mama menyoal
menjadikan telingaku lebih peka dengan okestra yang senang dinyanyikan, melodi
yang indah yang tidak akan dapat aku gambarkan berlaku di tempat lain.
“Adik! Senyap je. Okaykan tempat ni.
Unik.” Papa menyoal seolah mahu aku bersuara.
“Ya papa. Okay.” Segera aku keluarkan Baby Boo aku daripada beg kamera, aku
acukan lensa, merakam memori yang indah. Melihat kepada lintuk pokok rhu, hati
terasa lapang. Lentuk riuk pepohon bagaikan tarian indah, menghilangkan separuh
daripada gundah kelana dalam sukma.
Melihat deretan gerai dan pasir bersih
yang mengunjur sepanjang pantai Tanjung Rhu, aku tidak dapat menahan hatiku
lagi daripada berlarian di pantainya. Segera aku turun daripada kereta papa dan
berlarian di pantai. Kak Farina yang mengikuti dari belakangku, sekadar
menjerit dalam kadar perlahan, “Adik, tunggu…”
“Adik, satu pesanan penaja. Apa juga pun
yang berserabut dalam fkiran adik, nanti kita selesaikan. Sekarang ni enjoy
dulu. Kak Far janji, nanti Kak Far akan dengar apa masalah adik ya.” Pujukan
Kak Farina hanya aku sambut dengan anggukkan kecil sahaja.
Ringan sahaja kepala aku mengaku akan
kata-kata Kak Farina.Apa juga pun pendapat sesiapapun, yang hanya boleh membuat
keputusan hanyalah aku! Hanya aku! Hanya jawapanku sahaja yang boleh menentukan
masa depanku, di pulau ini, atau di Kotaraya sana!
Pasir pantai yang berwarna keemasan
bagai menyambut mesra, dan berkilauan dipanah cahaya suria yang baru mendaki di
dada langit. Pulau-pulau kecil di hujung tanjung bagaikan satu kesamaran yang
meminta aku menekanya sendiri.
“Adik nampak tak pulau-pulau yang kelabu
di hujung sana tu. Mama kata hujung sana tu negara Thailand.Pulau ni kan
sempadan saja dengan Thailand.”
“Thailand?”
“Thailand
lah.Negara Siam.”
Lensa terus aku acukan ke hujung sana.
Sesekali ombak yang baru sahaja menderu, menunjukkan air baru sahaja mulai
pasang.
Mama mulai berjalan menghampiri kami
yang leka menyaksikan omabk yang memutih di hujung tanjung sana.Ternampak sebaris pasir memutih
bagaikan benteng menuju ke sebuah pulau kecil.
“Adik dan far Nampak benteng pasir tu?”
“Ya, kenapa mama?”
“Kalau air surut, kita boleh jalan
sampai ke pulau tu. Sekarang ni air tengah pasang, jadi ada pusaran. Disebabkan
tanjung Rhu ni banyak pulau, ada pusaran di tengah.Cuba tengok di tengah tu, ada banyak
pusaran, air macam berbuih, warna putih.”
Dua pasang mata terus memandang kepada arah pusaran yang dikatakan
mama.Memang benarlah kata mama, pusaran air tidaklah begitu jelas, tetapi boleh
napak buih-buih putih di atas putaran ombak yang berpusar dan berputar berulang
kali.
“Bahaya tak mama?”
Mama mengangguk. “Ni lah yang orang luar
tak tahu. Pantai ni Nampak macam tak bahaya. Matapun sedap memandangkan. Tapi
kalau mandi waktu macam ni, pusaran tu menjadikan badan kita berputaran, susah
bernafas, dan boleh jadi lemas macam tu, walaupun orang tu pandai berenang.Dah banyak kes di sini.”
“Habis tu, tak de pun amaran jangan berenang ketika air pasang?” Segera
persoalan bersarang di hatiku. Jika situasi air pasang boleh mendatangkan
bahaya kepada pelancong terutamanya, sepatutnya ada peringatan dan ingatan.Dengan
kata yang lebih jelas lagi, ‘tanda amaran’ kepada mereka yang kurang mahir
tentang keadaan pantai Tanjung Rhu ini.
“Itulah. Itu juga yang Kak Far tengah
fikir juga ni.”
“Itulah. Mungkin Far boleh tulis
rencana, bagaimana bahayanya pantai ni kepada majlis Bandaraya ke? Tulis
rencana di akhbar ke?”
“Tak semudah itu mama. Kena ada bukti.
Kena kaji kes. Begitulah.”
Mama mengangguk-angguk. Aku masih lagi
menyaksikan pusaran air yang mama katakana. Bagai tidak percaya di bawah
lapisan air yang Nampak sahaja tenang, terkuci kebinasaan jika kita tidak
ketahuinya. Dalam rahsia ciptaan Allah, tersembunyi banyak rahsia alam.
“Jomlah ke sana, papa nak pesan
makanan.”
Aku mengikut Kak Farina menuju ke meja
yang diperbuat daripada kayu. Bangku panjang yang disediakan juga diperbuat
daripada kayu. Bumbung yang beratapkan daun kelapa kering bagaikan memayungi
kami daripada sinar terik matahari. Angin tengah hari, seakan menyejukkan tubuh
yang mulai kepanasan disimbah cahaya pagi.
“Lepas makan, kita balik rumah sekejap.
Lepas asar papa bawa pergi makan di Gunung Raya.”
“Tak payah baliklah papa, kita
ronda-ronda je. Far bukannya lama di sini. Dan dua tiga hari, kena balik KL.”
Cadangan Kak Farina ada baiknya.
“Bagi Adik lima
minit. Adik dan ronda-ronda dan ambil foto.”
Aku tinggalkan Kak Farina sedang ligat berbual dengan papa dan mama.
Sebaliknya, selepas menjamah makanan yang tidak kurang lazatnya, aku segera
menyambar Baby Booku dan mengabadikan
memoria yang cantik, seluas pandangan mata di Tanjung Rhu. Tempat ini memang
menakjubkan. Pasirnya mulus, bagaikan terletak sebujur jauh teratur daripada
hujung sana ke
hujung sini, seolah menganjur terletak molek, putih dan bersih. Butiran pulau
yang terletak tidak jauh seolah mencantikkan lagi kanvas ciptaan Ilahi. Warnyanya
hijau, seolah menyegarkan langit yang diwarnai dengan warna biru yang
lembut.Tompokan awan memutih, seolah ditampal di dada langit. Indah!
Ombak pantainya berbunyi seolah muzik yang indah, berdesir bagaikan
nyanyian asyik di telinga. Muzik dengan nada yang tinggi rendah bergantian,
asyik sekali! Apalah Kuala Lumpur jika mahu dibandingkan dengan tempat ini!
Seolah syurga dunia yang tiada galang gantinya.
Andai bicara tentang ‘ombak’, dan ‘pantai’, juga berbicara tentang Gunung
dan angin syahdu, di pulau ini, ada semuanya!
Dan petang silih berganti. Kami dibawa menuju ke Gunung Raya seperti yang
dijanjikan mama dan papa. Jalanrayanya agak bersimpang siur, kepalaku menjadi
pusing. Pening dan meloyakan juga!
“Kenapa Adik? Muncung semacam saja?”Mama mula
menyoal. Barangkali wajahku mempamerkan muka yang mencuka di cermin hadapan
kereta papa.
“Pening mama. Jalan pusing-pusing.”
Mereka hanya ketawa. “Buka cermin
tingkap. Papa tutup aircord. Sedap
udara di sini.”
Angin petang yang menerpa melegakan sedikit kepala yang masih
berousing-pusing. Pepohon yang hijau, ada yang ketinggiannya mencecah puluhan
meter. Sesekali pokok yang berdaun merah dan jingga, menggamit jemariku dengan
menekan butang kamera, mengabadikan foto mereka.
Dan akhirnya, setelah lama berputaran, menambah sakit kepalaku, kami tiba
di puncak Gunung Raya. Aku melangkah dengan wajah yang masih mencuka, aku kira,
ekoran kepalaku yang masih lagi berat dan sarat! Jemariku menayangkan muncung
lensa ke muka pintu Hotel D’Coconut Hill Resort di Gunung Raya, dan seolah
ternampak seorang lelaki berdiri di situ. Masih menunggu dia beredar,
sebaliknya dia masih berdiri di situ. Seorang jejaka dengan kemeja kelabunya.
Dan jemariku menekan butang, mengabadikan foto
jejaka itu seolah lagak seorang paparazzi.
Dan Gunung Raya dengan angin yang ramah, menyambut kami dengan senyuman.
Cuma, senyumanku yang masih mahal untuk dilemparkan di sini.
Dan lagu ini, bagaikan menari dengan iramanya dalam sukmaku,
When you're down and
troubled
And you need a helping hand
And nothing, nothing is going right
Close your eyes and think of me
And soon I will be there
To brighten up even your darkest night...