BAB 1 : DR. ADLI SHAHRIL
1
Sigadis
rambut kuning jagung itu melintas di hadapanku lagi. Uniform jururawat yang
separas lutut, aku perhatikan lagi.Dan sepasang mataku tajam memerhatikan
dia berjalan perlahan menuju ke kaunter di hadapanku. Istilah gadis yang entah
aku tidak pasti kebenaran istilahnya. Istilah ‘gadis’ hanya diberikan oleh
masyarakat Melayu lama kepada perempuan yang belum berkahwin. Dengan kata lain,
gadis adalah gadis yang belum berkahwin dan mengekalkan ’konsep gadis’ itu
sehingga tiba saat perkahwinannya.
”Hi Dr Love!” Dia menyapa.Aku hanya tersenyum. Hanya menyapanya kembali dengan
perlahan. Aku mulai bergerak ke bilik rawatan di hadapanku.Dia datang lagi
menghampiri dan segera memberi carta laporan pesakit itu kepadaku.Wangian
jasmin seolah menerpa masuk ke hidung pesekku. ‘Sedap’, berkata perlahan dalam
bisikan sukma jantanku.
Selesai
tugasanku, aku segera keluar daripada bilik rawatan diiringi jururawat ’blonde’
yang bernama Angel. ”Dr Love, care to joint us dinner tonite?”
Aku memerhati wajah dia lagi, tanpa jawapan. Entah apa
sebabnya, kurang aku tahu. Mereka, jururawat ini kerap sangat mengajak aku
untuk ’makan malam’ bersama, yang kerap kalinya aku tolak. Dan mengapa
panggilan ’Dr Love’ itu ditujukan buatku, juga kurang aku fahami. Kata temanku,
dia tahu kenapa aku digelar ’Dr Love’, istilah Melayunya ’Dr Asmara’.
”Let me think first.” Jawabku pendek. Dia agak terkesima.
Jawapanku seolah menjadikan dia agak kecewa. Wajah kusam dan hambar yang ditunjukkan kepadaku
menunjukkan dia seolah tidak percaya dengan jawapanku. Apatah lagi, undangannya
ini bukanlah undangan baru. Undangan yang sudah beberapa kali diajukan
kepadaku.
Hujan
menyurah agak lebat di luar tingkap. Aku terus memandang ke arah luar.
“Miss home,
Dr?” Soalnya lagi. Aku hanya tersenyum.
“Yes. Sure.
Very much, indeed.” Aku akhirnya menjawab. Aku tersenyum lagi.Angel
akhirnya meninggalkan aku tanpa jawapan mengenai ‘undangan makan malamnya’. Teringat
kata-kata Dr Arif, agaknya aku ini ’jual mahal’.Pernah kami ’berlawan balas’ mengenai sikapku yang
jual mahal dengan ’gadis-gadis berambut
kuning jagung’.
Dia akhirnya
ketawa sahaja apabila aku menjawab, “Itu barulah Dr Love. Dipuja. Dia hanya
jual mahal. Kalau jual ‘murah’, itu namanya Dr Playboy.”
Bunyi petir
dan guruh yang kuat agak bergema
kemudiannya dan memantul ke arah tingkap, mengeluarkan cahaya yang
terang menderang. Aku agak terkejut. Kaku seketika.Dan bunyian itu
mengejutkan aku. Aku membuka mata. Rupanya aku berada di bilikku. Ingatan dan
meori lama di menjadikan aku bingkas bangun dari baringan.Tiada siapa yang boleh melupakan
memori indah di Royal College of Surgeons di Ireland (PCSI) dengan mudah. Dan
ingatan itu menjadikan bibirku mengemyimpulkan senyuman.
Hujan yang memutih jatuh berserakan satu persatu
menyembah bumi. Titis-titisnya laju dan bergiliran, jatuh dengan laju. Aku
hanya mampu mengntai dari tingkap bilikku. Sabar menunggu hujan yang akan
berhenti.
Dan teringat sebuah lagu lama dengan liriknya,
Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut
Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...
“Bilalah hujan akan teduh?” Sekadar pertanyaan, munkin
juga keluhan seorang pengembara yang mahu memulakan pengembaraannya. Perjalananku
yang jauh ingin aku mulakan dengan segera.
Sebaik sahaja hujan teduh, aku segera ke ruang tamu. Rupanya
ibu sudah lama sedia menunggu di sofa. Wajah ibu kupandang lagi. Wajah biasa,
mukanya yang bujur sireh, yang pada hari-hari yang lain akan menampakkan keceriaan. Kali ini wajah ibu menampakkan gambaran mendung.
Andai tidak semendung awan hitam, warna wajahnya seolah kelabu!Kelabu yang membawa unsur sendu!
Muram a.k.a tidak ceria. Suram. Mendung. Kelabu! Entah mengapa? Gambaran wajah
ibu tidak sebiru langit dalam hari-hari biasa.Ceria. Bahagia.
“Rileklah ibu. Ril akan pandu kereta ke
sana. Bukannya pandu kereta ke medan perang pun!”, kata-kata yang cuma cuba
menceriakan ibu.
Ibu mendongakkan kepalanya memandangku.
Juntaian rerambut ibu menyentuh lembut ke dahinya sempitnya, Nampak jatuhannya,
cantik! “Memanglah Ril. Memang bukan hantar pergi perang, tapi nak biarkan Ril
pandu kereta sorang-sorang, malam-malam macam ni, ibu bimbang juga. Takutnya
macam nak biarkan Ril berperang!”
“Bimbang. Perang! Alah! Apa nak
dirisaukan ibu.Hantu
mana ada?, Tak ada yang berani dekat dengan doktor.” Aku menyambung ketawa.
Entah di mana silapnya, kalau ditanya kepada mana-mana doktor pun, susah mahu
dicari doktor yang pernah bertemu hantu a.k.a jin a.k.a iblis, walau apa pun
gelarannya.
Wajah ibu kutenung lagi. Ibu
mengerutkan dahinya.“Bukan itu yang ibu risau.Memandu sorang-sorang, nanti jadi
mengantuk.”
Wajah ibu nampaknya bersih. Rambut ibu yang ditocang tinggi, menampakkan
ruang rahang pipi ibu yang tinggi. Anak-anak rambut yang bergaris lembut di
gigi dahi, bagaikan tersusun teratur. Telinga ibu comel sekali, tidak seperti
sepasang telingaku yang kelihatan tinggi, bagai kata nenekku, bagai telinga
arnab! Cantik sekali wajah itu. Mata ibu sepet sepertiku, agaknya memang sudah
ada dalam darah kami. Sepasang mata yang sepet! Mata yang pastinya apabila
tersenyum akan menyembunyikan bentuk mata yang seolah segaris cuma.
“Mengantuk? Orang macam Ril mana tahu mengantuk ibu.Kami
sudah biasa bekerja malam-malam dan tidak tidur.”
“Iya lah tu. Bekerja lain, ramai orang,
boleh berjalan-jalan. Minum-minum.”
“La pulak. Bawa kereta pun boleh minum
kopi. Makan-makan. Sama je lah ibu.” Cuba memujuk ibu supaya tidak lagi kuatir
dengan situasiku.
“Ialah.”Jawapan ibu pendek, masih berbaur jawapan dengan hati
yang tidak senang.
“Ialah tu. Ibu cakap macam tu, tapi sudahnya ibu risau juga.Jangan
risaulah ibu. Ril okay ibu. Akan okay punya.”
Ibu mulai membalas tenungan itu dengan tenungan pendek. “Sure, Ril tak mahu ibu ikut Ril malam
ni?”Soalannya masih memancing hati jantanku!
“Sure ibu, jangan risau. Lima jam saja
memandu. Bukannya lama sangat.Kalau ibu ikut dengan Ril, adik nak tinggal dengan siapa?”
“Tak pa. Dua-dua kami ikut Ril lah. Ibu
dan adik sekali.”
“Tak apa ibu.Kan ibu sudah beli tiket kapal terbang.
Membazir namanya.”
Ibu hanya mengangguk. “Ibu masih rasa
risau Ril. Kamu tak akan biasa memandu lama begitu.” Ternyata ibu tidak
menjawab persoalanku. Cuba mengelak daripada menjawabnya, barangkali, tiada
jawapan daripada hati ibu barangkali.
“Akan jadi biasa ibu. Kalau selalu mahu
balik sini, kenalah memandu juga!”
“Nak bawa kereta tiap-tiap kali macam
tu? Tak payahlah Ril. Lain kali balik je naik flight!”
“Kalau tak ada duit macam mana ibu? Kan
baru saja masuk kerja ni?”
“Naik kereta api boleh.”
“Kereta api ibu, uh lama tau.Tiga belas jam baru sampai.” Teringat
cerita seorang teman yang menaiki kereta api ekspress yang dinamakan sebagai
Senandung Malam, dari Kuala Lumpur
ke utara semenanjung, memakan masa 13 jam lamanya. Dalam tempoh yang sebegitu
panjang, sudah boleh terbang dari Kuala Lumpur
ke London!
Andai terbang ke Rusia pun hanyalah 10 jam 30 minit, lebih kuranglah dalam 11
jam. Tebang sejauh 6220 km hanya sebelas jam, sementara menaiki kereta api
sejauh hanya 500 km dalam 13 jam!
Waduh! Kereta api, barangkala hanya mengambil masa yang lama, dalam
pelbagai aspek, menjemukan; barangkali banyak perkara boleh dilakukan bagi
mengatasi masalah tersebut. Membaca, boleh berjalan ke sana-sini, bergerak
antara gerabak. Boleh melompat jika mahu di antara gerabaknya yang bagaikan
‘ulat gonggok’. Barangkali boleh berlagak bagaikan hero Hindustan,
boleh menyeberangi gerabak, bergerak antara gerabak ke gerabak yang lain.
Berlarian di atas gerabak kereta api yang bergerak! Hebat sekali!
Fikiran yang menerawang jauh terhenti
melihat ke wajah ibu sekali lagi. Ibu
tersenyum lagi membalas pandangan mata nakalku. “Kalau nak cepat, naiklah bas. Cepat
sikit sampai. Enam jam dah sampai.”
“Enam jam ibu kata tak lama. Lama masa tu ibu.
Enam jam. Boleh selesai dua tiga orang pesakit kalau lakukan pembedahan biasa. Lagipun
ibu, kalau Ril naik bas, dan tidak memandu, siapa akan hantar kereta kepada
Ril?”
Ibu hanya terdiam dan tersenyum. Aku
terus menggaru kepalaku yang tidak gatal. Enam jam. ‘Lama tu, mahu
kematu punggung dalam bas macam tu’ Hati bercelaru sendiri. Bas! Perkataan tu
berlarian nakal dalam fikiranku. Andai duduk dalam bas, kita tidak ada
kebebasan. Tidak boleh berbaring. Tidak boleh berhenti sesuka-hati! Susah! Yang paling penting, tidaklah juga boleh berlarian
dalam gerabak! Dibuatnya pula, penumpang di sebelah, hanya ‘makcik tua’ yang
tidak lawa, bagaimana pula?
“Tapi, kalau nak
selamat, naik saja basikal.Biar lambat asal selamat Ril.” Selamba sahaja ibu menjawab soalan aku.
Agaknya, kalau mahu berbasikal sejauh beratus kilometer, mahu mengambil masa
juga. Seminggu-dua, barangkali, juga mencecah sebulan masanya.
Aku hanya ketawa.“Basikal ibu, husss, pasti lambat
sampai!”
“Mana pula lama.Tengok Tour on Langkawi tu. Sehari mereka mengayuh, actually hanya beberapa jam, boleh sampai Kuala Lumpur. Mana ada lama macam tu!”
Jawapan ibu memerangkap kehendak dan keupayaan diri.
“Ibu, mereka tu pro. Ril ni bukan pro.” Ibu hanya tertawa kuat.
Satu pertanyaan pada diri sendiri, ‘Mampukah aku mengayuh sejauh itu?’
Andai mahu memandu berulang-alik pun, perlulah setabah pemandu kenderaan
berat yang sentiasa berulang alik utara ke kawasan tengah. Agaknya ibu tidak
pernah lihat bagaimana pemandu kenderaan berat seperti bas dan lori berulang
balik daripada utara ke tengah, atau kawasan tengah ke selatan.Mereka
hampir berulang alik 500 kilometer atau setiap dua hari sekali perjalalanan. Hanya
orang yang sanggup bekerja keras atau yang berminat dengan pemanduan dapat
menjalankan tugasan yang begitu berat.
“Tak apa kalau tak dapat balik kerap
Ril. Biar ibu saja yang ke sana!”
Aku hanya mengangguk. Dalam hati bersenandung sendiri. ‘Dibuatnya ibu
datang kerap-kerap macam mana?, Aduh! Leceh juga!’
Ibu hanya membalas senyum, tentunya tidak mendengar suara hatiku. Andai
ibu dengarinya, pasti senyuman ibu akan bertukar pahit, sepahit hempedu. Beg
yang terakhir aku punggah ke dalam tempat simpanan barang di belakang kereta
Honda CRVku. Sebenarnya lebih kepada kereta ibu yang diperturunkan kepadaku.
Kereta yang baru berusia tiga tahun. Kututup belakang simpanannya dengan tenaga
yang sederhana, sekadar cukup menutupnya dengan baik.
“Adik mana ibu?” Sengaja aku mengajak ibu ke arah persoalan baru yang
akan mengubah tajuk perbualan kami.
“Dalam bilik. Study agaknya.”
“Adik tak nak say good bye ke
dengan Ril ni?” Sengaja aku mengasak ibu dengan persoalan yang begitu. Andai
adik berada bersama kami, tentu ‘leteran’ ibu akan pendek sahaja.
“Ril pergilah panggilkan dia.” Ibu beredar ke bilik belakang, ke bahagian
dapur kami. Aku menaiki tangga menuju ke bilik atas, bilik adik bongsuku, bagi
mendapatkan dia yang kami gelarkan adik sahaja. Sebelahan biliknya adalah bilik
aku sendiri.
Adik! Entah betul atau tidak, istilah ‘adik’ itu! Sebenarnya adik adalah
anak ibu yang baru dengan suaminya yang ‘baru’ juga. A.k.a sepantasnya, aku
gelar sebagai ‘adik tiri’ sahaja. Setelah berpisah dengan ‘lelaki dungu’ itu,
ibu akhirnya bertemu jodoh dengan suami baru ini, yang aku panggil sebagai
‘uncle’. Hubungan aku dengan adik juga tidaklah rapat sangat. Dan aku lebih
suka menggelarkan dia dengan namanya sendiri, Liyana. Aku panggilkan dia dengan
nama Yana. Sementelah dia adalah seorang gadis
sunti, baru berusia sebelas tahun, jarak usia yang jauh antara kami, hampir
limabelas tahun, tidak menjadikan kami rapat! Ada jurang yang luas antara kami! Aku
menganggap sidia gadis hingusan, sementara aku adalah pemuda intelek daripada
zaman teknologi baru.
Aku antara
lelaki terhebat dalam Zaman Milineum ini! Dia! Jauh lagi untuk mencapai
kehebatan seperti aku! Aku adalah superhero ibuku! Seorang Adiwira! Seorang
anak lelakinya yang sudah mewarnakan kehidupan ibu dengan warna ceria,
sementara adik hanya gadis sunti hingusan cuma! Siapa dia di hati ibu?
Kuketuk dedaun pintunya perlahan. “Yana,
abang Ril dah nak pergi ni.”
Dia keluar daripada biliknya. Berbaju
t-shirt berwarna merah, dengan lukisan ‘Pink Panther’, dia kelihatan malu-malu
berhadapan denganku.
“Abang dah nak pergi?”
“Ya.” Dia menyalamiku perlahan. Kemudian
aku tinggalkan dia di atas. Kulihat ibu hanya duduk di ruang tamu.
“Mana adik?”
“Dah bersalam kat atas tadi.”
“La, macam tu pulak!” Ibu memanggil nama
adik berkali-kali. Barulah kemudiannya aku lihat adik menuruni anak-anak tangga
bersama kami di ruang tamu. Kutenung lagi,
seorang gadis sunti, kurus tinggi orangnya. Yang nampak sama antara kami
hanyalah sepasang mata kami yang cuma bagaikan segaris. Hidungnya agak tinggi,
tapi berbentuk jambu air juga. Kembang di hujungnya.Telinganya cantik terbentuk, seperti
telinga ibu. Rambutnya agak kerinting, memang sah bagaikan rambut uncle. Rambut ibu lebih cantik, lurus
tirus bagaikan rambutku. Cuma, warna kulit adik cerah sungguh, betul-betul
mewarisi warna kulit ibu. Kulitku sendiri bertona perang muda. Tidak juga
cerah. Tidak juga hitam gelap. Tona yang berada antara dua warna, putih dan
hitam.
“Salam dengan Abang Ril.Lama lagi akan jumpa abang!”
“Kan dah
salam dengan abang tadi ibu?”
“Alah, kalau salam banyak kali pun tak
salah!”
Gadis sunti itu segera mendekatiku. Bersalaman
dan mencium jemariku dengan tangan kanannya. Dia tersenyum, sekadar senyuman
yang perlu dibuat-buat. Kulihat senyuman dia. Memang sah! Matanya masih
mewarisi sepasang mata sepet ibu, cuma bibirnya agak pucat, berwarna merah muda
yang terlalu pucat. Warnanya persis sepasang bibir ‘pakcik’ yang biasanya
kupanggil ‘uncle’, suami baru ibu.
“Salamlah dengan abang betul-betul.Abang dah pergi
jauh. Tempat tu susah kita nak pergi!” Ucapan ibu lain macam bunyinya. Padahal,
ibu dan adik akan tiba ke destinasi kami, destinasiku sehari lebih lewat
sahaja.
“Ibu!” Aku separuh menjerit dan ketawa
kuat, memecah keheningan malam kami.
“Janganlah buat macam Ril nak pergi
Somalia pulak. Bukan juga ke Antartika atau ke bulan! Tempat tu senang je nak
pergi! Lagipun kan lusa saja akan jumpa ibu lagi?” Aku menyambung ketawaku.
Adikku yang tadi hanya tersenyum senyum simpul, tertawa kecil sambil menutup bibir
kecilnya.
“Ibu tahulah. Itukan tempat nostalgia
ibu.” Ibu tersenyum lagi.
“Lagipun kan boleh melawat bila-bila
je.” Ujarku lagi, memujuk kekusutan hati
ibu.
“Ialah… memang boleh melawat, tapi
susahlah sikit. Bukan boleh naik kereta sejam dua. Adik pun sekolah lagi, mana
boleh ibu melawat sesuka hati.” Kata-kata ibu yang memelikkan aku sebenarnya.
Beberapa tahun aku habiskan di United Kingdom, dan hanya sekali sahaja ibu
datang melawat bersama uncle dan adik. Pada masa aku akan ke sana dulu, ibu
nampaknya tidak pula bimbang akan aku.
“Ibu… Ril ke England,
ibu okay je. Ini di utara semenanjung je, ibu buat macam jauh sangat.”
“Mana pulak tak bimbang. Ril saja yang tak tahu.” Ibu hanya tersenyum
lagi. Manis! Memandang gaya
senyuman ibu, membuatkan hati jantanku terasa cair lagi! Entah lelaki manakah
yang patut digelar bodoh kerana meninggalkan ibuku satu ketika dulu. Agaknya, ayahku, lelaki
yang aku namakan sebagai ‘lelaki dungu’ itu gagal melihat senyuman ibu yang semanis
itu!Tidak mungkin lelaki yang hebat akan meninggalkan wanita yang mempunyai
senyuman manis seperti itu. Dan bukan itu sahaja, ibu wanita mulia yang jarang
ditemui di mana-mana. Sederhana, tutur katanya perlahan, dan begitu menghormati
suami. Dan aku maksudkan suami baru ibu, bukannya ‘ayah dunguku itu!’
Ibu
hanya tersenyum tanpa suara. “England tu jauh, mana boleh pergi kerap-kerap. Ni
Ril dah di sini. Pelik ibu rasa, kenapa tak pilih HBKL saja, kan dekat?”
Aku tergelak lagi. Rasa pelik apabila
ibu lebih risaukan aku yang hanya berada di seberang Selat Melaka dibandingkan
dengan negara yang berada di benua lain dulu. Aneh!
Aku tersenyum sumbing, mengembalikan
senyuman ibu yang berusia di pertengahan umur empat puluhan. “Kan dah banyak
kali cakap ibu. Pilihan sudah dibuat ibu. Dah nak pergi daftar pun. Ril kena
pergi sekarang ibu, nanti lambat pulak sampai. Sekarang ni hampir jam 10 malam,
nanti lagi lambatlah Ril sampai.”
Ibu tersenyum lagi. “Ya lah Ril. Ya la.
Pandu elok-elok. Kalau rasa mengantuk, berhenti dulu. Atau nak ibu telefon Pak
Zin supaya temankan Ril. Nanti ibu datang sana, belikan tiket untuk Pak Zin
balik ke sini.”
Aku tersenyum lagi. “Tak payah ibu. Jangan risau. Ril okay.” Segera aku
bersaaman dengan ibu.
“Jangan lupa solat Ril!” Hanya
mengangguk lemah. Pesanan biasa ibu yang menyusuk kalbu, malangnya tidak begitu
terlekat di minda.
Aku beredar dalam kegelapan malam yang
tiada berbintang, apatah lagi berbulan. Malam yang kelam. Suasana terasa
hening. Dalam kenderaanku yang bergerak laju, kedengaran lagu-lagu yang
berkumandang daripada stereo yang sengaja aku kuatkan suaranya. Berdetupan
bunyinya, irama yang sengaja ku tambah, bagi memecah kesunyian, bakal
memandu 500 km bersendirian. Hanya
bertemankan keheningan malam, dan malam tanpa cahaya!
Memang benar kata ibu, agak mengantuk
memandu sendirian. Setengah jam pertama, ternampak papan tanda bertulis,
Perhentian Sungai Buloh. “Aku berhenti dulu la. Minum kopi. Beli kacang ke.”
Bercakap sendirian. Teringat juga ingin meminum
setin beer, tetapi masakan boleh ‘minum dan memandu’ agak bahaya. Walaupun
setin beer pasti tidak akan memabukkan aku yang biasa dengan minuman keras ini.
Dan tanganku cepat-cepat
memberi tanda signal memasuki lorong perhentian.
Segera aku memakir keretaku di tempat letak kereta yang bersusun kemas.
Mataku cepat terpandang tanda ‘surau’ di hadapanku. Terasa tersentak sebentar.
Sudah agak lama tidak hadir ke ‘rumah Tuhan’. Tetapi bukankah Allah itu akan
memerhati dari mana-mana juga tempat, andai tidak ke ‘rumahnya pun’, aku yakin
ALLAH tahu, aku mengingatinya. Allah sentiasa berada dalam hati dan mindaku.
Aku berjalan keluar sambil mengintai kedai-kedai yang berderetan di
hadapan tempat pakirku. Sepasang mata segera menangkap makanan yang dijual di
sepanjang tempat parkir, deretan kedai yang dihias dengan cantik. Kedai makanan
yang menjual kacang rebus. Kekacang daripada jenis kacang tanah dan kacang
kuda. Melihat kepada periuk kacang rebus itupun, selera terasa mati. Kacang
yang telah lama dikukus berulang kali akan menghilangkan rasa keenakan kacang
itu sebenarnya. Barangkali tujuannya baik, menjadikan kacang rebus itu panas,
tetapi proses melakukannya dengan berulang, akan menghilangkan rasa kenikmatan
memamah kacang lagi! Tiada apa yang menarik yang boleh memancing mataku dan
seleraku.
Kakiku membawaku melangkah jauh lagi.Sederet kedai
yang menjual nasi lemak, dan makanan berat. Aku melangkah lagi. Akhirnya
membawa aku ke restoran makanan segera yang terletak di tengah-tengah
perjalanan lebuhraya. Terasa menarik juga. Aku melangkah masuk, sekadar mendapatkan
secawan kopi.
Lelangit warna restoran yang dicat
dengan warna putih dan berbinding kaca yang telus menerjah pemandangan ke luar
betul-betul di atas lebuhraya ke Utara
memberikan pemandangan yang luar biasa. Cahaya lampu yang disinari daripada
kenderaan yang berulang-alik seakan memberi pemandangan yang unik. Pelik tetapi
benar. Pemandangan yang tidak akan bisa kita lihat sehari-hari.
Tiang yang berada ditengah-tengah
restoran pula diwarnakan dengan warna merah, seolah menggamit akan rasa lapar
secara tiba-tiba. Kerusi-kerusi merah yang disusun kemas juga bagaikan
memeriahkan suasana di sini. Aku terus menghampiri kaunter dan memesan secawan
kopi panas dengan sepiring kentang goreng. Sengaja sekadar menjadi bahan
kunyahan mengatasi kebosanan.
Aku memilih sebuah meja yang diletakkan
di sisi cermin tepi restoran. Agak asyik melihat kenderaan yang mundar-mandir
di bawah. Langit kelihatan berwarna pekat. Gelap gulita, tanpa cahaya. Cahaya
di kedua belah lampu kenderaan bagaikan menjadi sinaran yang menjadi pentunjuk
yang kenderaan agak sibuk di lebuhraya. Penghirup kopi panas perlahan. Wapnya
yang panas, singgah ke hidung pesekku sebelum singgah ke bibirku. Bauannya
harum, menyegarkan. Kopi seperti koko juga mempunyai bahan semulajadi yang
dinamakan tryptophan yang berfungsi
mengawal tahap serotonin dalam badan manusia. Tugas hormon serontonin ini pula
adalah memberi rasa kebahagian kepada manusia. Cuma, bahan ini tidaklah banyak
komposisinya berbanding dengan coklat. Lagipun, bahan kafein yang berada dalam
kopi, mengatasi bahan tryptophanyang mengawal rasa ‘bahagia’
manusia.
Secara tiba-tiba disinggahi perasaan
rindu dengan Amelia. Aku keluarkan telefon bimbit daripada poket jeansku. Kutekan
nombor satu, yang akan menghubungkan dia secara automatik kepada direct dailingyang telah lama aku
setkan kepada telefon Nokiaku. Kutenung jam Seiko di tangan kiriku, baru
mencapai jam 10 malam. Terasa mendayu lagu Lady Gaga bernyanyi di telefon dia.
Lagu Lady Gaga yang berulang membuatku cuak, ‘Tak mungkin, Lia sudah tidur. Jam
baru sahaja pukul 10 malam.’ Aku mengusik perasaan sendiri.
Dan tiba, suaranya bagai kedengaran di hujung gagang sana.
“Hello, Ril…” Dia menyebut perlahan.
“Suara macam bangun tidur je?”
“Hmm. Memang. I dah tido pun.Penat sangat hari ni. Showsatu hari tau. Pagi sampai petang.
Berjam-jam berdiri.”
Terkesima sebentar. Aku sudah mengganggu
puteriku yang sedang beradu.“Maaflah Lia. I tak tahu you dah tido. Kan awal lagi.”
“Tak pe. Memang nak bangun pun. Mekap pun belum cuci lagi. You di mana
ni?”
“Lebuh raya.”
“Driving?Jangan bercakap masa
memandu. Bahaya!”
Aku tergelak kecil, bimbang juga dia rupanya. “Tak, I tak memandu.
Berhenti di Perhentian Sungai Buloh.”
“Sungai Buloh? Kan
you baru je keluar dari rumah ibu you tu.”
“Memang iya pun.” Terdengar dia ketawa.
“Kalau baru sejengkal you berhenti Ril, pukul berapa nak sampai Kuala
Kedah?’
Aku tergelak lagi. Memang betul telahannya pun. Rumah ibu baru sahaja
beberapa minit dari tol yang aku masuki.Apa boleh buat, di saat diri
terasa jemu.
“Terasa jemu Lia. Tak apa, lepas ni I
teruslah memandu lagi. Tak akan perlu berhenti lagi.”
“You nanti nak tidur di mana nanti?”
“Hmm, tak pasti lagi Lia.Kenapa you tanya?”
“Kalau dah sampai ke jalan dekat jeti, you carilah Hotel Tandop. Kawan I
kata okay hotel tu.”
“Tandop? Hmm. Kelakar je nama tu.”
Terdengar Lia ketawa di hujung gagang.“Mana pulak
kelakar. Tu nama tempat tu.Tandop tu maknanya tali air. Macam logkang besar, air untuk pengairan.Kan
Kedah tu negeri ‘Jelapang Padi’?”
“Jelapang padi. Iya lah tu.” Aku
memahami maksud Jelapang Padi. Aku pernah dibesarkan di negeri itu, masakan aku
tidak tahu maksudnya dan makna Tandop. Agaknya Lia lupa, yang aku ini pernah
menjadi sebahagian daripada anak negeri Kedah juga, dahulunya.
“You nak I telefon hotel tu dan booking ke.Takut tak ada
kosong nanti.”
“Boleh juga. You sebutlah nama I lah.”
“Okay. I telefon sekarang, booking atas nama you dan nombor kereta you.”
“Pandai jugak you ni.” Aku mengusik dia.
Tidak terfikir pula untuk membuat tempahan bermalam di mana-mana hotel.
Dibuatnya, tiada bilik yang kosong, susah juga. Tidak akan mungkin, aku hanya
akan tidur dalam kereta.
“Eleh, kalau makwe bodoh-bodoh, endak ke
you?”
Aku terkesima. Entah apa maksud
perkataan yang Lia luahkan. “Lia, nanti I telefon lagilah. I kena bergerak
sekarang ni.” Sengaja aku cepat-cepat menamatkan perkataan dan cerita kami.
“Nanti sms I kalau dah sampai. Kalau you call, takut I dah tak jaga
pulak. Dah tidur.”
“Okay. Sweet dream princess.”
“You too. Drive carefully.”
“Thanks Lia. See you next week.”
“Sure.” Talian ditamatkan. Aku
menghirup terus kopi panas yang sudah mulai suam, kepanasan kopi cepat bertukar
suhu apatah lagi kerana diisi dalam
cawan yang diperbuat daripada kertas.Pandangan
mata terus menyorot akan pemandangan kenderaan yang masih berpusu-pusu
melintasi jalanraya di bawah. Cepat-cepat aku meninggalkan meja dan kerusi
merah, sambil membawa kertas cawan yang telah au kosongkan. Di tepi jalan
keluar, segera aku membuang cawan kosong itu perlahan ke dalam tong aluminium
yang berlabel ‘lain-lain’. Dengan erti kata lain, bermaksud ‘sampah’.
Enjin keretaku, segera aku hidupkan
semula. Lampu kereta segera dipasangkan. Radio juga dihidupkan juga. Terdengar
lagu Melayu yang berirama perlahan, membuai jiwa. Liriknya kuamati
perlahan. Terasa bagaikan membingitkan
jiwa. Kenapa perlu akan lagu yang berlirikkan kecewa dan merana. Mengapa perlu
diikutkan hati yang kecewa. Lirik yang menggambarkan betapa kecewa perasaan
seorang lelaki yang dikecewakan oleh teman wanitanya. “Ah, bukannya seorang
perempuan dalam dunia ni! Dalam tujuh bilion manusia, hampir separuh
daripadanya wanita, carilah seorang bagi menggantikan dia. Tak payah nak
merayu-rayu, sayu macam tu.” Aku merungut sendirian, membalas kepada lagu yang
aku dengari tadi.
Merayu menunjukkan emosi
‘keperempuanan.’ Lelaki harus menunjukkan kegagahan, bukan emosi! Apatah lagi
mempunyai karier sepertiku. Menunjukkan emosi bukanlah suatu pilihan yang
tepat. Dengan kata lain, dengan mempamerkan emosi yang berlebihan, kami,
pegawai perubatan, tidak akan berjaya menyelamatkan pesakit kerana dikuasai
oleh emosi dan empati, mahukan simpati yang berlebihan. Emosi tidak boleh
terlebih kawalan daripada minda.
Pemanduan diteruskan bagaikan hidupku
yang perlu diteruskan juga. Nun, jauh di semenanjung ke utara. Bagaikan rasa
terbuang ke Pulau Jerjak! Terpaksa melayani suara juruhebah yang berbual malam
sendirian, tentunya lebih baik daripada terpaksa hanya mendengar bisikan
fikiran dan minda sendiri. Empat jam perjalanan, segalanya bagaikan tiada
halangan. Hanya kedengaran suara juruhebah di radio yang bercakap berterusan,
dengan mendayukan pelbagai versi lagu dan irama.
Empat setengah jam perjalanan yang agak
memenatkan. Duduk lama di kerusi pemandu, tanpa ada suara yang melayani
perbualan. Seharusnya aku mengajak ibu dan adik bersama pada malam ini!Bukankah ‘the more the merrier’.
Lampu kenderaan daripada jalan bertentangan bagaikan berterusan tanpa
henti. Jam tanganku segera aku amati, hampir empat jam setengah sudah
pemanduanku, bermakna aku sudahpun hampir tiba di destinasiku.Papantanda
menunjukkan jalan yang aku cari, akan aku temui barangkali sepuluh minit lagi. Dan
jangkaanku meleset samasekali, papantanda Hotel Tandop yang berwarna orange,
sudah pun di hadapan mata.
Bernasib baik, pakir kosong betul-betul di hadapan pintu utama hotel.
Segera membawa beg baju bersaiz sederhana dan memasuki pintu utama. Latar lampu
yang agak malap, di kaunter hanya terdapat seorang lelaki berbangsa Cina,
tersenyum memandang aku, tetamunya.Segera aku menyebut akan nama dan nombor
plat keretaku.
“Ada tempahan saya kan?”
“Ada.
Tapi bilik biasa dah habis. Bilik VIP adalah!”
“VIP? Berapa harganya.” Dalam hati membilang anggaran akan harga bilik.
Andai dibuatnya sampai berharga RM 400, habislah aku. Perlu menyimpan duit tunai
yang diberikan ibu baik-baik sehingga habis bulan ini. Tapi kalau terdesak, kad
Visa ‘debit’ yang berada dalam dompet bias menyelamatkan situasi. Ibu pasti
boleh membantu dengan memasukkan tambahan wang ke dalam akaun satu-satunya anak
lelakinya ini.
“RM 130.” Perkataan itu bagai melegakan
sungguh! Ingatkan sampai beratus ringgit. Dia menerangkan harga bilik di sini. Rupanya
bilik biasa di sini hanya berharga RM 60 semalam.
“Okay.”Terus membayar harga bilik dan menaiki tangga ke bilik
yang terletak di tingkat atas bangunan. Sebuah bilik yang sederhana luasnya.
Segera membuka kasut di hujung pintu, meletakkan sepasang kasutku ke dalam
tempat kasut yang disediakan. Mataku segera terpandang dengan bilik VIPku.
Dengan dua buah katil, berkembar dan sebuah katil bujang. Sinki yang terletak
di bahagian hujung katil, di sebelahnya pula sebuah bilik mandi sederhana
saiznya. Lampu berwarna orange menjadikan mataku tiba-tiba terasa layu.
Teringat akan Lia, segera menekan butang di telefon bimbit, dan menaip,
Lia, I dah sampai Hotel Tandop.
Dan menekan butang bertulis ‘hantar’.
Segera menuju ke sinki dan membilas wajahku dengan air paip daripada
utara ini. Mataku hanya terpandang akan katil berkembar yang boleh dibias dalam
cermin tinggi di sinki. Segera berbaring di katil setelah segera menghidupkan
jam membangunkan diri pada pukul 9 pagi, lebih kurang lima jam dari sekarang. Dan pagi yang dingin,
segera mendinginkan tubuhku di atas perbaringan. Dengan fikiran yang ‘sifar’
membawa aku ke mimpi sifar. Sifar pengalaman juga yang akan membawa aku ke
tempat baru yang padaku, sifar. Kosong. Angan-anganku terasa bersambungan.
Infiniti. Dan masih teriyang-iyang kata-kata Amelia beberapa bulan lepas,
“Kenapa you perlu pergi jauh-jauh daripada I Ril?”Ketika itu aku
masih tiada jawapan, seperti juga detik sekarang. Jawapannya adalah infiniti.