Home Novel Seram/Misteri CHE' PONTI NAME ZEAYA
CHE' PONTI NAME ZEAYA
asmaya ally
20/10/2020 15:22:59
96,309
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 6
"Baik semua..jangan lupa assigment yang saya bagi, siapkan dua bulan dari sekarang..no plagiarism okay!?" nada tegas berbaur amaran dikeluarkan oleh Razeil Razman. Matanya merenung satu persatu wajah siswa siswi yang mengambil subjek Interpersonal Communication. 

"Faham semua?!"

"Yea En Razeil Razman"..hampir serentak jawapan mereka. 

"Then.. class dismiss"..ujar Razeil sambil tangannya mula mengemas buku-buku yang menjadi rujukan sewaktu dia memberikan syarahan. Riuh rendah suara mereka sewaktu masing-masing mulai mengemas untuk keluar daripada bilik kuliah.

Sebaik mendengar perkataan "class dismiss" tanpa membuang masa, Zeaya segera mengangkat punggung. Sedari tadi dia tidak melihat kelibat Nursyamia di dalam bilik kuliah. "Sakit kah dia?" “Please leave your massage after the beep...beeeeeepp!!" Zeaya merenung kosong telefon bimbit di tangan. “Huh!! kot yea pun..angkat la telefon tuh Cik Nursyamiaaaa!!, kalau tak reti guna, campak masuk gaung jek!” getus hatinya geram bercampur bimbang. Sebaik sahaja dia menyauk beg dan silangkan ke bahu, Zeaya segera meluru ke arah pintu bilik kuliah, bila mana tiba-tiba sahaja pergerakannya terhenti. Mata Zeaya tidak berkedip memandang sesuatu. "Eh...ketepi sket laaa.. yang blok jalan ni kenapa?" Zafrul mencemik. "Huh?? Maaf..maaf.." Zeaya segera berinjak ketepi pintu. 

Tiba-tiba sahaja suasana di dalam bilik kuliah itu bertukar suram. Seluruh bilik kuliah menjadi kelam. Anehnya hanya di dalam bilik sahaja, sedangkan di luar tingkap, cahaya mentari membias dengan indah dengan cuaca yang cerah. Razeil Razman terasa bulu romanya meremang. Beberapa siswa dan siswi yang masih belum meninggalkan bilik kuliah turut merasakan perasaan yang sama, masing-masing terpinga-pinga dengan perubahan tiba-tiba itu.

 "Iskhh..apsal aku rasa semacam je nih?!.."Razeil dengan segera mengusap belakang tengkuk. Terasa benar romanya berceracak naik. Zeaya masih lagi berdiri tercegat di tepi pintu. "Kalau pun kau rindu aku,  boleh dak kau tunggu sampai aku habis kuliah?" kecuali Zeaya dan sesuatu yang tercegat di depan pintu, tiada manusia lain di dalam bilik kuliah itu yang dapat mendengar pertanyaan Zeaya.

"hehhh..mana kau tahu aku rindu ke menyampah kat kau?"

"kalau tak rindu takkan kau sampai sini? kan aku dah pesan, siang aku busy? banyak kelas nak attend?" 

"hmmm..bersungguh kau belajar apehal?"

"bukan hal kau nak amek tahu..aku busy!" 

"kau halau aku Zeaya?"

"so..? kau nak aku sambut kau macam sambut menantu ke?"

"Zeayaa..come on laa..bila kau nak balik?"

"Gale? please? jangan push aku boleh?"

"Kau pasti ke rahsia kau takkan terbongkar Zeaya?..aku dengar kau rapat dengan "seseorang" sekarang?"

"bukan hal kau Gale!..jangan kecoh boleh tak?"

"manusia nih jenis makhluk yang erti nak pegang pada janji Zeaya.."

"retiiii...bukan ertiii..aiyohh kau ni Gale!'

"arghh sama la tuh!!..tak yah nak sindir-sindir aku ..manusia ni jenis tak reti pegang pada janji!!"

"kau yang aku tak percaya Gale!"

"huh?! akuuu?" sambil telunjuknya menunding pada dada sendiri Gale menggeleng kepala.

"kau tahu kehadiran kau buat suasana bilik kuliah berubah kan Gale? kau sengaja nak dedahkan siapa aku pada semua kawan-kawan aku dalam bilik ni kan?" 

"haaahh??! kawannn?? kau berkawan dengan manusia Zeaya?" 

"dah tuhh?? kau nak aku ulang berapa juta kali?"

"aku dah cakap kan? aku nak cuba hidup sebagai manusia dan tamatkan pengajian aku!!..aku tak ganggu sesiapa pun?!" sambung Zeaya dengan matanya yang dicegilkan ke arah Gale. "Kalaulah kawan-kawan sekuliah dapat melihat rupa fizikal Gale yang berada tepat dihadapannya..pasti takda seorang pun yang tidak akan terkuncil!!"..desis hati Zeaya. Manakan tidak, rupa paras Gale amatlah mengerikan untuk dilihat. Dengan sebilah pedang jepun hitam berkarat terbenam di dadanya, tubuh Gale tinggi lepas, berwajah pucat lesi, kedua belah taring Gale jelas kelihatan dihujung kiri kanan bibir yang lebar,  dengan  jejeran darah segar  meleleh daripada lehernya akibat kesan dipenggal entah oleh siapa, sebelah mata kiri nya terjojol keluar, bergayutan dengan urat mata, manakala sebelah kanan pulak hanya tinggal lubang tanpa mata. "Urghhhh...tak ensem langsunggg!!!" rungut Zeaya. 



Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.