Home Novel Seram/Misteri CHE' PONTI NAME ZEAYA
CHE' PONTI NAME ZEAYA
asmaya ally
20/10/2020 15:22:59
96,612
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 27
"Aabanggggg.... aabangggg..bangunnnn!! bangunnn!!.." raungan Datin Syamimi menyesakkan dada dan telinga para tamu yang hadir pada majlis bacaan yasin di rumah agam mereka. Jejesan air mata , raut wajah yang sembab dan esakan tangis Datin Syamimi mengundang simpati. Namun apakan daya. Tiada siapa pun di ruang tamu rumah itu yang tahu apakah yang terjadi ke atas Datuk Akhtar Henderson. Tubuh Datuk Akhtar Henderson terkedang kaku di ruang tamu dikelilingi oleh anak-anak Tahfiz Maahad Darul Insan. Bacaan yassin berkumandang memenuhi ruang yang dihias indah dengan karpet baldu berwarna krim dan hiasan bunga orkid yang kemas tersusun. Seluruh ruang itu menjerit kemewahan yang ada pada tubuh kaku di ruang tamu. 


"Ustaz? ustaz..tolong saya Ustaz..macam mana keadaan suami saya ni? Doktor di hospital cakap dia tak sakit. Semua organ dia masih normal..jantung dia masih berdenyut..maksudnya dia masih belum mati kan Ustazz? tapi kenapa dia macam ni??" ujar Datin Syamimi keresahan. Tidak pernah terlintas di fikirannya dia terpaksa berdepan situasi ini. Hasrat asal mereka hanya untuk melawat anak kesayangan mereka Nursyamia. Namun peristiwa yang berlaku pada malam tersebut tidak pernah padam daripada ingatannya.


"Jangan risau Datin. Kita usahakan dulu apa yang patut. Bacaan yasin ni dapat meredakan apa jua keresahan dalaman untuk Datuk. Ayat-ayat yassin ni insyaAllah dapat membantu.Jangan risau". " Saya mohon Datin perbaiki solat..perbanyakkan selawat dan doa agar segera di angkat musibah ini daripada Datuk. Tiada doa lebih mustajab daripada doa seorang isteri dan ibu" lembut sahaja nada suara Ustaz Lokman. 


Hati lelakinya sedikit terusik dengan apa yang menimpa Datuk Akhtar namun dia tidak tahu latar cerita penyebab kepada keadaan Datuk Akhtar . "Apakah perkara yang pernah dia lakukan? pada siapa? dan kenapa?" pertanyaan itu berlegar-legar dalam fikir Ustaz Lokman.

Berdasarkan keadaan Datuk Akhtar jelas menunjukkan dia bukan sakit secara fizikal. Pasti ada sesuatu yang mengganggu keamanan emosi nya menyebab Datuk Akhtar menjadi seperti itu. Mata Ustaz Lokman meloroti seluruh tubuh Datuk Akhtar. 


Mata hitamnya hampir hilang kerana seakan juling naik keatas. Entah apa yang di pandangnya di atas siling rumah yang penuh ukiran itu. Nafasnya turun naik dengan perlahan, mulutnya mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Pada kakinya pula terdapat kesan seperti hitam sehingga ke paras buku lali. Tapi Doktor telah menyesahkan itu bukanlah tanda-tanda adanya diebetes. Tangan Datuk Aktar sesekali mengawang-gawang seakan cuba mencapai sesuatu yang tidak kelihatan. Sesekali dia merapatkan tangan seperti sedang menyembah kemaafan pada seseorang. 


"Datin..Datuk ni macam mana orangnya yea?"

"Maksud Ustaz?"

"Maksud saya zaman muda-muda dulu..kot la Datin tahu.."

"Erkk..."


Previous: Bab 26
Next: Bab 28

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.