Home Novel Seram/Misteri CHE' PONTI NAME ZEAYA
CHE' PONTI NAME ZEAYA
asmaya ally
20/10/2020 15:22:59
99,990
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 8
Zeaya menarik nafas lega selepas pulang daripada melawat Nursyamia. Walaupun dia tahu risiko yang perlu ditanggung kerana memilih untuk mencuba hidup sebagai manusia sekali lagi bagi mengejar impian mengengam segulung ijazah yang tidak kesampaian sewaktu hayatnya, Zeaya telah nekad. 


Walau bagaimanapun, Zeaya juga tidak akan sesekali melupakan misinya untuk mencari si jantan durjana yang menyebabkan dia dan anak dalam kandungannya mati dibakar!!..


Masih segar diingatannya, sewaktu dia asyik dilamun cinta ketika bergelar siswi semasa hayatnya di situ.  Hubungan cintanya dengan Akhtar Handerson adalah rahsia umum. Siapa saja di Fakulti Masscommunication atau pendeknya Mass Comm yang tidak kenal pasangan dua sejoli  itu? 

Tiada juga mana-mana siswi yang berani mendekat pada kekasihnya, kerana  untuk menandingi paras Zeaya yang persis model adalah perbuatan yang sia-sia. Namun, disangkakan panas hingga ke petang, rupanya ribut taufan di tengah highway!.

 Kerana kasih dan cintanya yang mendalam pada  Akhtar Handerson, Zeaya menyerahkan permata paling berharga bagi seorang wanita. Dara. Dia menyerahkan dirinya pada Akhtar selepas puas dirayu dan janjikan bulan dan bintang. Janji Akhtar “hanya aku sahaja yang layak memyentuh mu Zeaya, dan kau milik aku selama nya..”.

“Huhhh!! Milik kau selamanya?!” Zeaya mencemik. Sakit hatinya bagaikan ditusuk belati tajam menghiris setiap kali mengenangkan perbuatan Akhtar. “Setelah madu ku puas kau  hirup, kau campak aku seperti kain buruk Akhtar keparat!!”. Mata Zeaya bertukar menjadi merah menyala bersinar dan berkilauan dengan dendam yang semakin membusung di dada. 

“Sayangg.. jangan bimbang ok? Kalau sayang mengandung pun, anak tuh anak kita kan? Aku akan bertanggungjawab!..” 

“Betul nih?”

“Iyeaaa.. janji!!” ujar Akhtar tersenyum.  Namun enam  bulan selepas itu, kelibat Akhtar tidak lagi kelihatan di fakulti mereka. Saat itu, Zeaya tahu, segalanya sudah terlambat. 

Dengan perutnya yang semakin membesar, Zeaya hampir pasti dia akan dibuang daripada universiti. Saat itu, tiada siswi yang mahu berkawan apatah lagi membantunya dalam kerja-kerja berkumpulan. Bukan sekali dua dia memdengar namanya menjadi bahan ejekan dan kata nista daripada rakan sekuliah. 

Hingga lah suatu hari, Akhtar muncul secara tiba-tiba. Saat melihatkan Zeaya dengan perut yang semakin membesar, Akhtar mulai menjauhkan diri. “Argghh.. itu bukan anak aku!..enam bulan aku tiada disini, ntah dengan siapa kau menyundal alih-alih nak suruh aku jadi pak sanggup?! Memang takkklahhh!!” jerkah Akhtar pada Zeaya. 

Hampir gugur jantung Zeaya memdengarkan kata-kata Akhtar. “Aku tak pernah benar kan lelaki lain menyentuh aku kecuali kau Akhtar! Mana janji kau dulu?!”.. Air mata Zeaya bagaikan paip yang pecah. Deras dan laju membasahi matanya. Namun sedikit tidak mendatangkan simpati dihati Akhtar. 

“Gugur kan!! Kalau tidak!!...” ugutan Akhtar tidak mengentarkan jiwa Zeaya. 

“Aku tak mau!! Anak ni tak bersalah, dia benih cinta kita!” jerit Zeaya. Saat itu beberapa pasang mata siswa siswi yang turut sama mengulangkaji di Laman Seri Universiti mulai memandang dirinya Akhtar dengan pandangan sinis. 

“Shusss! Diamlahhh pandai!! Kau nak semua orang tahu ke huh?”

“ kau harus bertangjungjawab Akhtar!!” Ujar Zeaya mendesak. 

“Baikk lahh.. baiklahhh.. aku mengalah.. esok aku ambil kau di asrama Seroja, kita jumpa orang tua kau di kampung ok?” 

“Bbetul nih Akhtar?” Zeaya mengukir senyuman pahit. “Kau tak tipu aku kan?”

“Takkk..”


Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.