Home Novel Seram/Misteri CHE' PONTI NAME ZEAYA
CHE' PONTI NAME ZEAYA
asmaya ally
20/10/2020 15:22:59
96,190
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 17
"Mink..Zeaya takde datang melawat aku ke?" ujar Nursyamia dengan renungan sayu. Peristiwa dia pengsan di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi tempoh hari masih menganggu fikirannya. Sungguh dia tidak dapat mengingati dengan jelas wajah makhluk tersebut namun yang pasti satu nama kerap muncul dalam kepalanya, "Gale". Tapi yang lebih menganggu hatinya, Zeaya seakan cuba menjauhkan diri dan lebih menakutkan, sejak itu juga Nursyamia mula mengalami gangguan yang sukar dimengertikan. 


Peristiwa dia bersalaman dengan Camelia yang tangannya sejuk seperti ketul ais, dan diganggu oleh "Gale" dan keanehan sikap Zeaya yang seakan overprotective diawal perkenalan mereka..Semuanya bercampur baur dengan seribu macam perasaan. Lama Nursyamia termenung panjang.

"Kejap lagi dia datang la tuh Nursya..sabaqqq naaa.." sahut Mink. Bukan dia tidak simpati pada keadaan yang menimpa Nursya, namun kejadian yang menimpa Nursya pasti berkaitan dengan Zeaya!. Mink sekadar menebak. 

Tingkap bilik mereka sengaja di buka seluas-luasnya agar udara segar menyelinap masuk. Sesekali Mink mengusap-usap lembut ubun-ubun Nuryamia yang terbaring lesu di atas katilnya. "Aku harap kau datang Zeaya.." desis hatinya. "huarghhhh..mengantuk la pulakkkk..aaihhhh"..Mink menguap. Matanya menjadi terlalu berat tiba-tiba.  Jarum jam menunjukkan pukul 4.30 petang sewaktu Mink tersedar daripada tidurnya. "Aghh..terlelap pulak aku..aiyohhh"..sambil menepuk dahinya Mink segera memeriksa keadaan Nursyamia. 

Nursyamia masih lagi terbaring di atas katil. Dengkuran halus kedengaran. "Ehh..mana datang bubur nasi nih?" getus Mink kehairanan. Matanya tidak berganjak daripada melihat termos mengandungi bubur nasi yang masih mengeluarkan wap panas. Mink mendekatkan diri dengan termos dan bau bubur nasi itu nyata sungguh menyelerakan. Mink melihat ke arah pintu bilik yang bertutup rapat bahkan dikunci daripada dalam. "Nih yang aku tak gemor nih..sapa pulak la boleh tembus pintu bilik mai hantar bubur kat kau Nursya oiiii...!!" serentak dengan itu, bulu roma Mink tegak berceracak. 

"Nursya..bangunn..bangunn Nursya.." ujar Mink membisik di telinga Nursya. Hati Mink berbelah bahagi. "Nak bagi dia makan ke tak yea?..bubur  nasi dah ada tapi aku tak sure sapa pulak yang ngantor..kang kalau dia makan jadi sakit pulak hahhh..macam mana..tapi bubur ni macam baru dimasak..aiyohhhh!!"..

Ketika Mink masih lagi berbelah bagi, terdengar ketukan di pintu. Segera Mink beralih dan membuka daun pintu. Terpacul wajah Zeaya disitu. "Mink..boleh saya masuk?" soal Zeaya. 

"Ahh..bbolehh.bbolehh..memang Nursya tunggu awak.." sahut Mink sedikit lega dengan kehadiran Zeaya.

"Nursya masih tidak sihat?"

"Tengok sendiri lah Zeaya..dia asyik tanyakan awak..kenapa awak tak datang sedangkan awak dah janji nak jumpa dia di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi itu hari?, Awak lupa atau sengaja nak kenakan Nursya? awak tahukan Nursya orang yang berpegang pada janji?" peluru soalan bertubi-tubi keluar daripada Mink.

Zeaya hanya berlalu tanpa menjawab satu pun soalan daripada Mink. Dia mengambil tempat Mink disisi Nursyamia. Wajah Nursyamia ditenung sayu. Dengan cermat rerambut yang menutupi dahi Nursyamia di selak ke tepi dan diselit di celahan telingan Nursyamia. Dahi Nursyamia masih terasa panas membahang. "Arghhh..semua ini salah aku!!" getus hati Zeaya.

Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.