Home Novel Seram/Misteri CHE' PONTI NAME ZEAYA
CHE' PONTI NAME ZEAYA
asmaya ally
20/10/2020 15:22:59
96,195
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 29
Haaahhh?? Mata Nursyamia seakan mahu tercabut daripada kelosongnya. Mulutnya tidak dapat ditutup. Tangan dan kakinya turut menggeletar. Hidung Nursyamia segera menangkap bau seakan bangkai dan daging manusia terbakar. 


"Kauuu..kauuu..siapa kauuu?" soal Nursyamia dengan pandangannya yang tepat ke arah makhluk di hadapannya. Bukan dia tidak takut..tapi sungguh dia tiada pilihan.


"Kau tak kenal aku lagi Nursya?" soal Zeaya menjawab pertanyaan Nursyamia.


"Kau bukan Zeaya kann? Nursyamia cemas. Memang wajah mahkluk itu iras sekali dengan Zeaya tapi..


"Kenapa kau cakap macam tu Nursya? kau memang tak cam aku ke? sampainya hati kau Nursya? ada getar di hujung ayat Zeaya.


"Aghhh..kauu..kauuu bukannn manusia kannn???!" kali ini Nursyamia tidak lagi mampu menyorokkan rasa takut, gelisah dan cemasnya. Dalam hematnya dia perlu segera melarikan diri. Nursyamia mulai menapak mengundur ke belakang. Setapak..dua tapak..semakin cuba menjauhkan diri daripada Zaeya.


"Zapppp!!" sepantas kilat menghulurkan tangannya yang kelihatan memanjang seperti hantu dalam filem daripada negara seberang, Thailand. "Arghhh...dah macam Nang Nak" desis hati Zeaya. Sepantas itu juga Nursyamia cuba mengelak namun ternyata sia-sia. 


Sedar-sedar sahaja, sekujur tubuhnya sudah berada dalam rangkulan ketat Zeaya.  Nursyamia terkesima. "Lepassss kannn!!!.. lepaskannn akuuu!!" bentak Nursyamia dengan nyaring. Dengan kekuatan yang bersisa, dia cuba menggigit tangan Zeaya dalam usahanya melepaskan diri. Apalah sangat daya seorang manusia seusianya menghadapi makhluk seperti Zeaya. 


"Heyyyy..heyyy..sabar Nursya!! sabarrr!!." Jerkahan Zeaya mematikan langkah Nursyamia. "Boleh tak kau dengan dulu penjelasan aku hahh?!!" 


"Apaaaa? apa penjelasan kau Zeaya?" Selama nih aku ingat kita kawan baik Zeaya..kenapa kau buat aku macam ni?" 

"Apa salahhh aku pada kau Zeayaaa?!!" berhambur air mata Nursyamia, takut bercampur cemas kerana dia tahu di hadapannya bukan lagi manusia yang pernah dikenalinya dulu.


"Kalau aku jelaskan, ko janji takkan tinggalkan aku?"

Previous: Bab 28
Next: Bab 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.