Akhtar tidak segera mengalihkan tubuh Zeaya yang kaku dihadapannya. Sebaliknya dia mencangkung, menarik nafasnya dalam-dalam dan melepaskan sebuah keluhan panjang. Seketika kemudian dengan perlahan rambut ikal mayang Zeaya diusap lembut. Zeaya langsung tidak bergerak. Persekitaran yang semakin hingar dengan bunyi mergastua dan ungas malam tidak sedikit pun membuahkan rasa takut di hati Akhtar. Dia tahu dia perlu segera menyelesaikan perkara yang dimulakannya. Di kawasan belukar terpencil di hujung jalan mati itu, Akhtar menyeret tubuh kaku Zeaya. Tiada riak simpati apatah lagi kasih di matanya. "Huhh..kau yang cari pasal Zeaya...jangan salahkan aku!.." desis hati Akhtar.
Tangan kasar Akhtar terus menyeret tubuh malang Zeaya melewati batu-batu kerikil kecil dan besar. Di celahan denai yang menuju kearah sebuah kolam yang kehitaman Akhtar berhenti untuk melepaskan lelah. "Huurrghhh...hurghh..aarhhhhgg..." Zeaya mengerang halus hampir tidak kedengaran dek Akhtar. Namun gerakan tangan Zeaya yang cuba mengusap kepalanya yang berdenyut kesakitan dapat dilihat oleh Akhtar. Buntang mata Akhtar seketika. "Kau belum mati!?!" Dengan segera dilibas kayu besbol ke arah kepala Zeaya buat kali kedua tanpa simpati. "Arghhhhhhhh...saaakitttttttttttt..!!" Zeaya mengerang kesakitan.
Darah memancut-manut keluar daripada kesan libasan itu. Tubuh Zeaya mengkerekot menahan kesakitan yang teramat. "Bukkkkkk!" satu sepakan kuat dilepaskan kearah perutnya tanpa belas kasihan. Zeaya tiada lagi daya untuk menjerit meminta ehsan daripada Akhtar. Saat itu, seluruh pandangannya menjadi kelam dan gelap. Dapat dirasakan darah yang mengalir melalui celahan kakinya. Zeaya sedar, akan dia kehilangan anak dalam kandungannya kerana tindakan Akhtar. Air mata Zeaya tidak henti mengalir.
"Ya Allah..andainya aku tahu inilah rupa Akhtar yang sebenar!!..raungan itu hanya bergema dihati Zeaya.
"Liat betul nyawa kau yea pompuan keparat!"..cerlun Akhtar sambil menunjal-nunjal tubuh Zeaya dengan kayu besbol. "Sini kau!!" tubuh Zeaya dicepungnya. Dia mahu menamatkan segera nyawa Zeaya. Akhtar kembali mengorak langkah menuju ke arah kolam kehitaman yang semakin hampir. Di gigi kolam itu, Akhtar gigih mengumpulkan kayu-kayu buruk, dan dedaun kering menjadi satu timbunan. Kebetulan malam itu, bulan mengambang penuh. Simbahan cahaya bulan membantu penglihatan Akhtar dalam mencari bahan bakarnya. Setelah berpuas hati dengan timbunan dedaun dan dahan, ranting dan kayu, Akhtar mengeluarkan sesuatu daripada poket jeans Levis nya.
Lighter jenama Malboro digenggam kuat. "Macam mana aku bakar kau yea Zeaya..." saat itu juga mata Akhtar tertancap pada dua batang dahan yang lurus di celahan timbunan dedaun kering. "Aaahhh....bukan susah pun..." desis hatinya,dia menunduk dan mengambil kedua batang dahan itu kemudiannya diikat seperti huruf "T" . Sekilas dipandangnya tubuh Zeaya yang tidak lagi bergerak. "Arghh kau tak payah nak drama sangat Zeaya!..aku tahu kau belum mati!"..
Tubuh Zeaya diikat kemas pada batang dahan tersebut. Sekali imbas seperti scene dalam filem Witch Hunt. Dahan itu ditegakkan seperti tiang ditengah-tengah timbunan dedaun yang akan dibakar. Akhtar meletakan beg galas nya ke tanah. Mengeluarkan setin minyak petrol dan tanpa membuang masa dicurahkan kesemuanya ke atas timbunan tersebut. Tubuh Zeaya yang terikat pada tiang ditengah-tengah timbunan itu terkulai layu. Kepala Zeaya masih mengeluarkan darah yang membuak. Hanyir darah dan bau petrol meruap ke udara. "Shihhss..."bunyi api yang semakin marak membakar. Bau daging manusia dibakar hidup-hidup menyebar keseluruh belukar kecil yang terpencil itu.
"hahhhh..selesai masalah aku!!..mati pun kau Zeaya..hahahahahahahahahahhahaha"..dekahan tawa Akhtar ditenggelami bunyi cengkerik dan ungas malam yang berlagu sendu menyaksikan nasib seorang gadis yang merana kerana cinta!!.