Home Novel Seram/Misteri CHE' PONTI NAME ZEAYA
CHE' PONTI NAME ZEAYA
asmaya ally
20/10/2020 15:22:59
99,986
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 24

"Masa bila aku cakap nama dia Gale..Zeaya?" mencerlun Nursyamia saat dia melontarkan buat kali kedua soalan yang sama kepada Zeaya. 

"aarhhh..takk.. ko memang ada cakap..mesti kes ko terlupe kannn?" sahut Zeaya sambil tersenyum sumbing. Seboleh mungkin dia enggan bersoal jawab lebih lama. Sedikit sebanyak kebimbangan mula bertaut di tangkai hati. Bimbang kiranya Nursyamia mulai mengesan sesuatu yang tidak sepatutnya.

"aku takde cakap lahh..mana ko tahu nama dia Gale!?" kali ini nada Nursyamia sedikit tinggi. 

"Ehhh..erkk..ttadi aku cakap nak keluar cari ubat kann? ko tunggu kat rumah yea..jap ek..kang aku balik.." sepantas kilat Zeaya menyelit di balik pintu bilik dan segera melangkah keluar rumah. 

             **********************

"Allahuakbar...abangggggg!! kenapa dengan abang nih? merembes air mata Datin Shamimi saat melihat tingkah laku suaminya yang tiba-tiba menjerit dan melolong menyebut-nyebut nama "Zeaya" dan berlari menuju ke arah pancang kayu yang sebenarnya hanya kelihatan di mata Datuk Akhtar sahaja.

Serentak dengan itu juga hidung Datin Shamimi menangkap bau persis seperti daging terbakar dan hanyir darah yang meruap di udara.

"Allahh..bau apa nihhh??" mata Datin Shamimi melingas kiri dan kanan mencari punca bau yang semakin menusuk itu. Kelibat Datuk Akhtar semakin kelam di pandangan matanya. Kepala Datin Shamimi terasa berat dengan tiba-tiba. Kabur pandangannya dan semakin sukar untuk dia berdiri tegak. Sesaat kemudian Datin Shamimi terjelepuk jatuh ke tanah. Beberapa meter dari situ Datuk Akhtar masih berdiri mengadap pancang kayu yang menjadi saksi bisu kebejatan zaman mudanya.

"Buat apa kau datang sini?" 

"huh?" Datuk Akhtar segera berpaling ke arah suara tersebut.

"kenapa kau ke mari?" 

"aakuuu..aaakuu nnakkk mintakk maaf pada kauu Zeaya"...tidak syak lagi pemilik suara itu adalah Zeaya.

Mata Datuk Akhtar hampir terjojol keluar saat menatap wajah Zeaya. Tiada sebarang cela. Putih bersih dihiasi senyuman sinis. 

"Baru sekarang?" soal Zeaya semula dengan senyum yang dipaksa.

"aakuuu..aakuu..betul-betul mohon maaf Zeaya..mamaaaffkan akuu..tolong lahh maafkan aku.." 

"kau tahu kan aku bawa zuriat kau? kenapa kau tega membunuh aku dan zuriat kita?!! kau lebih jahat dari iblis Akhtar!!" Zeaya memuntahkan kemarahan yang terpendam kian lama.

"Zeayaa..tolonggg..maafkan akuu..ppulanggkann anakk akuu..tolong pulangggkan anak akuu"..rayu Datuk Akhtar. 

"Siapa anak kau? kenapa rayu aku pulangkan anak kau? kau jangan fitnah aku lagi Akhtar!! sebab mulut tak insurans kau musnah masa depan aku!!"

"Nursyamia ..dddiaa anak aku.."

"huh? apa? waaahhhhhh.....tak sangka Tuhan masih dengar doa aku!!'

"Zeaya..tolong pulangkan anak aku..aku rayu kat kau Zeaya.."Datuk Akhtar telah pun melutut merayu pada Zeaya yang masih keras seperti batu.

"hehhhh...dia anak kau rupanya..patut lah aku tak boleh nak jauh dari dia..sebab darah kau mengalir dalam tubuh dia.. darah seorang pengkianat dan pembunuh kekasihnya sendiri!"

"Tolongg Zeayaa. tolonglahhh jangan apa-apakan dia..aku rayu kau Zeaya..!" terketar bibir Datuk Akhtar bersama gigilnya jemari yang disusun seperti menyembah sang raja. 

"Dendam aku pada kau dan keturunan kau belum terbalas Akhtar. Kau nampak di sana?" seraya jarinya di hala ke arah sekujur tubuh Datin Shamimi yang masih kaku di atas tanah. 

"Kalau kau tak mahu sesuatu yang lebih teruk dari ini, berambus kau dari sini. Angkut betina tuh sekali!".

"Jangan sesekali cari aku atau Nursyamia lagi!!."



Previous: Bab 23
Next: Bab 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.