Home Novel Seram/Misteri CHE' PONTI NAME ZEAYA
CHE' PONTI NAME ZEAYA
asmaya ally
20/10/2020 15:22:59
99,917
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 19
"Hey Gale!!..ko pehal huh?" laung Zeaya dengan nada suara yang sengaja ditinggikan. 

"Apa hal apanyerrr?" sahut Gale tanpa memandang wajah Zeaya.

"Yang ko pegi usik Nursya aku tuh dah kenaperrr?? takde kerje lagi berpekdah ko boleh buat?" sambung Zeaya masih bernada marah. Nyaring suara Zeaya cuba memastikan Gale dapat mendengar pertanyaanya.

"huhhh?? apa ko cakap? Nursya kau? Nursya kau? sejak bila kau associated kan diri kau dengan manusia nia Zeaya?"

"apa masalah kau ni huh Gale? apa yang Nursya tu buat pada kau? apa dosa dia pada kau? kenapa kau usik dia?' bertubi soalan daripada Zeaya petanda kesabarannya semakin menipis.

"hehhh..dia takde dosa dengan aku, dia takde buat salah pun dengan aku..yang sebenarnya dia tak perlu kenal pun siapa aku..tapi kau..kau penyebabnya Zeaya!!"..ujar Gale sambil tangannya mencengkam kuat leher Zeaya. 

Di angkatnya tubuh Zeaya dengan sebelah tangan sahaja. Setelah sama paras kedudukan wajah mereka barulah diletakkan Zeaya di atas pohon meranti bukit yang berketinggian 40 meter dari aras tanah. Zeaya menderam marah. "Kuang ajar kau Gale!! sakit leher aku la bodoh!!" jerkah Zeaya. Saat itu, raut wajah Zeaya tidak lagi berupa seperti manusia. Rambutnya panjang mengurai hingga ke buku lali, mengerbang sana sini, kuku yang runcing dan tajam menghiasi sepuluh jari tangan dan kaki dengan sepasang taring terjulur keluar daripada bibirnya dan wajah Zeaya yang mencuka menambahkan lagi kengeriannya. Sesiapa pun yang terpandang pasti tidak dapat mengangak itu adalah Zeaya yang berwajah ayu dan lembut pada siang harinya. Itulah wajah dan diri Zeaya, pontianak yang cuba untuk hidup seperti manusia.


"kenapa kau marah sangat dengan aku huh Zeaya?" soal Gale. Kali ini mata Gale merenung tajam ke arah Zeaya. "normalkan? aku kan hantu galah?? apa salahnya nak usik-usik manusia? dah memang kerja kita kot?" sahut Gale semula.

"bodohhh..kau memang sengaja nak kacau Nursya kan?! sebab dia lebih rapat dengan aku berbanding ko?"

"hahhh..tahu pun ko..yang ko tanya soalan bodoh macam ni kenapa?" balas Gale.

"takkan ko cemburu pada manusia Gale? come on laaa..sampai pengsan dia ko usik!! mujur takde darah tinggi..boleh mati tau tak?" marah Zeaya masih bersisa. "kalau tak sebab dia kenal aku..tak mungkin dia akan diganggu..arghhh.. Nursya..maafkan aku.." beribu kesalan bermukin di hati Zeaya.

"Kalau ko tak mahu Nurysa ko tu kena kaco dek aku..ko jangan over sangat kawan dengan dia..menyampah aku tengok!!.." ujar Gale mencemik.

Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.