Home Novel Seram/Misteri CHE' PONTI NAME ZEAYA
CHE' PONTI NAME ZEAYA
asmaya ally
20/10/2020 15:22:59
99,990
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 11
"Baiklah semua, kalau tak ada sebarang soalan, saya akhiri kelas kita hari ni dengan pesanan..jangan plagiat kerja kawan-kawan ok?..tak berkat ilmu nanti!"..ujar Ustaz Fakhrul, pensyarah Tamadun Islam, subjek pilihan yang diambil oleh Zeaya sebagai melengkapi jumlah jam kreditnya. 

"Zeaya? awak boleh follow ke subjek saya?" soal Ustaz Fakhrul yang singgah ke meja Zeaya. Zeaya sedikit terkejut kerana tidak menyangka Ustaz Fakhrul akan menyoal dirinya. Hampir dua bulan dia mengikuti kelas Tamadun Islam, inilah pertama kali Ustaz Fakhrul bertanyakan soalan direct  kepadanya. 

"erkkk..ookayy..Ustaz..sayyaa boleh follow syarahan Ustaz..no worries..heheh" sahut Zeaya.

"kalau ada apa- apa yang awak kurang faham, boleh jea hubungi saya okay?" 

"bbbaikklahh Ustaz.." ujar Zeaya sambil tangannya ligat menyusun buku ke dalam beg. Dia enggan bertentang mata dengan UstaZ Fakhrul kerana bimbang sekiranya Ustaz Fakhrul mengesan sesuatu yang aneh dalam dirinya. Walaupun sebelum keluar daripada kediaman, Zeaya pasti akan menyapu losyen pemanas badan, namun bagi sesorang yang berilmu agama tinggi seperti Ustaz Fakhrul, bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dia mengesan bahawa Zeaya bukan manusia biasa. 

"tak salah kalau aku berhati-hati kan?" desis hatinya.

"Terima kasih Ustaz.." serentak suara siswa siswi kelas Tamadun Islam mengucapkan terima kasih, Ustaz Fakhrul melangkah keluar daripada bilik kuliah. Gamat seketika kelas tersebut apabila masing-masing mulai mengemas untuk ke bilik kuliah seterusnya. 

"Zeaya kan?"

"huh..yea saya?'

"kenal saya tak?"

"hhmm...maaf saya tak berapa ingat .."

"dah dua bulan awak dalam kelas nih..tapi masih tak kenal saya?"

"acckkk..maaf..awak siapa?"

"saya lahh..Joey!..Johuana  Alyna?"

"aahhh..hhurrmm..Joey? kita pernah buat kerja berkumpulan ke?" ada assigment group yang belum selesai?"

"bbuukann..kita tak pernah sekumpulan pun..hahhah..saya ingat awak kenal saya?" berkerut dahi Joey sewaktu memandang wajah Zeaya ." Apa dia memang tak kenal aku atau sengaja cakap tak kenal aku?..mustahil kot..ramai je bebudak satu batch aku yang tergiler-giler kat aku..sape tak kenal Joey? si pengkid paling macho abad ini?..haiiiahhh..jatuh reputasi aku!! ke sebab aku pakai shawl dalam kelas nih?" desis Joey.

"maaf la awak..kalau tak apa-apa yang mustahak, saya nak beransur dulu..ada kuliah lagi lepas nih.." ujar Zeaya melemparkan senyuman kelat-kelat manis. "urghhh..time aku nak cepat masa nihlah kau nak berkenalan..bukan aku tak kenal kau, cume aku dah terlebih kenal reputasi kau tu sebab yang aku elak dari berkawan dengan kau Joey!" gumam Zeaya.

"owhhh..yeke..maaf-maaf, kalau awak free, boleh kita jumpa lain kali?" Joey masih mahu mencuba nasib.

"aah..nantilah saya bagitau awak yea?"..Zeaya mulai rimas.

"okay-okay..take care yea Zeaya..jangan senyum merata-rata, nanti ramai pulak yang jatuh...."

"huh?..jatuh?"

"jatuh hati pada awaklah Cik Zeaya.."

"erkkkkkkkk....haaaaa" Zeaya mengerutkan dahinya.

"awak tahu jalan tak nih?"

"erkk..jalan kemana?"

"jalan ke hati saya..cia..cia..cia..hahah"

"erkkkkk.....saya gerak dulu yeaa..maaf". Zeaya berlalu sambil meninggalkan haruman semerbak yang mengikat kaki  dan hati Joey. Tiada secalit senyuman di wajah Zeaya walaupun diusik sebegitu oleh Joey. "arghhhh..tinggi sangat standart dia nih!" keluh Joey sambil menggelengkan kepala.


                                           *******************************************************

Sebaik habis kuliahnya, Nursyamia bergegas menuju ke arah bilik kuliah Zeaya. Dia tahu Zeaya mengambil subjek Tamadun Islam. Sebaik sahaja tamat kuliah Liberal Communication syarahan  Luqman, tadi, Zeaya tergesa-gesa meninggalkanya untuk memasuki kuliah Tamadun Islam. Memandangkan dia tidak mengambil subjek pilihan tersebut,sebaliknya memilih kelas Psykologi Manusia,  kelas mereka terpisah.

Namun setelah puas dijenguk, tiada kelibat Zeaya yang kelihatan. "Pukk!" bahunya terasa ditepuk oleh seseorang. Nursyamia segera berpaling ke belakang. Wajah seorang gadis berkulit putih tercegat dihadapannya. 

"Cari siapa?" tanya si gadis.

"Zeaya..errkk..ada nampak dia?"

"Zeaya?? owhh Che' Ponti Name Zeaya tu ke?"

"aa'ahhh.."

"dia ada dalam kelas tadi.. tapi dah balik...baru kejap tadi..ada keperluan apa?"

"hhurmm..aaahhh tak pelahh..saya ingat dia belum keluar tadi.."

"saya Camelia" sambil menghulurkan tangannya.

"hi..Nursya..Nursyamia"..


"

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.