Home Novel Seram/Misteri Semangat Roh
Semangat Roh
Riduan Judin
13/11/2017 10:52:53
21,934
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 1

Janda Baik, Pahang -Penghujung Tahun 2016

MIKAIL duduk di kafe sebuahresort. Seorang guru muda dengan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dariInstitut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur. Juga seorangnovelis yang sedang buntu mencari idea-idea baharu. Pagi ini, dia menikmatisarapannya dengan penuh selera. Berehat setelah penat menghabiskan pengajiannyasebulan lalu, sementara menunggu panggilan penempatan.

Dan sejak dua hari lalu, dia terpuruk di tempat ini. Sengaja mengasingkandiri untuk meraih imaginasinya yang paling tinggi. Berusaha menggapai idea yangpaling ‘gila’ dalam sejarah penulisannya. Jika di bandar, sukar benar memulakanpenulisannya kerana idea terasa terbatas.

Selang seminit, telefon bimbitnya berdering.

“Assalamualaikum,” ucapnya. Kedengaran salamnya bersambut di hujungtalian.

“Mikail, kau di mana ni?” Kedengaran pemanggil itu bertanya.

“Janda Baik… Jawabnya ringkas.

“Janda Baik?”

“Aku di Janda Baik, Pahang lah. Kau di mana ni, Raqib ?” Tanyanyasemula.

“Jumpa anak dara baik,

bakal mertua baik.

Jumpa janda baik,

bawa balik janda baik…”

 

Raqib tidak membalas soalan Mikail, malah dia sengaja menyanyi laguraff ‘Baek’ yang dipopularkan oleh Joe Flizzow. Mikail sekadar tersenyummendengar gelagat sahabatnya itu. Dia terhibur.

“Ah, banyaklah engkau punya janda baik tu…” seloroh Mikail.

“Mikail buat apa di Janda Baik tu?” Raqib bertanya setelah menghabiskanlagu tadi.

“Aku nak cari idea novel baharu,” jawabnya.

“Aik, Mikail bukan baru siapkan novel thriller sebelum ni?”

“Memanglah… tapi kali ini, aku tulis novel seram,”

“Seram? Nak tukar genre ke apa?” Raqib sememangnya banyak mulut bilabercakap dengan Mikail.

“Thriller dan Seram kan tidak jauh beza. Alah macam tak biasa tengokcerita thriller yang ada unsur seram,” ujar Mikail.

“Eyalah. Aku di rumah kau ni, tapi kau tiada. Ingatkan nak ajak pergisatu tempat nanti…”

“Datang rumah tak beritahu pun?”

“Eyalah, sorry. Telefon aku bila kau dah balik KL,” agak kecewa nadasuaranya.

 “Okay, jumpa nanti…” jawab Mikail.Dia mematikan talian setelah salamnya berbalas.

MIKAILdiam seketika. White Coffee yang dipesannya tadi dihirup lagi. Otaknya ligatberfikir. Dia sengaja ingin memecahkan kebuntuan ideanya. Baginya, malasberfikir hanya melemahkan otak. Dan itulah yang membuatkan semangat penulisuntuk menulis turun naik.

            Setelah menghabiskan kopinya,beberapa idea sudah dicatat di atas nota peribadinya. Idea yang dikiranya laindaripada yang lain, dan agak misteri.

            Mikail pantas berdiri. Masa inilahseseorang melanggar badannya dari arah belakang. Bahunya terlunjur ke depan,dan nota yang dipegangnya terjatuh ke bawah.

            “Err, sorry-sorry…” suara seoranggadis meminta maaf dari arah sisinya.

            “Eya-eya, tidak apa-apa,” balas Mikailsetelah memungut notanya semula. Apabila mereka bertentangan mata, gadis ituagak teruja.

            “Mikail Mukhriz?” Tanya gadis itu.Wajahnya kelihatan tidak percaya.

            “Eya saya…”

            “Ya Allah, tak sangka dapat jumpaawak di resort ni. Patutlah ringan hati nak menginap di sini,” tambah gadisitu. Senyuman manis tidak lekang di bibirnya.

            Maaf, cik ini siapa?” Tanya Mikail.Sebenarnya dia sudah meneka di dalam hati yang gadis ini mungkin peminat karya-kayanya.

            “Zulaikha… peminat tegar novel-novelawak,” jawabnya lembut.

            “Wah, terima kasih sebab bacakarya-karya saya,” Mikail menguntum senyuman manis.

            “Ya, dan maaf sebab terlanggar awaktadi. Saya tak sengaja. Saya mencari kunci bilik dalam beg tangan,” Zulaikhamemohon maaf.

            “Tidak apa-apa. Em, awak buat apa disini?” Mikail sengaja bertanya.

            “Ada seminar di Hospital Jerantut,Pahang…” jawabnya tulus.

            “Dr. Zulaikha…” ujar Mikail.

            “Dari mana awak tahu saya doktor?”Zulaikha agak terkejut.

            “Fail awak…” Mikailtersenyum-senyum.

            Zulaikha sekadar tersenyum-senyumapabila dia terlupa seketika apa yang ada di tangannya. Hatta, dia seakan-akantidak memijak di lantai ketika berbalas-balas cerita dengan novelis yangdiminatinya itu.

            “Kalau tidak keberatan, saya nakbergambar dengan awak…” pinta Zulaikha.

            “Eya boleh,” ringkas Mikailmenjawab.

            Zulaikha mengeluarkan telefonpintarnya dan mengambil gambar selfie berdua.

            “Thank you great writer…”tutur Zulaikha.

            “Oh yeah, most welcome…” balasMikail. Selepas itu, dia beredar balik ke bilik penginapannya.

            Dr. Zulaikha sekadar menyorotipemergian Mikail. Dia tergamam seketika, namun agak menyesal kerana tidakberani meminta sesuatu daripada novelis yang diminatinya itu.

            ‘Hmm… kenapa aku tak minta saja nombortelefonnya tadi…’ kata hatinya membentak-bentak.

            Akhirnya dia menapak pergi, namunterhenti selang dua langkah. Dia terlihat sesuatu di atas lantai. Kali ini, diabenar-benar tersenyum gembira. Tidak dinafikan, hatinya berbunga-bunga.

Previous: PROLOG
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.