Home Novel Seram/Misteri SUMUR BERDARAH
SUMUR BERDARAH
AINI NAZRINI
18/11/2020 21:41:18
43,707
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 8

SELURUH kawasan sungaiitu telah ditutup dengan pita garisan polis bagi menghalang orang awam daripadamemasuki tempat kejadian. Dari malam tadi kawasan sungai telah dipenuhi dengan orangawam yang ingin melihat pihak polis menjalankan siasatan ke atas penemuan saturangka manusia di situ. Dua ekor anjing pengesan telah dikerahkan untuk mencarisebarang bukti di kawasan itu untuk dikaitkan dengan penemuan rangka itu.

            Tidak jauh dari kawasan sungai kelihatan Azim, Nazura,Justin dan Cindy sedang ditemubual oleh beberapa orang wartawan. Dari malamtadi mereka tidak henti-henti dihujani dengan pelbagai soalan mengenai penemuanmayat itu. Baik pihak polis mahupun penduduk di situ. Sekarang ini mereka harusmenghadap soalan daripada pihak media pula.

Padamulanya kumpulan remaja itu menjawab dengan baik namun raut wajah mereka mulamenunjukkan rasa kurang senang apabila ada dikalangan wartawan itu yang menyoalmereka dengan soalan peribadi. Wajah masing-masing mula menunjukkan keletihankerana tidak dapat berehat dari malam tadi. Langit semakin cerah namun merekamasih belum ada peluang untuk pulang ke rumah. Pasti orang tua mereka sedangrisau sekarang ini.

            “Sarjan! Kenapa tidak dijaga tempat ini?” jerit satusuara dengan lantang.

            Semua yang ada di situ terkejut mendengar suara lantangitu. Termasuklah Azim dan rakan-rakannya. Kelihatan seorang lelaki berkaca matahitam pinggang bercekak pinggang di tepi kereta polis. Beberapa orang anggotapolis segera mengarahkan orang awam yang mengerumuni kawasan itu meninggalkantempat itu dengan segera. Hal ini kerana ada dikalangan mereka yang cuba mengambilgambar rangka manusia itu.

            Lelaki berkaca mata itu menanggalkan kaca matanya.Wajahnya tampak serius sewaktu mendengar penerangan daripada salah seoranganggota polis di situ. Pakaian lelaki itu sangat kasual namun kemas. Melihatpada gaya lelaki itu seperti seorang yang berpangkat tinggi. Wartawan yang tadisedang menemubual Azim dan rakan-rakannya segera mendapatkan lelaki itu.

            “Inspektor Hamdan, apa pendapat tuan tentang penemuanrangka itu?”

            “No comment,”  jawab Inspektor Hamdan sambil berjalan.

            Wartawan-wartawan itu tetap mengekori ke mana sahaja

            “Tuan rasa kes ini ada kaitan dengan kes yang tuan sedangsiasat ke?” soal seorang wartawan.

            Langkah pegawai polis itu terhenti. Dia memandang wajahwartawan yang bertanyakan soalan kepadanya tadi.

            “Saya tidak boleh memberikan sebarang kenyataan buat masaini. Apabila laporan daripada pihak forensik sudah keluar baru saya bolehmenjawab soalan encik semua. Sekarang ini saya minta izin dahulu,” ujarInspektor Hamdan sebelum meninggalkan kumpulan wartawan itu.

            Kadang-kala dia rasa naik menyampah dengan sikap tidaksabar daripada sesetengah pihak media. Mereka terlalu inginkan skop beritasehinggakan ada yang memaksa pihak polis supaya berkongsi maklumat denganmereka. Dia tahu sudah menjadi tugas bagi seorang wartawan untuk mendapatkanskop berita tetapi bagilah pihak polis membuat kerja mereka terlebih dahulu.Sempat lagi pegawai polis itu merengus.

            “Mana saksi yang menjumpai rangka manusia itu?” tanyaInspektor Hamdan kepada anak buahnya.

            “Mereka berada di sana,” balas seorang anggota polisberpangkat detektif sambil menunding ke arah Azim dan rakan-rakannya.

            Inspektor Hamdan segera mendapatkan kumpulan remaja itu. Azimdan rakan-rakannya yang mahu pulang ke rumah masing-masing terkejut apabilaseorang pegawai polis mendekati mereka.

            “Saya Inspektor Hamdan. Saya ada beberapa soalan yangingin diajukan kepada kamu semua,” ujar Inspektor Hamdan dengan nada yangdingin. Matanya memandang satu per satu wajah anak muda di hadapannya. Kemudianpandangannya jatuh lama pada Azim.

            “Macam mana kamu semua boleh jumpa dengan rangka manusiaitu?” soal Inspektor Hamdan.

            Azim yang mewakili rakan-rakannya menceritakan tentangbau busuk yang dibawa oleh angin dan kemudiannya mendorong mereka berempatmencari arah bau itu. Azim juga turut menceritakan tujuan mereka datang kekawasan sungai itu pada waktu malam kepada Inspektor Hamdan supaya pegawaipolis itu tidak berasa curiga kepada mereka.

            “Jadi kamu berempat datang serentak?”

            “Tidak! Cuma kami bertiga yang datang bersama. Azimdatang kemudian,” celah Justin.

            Sekali lagi mata pegawai polis itu beralih pada Azim.

            “Kenapa kamu datang lewat?”

            Azim berasa kurang senang dengan cara pegawai polis itumemandangnya.

            “Saya mesti terangkan ke?” soalnya.

            “Setiap keterangan kamu amat penting bagi pihak kamimenjalankan siasatan,” balas Inspektor Hamdan dengan tegas.

            Azim mengeluh. Dia pun terpaksa menceritakan punca yangmenyebabkan dia tidak datang bersama rakan yang lain. Inspektor Hamdanterangguk-angguk mendengarnya.

            “Baiklah. Terima kasih kerana memberikan kerjasama.Seandainya kamu dipanggil ke balai untuk soal siasat, saya harap kamu semuadapat memberikan kerjasama seperti tadi,” ujar Inspektor Hamdan.

            “Tuan, sebenarnya apa yang telah terjadi pada rangkamanusia yang kami jumpa itu? Mangsa bunuh? Atau kena gigit binatang? Tapirasanya kat sini tak ada binatang liar,” ujar Azim dengan rasa ingin tahu.

            “Saya tak boleh nak berikan jawapan buat masa sekarangni. Apa-apa pun kita tunggu sahaja laporan bedah siasat daripada pihakforensik,” balas Inspektor Hamdan.

            “Tapi tuan...”

            Azim masih ingin bertanya soalan lagi namun ditahan olehNazura. Gadis itu memberi isyarat kepadanya supaya tidak bertanyakan apa-apalagi soalan kepada pegawai polis itu. Setelah segala keterangan mereka diambiloleh pihak polis, empat remaja itupun dibenarkan untuk pulang ke rumahmasing-masing.

Sebaiksahaja tiba di rumah, Halim sudah bersedia menanti di muka pintu dengan wajahyang bengis. Habis teruk Azim dimarahi oleh abahnya apabila mengetahui diaberada di sungai semalaman.

 

SEDARI tadi InspektorHamdan mundar-mandir di hadapan bilik bedah siasat. Hatinya tidak sabar menantisahabatnya, Doktor Rustam menjalankan bedah siasat ke atas rangka manusia yangdijumpai di kawasan sungai kelmarin. Dua orang pembantu doktor turut membantuDoktor Rustam menjalankan bedah siasat itu. Beberapa sample daripada rangka itu jugatelah diambil dan dihantar ke makmal untuk ujikaji.

            Setelah hampir tiga jam Inspektor Hamdan menunggu, diamendapat mesej daripada Doktor Rustam yang menyuruhnya masuk ke dalam bilikitu. Tanpa berlengah Inspektor Hamdan terus masuk ke bilik bedah yang khasuntuk bedah siasat mayat. Sebaik sahaja pintu dibuka hawa dingin bilik menyapatubuhnya.

            “Sekejap, ya!” ujar Doktor Rustam apabila melihat kehadiranInspektor Hamdan di situ. Dia sibuk menulis sesuatu pada laporannya.

InspektorHamdan melangkah ke arah rangka yang terbaring kaku di atas meja. Seorangpembantu Doktor Rustam menghulurkan pelitup muka kepadanya. Inspektor Hamdanmelihat sahabatnya itu masih lagi sedang membincangkan sesuatu kepadapembantunya. Kemudian barulah pembantu doktor itu meninggalkan bilik tersebut.Tinggallah mereka berdua bersama rangka manusia di hadapan mereka itu.  

“Macammana?”soal Inspektor Hamdan dengan rasa tidak sabar. Dia ingin tahu puncakematian rangka dihadapannya itu.

“Puncakematian akibat kecederaan pada kepala!” jawab Doktor Rustam.

DahiInspektor Hamdan berkerut. “Maksud kau dia dibunuh?”

Kaliini Doktor Rustam menjungkit bahu. Inspektor Hamdan berkerut dahi. Peningkepala dia dibuatnya.

“Kemungkinanitu ada dan boleh jadi juga tidak. Si mati mengalami kecederaan pada bahagianbelakang kepala yang mungkin disebabkan satu hentakan yang kuat. Hasil daripadabedah siasat, aku dapati ada kesan retakan pada bahagian belakang kepala rangkaini,” terang Doktor Rustam. Dia menghulurkan laporan makmal kepada InspektorHamdan.

Pegawaipolis itu membaca laporan tersebut dengan teliti.

“Macammana pula dengan identitinya?” soalnya lagi.

DoktorRustam menggeleng kepala.

“Pihakkami masih lagi melakukan proses padanan identiti rangka ini denganindividu-individu yang terdapat dalam senarai orang hilang.”

InspektorHamdan terangguk-angguk. Dia kembali membaca laporan bedah siasat ke atasrangka manusia itu.

“Dan,betul ke rangka ini dijumpai di dalam kawasan semak?” soal Doktor Rustamtiba-tiba.

InspektorHamdan mengangguk. Dia berasa pelik apabila melihat wajah sahabatnya ituseperti ingin mengatakan sesuatu. “Kenapa?”

DoktorRustam menarik nafas panjang. Dia menanggalkan cermin matanya lalu menggosokmata seketika sebelum memakai semula cermin matanya. Dia memandang tepat wajahInspektor Hamdan.

“Masaaku lakukan bedah siasat, aku ada jumpa sesuatu pada rangka ini,” ujarnya.

InspektorHamdan berkerut dahi. “Kau jumpa apa?” soalnya dengan dada yang berdebar.

DoktorRustam mengambil satu botol kecil yang ada di situ lalu ditunjukkan kepadasahabatnya. Inspektor Hamdan melihat benda di dalam botol itu.

“Lalat?”soalnya sambil memandang Doktor Rustam.

“Lalatini dikenali sebagai lalat keranda atau ConiceraTibialis. Lalat jenis ini sering ada pada mayat yang dikebumikan pada satutempoh yang lama. Ia akan melalui beberapa generasi di bawah tanah sebelummuncul di permukaan tanah. Aku jumpa lalat ini pada tubuh rangka ini. Aku takpasti bagaimana lalat ini boleh ada pada badan rangka ini. Aku rasa rangka ini mungkintelah ditanam dalam satu tempoh yang lama sebelum dikeluarkan dari tempat iaditanam,” terang Doktor Rustam.

MulutInspektor Hamdan ternganga. Dia memandang wajah rakannya dan rangka manusia itusilih berganti. Doktor Rustam menerangkan lagi hasil daripada bedah siasatnyaterhadap rangka manusia itu. Kemudian Inspektor Hamdan pun mengajak DoktorRustam keluar makan tengahari bersamanya selepas tamat sesi perbincangan mereka.Sebaik sahaja mereka berdua meninggalkan bilik mayat itu, tiba-tiba lampu didalam bilik itu berkelip-kelip. Kain yang menutupi rangka itu tiba-tibaterselak lalu mempamerkan wajah kaku rangka itu.

Lampu masih lagi terkelip-kelip. Tiba-tiba satumakhluk berwarna hitam dan hodoh muncul di siling. Ia melekap ke siling sepertilabah-labah. Wajahnya hitam berkopak-kopak. Sangat hodoh sekali. Matanya pulamerah menyala. Bibirnya yang hitam menyeringai sehingga menampakkan giginyayang runcing. Mata merah itu merenung tajam ke arah rangka manusia yangterbujur kaku itu. Tiba-tiba seluruh ruang bilik itu dipenuhi dengan hilaiantawa yang menyeramkan.
Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AINI NAZRINI