Home Novel Seram/Misteri Topeng
Topeng
akumatotenshi
27/10/2020 01:00:53
8,272
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab 1

 Daunpintu ditutup rapat. Dia mengemaskan pegangan bakul buluh yang penuh denganpakaian yang perlu dicuci sebelum mula melangkah. Mentari sudah naik lebihsepenggalah. Alur cahayanya menerjah tiap ruang antara daun-daun yang memayungilantai hutan. Denai kecil yang menghala ke sungai diselusuri denganberhati-hati. Gadis bernama Delima itu tinggal bersama ibunya, Bidan Embun diteratak berhampiran sungai di hujung kampung. Denai yang menyambungkan  terataknya dengan sungai itu menjadi laluanutama penduduk kampung untuk ke sungai namun di kiri dan kanan denai itudiselubungi hutan tebal. Delima menapak laju. Mata dan telinganya sentiasapeka. Bimbang diterjah beruang atau tersandung ular sawa yang melintang jalan.Habis geli oleh geletek, habis rasa oleh biasa. Sungai merupakan nadikehidupannya. Setiap hari biarpun payah dia pasti akan menyelusuri denai ituuntuk ke sungai. Jika tidak mengambil air atau membasuh baju, Delima akan kesungai memasang lukah. Begitu juga dengan penduduk kampung yang lain. Namun entahmengapa hari ini hatinya bergalau resah. Setiap kali menapak dirasakan dirinyabagai diperhati. Setiap desik ranting dan desir daun membuatkan matanyamelingas memandang ke sekeliling hutan tebal itu. Dalam hutan, sayup-sayupterdengar ayam hutan berkokok sambil mengais tanah. Di balik bukit siamang sedangkecoh berebutkan buah dan pucuk muda. Gadis muda itu terus berjalan. Peluh mulamerecik di dahi, pipi mulusnya sudah kemerahan. Hatinya mula lega apabila terdengarriuh rendah penduduk kampung yang sedang sibuk di sungai. Biasalah apabilaberkumpul kaum hawa maka gamatlah suasana. Usik-mengusik dan celoteh hal rumahtangga tidak pernah habis.

 Delimamenguak semak di tebing sungai. Secarik senyum manis terbentuk apabila diaterlihat wajah-wajah yang dikenalinya. “Hai baru sampai kau Delima. Seorangsahajakah? Ibumu ke mana?” tegur Mak Buntat sebaik sahaja menyedari kehadiranDelima di gigi air. “Ibu sudah ke huma.” jawab Delima penuh sopan. Sempatmemaniskan muka dengan segaris senyuman. Dia kemudiannya begerak ke arahteman-teman sebayanya. Tidak jauh dari situ, Kemboja, dan Seri sedang duduksehamparan di atas batu manakala Melur dan Putih sudah berendam di dalam air. “Tidaksejukkah Melur dan Putih, berendam di pagi hari begini? Tegurnya sambil dudukdi sebelah Seri. Delima terhibur melihat gelagat teman-temannya. Hilangsebentar segala resahnya tadi. “Ah bukan kau tak kenal mereka berdua ini. Bagaibadak air bila ke sungai.” Seri tanpa malu ketawa berdekah-dekah. Geli hatinyamendengar gurauan Kemboja. Delima hanya tersenyum. Dia menyiku Seri “Eh jagasedikit perangaimu Seri. Tak manis dilihat orang. Ak mahu ke hujung sungaidahulu ya. Ada kain kotor yang perlu dibasuh.” Delima bingkas bangun dan segerameninggalkan kawan-kawannya. “Delima, jangan kau pergi jauh sangat, risau kalauada apa-apa yang terjadi nanti.” Sempat Seri memberi pesan. Mereka berempat fahambenar dengan keadaan Delima. Dia selalunya akan ke hujung sungai jauh dari yanglain untuk membersihkan kain-kain kotor itu. Maklumlah kain-kain kotor yangdimaksudkan itu adalah kain-kain ynag sudah terkena darah orang bersalin memandangkanibunya seorang bidan. Bidan Embunlah wanita yang diharap penduduk kampungtaktala ada yang ingin bersalin dan berpantang. Oleh itu Delima sememangnyasudah diajar ibunya agar membasuh pakaian kotor itu jauh dari orang lain agardarah-darah yang mengotori pakaian itu tidak mengalir mengotori pakain oranglain. Setelah Delima pasti tiada orang berhampirannya barulah dia mengambiltempat. Kain di dalam bakul dibasahkan dengan air sungai. Sebaik kain diramas,keluar semua darah kering yang melekat pada kain itu. Bau hanyir menusukhidung. Kain diramas dan disental. Delima tekun melakukan kerjanya. Namun lepasseketika dia merasakan bagai ada orang sedang berdiri di belakangnya. Serentakdengan itu telinganya terdengar namanya dibisik halus. Dia melingas ke belakangtetapi tiada siapa yang ada di situ. Sangkanya kawan-kawannya ingin bergurau.Oleh itu dia bangun dan pandangannya dilontarkan ke sekeliling. Hanya dia yangberada di situ. Suara gelak ketawa kawan-kawanya bermain air di bahaian atas latatengelam timbul dibalik deruan air. Delima kembali duduk. Tangan mencapaibakul. Air yang sudah kotor dengan darah dibuang dan diganti baru. Arus membawapergi darah dan bau hanyir tersebut pergi. Kemudian beberaa bji limau kasturidiramas bersama bunga mawar melur dan cempaka untuk direndam bersama kain tadi.Tiba-tiba dia terdengar sesuatu jatuh ke dalam air. Delima  tersentak. Dia memandang ke arah sungai. Dalamteragak-agak gadis itu mendekati gigi sungai untuk melihat apa yang terjatuh kedalam air sebentar tadi. Sebaik kakinya mencecah air dia terlihat sesuatu bewarnahitam sedang terapung di tengah sungai. Sedikit demi sedikit benda berwarnahitam itu timbul. Semakin lama semakin jelas terlihat wajah seorang perempuanyang timbul dari tengah sungai itu. Wajah buruk dan berulat itu menyeringai ke arahDelima. Delima kaku di situ. Ketakutan telah membelunggu dirinya. Tambahmengerikan apabila sebaik bahagian leher lembaga itu melepasi permukaan air,terjuntai segala isi perutnya yang kecut dan kehitaman. Tergoyang-goyangdilanggar arus. Bau busuk meloyakan mengisi segenap ruang. Lembaga itukemudiannya terbang perlahan-lahan menghampiri Delima seakan-akan cubamenpermainkan perasaan gadis muda itu. Delima semakin cemas. Suaranya lekat dikeronkong.Otaknya pula ligat mengingati segala jampi serapah yang diajar ibunya. Setelahberjaya mengawal perasaannya, mulutnya kumat kamit membaca mentera. Sebaik menterahabis dibaca barulah badannya dapat digerakkan Serentak dengan itu diambilnyapasir lalu dibacakan mentera lagi sebelum dicampak ke arah lembaga itu. Serta-mertalembaga itu terbakar hangus apabila terkena pasir yang dibaling oleh Delima.Dia terus berdiri. Dadanya turun naik. Gemuruh masih membadai jantungnya.Tiba-tiba terasa bahunya disentuh seseorang. Delima teragak-agak untuk menoleh.“Delima, kenapa kau tercegat bagai tunggul kayu di situ? Sudah siapkan mencucikain?”  soal Seri. Dia hairan apabilakawannya itu tidak mengedahkannya. Apabila Delima menoleh jelas sekali wajahgadis itu pucat benar. Kalau ditoreh pasti tidak berdarah.

“EhDelima sakitkah kau? Pucat benar wajahmu itu. Sudah! lekas kita ke darat.Mungkin lama sangat kau berendam tadi.”

 “Ya mungkin lama sangat aku berendam dalam airtadi. Seri bolehkah kau menemani aku sebentar. Aku hanya perlu membilas kain-kain ini. Setelah selesai nantikita pulang ya.”

Serisekadar mengangguk. Tanpa berlengah dia memaut tangan Delima kerana terlihatsahabatnya itu agak goyah apabila melangkah. Tubuh kecil gadis itu juga menggeletarkuat. Tanggapanya mungking Delima kesejukkan lantas dicapainya sehelai kainbatik yang kering untuk membalut tubuh kawanya itu.  Kemudian dibantunya Delima menyiapkan kerjanyasambil mulutnya kecoh berceloteh. Setelah beberapa ketika barulah dia sedaryang Delima lebih banyak diam dari bercakap. Gelagatnya juga bagai pelanduk didalam cerang. Sekejap-kejap matanya melilau ke sekeliling. Bila ditanya dia hanyamenggelengkan kepala. Sudahnya dia membiarkan sahaja Delima begitu. Gadis itusememangnya berat mulut. Tidak sepertinya yang bermulut murai. Di mana diaberada pasti akan kecoh. Namun mereka sudah bersahabat karib sejak kecil. Susahdan senang pasti bersama.

 

 

 Nidyamemeluk Damia dengan erat. Berita yang disampaikan oleh teman baiknya itu benar-benarmengejutkan. Perlahan-lahan barulah sebuah senyuman terbentuk diwajahnyasebelum dia melepaskan pelukan “Sibuklah kau lepas ni ye. Maklumlah tak lama laginak naik pelamin.” Sengaja mengusik kawannya itu. Damia masih tersipu-sipu.Nidya mencapai smoothie strawberinya sambil memandang tepat wajah Damiayang masih kemerahan. Damia mengemaskan selendangnya. Gadis itu nampak ayudengan selendang bewarna beige yang dipadankan dengan blouse labuhbewarna biru laut. “Kau tolonglah aku ye. Aku dah cakap kat mak aku yang akunak uruskan semua sendiri. Sebab kalau aku biar mak aku uruskan sampaiberjanggutlah baru aku dapat kawin.” Damia tersengih menampakna barisan giginyayang putih bersih. “Mestilah aku akan tolong kau. Kita dah lama kawan. Janganrisaulah.” Mereka kembali menjamu selera sambil bergurau mesra. Ada sahaja yanghendak dikongsi bersama. Sekali-sekali terdengar derai tawa mereka dibalikalunan  muzik jazz yang terpasang direstauran tersebut. Restauran itu agak padat dengan pelanggan namun hiruk pikukdi situ tidak menghalang kedua-dua sahabat itu untuk terus bersantai. Beritaperkahwinan Damia dirai bersama. Selesai hidangan utama, masing-masing memesansepotong kek dan secawan kopi sebagai pencuci mulut. Sementara menunggu pesanantiba-tiba telefon pintar Damia berdering. Hatinya berbunga apabila terlihatnama pemanggil. “ Eh kau tunggu sini kejap ye. Aku nak jawab call dari Aniq ni.”Senyuman terus bergayut dibibir. Nidya mengangguk tanda faham. Matanya tidaklepas memandang kelibat temannya itu. Cuma kini wajahnya sudah masam mencuka. 

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh akumatotenshi