Home Novel Komedi/Romantik Komedi Bukan Sebuah Cinta
Bukan Sebuah Cinta
Syamnuriezmil
17/11/2024 04:23:09
645
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 4

AKU dah gerak ke hospital sebaik aje matahari meninggi. Sebolehnya, aku nak ada kat sana sebelum Ivan masuk bilik pembedahan. Keluar aje rumah... Ada sandwic tergantung kat pintu gril aku. Sandwic itu buat aku tersenyum. 

Makan sebelum ke hospital. Sebab, I tahu... You tak akan lalu nak makan sampai Ivan sedar. P/S : Jangan cakap dekat Ivan yang I bagi you sandwic nanti dia merajuk dengan I... - Ash

Siap nota!

Ah, Firash...

Dia baik, tersangat baik... 

Dalam hal ni, aku yang tak baik. Bukan aku tak nampak, aku belum lagi buta... Tapi, biarlah hubungan aku dengan dia setakat kawan. Kalau ada jodoh, aku tak akan menolak. Dia akan berada kat tangga teratas kalau ada pilihan lain... Aku akan pilih dia demi Ivan. 

Kalau dulu... 

Aku pilih Ihan untuk kebahagiaan aku.

Sekarang, siapa aje pilihan aku...

Aku pilih sebab Ivan.

Bahagia dia yang penting.

Elok aku sampai kat hospital...

Aku dapat panggilan daripada ayah.

Selepas dapat keputusan MRI... Aku dah beritahu ayah. Dan selepas Ivan dijadualkan untuk dibedah semalam pun, aku dah beritahu ayah juga.

Orang tua tu...

Mesti tak sedap hati.

“Iris dah kat mana, nak?”

“Iris dah kat hospital, ayah. Ayah nak cakap dengan Ivan ke? Nanti Iris boleh masuk... Iris call ayah balik.”

“Ayah ni ada kuliah kejap lagi. Ayah nak beritahu anak... Ayah dah minta madrasah buat solat hajat untuk Ivan. Nanti dah habis kuliah pagi ni... Ayah gerak ke Ipoh.”

“Ayah tak payah susah-susah. Ash cakap prosedurnya simple aje.”

“Tak ada susah. Ayah tahu, Ash dah beritahu ayah. Tapi, anak bukan tak tahu... Selagi ayah tak tengok dengan mata ayah, ayah tak lega. Tak apa. Ayah naik ETS... Nanti dari sana ayah naik teksi ke JMC. Jangan susah hati pasal ayah... Anak fokus dengan Ivan. Nanti ayah gerak, ayah mesej.”

Kalau Haji Idris dah bertekad...

Aku kena akur aje. 

Perangai aku dengan ayah... Sama.

Tak ada sesiapa boleh ubah keputusan yang aku atau ayah dah buat. Kalau aku kata aku nak cerai, aku akan cerai. Kalau ayah kata ayah nak jual rumah, dia akan jual. Jadi, aku dan ayah... Saling akur. Sebab, saling faham.

“Atuk akan sampai kejap lagi. Bila Ivan buka mata, atuk dah ada. Itu pesan atuk.”

Ivan senyum-senyum.

Sukalah...

Nak jumpa dengan orang kuat dia.

Masa atuk adalah...

Dia bebas untuk buat apa yang dia nak.

Sebab back up baik punya!

“Jangan nak fikir untuk main bola, main itu ini... Tak ingat apa sebab Ivan masuk ke sini?”

“Yalah... Tahulah.”

Tahulah...

Tahulah...

Macam aku tak tahu apa yang ada dalam kepala anak bertuah tu.

Dan...

Ada yang menyampuk pula.

Menyampuk tak apa lagi...

Menyokong pula tu!

“Mama... Ini hospital. Bukannya Parlimen. Tak habis nak berhujah.”

“Papa Ash!!!”

Hesy...

Sebab itu...

Ivan melampai manjanya.

Itu belum muncul maknya lagi.

Memang payah Parlimen nak bersidang.

Aku tak ada kelebihan walaupun aku ialah Yang Di-Pertua... Aku yang memilih untuk mengandung dan melahirkan dia kut.

“Macam mana hari ni?”

“Okey...”

“Takut?”

“Takut.”

“Takut is good...”

“Papa pun takut juga ke?”

“Mestilah papa takut. Lagilah Ivan kat atas katil tu. Tapi, disebabkan Ivan kat atas katil tu... Papa akan buat yang terbaik. Jangan risau... Papa akan make sure tak ada parut kat badan Ivan dan bila besar nanti... Anak papa boleh jadi model seluar dalam tanpa risau.”

Dan aku... “Hesy... Apa model seluar dalam pula!”

“Jadi model la baru boleh tunjuk badan...”

“Merapunya!”

Firash tergelak...

Ivan pun...

Tahulah aku...

Dia orang berpakat nak mengusik aku.

Hai...

“Okey... Kita serius. I nak terangkan pada you... Apa prosedur yang I akan buat hari ni ke atas Ivan Raeez. Prosedur ini dipanggil transcatheter pulmonary valve replacement atau TPVR di mana...”

Sebelum prosedur...

Firash menerangkan apa yang akan berlaku kat dalam bilik pembedahan tu nanti kepada aku dan Ivan. Firash nampak yakin... Keyakinan dia buat aku percaya yang Ivan akan baik-baik aje.

Jadi...

Aku akan cabut ke The Crepex tu sebaik aje Ivan masuk ke dalam bilik pembedahan. Aku berharap aku sempat sampai... Takkan lima minit lewat pun tak boleh? Bukan sengaja lewat pun!

Semalam... 

Leona beritahu aku yang The Crepex tak boleh nak tukar waktu. Itu aje waktu yang boleh... Dia sibuk, aku pun sibuk juga.

“Aku tahu esok adalah hari penting untuk Ivan. Ivan juga penting untuk aku. Tapi, klien tu tak nak ubah hari. Tetap esok, pukul 10 pagi. Aku dah nak tolak tapi...”

“Tiga juta...”

“Sebolehnya, aku tak nak lepaskan peluang ni. Kita cuba aje... Macam mana? Sebab, appointment tu kat hotel sebelah. Kau sempat lari dan sempat kembali sebelum Ivan keluar.”

Tapi...

Demi Heart Adworks... 

Dan hubungan baik aku dengan Ratna...

Aku tak nak la kecewakan Ratna sebab dia banyak bagi klien yang berpotensi kat aku dan Leona. Heart Adworks bertahan pun sebab dia juga.

“Lagi dua jam... Kita jumpa balik.”

“Okey...”

“Mama sayang Ivan.”

“Tak kiss pun?”

“Eh, selalu tak bagi kiss...”

“Kat sekolah aje tak boleh...”

“Kamu umur 80 tahun pun... Kalau mama nak kiss, mama kiss aje! Kat sekolah tak boleh pula...”

Ivan gelak-gelak...

Bila aku hantar dia ke sekolah...

Dia salam siap-siap kat rumah.

Dia suruh cium dia siap-siap...

Sampai aje sekolah, dia nak terus keluar.

Ivan siap pesan kat aku, jangan buat perangai kat sekolah dia. Aku pula anak, dia mama... Kat rumah nak mama, kat sekolah tunjuk jaguh pula.

Kalau Ivan tahu...

Apa yang aku perlu lalui untuk pertahankan dia... Dia akan suruh aku cium dia sehari 80 kali!

Aku sayang Ivan...

Aku peluk dan cium dia.

Dalam hati, aku berbisik...

Mama maafkan Ivan... Halalkan semuanya untuk Ivan. Mama doakan Ivan selamat dan buktikan pada semua yang tak percaya yang Ivan akan jadi anak yang kuat yang boleh lindungi diri dan mama... Ivan boleh bertahan.

Aku tunggu sampai kat skrin tu...

Naik nama Ivan Raeez.

“Okey, aku nak gerak. Kau tunggu sini... Apa-apa jadi, kau call aku. Segera.”

“Baik.”

“Tudung aku?”

“On poin!”

“Mekap?”

“Perfect. Lari... Kau hanya ada lima minit aje. Dapatkan tiga juta!”

“Tiga juta!!!”

“Jangan lupa... Encik Ammar Aariz... Muka kekwat. Tapi, sebab tiga juta... Dia nampak dashing.”

Eh...

Dan aku...

Terus berlari ke hotel sebelah.

Aku tak tahulah seteruk mana akaun Heart Adworks... Sebab yang uruskan akaun syarikat bukan aku. Tapi, kalau Leona pun cuak... Mungkin nazak la. Jadi, aku kena pastikan aku dapat projek ni. 

“Hai... Iris from Heart. I nak jumpa dengan Encik Ammar...”

“Ikut saya.”

Huh...

Sempat...

Mujur dia tunggu.

Aku ingatkan tak tunggu.

Tapi, bila aku sampai kat meja tu...

Hanya ada segelas air dan sekeping nota.

Aku ambil...

Aku baca nota tu.

Minumlah... Hilangkan dahaga. Sekurang-kurangnya, dahaga you hilang. Tak sedih sangat bila hilang peluang.

Aku tercengang...

Lima minit lewat aje pun!

Kekwat betul!


Previous: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Syamnuriezmil