Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kerana Hati Pilih Yang Sayang
Kerana Hati Pilih Yang Sayang
Aya Sanjana
9/11/2020 10:07:08
30,432
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 6

Bab6:

 

Dah sebulan aku kerja di MANIS, makna kata dapatlah aku merasa gaji pertama aku. Semuanya rasa berjalan lancar. Walaupun Kak Mona masih dalam fasa ‘menjegilkan mata’ kepada aku sebagai amaran suruh buat kerjabaik-baik, tapi aku dah mula rasa selesa. Ecah dan Milah pun dah makin rapat dengan aku. Tak sengaja aku dah masuk ke dalam team membawang depa.

Dan tiap-tiap petang sebelum balik, abang jaga punakan cari je akal nak bersembang dengan aku. Sebenarnya dia selalu kongsi cerita-cerita seram kat aku. Aku pun selalu balas balik cerita kisah seram yang pernah aku alami termasuk kes kena sorok dengan bunian masa kecik-kecik dulu.Tak sangka dia minat kisah-kisah mistik macam tu. Kadang-kadang dia suruh aku baca Facebook page yang ada kisah seram macam Arkib Angker Kebangsaan danFiksyen Shasha. Esoknya kami akan ulas sama-sama. Adalah dalam 15 ke 20 minit kami berborak depan tu.

Aku pernah aje bagi tau dekat Faizal yang aku selalu borak dengan pengawal keselamatan dekat kilang tu. Dia pun okey aje dan tak ada bunga-bunga cemburu. Abang jaga tu pun tak nampak macam nak menggatal pun atau cubaan nak mengurat. Dengan orang lain pun dia ramah, bukan dengan aku aje.

 

Hujung minggu tu aku balik kampung dan belanja mak dan ayah makan besar. Alah, makan besarlah sangat. Aku bawak mak dan ayah dan adik-adik dekat makanan laut yang terkenal di daerah aku. Dalam pada tu mak tak habis-habis suruh aku dan Faizal uruskan hal pernikahan kami berdua cepat-cepat. 

“Mak tengok Sarah ni macam tak teruja aje nak kahwin. Hujung tahun ni tak lama dah tau. Ni dah bulan lapan.”

“Teruja tu Sarah simpan dekat hati je. Nanti mak kata Sarah gatal pulak.” Sengih aku menidakkan.

“Bagus anak ayah. Biar orang perempuan ni nampak jual mahal sikit. Tapi dalam hati tu nak. Macam mak kamu dulu, memang dia excited lebih masa nak kahwin dengan ayah. Tak cover-cover dah.”

“Haa kantoi mak,” sampuk Iman yang tengah ralit dok ratah ketam bercili.

Mak hanya menjeling seperti namanya kepada ayah.Jeling manja!

“Abang jangan nak malukan saya depan budak-budak ni. Nak ke saya ungkit kisah abang nyanyi lagu depan tingkap bilik rumah sayadulu?”

“Lagu apa, mak?” Serentak Iman dan Kasih bertanya.Budak kembar dua orang ni memang kepoh.

“Hesy, dah ada permintaan pulak. Kenalah ayah nyanyi.”

Ayah pun nyanyilah lagu lama tu serangkap dengan penuh perasaan sambil tunjuk-tunjuk pada mak. Tak pernah habis rangkap pun kalau ayah nyanyi. Yang aku tahu liriknya,

 Salam mesra kan ku berikan. Harap terima sepenuhnya oh oh adikku.

 

Adik-adik menepuk tangan sambil bersiul. Ayah siap kenyit mata dekat mak. Mak cubit pipi ayah geram. Ayah mengaduh dan sempat lagi kecutkan bibir lalu menyebut ‘muah’.

 Pelanggan yang dekat sebelah menyebelah pun tengok aje ayah buat lawak. Hai, kalau keluar dengan keluarga aku memang macam nilah. Tak ada nak control malu. Aku geleng aje kepala.

“Dah-dah. Balik kepada topik tadi.” Air muka mak yang segan diusik ayah tadi cuba dialih kepada wajah tegas.

“Mak nak Sarah dan Faizal tempah secepatnya baju pengantin dan pelamin. Bukan boleh Tangguh-tangguh. Kamu ingat esok nak kahwin,hari ni boleh pergi kedai beli pelamin dengan baju kahwin tu?”

Ala, sebenarnya boleh sangat. Esok nak kahwin barucari baju pun okey aje. Dekat Jalan TAR berlambak ada baju yang dah boleh buat kahwin. Tapi dah ramai orang pakai buat raya. Aku pun tak faham kenapa orang suka nampak macam pengantin masa hari raya. Pelamin pun boleh je buat sendiri. Gazebo dekat luar rumah aku tu boleh aje nak hias-hias letak bunga-bunga sikit. Settle, jadilah pelamin. Haa. Kan senang. Benda mudah tak payahlah buat pening kepala.

Tapi aku tak jawablah macam tu dekat mak aku. Tak berani oi. “Nanti Sarah tanya dekat Abang Faizal. Dia tu busy mak.”

“Busy mana sangat. Ni kan hal nak kahwin. Bab catering biar mak uruskan. Untuk nikah aje kita guna gotong-royong. Untuk sanding mak terpaksa guna catering je sebab masa hari kejadian tu bertindih majlis kahwin orang lain. Orang kampung pun tak menang tangan nak tolong.Senang cerita, kau yang hantaran mahal ni gunalah catering.”

Ayah tak masuk campur. Dia asyik hirup kuah tomyam campur dengan penuh nikmat. Adik-adik pulak dah bosan nak sampuk topik ni bilamak dah separa membebel. Dua orang tu dok bersembang sesama dia orang ajelah.

“Yelah, mak. Sarah ikut aje,” Lemah rasanyabercerita bab ni. Memang betullah cakap mak. Aku tak berapa teruja sangat. Aku bukan apa, geram tadi petang bila stalk IG Faizal tu.

Kadang-kadang aku selalu tanya diri sendiri betul ke pilihan mak ni yang terbaik untuk aku. Menyampah sungguh aku tengok Faizal dok berbalas komen dengan perempuan dekat IG. Aku WhatsApp, lambat-lambat aje balas. Story IG tu semedang tayang muka dengan kapsyen acah single. Selama ni aku pandang pelik dekat perempuan yang suka muncungkan bibir depan kamera.Sekali, tunang aku buat benda sama.

Macam ni ke nak jadi buah hati aku sampai mati? Tak sedar, aku dah tergeleng.

“Ada masalah ke, Sarah?” tanya mak lembut. Perasan agaknya aku tergeleng sendiri.

“Eh tak adalah, mak.”

“Gaduh dengan Faizal ke?” tanya mak cuba selami hati aku.

“Taklah, mak. Faizal tu sibuk sangat. Macam tak ada masa untuk Sarah pun.” Tak sedar, aku dah terluahkan masalah.

“Sarah jangan macam tu. Sarah kena ingat. Dia sibuk kerja sebab nakkan yang terbaik untuk Sarah nanti. Mak Cik Salmah tu pun hari-hari call mak, bincang pasal kenduri kamu nanti. Dia kata Faizal memang dah asingkan duit untuk kenduri nanti. Bila mak nak bayar catering nanti, dia bank in je. Dia tu budak yang ada wawasan. Rumah pun dah beli. Kereta besar. Budi bahasa bagus. Mana nak cari lelaki macam tu, Sarah?”

Aku memasukkan nasi ke dalam mulut laju-laju. Ah,sudah. Mak takkan sebelahi aku punya. Kalau aku cerita Faizal tak bagi aku mengaku sebagai tunang dia dekat tempat kerja pun, mesti mak akan cari poin untuk menangkan Faizal.

Ayah tak masuk campur walaupun kami sama-sama adadi meja makan tu. Adik-adik pun tak ambil kesah.

“Apa kata Sarah cuba ambil hati dia? Sarah kena pandai sikit main peranan. Jangan sesekali merajuk dengan dia. Sentiasa buat dia senang dengan Sarah. Kau orang tu tak lama nak berkongsi hidup. Kenalah bersedia dari sekarang. Kalau tak nanti, bosan dia dengan kamu.”

Nampaknya asyik aku ajelah kena ambil hati Faizal nanti. Dah boleh nampak hala tuju masa depan.

Bila tengok aku diam saja, mak menokok lagi, “Cuba Sarah masakkan sedap-sedap dekat Faizal. Mesti dia suka. Jangan push dia suruh layan Sarah, sebaliknya Sarah kena bagi dia ruang dan masa untuk cari duit untuk masa depan kau orang jugak.”

Dah masak pun, tapi dia tak makan. Abang jaga tu jugak yang makan.

“Baik, mak. Sarah akan ingat nasihat mak tu.” Aku iyakan aje. Malas nak mak patahkan luahan hati aku dengan menyuruh aku berbuatitu dan ini.

Sekilas, ayah mengerling kepada aku tanpa berkata apa-apa. Ayah mengerdikan mata seperti mahu memujuk aku. Aku hanya tersenyum tawar kepada ayah. Aku okey, insya-Allah okey. Pilihan mak dan ayah sudah tentulah yang terbaik. Aku yakin ini semua untuk kebaikan aku juga.

 

**

 

Hari Isnin. Hari pertama bekerja dalam bulan baru. Aku tak alami Monday blues sebab pagi-pagi lagi Milah dah bawak Turkish delight sekotak untuk kami jamah sama-sama.Kebetulan Ecah pun buat kek batik. Aku pun bawak sebekas cucur bilis. Macam berjanji pulak kami ni. Pagi-pagi lagi kami dah ternak lemak. Biasalah, sarapan yang sedap makanan kepada minda yang sihat. Bukan main lagi aku. Nak makan tu makan ajelah. Memang makanan yang sedap boleh buat kita gembira.

Lepas makan kami buat kerja dengan penuh semangat. Masing-masing fokus dan meneliti kerja di hadapan mata agar tak ada kesilapan yang boleh membawa masalah.

Kak Mona pun dari jauh perhati kami buat kerja dan dia pun masuk ke dalam tanda berpuas hati. Kalau ada benda dia tak puas hati, selalunya dia terus akan tegur. Agaknya mood dia pun baik lepas kena pelawa makan tadi.

“Assalamualaikum.Mintak izin nak kemas.”

Suara lembut itu menyapa. Oh, Kak Intan cleaner dah sampai. Baguslah dia sampai pun.Boleh la berehat sekejap. Berpinar mata aku tengok fail Excel dekat computertu.

“Masuk,kak. Ha, langkah kanan akak hari ni. Kejap lagi meh merasa kuih ni.” Pelawa Ecah awal-awal lagi.

“Iyelah.Lepas akak bersihkan semua, akak makan. Siapa belanja?” Kakak cleaner yang berusia lingkungan 40-an itu bertanya.

“Niha Milah dengan Ecah bawak kuih. Sedap tau kak.” Puji aku dengan harapan Kak Intan tak segan nak merasa.

“Cucur bilis tu pun terbaik. Siap kuah kacang pedas lagi.” Celah Ecah yang memuji cucur bilis resipi mak.

“Kau orang ni memang mesra. Ni yang akak seronok datang cuci kat tempat kau orangni.” Kak Intan sengih sambil mengelap cermin tingkap menggunakan kain pengelap.Disembur-sembur cecair dari bekas semburan khas itu kemudian dilap.

“Akakkan dah macam kawan kita orang jugak. Kenalah mesra. Kalau tak ada akak,bersepah la opis kami ni.”

LincahKak Intan mengelap meja kerja kami dengan laju. Segala sudut meja dilapnya cermat.Adakala kedudukan barang dialihkan ke tepi untuk membolehkan habuk di bawahnya dibersihkan. Selepas siap menyapu habuk, dia membuka suis dan menyedut segala habuk di atas karpet menggunakan penyedut hampagas.

“Akak bukan apa. Akak sedar akak ni cleaner aje. Kadang-kadang tu sebak jugak bila orang layan macam hurm entah la.” Kak Intan seperti mahu membuka cerita. Riak muka pun dan-dan syahdu aje.

“Kenapa pulak kak?” Milah bertanya mewakili aku dan Ecah yang sah-sah tak sabar nak dengar cerita Kak Intan. Air muka tu masing-masing tak cover. Gosip apa pulak agaknya? Minggu lepas Kak Intan cerita kucing perempuan dia beranak dalam almari. Naik semput kami tahan tawa sebab Kak Intan tanpa bersalah dan dengan comelnya sebut kucing perempuan dan kucing lelaki. Musykil sungguh aku Kak Intan tak gunakan perkataan jantan dan betina.

“Kejap akak siapkan sedut habuk ni dulu.”

Kami berpandangan sesama sendiri. Kemudian sama-sama panjangkan leher lihat Kak Mona. Wah, line clear. Dia tak ada. Tak perasan pulak bila dia keluar.

“Biasalah.Orang macam akak ni selalu orang pandang hina. Lekeh sangat ke kerja akak ni?”

“Taklah kak, mana ada. Kerjaya akak ni mulia tau.”

“Kenapa kak?” Tak sabar-sabar aku nak Kak Intan masuk ke bahagian isi cerita.

“Masa akak kemas opis bahagian lain minggu lepas, ada yang tuduh akak mencuri.Padahal dia sendiri tersalah letak.”

“Lah pulak? Akak tak bagi tau ke akak tak buat?”

“Dah.Mana dia nak percaya cakap akak. Apa-apa hilang, akak la yang kena tuduh.Memang akak terasa betul la.”

“Sabar la kak. Kami tahu akak macam mana orangnya. Akak kemas bahagian mana?”

“Bahagian jualan. Kalau akak nak kemas meja dia, tak pernahnya senyum. Dijelingnya akak lagi. Diarah buat tu buat ni. Masa akak tumpang bancuh kopi dekat pantry sana pun, bising dia kata akak asyik habiskan kopi bahagian dia orang. Padahal tu la pertama kali akak guna kopi dia orang. Selalu akak dengan kawan-kawan minum ramai-ramai dekat depan stor tu aje. Kami sedar siapa kami.” Kak Intan beredar mencuci tangan di pantri dan kembali semula.

“Meh duduk kak. Makan,” ajak Ecah sambil membuka penutup bekas makanan.

“Yang mana satu tuduh akak tu?” tanya Milah tak tangguh-tangguh lagi.

“Alah,yang cantik-cantik tu la. Nory tak silap namanya.”

“Yang suka pakai bulu mata palsu tu ke?” agak Milah.

“Ha,betul. Yang suka mekap tu.” Sambil ngap kuih, sambil angguk.

“Yang selalu pakai baju sendat-sendat tu kan?” teka Ecah pulak.

“Ha,dialah tu.” Kak Intan angguk lagi, tangan tak duk diam capai cucur ke dalam mulut. Lapar betul dia.

“Yang suka sembang dengan lelaki tu kan?”

“Errtak pasti pulak akak. Tapi masa akak pergi cuci bahagian sana mesti dia selalu bersembang dengan staf laki je. Dengan staf perempuan lain memang akak perati dia tak berapa ramahlah. Tambah-tambah kalau budak intern. Lagilah dia tak layan.”

“Ohhh kalau yang tu kenal sangat. Si Normah tu dulu pernah cuba tackle Encik Irsyad.Kan Ecah kan? Kau dah ada ke tak ek masa tu?”

“Ada! Tu pasallah Encik Irsyad terus kena transfer kat cawangan Shah Alam tu. Bergaduh besar laki bini. Nory la sangat. Normah la kak Intan.”

“Lahh pernah ada kes ke? Akak tak tahu pulak.”

“Habis tu, masa akak kena tuduh curi tu tak ada siapa-siapa ke bela akak?”

“Tak ada, tapi Encik Faizal tu tolong carikan mug si Nory tu. Last-last jumpa kat cabinet pantri je.”

Alamak,buah hati aku termasuk dalam hikayat Kak Intan pulak dah. Sedaya upaya aku buat muka tak terkesan. Berdegup jantung aku. Takut kantoi je.

“Lepas tu Encik Faizal nasihat dia jangan tuduh-tuduh orang lagi. Lembut je dia cakap.Mujur ada dia. Terpujuk sikit hati akak ni ha.”

“Encik Faizal tu memang okey. Handsome pulak tu. Tapi tak silap aku, dia dah ada yang punya.”

“Orang macam tu mestilah dah ada yang book awal-awal.” Balas Kak Intan lalu capai pulak kek batik yang meleleh-leleh coklatnya. Selera betul Kak Intan ni makan.Kalau buat iklan, mesti ramai terpengaruh nak beli.  

“Eleh kau ni Milah. Semua gosip kau sapu habis. Tak ada benda kau tak tahu ek?”sindir Ecah tapi lepas tu dia tanya lagi.

“Eh jap. Dengan budak kilang ni jugak ke?”

“Haatu la kau. Aku ni macam satelit dah. Bukan apa, aku ambil berat hal kebajikan staf. Kata bahagian HR kan. MEsti la ambik tahu,” debik Milah konon bangga.

Aku tampar belakang Milah, geram. Agak nak menggosip aje kerjanya.

“Budak kilang ni jugak. Dengar cerita memang selalu jumpa. Tapi saja nak cover-cover.”

“Laa,nak sembunyi-sembunyi dapat apa? Macam la kilang ni buat polisi dilarang bercinta sesama staf.” Bebel Ecah.

Sah,akulah tu. Siapa lagi? Tapi masalahnya macam mana boleh tersebar kisah aku dengan Faizal pulak ni? Sedangkan kami dating bukan dekat kilang ni. Jauh kot Faizal bawak aku dating. Entah-entah Faizal dating dengan orang lain.

“Hesy! Tak boleh jadi ni!” Terpacul pulak isi hati aku kat mulut. Adoi. Sebab geram sangat la ni.

“Kau dah kenapa? Tiba-tiba tak boleh jadi?” Terkejut semua. Tajam mata seorang-seorang tengok aku.

“Hesy,tak boleh jadi ni. Perut aku rasa lapar balik tengok Kak Intan makan. Bak sepotong kek batik tu!” Terima kasih kepala hotak aku yang bijak, boleh fikir alasan munasabah pada masa genting.

Kak Intan pun gelak sekali dengan Ecah dan Milah. Semua pun hentikan membawang dan bercerita topik resipi kuih yang sedap untuk dimakan petang-petang. Kes ditutup, buat sementara. Aku akan cari tahu, sama ada Faizal memang digosipkan dengan aku ataupun perempuan lain. Awas, tunangku!

 

 

 

**

Akuingat lagi masa kali terakhir jumpa Faizal Sabtu lepas, dia yang sungguh-sungguh nak aku buatkan dia nasi ayam penyet. Tu pun selepas aku cerita pasal abang jaga yang nak sangat aku masakkan lagi nasi tu sampai sanggup bayar.Sebab kami susah nak jumpa waktu rehat dan kadar untuk dikantoikan itu agak tinggi, maka kami bercadang nak jumpa pada waktu habis kerja dan aku akanserahkan bekal makanan dekat dia.

Sekarang,kami hanya jumpa pada hari cuti. Masa dekat kilang masing-masing sibuk. Kalau Faizal free pun, selalu hari Jumaat. Aku tak nak dah dia korbankan Jumaat dia sebab aku.

Kalau jumpa pun mesti dekat pasar raya Jusco tu je. Dia kata senang, semua ada. Nak makan senang, nak beli barang pun senang. Tak habis-habis belikan aku baju dekat satu butik ni. Belum lagi dia belanja aku beg tangan, kasut. Dan semuanya haruslah lepas piawaian dia dulu. Dalam banyak-banyak dia beli tu, adalah satu je aku betul-betul berkenan.

Lepas dia belanja aku tu, mak mesti akan call tanya dapat apa. Mak asyik kata bertuah aku dapat bakal suami tak kedekut. Dan aku pun akan sentiasa ingatkan diri aku yang aku ni bertuah dan beruntung. Serius, kalau nak harapkan pemikiran aku dan perasaan aku sendiri, aku memang tak mampu nak fikir yang aku ni orang yang bertuah. Tak bersyukurkah aku?

Maklagi sekali bebel bila aku jawab aku dan Faizal belum cari dan tempah bajuuntuk nikah dan sanding. Faizal ada jugak sebut hari tu. Mungkin dalam bulandepan dia akan spend time bawak aku ke mana-mana butik yang okey. Ada dia passdekat aku IG seorang pereka fesyen ni. Tapi aku tak berapa berkenan pulak.

Semuadesign yang tak bertudung. Mungkin aku kena cari sendiri. Aku ada cadangkanbutik dekat kampung aku je. Tapi ditolaknya mentah-mentah. Faizal ni memang kalaubab fesyen, kena yang menarik pandangan orang aje. Dahlah asyik paksa akutonton Say Yes To The Dress. Suruh aku ambik feel nak cari baju pengantin. Diaingat aku ni mat saleh ke? Aku pakai fesyen gaun jenis terlondeh-londeh tu barutahu, galaslah dosa aku awal-awal. Haha.

“Youcari siapa?” Suara lemah gemalai namun seksi itu menujah pergi semua lamunanaku.

Akudekat depan bahagian Jualan sebenarnya ni. Nak hantar bekal untuk Faizal. Daritadi call dan mesej dia tak balas. Malas nak tunggu lama-lama, tu yang akuambil tindakan berani dengan berkunjung ke sini.

Fikiraku, aku nak hantar konon-konon Faizal ada order makanan. Mangkuk tingkat corakbunga-bunga ni pun cantik. Ala-ala mangkuk tingkat Cef Wan punya. Jadinya,taklah kantoi aku dengan Faizal ada apa-apa hubungan.

“Sayanak hantar makanan yang dipesan.” Laju saja aku berbohong.

“Atasnama siapa?” Lagak macam pegawai kastam yang layan penyeludup aje.

“Errr.Encik Faizal…” Serba tak kena nak sebut nama tunang sendiri.

“Faizal?I thought you staff dekat sini?” Si cantik berlagak tu buat muka pelik dantengok aku atas dan bawah.

Cis!Kantoilah. Yang aku ni cerdik sangat bagi alasan tu dah kenapa? Sah-sah lanyardcard tu ada tergantung kat leher. Tak fikir panjang betul aku ni.

“Hurm,saya nak serahkan makanan ni dekat dia. Boleh panggilkan dia?” Dah, malas nakberlakon jadi penghantar makanan.

“Sorry,Faizal tak layan secret admirer macam you ni. Dia busy tengah meeting dengan orangpenting and I nak you angkat kaki sekarang.” Tegas dia sambil jeling aku sedas.Fuh. Ini macam nak mengundang pergaduhan serta aksi tarik menarik rambut. Akuterus baca nama yang berjahit di baju korporatnya. Nory. Oh, inilah diaorangnya yang Kak Intan ceritakan. I see.

“Okey,kalau macam tu, tolong bagi tiffin ni dekat dia.” Masih aku sedaya upayaberlembut. Sajalah nak sampaikan hajat Faizal. Dah dia teringin sangat, kesianjugak kalau kempunan.

“Euw,sorry. Faizal dah makan tadi dan dia takkan makan makanan yang entah daripadasiapa-siapa. Kalau you bomohkan dia, tak pasal-pasal I dipersalahkan.” Cekakpinggang pulak dah. Hei, fikir aku cari makan aje kat sini. Kalau tak, memangaku lumat-lumatkan minah ni.

“Youingat you siapa? You bini Faizal ke? Tak, kan? Cepat panggil dia.” Dah mula akunak keluarkan bibit-bibit pergaduhan.

“Takkuasa I. You boleh jalan sekarang, I nak tutup pintu.” Halau Normah dengankurang asamnya.

Akumendengus geram.

“Okey.Bye Normah. Lain kali butangkan sampai habis tau butang baju tu. Orang takterliur pun,” balas aku kejam sambil pusingkan badan. Ambik! Aku tak peduli dahreaksi si perempuan seksi tu macam mana.  Yang aku pun satu, dah habis modal ke nakbergaduh sampai serang peribadi orang?

Nakbuat macam mana? Geram sangat! Yang Faizal ni pun dari tadi aku mesej dan callsatu haram tak tengok agaknya. Bukan nak bagi tahu awal-awal ada meeting. Jenuhaku menunggu.

Akumenapak ke tempat parkir dan hempas mangkuk tingkat ke dalam bakul. Penat ajeaku berperang dengan cili dan belacan pagi-pagi hari tadi. Naik pijar tanganaku sebab aku masak lebih.

Akuhidupkan enjin motor dan baru saja aku nak keluar dari pintu pagar, akuternampak Ibrahim tengah berborak dengan Pak Cik Ya. Ting! Terus naik mentolatas kepala.

“Assalamualaikum!”AKu beri salam dengan nada ceria, dibunyikan sedikit kelelakian memandangkanada dua orang lelaki di depan mata. Tak nak aku cakap lemah gemalai seksi macamsi Normah tu. Huh!

Merekaberdua menjawab salam aku. Pak Cik Ya mintak diri dan tinggalkan aku dengan Ibrahimsaja.

“Kenapa?Nak dengar cerita seram lagi ke?”

Tergelakaku. Asal muka aku je, kisah seram.

“Nilagi best daripada kisah seram. Ha, kalau kisah seram tu, kita ambik risikodengar. Bila malam, mulalah takut. Terbayang-bayang…”

“Betullahtu.” Dia senyum saja. Kadang-kadang aku rasa aku saja je nak buat lawak untuk pastikan aku boleh tengok dan kaji lesung pipit dia tu.

“Haa…Ini pun sama. Masa makan, ambik risiko. Masa makan memang sedap, tapi kalauperut tak tahan, berulang-ulang ke tandas jugak.” Ucap aku sambil hulur kepadaIbrahim mangkuk tingkat.

“Untuksaya ke?” Tersengih-sengih Ibrahim. Macam tak percaya. Sinar mata tu macamgembira betul.

“Ya,cu. Nek lupa dah lama cu mintak nak makan sambal ni.”

“Alah,nek. Susah-susah nenek aje.” Dia pun main drama sekali.

“Taksusah mana pun. Makanlah ya.” Takkan aku nak bagi tahu ni asalnya bekal Faizal pulak, kan? Tak baik la. Baru aku nak gerak, dia menahan.

“Ehjap awak. Berapa ni? Saya bayar,” tanya dia sambil meraba-raba poket seluar. Nakcari dompet agaknya.

“Janganberani-berani awak nak bayar. Kalau bayar, saya ambik balik,” ugut akupura-pura garang.

“Sayakan dah janji nak bayar hari tu?” Dia keluarkan jugak dompet lalu bukak isi didalamnya. Dia menarik wang kertas yang tersisa. RM1 je ada.

Tersedakaku ketawa.

“RM1boleh awak? Lupa saya tak cucuk.”

“Awaksimpan dulu RM1 tu. Nanti awak cucuk, bagi saya satu juta. Okeylah. Jangan lupamakan nanti baca bismillah tau. Bai!”

Abangjaga senyum lagi. Aku angkat tangan tanda pamit dan keluar menjauhi pintupagar. Melalui cermin sisi motor, aku nampak lama dia perhati aku dari jauh dantak toleh ke arah lain sampailah aku membelok ke simpang dan lenyap daripandangan. Sebiji gaya ayah kalau nak lepaskan aku keluar rumah. 

Previous: Prolog
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aya Sanjana