22,438
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Bab 1

Hidup ni, jika kita terlalu berpegang pada realiti hidup maka hidup takkan indah seperti yang diingini. Kekadang, kita harus juga keluar dari kotak kehidupan terancang dan mencuba untuk hidup di luar jangka. Biarlah apa orang nak kata, yang penting kita tahu apa yang kita buat dan kita tahu apa yang terbaik untuk hidup kita. Di dunia ni, manusia lebih memilih untuk menjadi hakim kepada orang lain, sedangkan mereka lupa mereka juga sedang dihakimi oleh orang lain.



     “Lana, still working?”aku menoleh saat bahu ditepuk oleh seseorang.

     “Kali ni cerita berkisarkan romantik komedi juga ke?” tanya dia. Belum sempat aku menjawab, dia sudah menarik kerusi lalu duduk di hadapanku.  Laptop aku tutup, baru saja aku berniat untuk menyiapkan lagi beberapa muka surat, namun tak elok juga membiarkan Encik Haqimi bercerita seorang diri.

    “Mungkin, but nak letak sedikit misteri. Rasanya selera pembaca dah banyak berubah, mereka lebih tertarik kepada romantic thriller.” Jawabku. Dia koyak senyuman. Cukup manis untuk lelaki umuran 28 tahun.

   “Good idea, tapi mesti susah dari yang sebelumnya kan?” soalnya lagi. 

    Aku bertongkat dagu, kalau hendak dibandingkan dari hasil penulisan yang lepas, misteri romantik adalah diantara genre yang paling sukar hendak dikarang. Tapi aku jenis yang suka benda baru. So, tak salah kalau aku nak tukar genre.

   “Yup, saya akui novel kali ni agak sukar hendak mengikut plot yang dirancang. Tapi saya akan cuba untuk jayakan novel ni.” Aku menjawab sambil memasukkan laptop ke dalam beg.

   “Oh ya, encik datang seorang ke?” kini giliranku pula bertanya, latte yang terbiar lama aku hirup sedikit dan pada masa yang sama datang seorang pelayan lelaki sambil mendulang secawan mocha panas. Tahulah sudah aku bahawa dia hanya bersendirian.

    “It looks like you’ve found the answer.” Sahutnya. Aku hanya mampu tersenyum.   

    Ya, seperti biasa. Lelaki ni akan ada di cafe ni selepas pulang dari tempat kerja. Almaklumlah,nikan cafe dia. Untunglah jadi orang yang mampu merancang kehidupannya tanpa perlu sering mengeluh dengan beban yang dihadapi.

    Berbeza dengan aku, aku hanya mampu jadi sempurna didalam hasil tulisan aku. Di alam realiti, aku hanya seorang manusia yang sering mengeluh dengan hari-hari yang ku tempuhi. Yalah, aku hanya manusia biasa yang cuba untuk jadi luar biasa.

    Bunyi deringan telefon bimbitku membuatkan suasana sepi yang baru terbina segera bubar. Telefon yang merengek minta dijawab itu aku capai dengan seribu tanda tanya.

   “Unknown number?” detik hatiku. Ini mesti kes nak jual insuran. Tak pun nak promote produk. Telefon aku letak kembali di atas meja. Ini bukan masanya aku nak dengar orang membebel menerangkan produk yang dijualnya. 

   “Kenapa tak angkat?” tanya Encik Haqimi. 

    “Unknown number.” Latte ku capai, belum sempat bibirku mengenai bibir cawan, sekali lagi telefon bimbit itu berdering. Berkerut dahiku, gigihnya mereka ni nak menganggu aku! Dengan sekali hembusan nafas, telefon aku raih dan aku tekupkan ke telinga.

   “Assalamualaikum, ni Cik Alana Aqira ke?” terangkat sebelah keningku bila suara itu memberi salam dan menyebut dengan jelas namaku. 

    Macam mana dia kenal aku? Hmm... no wonder, kebelakangan nikan aku agak dikenali sedikit akibat novel aku yang trending dekat Facebook tu. Layankan ajelah, nanti dikata penulis sombong pula.

    “Waalaikumusalam, yes! It’s me, Alana Aqira. What can I help you?” soalku.

    “Alhamdulillah, dapat pun contact Cik Alana. Dah hampir berhari-hari saya cuba hendak menghubungi cik melalui email dan pesanan ringkas namun tidak sesekalipun cik hendak membalas ke semua email dan SMS yang saya hantarkan.” Nadanya kedengaran agak lega dari yang tadi. 

   “Maaf, kebelakangan ni saya agak sibuk. Tak ada masa nak jengguk email mahupun SMS.” Jawabku bersahaja. Walhal, aku memang jenis yang tak tengok email dan tak baca SMS. Nak balas Whatsapp pun aku malas. Itulah juga salah satu puncak syarikat penerbitan menyampah dengan aku. Ha ha ha...

   “Tak apa, saya tahu. Nasib saya dapat number cik dari syarikat penerbitan novel cik, dengan itu saya setuju untuk menghidupkan novel cik ke drama televisyen...”

   “What!” terjerit aku bila mendengar kata-kata lelaki itu. Tiba-tiba aku jadi gagap dan tidak menentu. Rasa gembira atau marah? Aku tak tahu, ya aku memang ada bercita-cita untuk menjadikan novel aku dihidupkan oleh pelakon yang berbakat dan ditayangkan di kaca TV, tapi tidak dalam masa singkat ini.

   “Kenapa?” soal Encik Haqimi. Mungkin dia terperanjat dengan jeritanku. Aku hanya mampu menganugerahkan senyuman serba salah kepadanya setelah itu melilau melihat sekeliling sambil mengangguk minta maaf kepada para pengunjung yang datang ke cafe itu.

   “Siapa yang beri kebenaran pada pihak awak?” Aku kawal suara yang kedengaran gugup. Serius, aku tak tahu apa perasaan aku saat ini. Rasa panas sejuk saja. Nak marah, tapi kenapa? Nak gembira, tapi harus ke?

   “Syarikat penerbitan novel cik ada mencadangkan novel cik untuk diterbitkan ke drama. Minggu lepas kami dan pihak penerbitan novel telah pun bersetuju dan proposal pun kami dah terima. Saya hubungi cik untuk meminta kerjasama cik agar dapat datang ke sesi meeting petang esok, boleh?” beritahu si jejaka misteri yang menghubungiku.

    Aku mengetap bibir, patutlah Editor Sahat bergegas nak aku siapkan proposal, tapi tak ada pula dia mention nak cadangan novel aku pada syarikat penerbitan.

   “Macam nilah, beri saya masa untuk berbincang dengan pihak penerbit novel saya,setelah itu saya akan berikan kata putus kepada anda.” Beritahuku. 

    Bila mendapat keizinan darinya, baru talian aku tamatkan. Aku ketap bibir. Nafas aku hembus bagi menenangkan perasaan yang hampir kucar-kacir sebentar tadi.

   “Kusut je muka?” Aku segera membuka tekupan di wajah. Aku lupa dengan kehadiran Encik Haqimi beberapa minit lepas. 

   “Novel THE CHERRY BLOSSOM nak ditayangkan sebagai drama.” Jawabku. Cukup ringkas untuk dia fahami.

   “Wow! Biar betul?” Dia juga turut kaget sama. Aku hanya mengangguk membenarkan pertanyaannya. Wajah aku raup dengan perasaan bengang. Tak tahulah nak marah atau nak gembira, tapi aku rasa seperti hendak meluahkan kedua-dua perasaan itu, tapi aku tak tahu bagaimana. Argh!

   “Tapi kenapa awak tak gembira?” 

   “Gembira yang sukar dieksperasikan.” Terangkat keningnya melihat aku. Mungkin cuba menangkap kiasan kata-kataku.

   “It’s okay, go home and take some rest. Your drink, I'll pay for it”. Pintanya. Aku menggeleng. 

   “Better to be here than going home.” Laptop aku keluarkan semula. Masa untuk mencipta. Jalan kehidupan sebuah watak dalam fantasi. Sesungguhnya, aku perlu menenangkan jiwa, dengan menulis sedikit sebanyak perasaan bengang ini mampu dilenyapkan.

  “Okay, take your time. Call me if your need a friend to expressing your feeling.” Beritahunya, cawan mocha diangkat dan seraya itu berdiri untuk melangkah pergi. Aku hanya mengangguk mendengar kata-katanya.

   Sejak aku kenal dia, dia menjadi tempat aku meluah segalanya. Bahkan, Dia boleh mengetahui keadaanku hanya dengan membaca reaksi wajahku.                 

   Perhatiaannya lebih dari ahli keluargaku sendiri, dia ada bila aku perlukan,sentiasa ada walaupun dia agak sibuk untuk menguruskan hal remeh yang tidak boleh aku selesaikan. Sehingga aku merasakan adakah dia menganggap aku sebagai seorang adik angkat ataupun hanya sekadar teman baik sahaja.

   “Encik Haqimi...” Panggilku. Dia paku langkah lalu menoleh memandangku.

   “Yup?”  

   “No need to worry about me, I'm old enough to manage my own problems.” Beritahuku. Mungkin sudah masanya aku berhenti dari mengusutkan mindanya dengan masalahku. 

    Dia melangkah setapak mendekatiku semula. Wajahnya dirapatkan ke arahku, lalu bibir berwarna merah pudar itu tersenyum manis. 

   “Every beautiful princess needs a knight to be on her side, to help and protect her. The same goes with you, Alana Aqira.” Bisiknya. Aku terkesima sebentar mendengar kata-katanya. Mati kata. 

    Dia perlahan-lahan menjauhkan jarak wajahnya. Setelah itu, dahiku ditolak lembut. 

    “Call me if you need a knight. I will always be there to protect you, my princess.” Ucapnya. Aku hanya kaku saja tanpa sebarang kata. Cuba untuk memahami butir bicaranya sebentar tadi. 

     Apa maksud dari kata-katanya? Adakah selama ini dia cuba untuk memikat aku dengan kiasan, agar aku mampu menangkap semua klu yang cuba dia sampaikan dari cara percakapan dan layanannya? Ah! Aku menepuk kedua belah pipiku. Terasa seperti darah menyerbu naik ke pipiku. Serius aku malu!

****

   “Akak, handsome kan Hadiyat Aqasha ni. Dia sangat berbakat!” Aku buat muka menyampah bila mendengar Aliya bersuara memuji pelakon pujaan hatinya. 

    Sumpah aku menyampah dengan mamat yang sekarang mulai tular di media sosial. Bakat apanya! Dia cuba terkena tuah ayam! Padahal lakonan semuanya kayu nak mampus!

    Stocking aku buka lalu aku balingkan ke arah laptop, menyampah yang amat sangat bila melihat lelaki itu menangis di kaca komputer riba itu. Serius, nampak sangat dia munafik dalam drama tu!

   “Akak! Janganlah macam tu. Kasihan bakal laki Liya.” Rajuk Aliya, aku jungkitkan bibir. Rasa nak muntah hijau saja mendengar Aliya menyebutkan ‘BAKAL LAKI’. Hilang akal ke apa budak ni!

   “Sampai bila-bila pun akak takkan setuju dia jadi adik ipar akak! Kalau pun sampai mamat tu jadi adik ipar akak, akak dera dia macam anak tiri!” bebelku. 

   Tuala aku capai. Masa untuk membersihkan diri. Tak kuasa aku nak ikut Aliya melepak memerhatikan lakonan super munafik dari HADIYAT AQASHA! Mohon ampun!


Nota kaki: Terima kasih sudi membaca karya tak seberapa saya ni. Sebarang komen amat saya hargai. Follow Facebook ( syaza arisha )saya untuk sebarang update atau pertanyaan... With love ~ syaza arisha

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh