Rakan serumah mentertawakan hasrat murninya untuk menamatkan zaman bujang. Mereka tidak faham hasrat Jibam. Hasrat yang telah lama dipendam.
"Hang kalau nak bernikah tak salah. Bagus ..".Lotpi memberi nasihat.
"Tapi jangan main hentam saja ... pilih-pilihlah sama," tambah Lotpi.
"Awat dah tak ada anak dara lain ka"?. Jaki menambah.
"Aku
rasa dengan kulit hang ni sesuai hang cari minah Bangla," Kodi
menggamatkan suasana dalam rumah bujang yang dihuni oleh enam orang itu.
Suasana jadi riuh hingga menggamatkan. Turut merasa adalah tiga orang anak dara di rumah sebelah iaitu Leha, Madu dan Kino.
Besoknya, Leha bertanyakan Jiebam.
"Awat hampa dok riuh semalam?".
"Tak dak apa ... depa dok tengok TV cerita lawak tu," balas Jibam.
"Tak kan sampai gamat banyak tu," balas Leha.
Leha
berasal dari Tanjung Tokong, tanah ibu-bapanya dah lama diambil oleh
tauke Cina untuk buat kondo mencakar langit. Keluarganya berpindah ke
Kampung Benggali, Bagan Ajam.
"Ini kawan kita sesuai dengan minah Bangla," balas Lotpi yang tiba-tiba muncul.
"Ha ha ha," Leha gelak tiga kali
"La ... awat nak pi cari minah Bangla? cek kan ada. Cek dah lama tunggu,"
spontan mengerekot Leha menjawab, sambil tangannya berpintal-pintal.
Jibam meninggalkan Lotpi dan Leha.
***
Jiebam balik ke rumah seperti
biasa apabila habis bekerja. Sampai di rumah dia berehat seketika sambil
menonton TV. Rakan-rakannya tiada di rumah ketika itu. Rumah kelihatan sunyi
sepi, tanpa suara rakan-rakan.
Setelah hampir dua jam menonton
TV, jiebam terlelap di atas sofa. Dia akhirnya masuk ke dalam sebuah taman yang
indah. Jiebam berlari-lari riang sambil menikmati udara yang segar di atas
lereng sebuah bukit yang menghijau. Burung-burung beterbangan di ruang langit
yang luas. Cahaya matahari bersinar lembut diliputi oleh segumpal awan yang
nipis. Sungguh nyaman.
Bunyi suara perempuan mengejutkan
Jiebam. Dia kenal benar dengan suara itu. Baru sahaja dia bertemu dengan
pemilik suara itu, namun wajah itu kekal diingatannya. Dia berhenti dari
berlari dan cuba mencari di mana arah suara itu.
“Mas Jibam,” secara tiba-tiba
wajah Sutinah muncul di sebalik pokok.
“Mas Jibam,” suara itu memanggil.
“Sutinah, apa yang kau buat di
sini?” Jibam bertanya.
“Enggak apa-apa Mas, aku cumanya
berjalan-jalan saja. Langsung terus ketemu Mas,” balas Sutinah.
“Sutinah, kemari kamu!” panggil
Jibam.
“Kemana Mas?” Sutinah menjawab
ringkas.
“Kau umpama bunga yang mekar di
hatiku,” Jibam secara spontan berkata.
“datanglah padaku Mas!” balas
Sutinah.
Jibam kemudian cepat-cepat
bergerak mendekati Sutinah. Seketul batu yang terpacak di hadapannya di
langgarnya. Dia jatuh tersembam. Kakinya amat sakit. Dia mengaduh kesakitan.
Sakit kerana benda yang dilanggarnya cukup keras.
“Aduh … aduh … aduh,” Jibam
mengaduh kesakitan.
“Aduh,” sakitnya masih terasa.
Wajah Sutinah hilang dari pandangan
matanya. Dia melihat seekor helang yang besar datang melayang dan menyambar
Sutinah. Helang itu dengan pantas membawa Sutinah pergi jauh.
“Mas Jibam!” pekik Sutinah ketika
dibawa terbang oleh helang yang ganas itu.
“Sutinah! Sutinah! Sutinah!”
Jibam memekik memanggil nama itu.
Kaki Jibam masih sakit. Dia tidak
dapat membantu Sutinah yang dibawa pergi oleh seekor helang yang ganas itu.
Suasana menjadi gelap dan
kemudian cahaya terang menusuk matanya. Dia mendengar satu suara.
“Jibam oii Jibam, dah Maghrib ni.
Bangun cepat!” dia mendengar suara rakan serumahnya, Lotpi.
“Aku dengar hang menjerit tadi
hang panggil sapa?” Tanya Lotpi sambil ketawa kecil.
“Hang panggil sapa?” ulang Lotpi
setelah melihat Jibam terpinga-pinga.
“Dimana aku? Dimana?” satu
pertanyaan pula yang diterima oleh Lotpi.
“Dimanakah aku?” Jibam masih terpinga-pinga.
“Oii … oii! Disinilah … di rumah kita,” jawab Lotpi.
“Hang tu mengigau, teruklah,” Lotpi menambah sambil mencebik
mukanya melihat telatah Jibam.
Lotpi menambah “Tu lah tidur lagi waktu petang.”
“Sudahlah, dah nak masuk Maghrib ni, elok hang pi mandi. Malam
ni kan ada ceramah Maulud di surau? Cepatlah kita pi sama-sama,” Lotpi memberi
peringatan kepada Jibam tentang majlis pada malam itu di surau, berdekatan
dengan rumah sewa mereka.
“OK … ok,” jawab Jibam ringkas.
“Ni sapa pula yang sepuk kain atas lantai ni?” Lotpi kurang
berpuashati dengan segumpal kain pelikat warna biru yang berlingkar seperti
ular tidur di atas lantai di ruang tamu.
“Oh!, aku punya tu … lupa,” balas Jibam.
“Kita berkumpul padam ini bagi mengingati junjungan besar,
Rasulullah SAW sempena sambutan Maulid Rasul,” Ustaz Salhi meneruskan
ceramahnya.
Seterusnya, Ustaz Salhi mengisahkan tentang ‘ibrah’ ataupun
pengajaran-pengajaran yang dapat dikutip dari sejarah kelahiran Rasulullah. Dan
akhirnya setelah hampir satu jam ceramah ditamatkan.
Mereka kemudiannya menunaikan solat Isya’ secara berjemaah,
Ustaz Salhi menjadi Imam. Selesai solat, jamuan dihidangkan untuk para Jemaah.
“Orang bujang, kalau majlis macam ni beruntung,” Pak Nuji
menyapa Jibam dari belakang. Lotpi yang baru hendak menyenduk kari ayam ke
dalam pinggannya tersengih dengan teguran Pak Nuji.
“Ya Pak Cik. Kalau macam ni hari-hari lagi OK,” tambah Lotpi.
“Awat hang senyap saja? Ada yang tak kena ka?” Pak Nuji
bertanya setelah melihat Lotpi tidak membalas usikannya.
“Dia mengigau tu … tak habis-habis,” jawab Lotpi dengan
ketawa kecil.
“mengigau apa?” Pak Nuji inginkan penjelasan.
‘Shhhy,” Jibam memberi isyarat supaya halnya tidak
menceritakan halnya kepada Pak Nuji.
“Oh! Tak dak apa. Dia bila tidur suka mengigau,” balas Lotpi
setelah melihat isyarat Jibam. Dia perlu menyimpan hal kawan serumahnya.
“Baca ayat Al-Quran banyak-banyak, sebelum tidur! Insya-Allah
taka pa,” Pak Nuji berpesan.
“Tak dak apa Pak Nuji, mengigau milo saja,” balas Jibam
sambil menyenduk nasi, kari ayam dan sedikit acar timun ke dalam pinggannya.
Jibam duduk semeja dengan Pak Nuji
dan Lotpi berserta lain-lain Jemaah yang ada. Beberapa kelompok Jemaah yang
lain duduk menikmati hidangan jamuan itu sambil berbual. Habis jamuan, Jibam
dan Lotpi pulang ke rumah mereka.