Home Novel Komedi/Romantik Komedi Mrs.maidku
Mrs.maidku
Syaza Arisha
31/3/2014 10:14:19
809,196
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
(Edisi raya)


~pertama kali, maaf jika ada kekeliruan watak dalam citer ni. watak2 dalam teaser ni adalah watak2 dalam bab2 seterusnya. walaupun saya baru post bab 33 kat dalam ni, namun tangan rasa gatal nk wat edisi raya. ni hanya teaser sempena raya, takda kena mengena dalm novel. terima kasih sudi baca..~


                                                      *****


“Saya tak kira! Tahun ni pertama kali saya beraya dengan abang! Tahun ni juga firstime saya beraya dengan family saya! Jadi kita beraya rumah mama dan uncle Halim!” Syaz menegaskan kemahuannya. Hairul mendengus. Si Aakif yang lena dalam gendongannya diletakkan di atas katil lalu mendekati si isteri yang tengah berapi.

“Alaa.. Beralahlah sikit,mak abang pun nak juga beraya dengan menantu dia. Meriah sikit kalau ramai-ramai rumah mama dan papa. Bolehlah sayang..” Rayu Hairul bahu isterinya disentuh lembut.

"Tidak! No! Kalau abang berdegil juga, abang beraya seorang diri. Saya dan Aakif beraya kat rumah mama dan uncle Halim!” Syaz masih berdegil. Mana mungkin dia kalah. Queen kena bertindak, sebab tanpa queen king takkan ke mana!

“Macam ni, apa kata pagi raya kita pergi rumah mama dan papa abang. Petang tu pula kita pergi rumah mama dan uncle Halim. Macam mana?” Bahu isterinya dipusing menghadap wajahnya.

“No! Apa kata kita tukar, pagi kita pergi rumah saya, petang kita pergi rumah mama dan papa abang, macam mana ada setuju?” Arah Syaz. Hairul mengeluh. Isterinya sudah pandai bertindak nekad sekarang. Dan seringkali dia jugalah yang kena mengalah. Apa boleh buat sayang bini. Takut isterinya lari lagi. Aakif yang lena kembali terjaga kerana suara Syaz yang meninggi kerana hilang sabar.

Mana tak hilang sabar bila suaminya asyik berdegil saja. Dari kelmarin lagi mereka bincangkan hal yang sama namun jawapannya tetap tidak tentu arah. Adakalanya mahu saja dia mogok seperti selalu. Namun bila Hairul buat dia marah lagi pasti ada saja akalan lelaki itu memujuknya.

“Tengok, suara awak dah bangunkan Aakif!” Hairul mendekati Aakif yang merenggek minta didodoikan. Punggung bayi comel itu dipupuk perlahan, namun si Aakif seolah protes. Hairul mengeluh, jaga budak tak sama macam jaga ibunya. Tapi si Aakif ini lagi senang hendak dipujuk berbanding si queen seorang.

“Sayang, Aakif tak nak diamlah. Dia nak susu kot ni.” Hairul membuang pandangan rimas ke arah Syaz. Syaz tarik muka.

“Kalau abang tak nak mengalah, saya pun nak merajuk! Abang susukan lah Aakif dengan susu abang!” rajuk Syaz, lalu angkat kaki. Terlopong sikit Hairul. Gila agaknya bini dia ni.

“Tengok tu Aakif, mama kau kalau tak merajuk tak sah! Adakah patut dia suruh papa susukan Aakif guna susu papa! Ni kalau hisap pun takkan keluar susu tau!” bebel Hairul. Bayi yang masih meraung itu digendongnya.

“Aakif sayang, diamlah sayang. Kalau tak diam nanti papa kalah. Kasihanlah kat papa sayang.” Rayu Hairul. Pipi tembam Aakif diciumnya. Makin kuat Aakif meraung, seolah anak kecil itu mahu ibunya menang. Berketup gigi Hairul, nampak gayanya dia juga yang kalah.

“Sayang.. Kalau tak kasihan kat abang pun kasihanlah kat Aakif ni.” Hairul mendekati si isteri yang sedang monyok menonton Tv. Syaz buat tak endah saja.

“Sayang..” Panggil Hairul, makin rimas dia dengan raungan Aakif yang semakin menjadi-jadi itu.

“Ah! Tahu gegar. Bagi sini.” Mahu tak mahu Syaz mengalah juga. Tapi itu semua berkat Aakif buat hal. Kalau tidak sorry to say dia pandang rayuan si suami.

“Sayang, please.. Sayang boleh minta apa je. Asalkan raya ni turn abang, raya tahun depan baru turn sayang. Boleh ya.” Bila suasana mula redah. Hairul kembali membangkitkan situasi tadi. Syaz mendengus. Nak kena lakinya ni!

“Okey, Syaz nak rumah banglo sebiji, ferari 2 buah, ladang anggur 2 ekar! Gaji abang 2 bulan Syaz yang pegang! Macam mana, setuju?” Syaz sengaja menguji. Nak buat apa dia rumah banglo kalau rumah Hairul lebih mewah dan besar, buat apa dia ferari kalau lesen kereta dia tak ada. Nakkan ladang anggur 2 ekar, sedangkan buah itu bukanlah buah kesukaannya. Gaji Hairul? Hmm.. Itu boleh dipertimbangkan.

“Amboi.. Permintaan sayang macam abang nak berbini buat kali kedua.” Mendengar kata-kata Hairul laju kepala Syaz berpaling. Tajam tenungannya.

“Bini dua! Nampak ni? Kalau berani cubalah!” ugut Syaz. Penumbuk comel ditayangan ke arah Hairul. Tersengih saja suaminya itu.

“Tak sayang, tak berani. Sayang je yang ada kat hati abang. Kan Aakif.” Pipi Aakif dicuitnya.

“Tahu takut!” Kilas Syaz.

“Yalah, kita beraya rumah mama sayang.”

“Ah! Betul ke abang?” Syaz terus teruja.

“Hmm..” Itu saja Hairul jawap. Mana dia nak jawap panjang-panjang. Dahlah kalah.

“Wahh.. Ni yang sayang kat awak lebih ni.” Syaz peluk lengan sado Hairul. Aakif yang sudah lena diletakkan disofa sebelahnya.

“Jadi selama ni awak sayang abang sikit jelah?”

“Ish.. Tak baik kata macam tu, siapa tak sayang encik bos yang poyo ni.” Lengan Hairul digosoknya. Hairul tarik muka. Malas melayan. Kalau menang saja mulalah isterinya nak sayang menyayang cinta dikenang. Tapi kalau dia yang menang, muka handsome pun isterinya kata macam babun.


*****


“Assalamualaikum..” Pekik Syaz. Wajahnya girang saja. Cuma Hairul yang memasam kalah asam jawa.

“Waalaikumsalam..” Jawap satu suara. Pintu dibuka. Membulat girang mata Syaz.

“Ira!”

“Syaz!” Pekik kedua-dua teman sejati itu.

Rindu kau lah senget. Shayira yang merangkap kak iparnya itu dipeluk erat.

“Aku lagi rindukan kau..” Pelukan Syaz dibalas erat.

“Mama mana?” Tanya Syaz bila pelukan sudah dileraikan.

“Ada kat dalam, sibuk atur lemang dan ketupat. Jomlah teman aku tolong mama.” Pinta Shayira. Syaz hanya mengangguk lalu mereka beriringan pergi meninggalkan Hairul yang terkulat-kulat ditinggalkan dimuka pintu. Kurang asam betullah isteri aku ni, boleh pula dia tinggalkana aku depan pintu ni. Takpa Aakif, lepas ni kita mogok dengan mama! Hairul bermonolog sendiri. Sambil menapak masuk.

“Eh.. Irul..” Sapa Riz.

“Ha’ah, apa hal.” Suara Hairul jelas sekali fed up. Bukan sebab Riz, tapi sebab isterinya.

“Apa sal muka monyok je pagi raya ni. Senyumlah.” Tegur Riz lagi. Aakif yang tiba-tiba mengekek ketawa diraihnya.

“Adik kau lah punya pasal!” Hairul masih tak puas hati.

“Apasal pula dengan Syaz?”

“Ah! Malas nak bahas. Dahlia mana?”

“Ada, dia ada dengan uncle Halim. Eh kejap, bukan kau kata kelmarin raya pertama kau nak stay rumah orang tua kau ke? Ni kenapa kau leading kat sini pula?” Hairul mengeluh. Dia baru je nak lupakan hal tu, tapi si Riz ni saja je nak buat dia geram kembali.

“Habis ni bukan rumah orang tua aku ke?”

“Aik? Pembetulan okey. Ni rumah mak mentua engkau. Hahah.. Kalah dengan queen ke..” Sengaja lagi Riz mencucuk-cucuk bara api dengan kayu berminyak. Hairul menjeling.

“Kalau tak nak mata kau berkaler, baik kau diam. Uncle Halim mana? Aku teringin nak jumpa anak kau.” Sekali lagi Hairul mengubah topik.

“Marilah pergi taman, uncle ada kat sana dengan kawan-kawan dia.” Ajak Riz.

Sementara itu ditempat Syaz dan Ira.

“Wah.. Banyaknya mama masak.”

“Eh.. Syaz.” Laju tubuh molek Syaz dipeluk puan Hamidah.

“Mama sihat.” Pipi orang tua itu dikucupnya.

“Sihat Alhamdullilah, Aakif dengan Hairul mana?” Tanya puan Hamidah.

“Ada tu kat luar.” Jawap Syaz. Lemang yang sudah dipotong disusunnya di dalam piring kaca.

“Baguslah, ada juga kawan Riz dengan uncle Halim borak dengan tetamu.” Riang Puan Hamidah.

“Oh ya, Dahlia mana Ira?” Kini soalan dialihkan pula pada Shayira.

“Dengan uncle Halim tadi, sekarang ni mungkin dengan Riz dah kot.” Jawap Shayira.

“Mama pergi depan dulu ya.” Pinta puan Hamidah lalu menapak pergi.

“Kau tak beraya tempat tan sri ke Syaz?” Cepat Syaz berpaling melihat Shayira. Diam dia mendengar soalan yang menjadi punca perdebatan dia dengan suaminya. Air liur diteguk.

“Malas nak bincang. Lagipun kalau kau nak tahu pasal ni lah aku dengan Hairul hampir nak lancar perang.” Acuh tak acuh Syaz menjawap.

“Alahai, kalau kalau aku dah aku pergi beraya rumah ibu mertua terlebih dahulu. Sebab apa-apa pun keputusan suami adalah nombor satu. Memanglah kita rasa tak puas hati. Tapi sebagai isteri apa saja kata suami adalah penting untuk kita turuti sebab syurga tu ditapak kaki suami. Dosa ingkar cakap suami.” Nasihat Ira. Syaz garu tengkuk.

“Tapi Ira, aku baru firstime beraya dengan keluarga aku. Dia dah berkali-kali beraya dengan ibu bapa dia. Aku nak juga merasa beraya dengan family..”

“Hahah.. Memanglah, tapi rayakan panjang. Beralahlah sedikit, esok pun kau boleh beraya lagi kat sini. Utamakan suami, kedua baru diri kita. Pasal apa Hairul tegaskan beraya kat rumah ibu dia sebab dalam islam juga, lelaki kena utamakan ibu baru isterinya. Faham..” Syaz muncungkan bibir. Sentap pula hatinya bila Shayira dah mula buka kaunter ceramah free. Hmm..

“Habis aku nak buat apa?”

“Kau panggil laki kau, buat suprise kat dia. Lagi pun aku tengok muka Hairul macam tak sudi je tadi datang sini. Kasihan.. Hahaha.” Cadang Shayira. Syaz memanyunkan bibirnya. Tak salah kot mengalah untuk kali ni. Lagipun betul kata Ira, bagi lelaki ibu adalah orang pertama sebelum sesiapa. Namun bagi seorang isteri, ibu adalah nombor dua sebelum suami.

“Yalah, aku pergi panggil dia dulu, tapi nanti kalau mama tanya apa-apa pandailah kau cover.” Akur Syaz.

“Hmm.. Yalah.” Jawap Ira, syaz pun cepat menapak pergi. Dia berjalan ke arah taman, lalu memanggil Hairul.

“Abang.. Abang.” Panggil Syaz.

“Ha’ah..” Sahut Hairul. Sate diletakkan kembali.

“Bawa Aakif datang sini kejap.” Pinta Syaz. Beberapa saat begitu Hairul merapatinya sambil mengendong Aakif yang tersenyum girang.

“ Kenapa sayang?” Tanya Hairul.

“Hmm.. Jom pergi rumah mama dengan papa abang.” Yakin saja Syaz meminta. Berkerut kening Hairul.

“Tapi kita tak makan lagi pun..”

“Takpa lah, kita pergi sana dulu. Nanti petang kita datang sini balik ya.”

“Kenapa tiba-tiba tukar fikiran ni?” Hairul menjadi pelik.

“Pelik ke? Takda lah. Saya cuma sayangkan awak. Tak naklah tengok awak muram je. Jom.” Lengan suaminya dipaut. Hairul tersenyum melebar.

“Terima kasih sayang.” Pipi isterinya dikucup pantas sebelum ada yang melihat.

“Ish! Apa abang ni! Malu lah!” Marah manja Syaz. Pipinya dilap. Laju pinggang Hairul dicubitnya.

“Aduhh.. Sakitlah sayang. Cari pasal lagi dengan abang, tadi beria-ria sakan nangis-nangis minta maaf dengan abang. Sekarang ni cari pasal pula.” Bebel Hairul. Pinggang yang pedih diurut-urutnya. Syaz monyokkan muka.

“Abang perli kita ya! Tarik balik nanti baru tahu!” ugut Syaz.

“Yalah.. Tengok sayang papa, mama kalau nak mengugut kalah tukang peras ugut tau. Mama Aakif ni dah boleh jadi ketua peras ugut.” Selar Hairul. Laju Syaz mengerling Hairul. Kemudian Aakif dirampasnya.

“Jom Aakif kita sambung merajuk dalam kereta.” Lalu menonong saja Syaz pergi meninggalkan Hairul. Hairul hanya tergeleng saja. Kemudian dia juga mengikut langkah isterinya.


~Tamat~


#selamat hari raya.. so raya kat mana? hahaha..

Previous: Bab 33

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Syaza Arisha