8,807
Kategori:
Genre:
Bab 6

SEBULAN dah aku tak kerja. Kaiser langsung tak tahu atau lebih tepat, tak ambil tahu pasal aku. Apa taknya, setiap kali dia bercakap, aku naik hantu. Nak bercakap dengan dia pun aku benci. Nak buat macam mana, siapa suruh dia buat masalah.

Puas aku hantar resume dekat beberapa buah syarikat. Tapi, sampai sekarang takda lagi panggilan. Baru aku sedar, susah juga nak cari kerja.

Sekarang aku cuma bergantung hidup pada Kaiser. Maksud aku, dari segi kewangan. Aku tak suka, tapi aku terpaksa. Lagipun memang wajib dia bagi aku nafkah. Cuma, aku tak boleh nak minta lebih sebab dia dah  ada tanggungan lain. Siapa lagi kalau bukan si penyondol tu.

Sakit sangat hati aku setiap kali cakap pasal si penyondol tu!

Mata aku meliar cari sosok tubuh si Haida. Dah setengah jam aku tunggu dia dekat sini. Batang hidung dia masih tak nampak lagi.

"Ammara!" Tiba-tiba satu suara menyapa aku. Aku dongak sedikit melihat pada lelaki yang menegur aku tu.

Oh, si Luqman. Kawan baik Kaiser. Aku merengus sambil buat muka. Malas aku nak layan. Dia agaknya tukang bagi semangat pada Kaiser untuk kahwin lain tanpa pengetahuan aku.

Tanpa aku pelawa, Luqman dah pun duduk di kerusi bertentangan dengan aku. Aku renung tajam muka dia. Tapi, dia buat muka selamba.

"Sorang?" Luqman menyoal.

"Taklah. Ramai ni. I bawa saka-saka I makan sekali. Tak nampak?" Balas aku loyar buruk. Luqman ketawa besar lepas dengar jawapan aku. "Kelakar macam ni pun Kaiser kahwin lain?" Sindir Luqman.

Terus panas telinga aku dibuatnya. Berani-beraninya dia sindir aku macam ni. Tak guna betul!

"You blah sekarang sebelum ai terbalikkan meja ni!" Gertak aku. Sakit hati sangat dibuatnya dengan kawan baik Kaiser ni.

Luqman gelak lagi. "I minta maaf. I bergurau je," katanya.

"Bergurau? You ingat benda sensitif macam tu, boleh bawa bergurau? You kan yang jadi pom pom boy Kaiser supaya dia kahwin lain?" Aku mula tuduh Luqman. Walaupun aku takda bukti. Tapi, peduli apa aku!

"Eh, mana ada lah you ni. I pun baru tahu Kaiser kahwin lain lepas dia dah kahwin. Sepanjang I kawan dengan dia, tak pernah pula dia cakap pasal benda ni dengan I." Dalih Luqman. Bersungguh dia cuba jelaskan pada aku. Tapi, sikit pun aku tak percaya.

"Tak payah nak cakap you tak tahu. You kawan baik dia, mustahil tak tahu!" Selar aku dengan nada yang agak keras. Geram punya pasal.

Luqman menggeleng sambil merengus. Riak mukanya terlihat kesal dengan tuduhan yang aku lemparkan padanya. "Sumpah Ammara, I tak tahu." Dia angkat tangan kanan dengan gaya angkat sumpah. Nak aku percaya kata-kata dia.

Sorry, sikit pun aku tak percaya! Bola mata aku bergolek 360 darjah pada Luqman sambil aku lemparkan pandangan ke arah lain. Malas nak tengok muka spesis Kaiser ni.

"I tahu you tak percaya apa yang I cakap. Tapi, sumpah sepanjang I kawan dengan Kaiser, sikit pun dia tak pernah bercakap dengan I pasal perempuan lain. Dia cuma bercakap pasal you je. Tu pun dia merungut sebab you asyik sibuk dengan social life you. Dia rasa terabai. Tu je," Luqman mula buka cerita.

Aku terpempan saat mendengar kata-kata Luqman. Kaiser rasa terabai? Persoalan itu seakan menghempuk-hempuk otak aku yang terhenti berfungsi seketika ini.

Terkedip-kedip mata aku cuba menghadam tuduhan itu. Dan Kaiser tak pernah luahkan hal tu pada aku. Tak pernah ya, tak pernah.

"Terabai?" Aku ulang perkataan tu. Sungguh, hati aku jadi lebih panas. Berombak dada aku cuba tahan marah. Kang Kaiser aku tak dapat hempuk, si Luqman ni pula aku hempuk kang!

"Ya. Dia rasa terabai. Dan ayat tu dia selalu ulang dan sebut pada I. I dah banyak kali suruh dia slow talk dengan you. Tapi, dia asyik cakap you susah nak dibawa berbincang," sambung Luqman lagi.

Makin aku sakit hati bila dengar semua tu. Tak tahu nak rasa apa sekarang. Kaiser ni buka je penunggang agama. Tapi, dia aibkan aku pada kawan baik dia!

"Better you pergi dari sini sebelum I hamuk you," aku bagi amaran pada Luqman sebab aku dah tak nak dengar apa-apa pun yang Kaiser pernah cakap pada dia. Hati aku terlalu sakit sampai aku rasa nak cekik si Luqman ni sampai meninggal!

"Laa... Apa yang I bagi tahu ni, bukannya I yang cakap. Kaiser, suami you yang cakap. Tapi, bila I tengok respon you, I terus percaya apa yang Kaiser cakap tu, betul. You memang susah nak bawa berbincang," kata-kata Luqman memang buat aku hilang sabar.

PAP!!! Aku tepuk kedua-dua telapak tangan aku atas meja. Berombak dada aku menahan marah.

"Ya. Aku memang susah nak di bawa berbincang. Tapi, perangai aku takda kena mengena dengan kau! Aku doakan kau dapat isteri lagi degil dari aku,"  terus aku capai beg tangan aku dengan kasar.

"Patut tak laku. Mulut puaka!" Sempat aku bagi sedas dekat Luqman. Kemudian, aku berlalu pergi dari situ.

Aku dengar Luqman gelak besar lepas aku tinggalkan dia. Tak guna betul!


AKU berdiri depan masjid KLCC. Entah kenapa aku memandu ke sini. Beberapa detik aku tengok halaman masuk ke masjid itu. Ada beberapa wanita berniqab sedang duduk dalam satu kumpulan.

Aku melirik pada jam di tangan. Hampir pukul tujuh malam. Waktu asar dah nak habis. Aku masih belum menunaikan solat. Ya, aku bukan hamba yang taat pada perintah Allah. Aku akui perkara tu.

Salah siapa aku tak buat semua tu? Salah Kaiser? Salah papa? Salah abang-abang aku? Tak. Bukan salah diorang. Salah aku sendiri. Sepatutnya aku tahu apa tanggungjawab aku pada agama. Tapi, aku memilih untuk ambil ringan semua benda. Sebab aku rasa, hidup ni enjoy selagi muda. Padahal, mati tu bila-bila masa je.

Entah kenapa hari ni, hati aku rasa lain bila tengok masjid ni. Bukan aku tak biasa lalu situ. Boleh dikatakan hampir setiap hari. Waktu lunch je, aku dan Haida akan melintasi  masjid KLCC tu. Sebab bangunan tempat aku bekerja dekat je dengan kawasan tu.

Pap! Bahu aku disentuh seseorang. Aku tersentak lalu menoleh pada sosok tubuh yang dah berdiri tegak di belakang aku.

Haida.

"Sorry. Aku lambat." Ucapnya sambil tayang sengih macam kerang busuk.

Aku menjeling kecil. "Kau dah solat asar?" Tiba-tiba soalan tu keluar dari mulut aku.

Haida angkat kening. Terkejut sangat nampak gayanya bila dengar soalan aku. Dia ketawa sambil menggeleng. "Tak pernah-pernah kau tanya soalan macam ni. Buang tabiat ke?" Sindir Haida.

Aku menjeling lagi. Geram dengan balasan dia. Tapi, kalau aku pun, aku terkejut juga. Tiba-tiba member kaki clubbing, tanya pasal solat. Tak ke pelik tu.

"Kau ni tersampuk dengan Ustaz Haris tu ke?" Haida sambung lagi. Kali ni dia gelak besar.

"Kau ni kan member tak guna tau. Kalau kawan kau nak berubah jadi baik, sepatutnya kau support. Bukan perli bagai nak rak." Marah aku. Makin sakit hati bila dia kaitkan nama pak ostat tu.

"Okey lah. Okey lah. Kau nak solat ke? Kalau nak aku teman kan." Haida cuba pujuk aku.

"Jangan nak teman je. Jom solat sama. Kita tunggu maghrib sekali," dengar je jawapan Haida, aku terus tarik tangan dia masuk kawasan masjid. Haida terpinga-pinga. Tapi, dia tetap akur je permintaan aku.




LAMA Haida tenung muka aku. Sampai naik rimas dibuatnya. "Kau kenapa tengok aku macam tu?" Soalku.

Haida sengih. Lalu, mee hoon goreng yang dia pesan tadi, dia suakan ke mulut. "Takda lah. Pelik tengok kau hari ni. Insof sangat gayanya," dengan mulut yang penuh dengan makanan, Haida membalas.

Dengar je ayat Haida, aku mengeluh kecil. "Entah. Aku rasa hidup aku kosong." Bergetar suara aku saat membalas kata-kata itu. Mata serta merta berkaca.

"Kenapa? Sebab Kaiser?" Haida kembali tengok muka aku.

"Macam-macam. Salah satunya dia lah. Sekarang ni aku dah tak kerja. Kena bergantung hidup pula dengan Kaiser." Keluhku.

"Masa ni lah kau nak ketuk Kaiser habis-habis. Yelah, dia bertanggungjawab bagi nafkah dekat kau kan," Pintas Haida.

Aku diam. Haida ingat semudah tu aku boleh ketuk si Kaiser? Dia dah ada bini lain. Maksudnya ada tanggungjawab lain.

Aku diam. Malas nak membalas. Sebab apa pun aku cakap, takkan ubah apa-apa pun dalam hidup aku. Kaiser tetap ada bini lain.

"So, apa tindakan kau? Jadi teruskan cerai?" Soal Haida nak tahu.

Aku gelak sinis. Ketawakan diri sendiri. "Nak teruskan macam mana. Aku dah tak kerja. Duit pun takda nak hire peguam sampai selesai kes." Luah aku. Nak minta duit dekat keluarga aku? Memang taklah. Cukup-cukuplah aku susahkan diorang. Masalah sendiri kena hadap sendiri. Itu pendirian aku.

Haida ukir senyum nipis. Aku tahu dia simpati dengan nasib aku. Perlahan tangan aku dia raih. "Aku tetap sokong apa pun keputusan kau. Kalau kau nak pinjam duit seratus dua boleh lah. Kalau ribu-ribu aku takda," katanya.

"Kau tengok muka aku ni, suka berhutang ke? Sepuluh sen pun aku bayar balik tau," balas aku. Ya, aku memang tak suka pinjam duit orang. Duit Kaiser kalau aku guna pun, aku bayar balik cepat-cepat.

Haida gelak dengar jawapan aku. Tangan aku dia lepaskan. Tiba-tiba dia mengeluh. "Aku tengok rumah tangga kau macam ni, buat aku takut nak kahwin," luah Haida.

Terus aku tergelak. "Kau jangan risau. Tak semua lelaki macam Kaiser. Lagi pun kahwin ni seronok. Seronok atas katil," selorohku, melucah dengan member single. Saja nak mengusik si Haida.

Haida ketawa besar. Memang dia tahu aku suka cakap macam tu bila dia sebut pasal kahwin. "Tak habis-habis dengan atas katil kau." Selarnya dengan tawa yang masih bersisa.

Aku tergelak sama. Hubungan atas katil? Semua pasangan berkahwin akan sebut hubungan ni. Ya, siapa yang tak mahu hubungan halal kan? Boleh berpegang, berpeluk tanpa batasan lagi lepas kahwin. Tapi, diorang lupa ada tanggungjawab yang lebih besar lepas kahwin ni.

Ia bukan tentang hubungan badan je. Tapi, tentang banyak perkara yang perlu kita pertanggungjawabkan selepas bergelar suami dan isteri. Dan tanggungjawab tu akan jadi lebih besar bila bergelar ibu bapa.

Mujur aku dengan Kaiser takda anak. Kalau tak, pasti emosi anak aku tercalar sebab perangai kami. Ya, aku dengan Kaiser belum layak bergelar ibu bapa.

Bab agama, dua-dua ke laut. Mungkin sebab tu kami tak dikurniakan zuriat. Dan lepas apa yang berlaku, keinginan aku nak ada anak dengan Kaiser makin pudar.

Aku tak nak anak aku hidup dengan pelbagai pertanyaan bila dia dah besar nanti. Dan aku tak nak besarkan anak aku dalam keadaan emosi yang negatif. Pasti dia akan melihat aku dan Kaiser tidak mesra dan selalu bergaduh. Aku tak nak anak aku lalui semua benda tu.

"Mengelamun je kau ni!" Haida tepuk belakang tangan aku lepas aku tak sahut panggilannya.

"Kau cakap apa?" Cepat aku menyoal. Terkebil-kebil mataku menatap pada wajah Haida.

"Aku tanya, Kaiser tahu ke kau dah berhenti kerja?" Ulang Haida. Dia mencebik geram apabila melihat muka 'blur' aku.

Dengar je soalan dia, aku tarik nafas dalam. Perlahan aku menggeleng sebagai jawapan. Keluhan kecil aku lepaskan.

"Kau kena bagi tahu dia supaya dia boleh tolong kau cari kerja lain."

"No way! Aku takkan minta tolong dia dah. Aku boleh survive sendiri tanpa dia." Tegasku dengan ego yang melangit.

Haida menggeleng perlahan. "Kau kena buat dia sibuk dan risaukan pasal kau. Kalau kau asyik buat tak tahu je, nanti yang sebelah sinun tu yang selalu dapat perhatian Kaiser,"

"Aku tak heranlah. Tak kuasa aku nak tarik perhatian Kaiser tu. Pada aku, once lelaki dah cari perempuan lain, bermakna, hati dia dah takda pada aku. So, aku ni nothing pada Kaiser." Luahku.

"Kau jangan lah fikir macam tu. Kau sendiri cakap yang Kaiser tak nak lepaskan kau sebab dia masih cintakan kau." Balas Haida.

"Mulut lelaki, babe. Dia cakap macam tu sebab dia nak aku layan nafsu dia!" Bentak aku dengan geram. Terus teringat sewaktu Kaiser paksa aku malam beberapa hari yang lepas. Sakit hati betul dibuatnya!

Haida terdiam. Dia pun dah tak tahu nak cakap apa pada aku. Mesti dia rasa kes aku rumit. Dan aku susah nak ditegur macam kawan Kaiser si Luqman tu cakap.

Memang aku akui, aku susah nak ditegur. Ada saja jawapan yang akan aku berikan pada sesiapa yang tegur sikap aku. Pendek kata, aku suka menjawab atau melawan. Dengan Kaiser pun macam tu. Sebab tu lah agaknya dia kahwin lain. Ada perempuan lain yang lebih lembut boleh dengar cakap dia.

Tapi, tu bukan alasan untuk dia kahwin lain. Sebelum kahwin dengan aku, janji nak sehidup semati bagai. Sanggup terima kekurangan aku. Sekali dia kahwin lain. Tak guna betul!

Aku sendiri boleh terima kekurangan dia. Tapi, dia kahwin lain sebab tak dapat terima kekurangan aku. Dah lah tak nak ceraikan aku.

Bila bab kahwin, semua nak ikut sunnah. Tapi, bab didikan agama pada keluarga, punah!

Aargghh.. kepala otak aku ni tak akan habis membebel kalau sebut pasal Kaiser!


Previous: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh