Home Novel Kisah Hidup Sakit!
Sakit!
SueJya
22/5/2020 00:24:55
25,552
Kategori: Novel
Genre: Kisah Hidup
Senarai Bab
Bab 2

Theo Gale memandang langit, hatinya rindu pada seorang manusia di bumi. Tapi siapa? Siapa yang menjentik hati ini tanpa sedar? Di mana kau berada pada saat ini wahai manusia yang dirindui? Lucu, seperti fantasi pada kamu, dia dan mereka mungkin. Tapi tidak saya! Kerana saya pernah merasa itu. Pelik rasanya merindu manusia yang tidak dikenal. Atau, apakah itu? Kau pernah rasa? Maka saya bukan seorang jika begitu.

"Gale! Turun makan! Apalah kau termenung sana? Dari tadi saya panggil kau makan tidak dengar-dengar!" Marah Thea. Hentakan kaki tanda membentak diarah oleh si ibu dihentikan. Pelik melihat si adik seperti itu.

"Okay." Ringkas jawabnya tidak seperti biasa.

"Kau kenapa Gale?"

"Apa yang kenapa?" Soalnya tidak tahu apa maksud si kakak.

"Kenapa termenung jauh? Ada masalah?”

"Ish, mana ada!"

"Habis tu?"

"Tiada apalah! Merepek saja kau ni. Suka buat spekulasi sendiri."

Lantas Theo Gale menapak keluar dari bilik. Terus melangkah ke ruang makan. Oh, lupa Gell bukan ga leh bukan juga jel.

"Esok kerja Gale?" Soal ibu sambil mencedok nasi ke piring Gale dan Thea.

"Malaslah mummy."

"Aik, ada pula malas kerja!"

"Adalah. Lagipun cuti kan masih banyak. Jadi kenalah manfaatkan cuti untuk rehat. Bukan begitu mummy?"

 

Ibu angguk sambil senyum. Theo Gale memang begitu sifatnya. Terlalu berterus terang. Mungkin sangkanya kerana dia boleh menerima kritikan orang lain maka dia juga berhak untuk mengkritik orang lain. Tapi kadangkala dia salah dalam menilai. Ternyata tidak semua orang seperti dia dan ya itu hal yang baik. Baik untuk dia dan orang-orang yang mengenal juga menyayanginya.

"Habis tu kalau kau tidak kerja siapa yang buat kerjakau? Kau ni bagus-bagus ada kerja malas pula kerja." Tegur Thea.

"Kalau saya sakit dan meninggal pun company bukan peduli. Esoknya confirm sudah ada pengganti saya. Kenapa saya perlu bekerja keras sampai mengabaikan diri sendiri? Saya pun perlu rehat juga." Santai katanya tapi tepat terkena di hati!

"Hmmm"

"Kau tidak mahu cuti kak?" Sengaja Theo Gale mengapi-apikan si workaholic di sebelah.

"Nanti-nantilah. Kerja banyak."

"Kesian kau kak, kerja banyak, penat, gaji tidak naik pun. Suruh daddy tambah gaji kau."

Pangg! Tamparan kuat singgah di bahu Theo Gale bersama jelingan maut dari si kakak.

"Eh, sudah-sudah! Macam budak-budak saja. Makan! Habiskan nasi kamu tu. Penat mummy masak. Tengok, abang dengan daddy kamu pun belum balik! Mahu juga mummy telefon. Kenyang makan kerja di office mungkin kan?"

Meledak tawa seorang Theo Gale.

"Kejap lagi baliklah tu mummy. Mummy makanlah dulu."

"Ya samalah kamu macam daddy dengan abang kamu tu. Kerja saja dalam otak kamu. Orang lain kerja juga tidaklah sampai macam tu."

"Cari duit mummy. Macam itulah kalau mahu hidup senang. Bukan macam si Gale ni! Termenung saja kerja! Kerja pun malas! Berangan entah apa-apa! Macam mana mahu hidup senang macam tu?"

"Hei, saya berlatih untuk hidup okay!"

"Jadi sekarang bukan kau sedang hidupkah? Menghidupi hidup kau dengan bersenang lenang."

"Sebab senang lenang juga perlu kak Thea. Kalau tidak stress memanjang jadinya saya. Macam kakak."

Pangg!! Satu lagi tamparan singgah di bahu sama. Kali ini rasanya sedikit menyengat. Mungkin kerana tamparan lama masih bersisa. Membuka ruang untuk hadiah baru menusuk jauh lebih dalam.

"Kau ni! Orang cakap tidak mahu dengar. Kau denga nprinsip hidup kau saja. Sudah-sudahlah merayau berfoya sana sini. Kerja dengan daddy. Penat mahu urus penginapan tu."

"Tengoklah nanti kak."

"Mummy tengok dia."

Ibu mengangkat bahu. Tiada komen untuk itu, ibu bukan jenis orang tua yang mengawal anaknya. Dia lebih suka anak-anak berjaya dalam bidang yang diminati. Kerana itu hidup anaknya, bukan dia yang jalani. Maka biarlah mereka asalkan masih di landasan yang betul. Ibu itu memahami maka sebab itu hanya kata ibu yang selalu dicari ketika ada persoalan.

Terbang ke beberapa tahun yang lalu. Theo Gale masih seorang remaja 15 tahun ketika itu. Duduk di bucu katil menahan tangis. Ayah kejam! Bisik hatinya. Jelingan maut dengan kata bandingan tadi menusuk kalbu. Tapi mukanya kosong tidak beriak. Dibanding dia dengan kakak, dengan abang malah dengan anak jiran sebelah yang tidak dia kenali. Ayat terakhir ayah berbunyi "saya harap betul kau dapat straight A Gale." Hatinya hampa. Dia sudah bekerja keras! Tidakkah ayah melihat itu? Tidakkah ayah keterlaluan? Meminta lebih itu dan ini. Mengharap dia menjadi insan yang bukan dirinya? Lalu dia diam naik ke tingkat atas. Pintu ditutup rapat lalu dia duduk sendiri di bucu katil dengan muka masam.

"Saya juga penat, saya juga mahu menjadi yang terbaik. Tapi hargai saya seadanya saya. Saya sudah melakukan yang terbaik. Harusnya kau memberi semangat bukan membandingkan saya dengan yang lain." Bentak hatinya. Pintu diketuk dari luar.

"Gale, Gale! Mummy masuk ya?"

Theo Gale diam. Tapi pintu sudah dikuak oleh sang ibu. Si ibu senyum kecil. Tahu kalau anak lelakinya itu merajuk. Kalah anak perempuan fikirnya. Gale, Gale hakikatnya ibu tahu fikirnya lagi. Kau sama seperti ibu suatu masa dahulu. Hanya ibu tidak ada orang tua seperti ibu bisik hati si ibu dalam hati.

"Gale, besar nanti mahu jadi apa?"

Soal ibu sambil duduk di atas katil menghadap pintu. Tidak memandang si anak yang masih dengan rajuknya.

"Photographer."

Perlahan suara Theo Gale. Tapi masih menjawab. Mujur tidak marah pada si ibu juga.

"Selain itu?"

"Doktor! Oh, cartoonist!" ibu ketawa kuat. Lucu dengan telatah anaknya. Secepat itu cita-citanya berubah. Dasar tidak setia! Tapi sudahlah. Jangan kita adili. Kau dan saya juga sama. Sering mengubah cita hingga suatu saat kita sedar kita sudah mencapai cita dan mungkin masih berusaha pada ketika ini.

"Oh bukan! Saya mahu jadi, lawyer? Eh."

Mata memandang syiling. Berfikir. Bingung dengan diri sendiri. Apa cita-citanya?

"Gale, marah lagi?" Bibir memuncung. Merajuk!

"Gale, daddy marah tu sebab daddy sayang. Tapi mungkin daddy marah lebih-lebihkan?"

Theo Gale angguk. Setuju dengan bicara ibu.

"Tidak apalah Gale. Keputusan kau tu okay sudah. Nantib oleh baiki lagi. Kau mahu hadiah apa?"

Semerta anak matanya melihat wajah ibu. Berseri anak remaja itu mendengar hadiah. Ayah langsung tidak memberi hadiah. Tapi si ibu murah hati. Sangat memahami dirinya.

 

"DSLR mummy,boleh? Eh, laptop. Ermm." Berfikir. Ibu senyum kecil.

"DSLR?"

"Hmm, DSLRlah mummy." Ibu angguk. Senyum riang Theo Gale versi 15 tahun dahulu.

 


"Hei, kau bila mahu masuk kerja balik ni?"

Satu tepukan hinggap di belakang badan Theo Gale. Selamba Thea duduk di kerusi batu menghadap adik lelakinya itu. Petang itu agak nyaman. Tidak panas, tidak juga hujan.

"Sudah berhentilah kak."

Besar mata Thea mendengar sebaris ayat itu. Gila! Adiknya benar-benar gila mungkin! Cepat tangannya menampar bahu. Kali ini bahu berbeza dari yang tadi. Geram, andai saja yang photographer itu dia dan bukan Gale. Andai saja yang pintar itu Thea dan bukan Theo. Pasti senang hatinya tidak perlu bekerja sekeras hari ini.

"Sakit! Kenapa kau ni kak? Suka menampar. Begini juga kau dengan boyfriend kau? Patutlah kena tinggal." Tangan diangkat lagi. Mahu menampar bahu tadi. Kali ini pantas Theo Gale menahan tangan itu. Serik, sakit!

"Cukup-cukup dulu kak bahu saya mahu rehat. Lain kali saja kau tampar."

"Ish!" Jelingan maut diberikan. "Kenapa kau berhenti?" Sambung Thea tidak puas hati.

"Penat."

"Mana ada kerja tidak penat! Cuba datang kerja dengan daddy. Lagi penat!"

"Bukan tu."

"Habis tu apa yang tidak penat? Berfoya-foya? Tiap hujung minggu kau keluar berjoli tidak penat?"

"Penat layan karenah pelanggan."

"Semua kerja penat. Di penginapan itu pun."

"Bukan, bukan tu. Saya penat menghadap permintaan melampau yang sama hari-hari."

"Kenapa terima kerja tu setahun lalu?"

"Sebab daddy suka." Thea hela nafas dalam. Geram tapi kasihan dalam masa yang sama.

"Lepas tu keluar tiap hujung minggu kenapa? Protes? Merajuk dengan daddy?"

"Tidaklah. Saya pergi menghidupi impian."

"Ceh, konon! Impian apa juga? Kau sudah berhenti kerjakan. Impian apa lagi?"

"Impian lama dahululah kak. Kau ni tidak supportive betul!"

"Kau mahu saya cakap apa juga? Oh, bagus adikku. Pergilah membaja impianmu?" Sengih geram timbul di bibir Thea melihat Theo Gale dengan mainan kata.

"Macam tu pun boleh juga."

"Baiklah kakak malas mahu cakap dengan kau ni. Duduklah kau di sini Gale. Renungi langit biru dengan impianmu yang setinggi angkasa."

“Wah kakak pandai bermadah!" Usik Theo Gale. Sengaja memanaskan hati Thea.



Petang itu, Theo Gale duduk sendiridi atas bukit belakang taman Universiti Nasional Wissen. Ya, universiti ini luas. Ada taman di luar kampus sebesar padang golf. Di hujung belakang taman itu ada bukit. Bukit Embayu namanya. Tidaklah setinggi mana tapi cukup menguji fizikal buat yang malas bersenam. Hakikatnya dia bukan pelajar di universiti itu. Tapi pemandangan luar kampus itu indah dan dia gemar datang ke mari. Sekadar berbaring di hamparan kerusi batu sebagai hadiah buat si pendaki berjaya. Ada kedamaian di sana.

"Brennon, jom! Turun."

Bicara kuat seorang jejaka mengganggu fokusnya. Lantas Theo Gale bangkit dari perbaringan. Duduk melihat telatah kumpulan lelaki tidak jauh darinya. Dia jangka mereka mahasiswa. Mungkin mahasiswa Universiti Nasional Wissen. Ya! Golongan inilah yang memenuhi taman tersebut tiap petang kecuali pada musim cuti semester.

"Okay. Nanti saya join."

Jerit Brennon tapi dia masih disana. Tetap duduk kaku di atas hamparan rumput. Pandangan dibuang jauh. Kedengaran nafas dihembus berat. Theo Gale hanya memerhati. Sesekali jemari menekan punat DSLR.

"Bren, mari turun." Ajak jejaka yang lain menepuk bahu Brennon dan mereka berlalu. Pulang. 

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh SueJya