Home Novel Kisah Hidup Duka Tak Dirancang
Duka Tak Dirancang
Eez Aliff
25/1/2022 08:27:20
57,571
Kategori: Novel
Genre: Kisah Hidup
Bab 14

Sungguh tidak sangka, Pyan sampai dulu di situ. Nampakkelibat kami, terus dia lambai panggil kami. Kami pun pergi ke tempat duduk diadan bersalaman. Selepas itu kami pun pesan makanan dan minuman. Pyan pula hanyapesan minuman sahaja.

 

Pyan pun kenalkan diri dia pada Pak Cik Durin. Cerita serbasikit kehidupan dia Malaysia dan di Indonesia. Selesai sesi berkenalan, terusPyan soal aku macam polis nak siasat kes.

 

Pyan :"Loqman, weeeeyh apa yang jadi kat ko?aku risaugila sama ko. Budak budak yang mengamuk sama lu selalu mari sini. Bersungguhsungguh diorang cari ko."

 

Loqman :"Panjang cerita aku Pyan, kalo ko nak tahu.Lepas aku hidup macam pelarian, baru aku tahu betapa nikmatnya dapat dudukbersama sama orang yang kita sayang dan luang masa bersama."

 

Pyan :"Orang yang ko sayang? Apa ko merepek nisyaitan?aku ni lelaki gila. Gak ada hasil sayang sama aku.

 

Pak Cik Durin :"Astagfirullah kamu ni Pyan. Yang kamumaksudkan itu bukan akhlak orang Islam. Nanti kamu, cari di internet tentangHadis Nabi Muhammad S.a.w tentang sayang pada seorang sahabat."

 

Pyan :"Pak Cik maafkan saya yaa, sebenarnya saya maubergurau sama Loqman. Lagipun saya dah dah dekat lima hari tak jumpa dia. Risaupun ada dengan si Loqman ni Pak Cik.

 

Pak Cik Durin :"Alhamdulillah tak apa. Haa Loqman, mulalah bercerita dari awal sampai sekarang, apa yang jadi kat kamu."

 

Aku pun senyum dan mula bercerita. Panjang cerita aku. Pyandari segelas teh o ais sampai ke 5 gelas teh o ais. Punyalah Pyan khusyukdengar cerita sampai tak berkelip mata dia.

 

Selesai aku cerita kesemuanya, Pyan pun geleng kepala.

 

Pyan :" Cerita ko ni Loqman, haaaaih. Udah macam tengokwayang. Aku yang duduk dengar cerita ko ni pun rasa macam gempak. Apa apa punaku sebagai kawan ko,aku bersyukur sangat yang ko selamat."

 

"Aku risau sangat sangat kalau budak budak tu jumpa ko.Mau ko jadi ayam goreng dikerjakan diorang. Aku ingat lagi hari tu, teruk kodipukul. Aku nampak darah di mulut ko. Aku risau sungguh tentang ko."

 

Loqman :"Alhamdulillah, aku pun bersyukur yang akuselamat. Macam mana sekali pun. Aku kena cari jalan untuk betulkankeadaan."

 

Pyan :"Ko nak buat macam mana tu Loqman?"

 

Loqman :"Aku sebenarnya aku kena balik Pulau Pinang.Aku kena cari mak bapa aku Pyan."

 

Pyan :"Hah? Balik Pulau Pinang? Habis kira kotinggalkan negeri ini terus?"

 

Loqman :"Ya buat masa ni, aku kena balik sana. Semuayang jadi punca dari aku sendiri. Aku ada dosa besar dengan mak bapa aku."

 

Pyan :"Ya Allah, apa yang kamu dah buat?"

 

Loqman :"Aku sebelum ni pernah melukakan hati mereka.Aku kecewakan mereka. Aku buatkan mereka menangis sebab aku. Lagi lama aku takberusaha bersungguh sungguh cari kemaafan mereka, lagi tulah aku akan meranahidup aku."

 

Pyan :"Bagus Loqman, aku setuju dengan pendapat ko.Untung ko mak bapa ko dekat sini. Macam aku, mak bapa aku semuanya jauh diIndonesia. Udah lama gak berjumpa dengan mak bapa aku. Rindu banget."

 

"Errr Loqman, jap bila yang ko nak balik ke PulauPinang tu? Habis bilik ko? Barang barang ko?"

 

Loqman :"In Shaa Allah jap lagi nak balik dah.Alhamdulillah barang barang semua dah kemas. Pasal bilik aku tu dah ada kawanbudak rumah nak sewa. Jadi aku tak perlu cari pengganti dah."

 

Pyan :"Alhamdulillah, Allah Swt dah permudahkan segalaurusan dan usaha ko Loqman."

 

Jadi kami semua tamatkan perbualan sebab nak gerak pergistesen bas di Seksyen 13. Kami pun buat bayaran selepas selesai makan minum.Aku mula hulur tangan nak bersalaman dengan Pyan.

 

Loqman :"Pyan, aku nak salam dan peluk ko boleh?"

 

Pyan :"Eh ko ni, rilek lah jom gi stesen bas. Aku punnak ikut ko dengan Pak Cik Durin."

 

Aku pun senyum dan ucap terima kasih.  Jadi kami semuaberangkat ke sana dengan naik motor. Aku bonceng motor Pak Cik Durin, Pyan pulanaik motor dia ke sana.

 

Sepanjang perjalanan, aku mula rasa sedih sebab aku naktinggal Pyan. Perpisahan yang aku tak pernah rancang. Dia seorang sahabat yangsangat baik. Dia selalu sokong apa yang aku nak buat kecuali satu sahaja,ketikaaku nak melabur duit.

 

Aku mula menitis air mata sepanjang perjalanan. Sekarang baruaku rasa erti kehilangan tambah tambah bila aku dah nak berpisah dengan Pyan.Benarlah, bila kita dah kehilangan sesuatu yang ada dekat dengan kita, barulahkita mula nak menghargai. Sayangnya masa tu dah terlambat.

 

Setelah sampai, Pak Cik Durin bawa aku pergi ke kaunteruntuk beli tiket bas. Aku masa ni rasa malu sangat sangat. Semuanya ditaja olehPak Cik Durin. Padahal hari ni ada lah hari ke dua aku kenal dan hari ni adalahhari perpisahan. Aku jadi tak tahan sebak, aku peluk Pak Cik Durin.

 

Loqman :"Pak Cik, terima kasih banyak banyak. Saya malusangat sangat. Pak Cik sangat baik dengan saya. Saya belum pernah sekali punbelanja Pak Cik makan. Saya belum pernah sekali pun beri apa apa kat Pak Cik.Terima kasih untuk kesemuanya Pak Cik."

 

Pak Cik Durin :"Pak Cik bantu kamu kerana Allah Swt.Semuanya halal dan antara kita, tidak ada hutang piutang apa apa. Yang adahanyalah ikatan ukhwah kerana Allah Swt."

 

Loqman :"Pak Cik,boleh saya tahu kenapa Pak Cik banyakmembantu saya? padahal saya ni bukan orang yang baik. Saya datang bawa banyakmasalah tapi Pak Cik sangat bermurah hati membantu. Banyak pula yang Pak Cikbantu saya."

 

Pak Cik Durin :"Loqman, Pyan Pak Cik nak cerita dekatkamu. Apa yang Pak Cik lalui dulu dan apa yang Pak Cik belajar dari kehidupanPak Cik. Jom kita cari tempat duduk dulu."

 

Jadi kami pun berjalan menuju ke tempat duduk di ruanganmenunggu berhampiran dengan kaunter tiket bas.

 

Pak Cik Durin :" Sebenarnya dahulu, Pak Cik pun dahuluseorang hamba Allah yang banyak dosa dan bermasalah. Pak Cik tak nak ceritaperihal salah dan dosa,cuma nak kongsi detik perubahan kehidupan Pak Cik."

 

"Satu hari tu, Pak Cik duduk di tepi kaki lima. Masatu, Pak Cik sangat lapar dan kusut masai. Pak Cik dah 3 hari tak makan cumaminum air paip. Pak Cik tak tahu dah nak buat apa sebab masa tu, Pak Cik mintasedekah ja, kena halau."

 

"Pak Cik masa tu memang tinggal dengan arwah bapa. Tapikerana Pak Cik derhaka dan selalu gaduh dengan arwah bapa,hidup Pak Cik tak dakeberkatan. Pak Cik mula terjebak dengan banyak kerja yang sia sia danberdosa."

 

"Pak Cik tinggalkan rumah dan ikut kawan kawan. Bilahidup tak keberkatan, macam macam masalah datang kat Pak Cik. Akhirnya Pak Ciksampai jadi miskin. Pak Cik tak da duit. Masa tu, Pak Cik rasa menyesal sangatsangat dengan apa yang jadi."

 

"Pak Cik masa tu baru teringat kat bapa Pak Cik. PakCik menyesal dengan dosa Pak Cik. Takdir Allah Swt, selepas 3 hari Pak Cikhidup macam seorang pengemis. Datang 2 orang hamba Allah kat Pak Cik."

 

"Mereka datang dengan senyuman, mereka duduk sebelahPak Cik. Mereka tanya tentang makan minum Pak Cik. Pak Cik pun masa tu ceritayang Pak Cik dah 3 hari tak makan."

 

"Terus Pak Cik diajak ikut 2 orang tadi. diajak dengansenyuman dan penuh keikhlasan. Allahuakbar, Pak Cik sampai hari ni tak pernahlupa senyuman mereka. Pak Cik pun ikut diorang."

 

"Diorang bawa Pak Cik ke masjid. Pak Cik malu nak masukmasjid. Pak Cik dah banyak hari tak mandi. Cuma kumur mulut dan basuh muka.Tapi diorang bersungguh ajak Pak Cik masuk masjid terus berjumpa denganbeberapa orang hamba Allah. Kebetulan pula mereka tengah siap talam danmakanan."

 

"Baru aku tahu mereka ni jemaah tabligh. Hari ni hariterakhir mereka keluar untuk 3 hari. Ketua jemaah tabligh tu panggil semuasahabat yang ada di situ. Ketua Jemaah tu tanya ada tak apa apa yang kamu sudihadiahkan untuk Pak Cik."

 

"Pak Cik masa tu lagi terkejut.Pak Cik orang luar,kusutmasai dan busuk tiba tiba nak terima hadiah dari orang Pak Cik tak kenal. Ada yangmuka macam orang sini, ada yang muka macam Pakistan dan ada yang macamBangladesh."

 

"Diorang sikit pun tak pandang rendah, tak pandangjijik kat Pak Cik. Semua cepat-cepat ambil barang yang boleh dihadiahkan untukPak Cik. Ada yang hadiahkan Pak Cik berus gigi baru, ada yang hadiahkan sabunmandi, ada yang hadiahkan minyak atar 2 botol, ada yang hadiahkan baju lenganpendek, ada hadiahkan sikat dan minyak rambut, ada hadiahkan tuala mandi,adayang hadiahkan kain pelikat dan Pak Cik tak kan lupa. Ada hamba Allah yang dariPakistan hadiahkan satu jubah kesayangan dia. Dia cium jubah kepunyaan dia dandia bagi kat Pak Cik."

 

"Pak Cik, terharu sangat sangat dengan pemberian semuaorang. Pak Cik tak berhenti henti ucap terima kasih. Pak Cik lepas tu terus dibawake bilik air untuk mandi. Cuma masa diorang pesan jangan lama sangat sebab nakmakan dah. Diorang semua lapar."

 

"Masa tu Pak Cik mandi dengan rasa yang penuhnikmat.Sabun badan,cuci rambut, gosok gigi. Jujur Pak Cik nikmat sangat masatu. Lepas tu, Pak Cik terus lap badan,pakai kain pelikat dengan jubah dan PakCik lumur minyak rambut dan sikat rambut."

 

"Allah Swt sahaja yang tahu perasaan gembira Pak Cikmasa tu tambah tambah masa tengah sikat rambut. Dah siap semua Pak Cik teruspergi kat jemaah tadi, Pak Cik disambut dengan pelukan oleh setiap jemaah disitu."

 

"Lepas tu kami pun duduk untuk mula makan. Masa tumakan dalam talam. Ketua jemaah tu terus kata nanti dulu semua. Dia nak ambilbarokah dengan suap Pak Cik dulu. Masa suapan yang pertama dalam mulut, Pak Cikterus mengalir air mata."

 

"Habis suapan pertama, terus kami pun makan semua macambiasa. Suap mulut sendiri lah maksud Pak Cik. Selesai makan dan minum. Terusdiorang ajak Pak Cik jom solat. Pak Cik masa tu pelik juga sebab dah pukul 2.30petang, tak kan diorang tak solat. Rupanya diorang nak ajar Pak Cik, dalamhidup kita. Solat kena jaga betul betul."

 

"Pak Cik mengaku dengan diorang Pak Cik dah lama sangattak solat. Terus mereka ikut Pak Cik dan ajar cara ambil wudhu. Masa tu Pak Cikbelajar ambil wudhu dengan teliti dan tidak membazir air. Selesai berwudhu,sungguh Pak Cik cakap rasa nikmat sangat sangat. Seolah olah kita hargai airwudhu kita untuk solat kerana Allah Swt."

 

"Terus ada hamba Allah buat ulang kaji sikit dengan PakCik. Diorang ajar dan periksa bacaan surah Al Fatihah, takbir, bacaan selepasbangun dari rukuk,bacaan tahiyat awal dan akhir dan syahadah. AlhamdulillahSyukur sangat sangat yang asas semua lepas."

 

"Lepas tu terus ada hamba Allah dari jemaah tu jadiimam untuk Solat Fardhu Zohor. Selesai solat dan berdoa semuanya, diorang ajakPak Cik mendengar Hadis Nabi Muhammad Saw."

 

"Selepas selesai mendengar, barulah ada hamba Allahtanya kat Pak Cik. Apa sebenarnya permasalahan Pak Cik. Pak Cik pun cerita apayang jadi. Lepas tu mereka ajar Pak Cik amalan untuk keluar dari semua jenispermasalahan."

 

Loqman :"Haa? Semua jenis? Apa dia Pak Cik? Naktahu."

 

Pyan :"Tulah saya pun nak tahu juga."

 

Pak Cik Durin :"Sebenarnya, Allah Swt cukup suka denganhamba hambanya bila dia gembira dia solat,bila dia sedih dia solat, bila diatengah senang dia solat dan bila dia susah dia solat."

 

"Selepas itu terus diorang ajar Pak Cik solat sunattaubat dan solat sunat hajat. Diorang pesan kat Pak Cik, lagi banyak Pak Ciksujud kat Allah Swt lagi banyak Allah Swt. Bila Allah Swt suka kat kita In ShaaAllah, Allah Swt bagi jalan keluar kat kita."

 

"Terus Pak Cik pun tak cakap banyak. Pak Cik pun solatsunat taubat 6 rakaat dan solat sunat hajat 2 rakaat. Pak Cik mohon petunjukkat Allah Swt untuk bantu Pak Cik betulkan hidup Pak Cik yang dah simpangjauh."

 

"Selesai berdoa semuanya, masuk waktu untuk SolatFardhu Asar. Jadi kami semua solat berjemaah. Selesai semuanya, kami semuakeluar berkumpul sebelum berpisah. Mereka semua memberi kata-kata semangat danpesan kepada Pak Cik walau apa pun ujian Allah Swt, mesti kena kuatkan diriuntuk solat. Solat banyak banyak dan jangan lupa belajar ilmu Al Quran."

 

"Sebelum Pak Cik keluar dari masjid, ketua jemaahtabligh menghadiahkan Rm 20 kat Pak Cik. Ya Allah, syukur sangat sangat Pak Cikni. Mewah sungguh Pak Cik hari ni."

 

"Pak Cik masa tu cuma rancang nak pergi beli roti untukbuat makan malam. Jadi Pak Cik pun jalan pergi ke kedai runcit yang berdekatan.Kawasan sini ada 3 kedai runcit. Cuma Pak Cik masa ni rasa pelik sikit."

 

"Pak Cik macam rasa tergerak hati untuk masuk ke kedairuncit nombor 3 di hujung sekali. Pak Cik pun jalan terus jalan dan masuk kekedai runcit hujung. Pak Cik pun mula cari roti yang Pak Cik rasa nakbeli."

 

"Masa Pak Cik nak buat pembayaran, Pak Cik terasyiktengok ruang kosong dekat bahagian krim rambut. Punyalah dok leka tengok situ,tetiba anak muda yang menjaga kaunter pun tegur Pak Cik. Pak Cik dengan taksengaja dan dengan terkejut,Pak Cik tercakap ada kosong?"

 

"Terus yang jaga kaunter tu cakap. Haaaa, Alhamdulillahada ada kosong. Jap jap bapa saya nak sampai. Pak Cik pun haaa? Pak Cik punpelik masa tu. Beria pula anak muda yang jaga kaunter tu minta Pak Cik tunggujap."

 

"Tak sampai 5 minit bapa anak muda pun masuk. Sekalianak muda tu cakap kat bapa dia yang Pak Cik ni tanya ada kerja kosong. Pak Cikmasa tu macam nak membantah tapi jadi terkaku pulak."

 

Pyan :"Laaahhh."

 

Loqman :"Habis tu apa jadi?"

 

Pak Cik Durin :"Alih alih Pak Cik pun dengar peneranganringkas dari bapa anak muda tu. Dia terangkan jadual bekerja Pak Cik. Pastu apatugas Pak Cik,gaji Pak Cik dan Pak Cik boleh pergi ke surau untuk solat. PakCik pun suka walaupun tak dapat berjemaah sekurang kurangnya dapat jaga solat.Memang terbaiklah kerja macam ni. Yang Pak Cik tak sangka tu, ada elaun Rm 5setiap hari untuk Pak Cik. Ya Allah, Alhamdulillah syukur Pak Cik."

 

"Pak Cik pun terima lah, esok pagi tepat 6.30 pagi PakCik kena ada depan kedai. Pak Cik pun beli roti satu plastik besar,air botol,dan 2 tin air kopi. Pak Cik pun beredar dan balik ke masjid semula. Senangcerita buat masa ni, tempat tinggal Pak Cik di Masjid."

 

"Masa ni memang mencabar juga ujian Pak Cik. Pak Cikbalik malam terus pergi ke Masjid. Pengalaman yang Pak Cik tak boleh lupa,mandi di tandas masjid dan cuci pakaian. Lepas tu Pak Cik cari tempat yangtersembunyi untuk jemur pakaian."

 

"Alhamdulillah walaupun macam berat ujian Pak Cik, PakCik redha dan gembira lalui semua ini. Setelah 2 minggu Pak Cik buat rutin yangsama di masjid, Tok Siak di masjid perasan keadaan Pak Cik."

 

"Satu malam lepas Pak Cik habis solat Isya, Tok Siakdatang dan duduk sebelah Pak Cik. Dia pun tanya apa permasalahan Pak Ciksebenarnya. Pak Cik tak citelah masalah cuma Pak Cik cite yang Pak Cik tak daduit lagi masa ni sewa bilik. Pak Cik pun baru saja bekerja. Dapat gajipertama, In Shaa Allah baru nak cari bilik untuk disewa."

 

"Selepas mendengar cerita Pak Cik. Tok Siak pun senyum.Tok Siak sikit pun tak marah Pak Cik. Cuma dia risau Pak Cik pakaian yang PakCik jemur tu kena curi. Takdir Allah, hari Jumaat adalah hari cuti Pak Cik.Selepas selesai Solat Jumaat, Tok Siak datang kat Pak Cik ajak ikut dia."

 

"Pak Cik pun ikut dia, mula mula dia ajak Pak Cik makankat gerai nasi ayam. Alhamdulillah, Tok Siak belanja semuanya. Selesai makanTok Siak bawa Pak Cik ke rumah pangsapuri. Alhamdulillah syukur sangatsangat,rupa rupanya Tok Siak dapatkan sewa bilik untuk Pak Cik dan Tok Siakakan bayar dua bulan pertama. Terus Pak Cik sujud syukur. Pak Cik bersyukursangat sangat dengan rezeki Allah Swt. "

 

"Pak Cik salam Tok Siak dan ucap terima kasih banyakbanyak kat dia. Lepas tu Tok Siak cakap kat Pak Cik, apa Tok Siak bagi semuanyahalal kerana Allah Swt. Jarak bilik sewa Pak Cik ke kedai runcit yang Pak Cikkerja dan Masjid pun tak jauh. Cuma ambil masa 20 minit saja kalau jalankaki."

 

"Pak Cik bila dah masuk bilik sewa, Pak Cik rasaseronok sangat sangat. Pak Cik terus tekad, In Shaa Allah dapat gaji pertamananti, Pak Cik nak balik kejap berjumpa dengan bapa Pak Cik. Pak Cik nak mintamaaf sangat sangat dengan bapa Pak Cik. Pak Cik menyesal dengan salah laku PakCik."

 

"Ikhtiar Pak Cik untuk mencari keampunan dan kemaafandari bapa Pak Cik memang banyak kali. Pak Cik tak kisah pun pada mulanya bapa tengkingdan halau Pak Cik. Pak Cik sedar semua yang jadi punca dari Pak Cik sendiri.Pak Cik Ikhtiar bersungguh sungguh dan memohon pertolongan dari AllahSwt."

 

"Pak Cik bersungguh sungguh solat dan berdoa dekatAllah Swt. Alhamdulillah segala puji pujian bagi Allah Swt kali ke 10perjumpaan, bapa Pak Cik berlembut hati dan menerima semula Pak Cik. Sujudsyukur Pak Cik. Saat itu lah yang Pak Cik idam lama sangat akhirnyatercapai."

 

"Pak Cik mula perasan perubahan hidup Pak Cik bila kitadapat redha mak bapa. Pak Cik rasa semua ujian yang Pak Cik lalui,Alhamdulillah dengan rasa tenang dapat diselesaikan. Pak Cik seronok bila dahberbaik semula dengan bapa."

 

"Setiap kali Pak Cik nak datang ke rumah bapa, Bapaakan masak macam macam padahal kami berdua ja pun. Punya nak sambut kedatanganPak Cik ke rumah. Pernah sekali tu,bapa cakap kat Pak Cik kan seronok kalau adacucu. Pak Cik diam dan senyum ja."

 

"Pak Cik lalui rutin hidup macam biasa. Bekerja dikedai runcit, solat di masjid, hari cuti Pak Cik akan balik untuk ziarah bapa.Ada sekali tu, masa Pak Cik menyusun stok stok baru di ruangan kosong. Pak Ciktiba tiba rasa seronok dan ada sikit cemburu tengok anak kecil balik dari KAFA(Kemahiran Asas Fardhu Ain). Pak Cik pun terdetik di hati kan seronok kalaupandai mengaji."

 

"Pak Cik pun terfikir nak cari jalan macam mana untukbelajar mengaji. Ada yang percuma dan ada yang berbayar. Masalah Pak Cik masatu, kalau berbayar Pak Cik khuatir Pak Cik tak mampu sebab Pak Cik ada komitmenlain dengan sedia ada dan untuk yang percuma masalah Pak Cik ada waktu dan harikelas sebab Pak Cik kerja waktu tu."

 

"Pak Cik pun bersungguh sungguh berdoa kat AllahSwt,  Pak Cik nak sangat sangat belajar mengaji. Haaa apa yang Pak Cik nakcerita ni, kamu berdua jangan pelik yaa."

 

Loqman :"Pelik? Sebab apa?"

 

Pyan :"Alaaa Pak Cik cerita ja Pak Cik, saya pula jadiberdebar nak tahu."

 

Pak Cik Durin :"Hahahaha, yelah yelah. Ada satu haritu, Pak Cik pun tak tahu dah kenapa dengan Pak Cik, tiba tiba rasa macam nak berkahwin.Rasa macam nak berkeluarga."

 

Loqman :"Pula dah, Pak Cik nak kahwin lagi?"

 

Pak Cik Durin :"Eh kamu ni Loqman, masa dulu tu bukansekarang. Haaihhh kamu ni."

 

Pyan :"Hahahaha, Loqman ko diam jelah. Potong betul,akudah bayar tiket mahal mahal nak dengar cerita Pak Cik. Ko pula bikinsuspen."

 

Pak Cik Durin :"Hahahaha, yer sungguh cerita Pak Cikni. Pak Cik memang tergerak hati nak berkahwin. Pak Cik tunggu hari Jumaatsebab hari Jumaat adalah hari cuti Pak Cik. Selesai solat Jumaat Pak Cik pun pijumpa Tok Siak. Pak Cik pun berceritalah yang Pak Cik berniat untukberkahwin."

 

"Tok Siak terus salam siap ucap Alhamdulillah tahniahbagai. Pak Cik pun pelik. Tok Siak pun terus pelik dengan Pak Cik. Tok Siaktanya Pak Cik kenapa Pak Cik macam pelik dengan Tok Siak. Pak Cik pun ceritalahmasalahnya Pak Cik belum ada calon. Tergelak Tok Siak terus Tok Siak kata takapa tak apa tak salah kalau kita pasang niat dulu. Tok Siak tanya nak Tok Siaktolong adjust untuk Pak Cik ka,  Pak Cik pun tertunduk malu. Pak Cik punjawab boleh juga."

 

"Tok Siak pun senyum, Tok Siak suruh Pak Cik tegakkanbadan betul betul dan senyum. Pak Cik terkejut terus Pak Cik puji Tok Siak Wow,hebat Tok Siak siap dah ada calon stand by. Tok Siak terus cakap eh Pak Cik ni.Tok Siak nak ambil gambar dulu pastu nak pergi bertanya pada yang sudi."

 

"Tergelak Pak Cik masa tu,minggu depan hari khamislepas solat Isya di masjid. Tok Siak datang jumpa Pak Cik siap bawa beritagembira. Rupanya calon dah ada. Tok Siak pun jujur bercerita wanita yang sudini sebenarnya dia ni anak qariah masjid ni juga. Dia ni janda dan tak ada anak.Pak Cik pun tak kisah sangat bab ni, asal kahwin sudah."

 

"Tok Siak kata kalo Pak Cik sudi, lepas solat jumaatTok Siak boleh panggil dia dan jumpa di masjid. Pak Cik pun setuju. Sebelum TokSiak beredar, Pak Cik tanya dia. Tok Siak tak da gambar dia ka? Terus Tok Siakbuat isyarat tak mau tak mau. Aku pun pelik dah kenapa Tok Siak tunjuk macamni. Rupanya Tok Siak bagitau, Hari Khamis malam Jumaat ni, dia tak mau hilangbarokah dengan isterinya asbab kena tidur luar."

 

Pyan :"Hahahahahaha Waaahhh!"

 

Loqman :"Hahahaha Pastu Pak Cik."

 

Pak Cik Durin :"Alhamdulillah lepas solat Jumaat,makakami pun berjumpa. Kami sama sama macam malu malu. Tapi Pak Cik beranikan dirinyatakan hasrat Pak Cik nak berkahwin. Pak Cik nak kehidupan yang Allah Swtredha. Tok Siak pun suruh Pak Cik perkenalkan diri kat calon ni. Selesai semuatiba giliran dia, nama dia Juliawati."

 

"Pak Cik ingat nama dia sahaja, yang lain apa yang diaterang semua Pak Cik tak dengar sebab Pak Cik terpegun sungguh tengok wajahdia. Rasa sejuk hati. Rasa seronok. Cara bercakap pun lemah lembut. Allahuakbarpunyalah khusyuk Pak Cik tengok dia sampai Pak Cik tak sedar Tok Siak dokpanggil Pak Cik beberapa kali. Sekali dia tepuk bahu Pak Cik dengan kuat, baruPak Cik tersedar dari lamunan."

 

Loqman :"Aduuuhhh, potong betul lah Tok Siak tu."

 

Pyan :"Ko diamlah Loqman, lepas tu Pak Cik."

 

Pak Cik Durin :"Hehehehe, dipendekkan cerita dalam masa3 minggu kami pun berkahwin dengan izin Allah. Alhamdulillah syukur sangatsangat. Dengan majlis serba ringkas. Menu makanan tetamu dan pengantin kamiselaraskan semuanya Nasi Ayam."

 

Pyan :" Fuyooo terbaiklah Pak Cik, menu nasi ayam untukperkahwinan."

 

Loqman :"Diamlah Pyan. Pastu Pak Cik."

 

Pak Cik Durin :"Hahahaha Pyan kena marah pula kali ni.Alhamdulillah berjalan dengan lancar syukur Alhamdulillah. Sebenarnya kahwindengan Julia ni seperti Allah Swt makbulkan doa Pak Cik. Masa Pak Cik jadi imamuntuk Solat Fardhu Maghrib, Julia dah boleh kesan kesalahan membaca ayat surahlazim."

 

"Julia tegur Pak Cik tentang kesalahan Pak Cik. Pak Cikrasa malu dan sedih sangat. Julia terus bagi semangat kat Pak Cik. Pak Cikingat lagi ayat dia."

 

Julia :"Abang, abang imam untuk saya dunia akhirat.Abang, In Shaa Allah ke mana abang pergi saya nak ikut. Saya nak masuk kesyurga bersama abang."

 

"Abang, saya tak kan malu andainya abang serba serbikekurangan. Tapi saya akan malu dengan diri saya andainya saya tak merendahkanego saya demi melengkapi imam saya."

 

"Abang, saya pun banyak kekurangan abang. Andainyaabang nampak kekurangan saya, abang betulkan saya. Bimbinglah saya abang. Sayanak ke syurga bersama dengan cinta halal saya."

 

"Demi kegembiraan sebuah kehidupan bersama imam saya,

Untuk saling lengkap melengkapi,

Bukan untuk saling bertanding,

Untuk saling belajar,

Dan untuk saling hargai menghargai."

 

"Abang Syurga Saya. Saya sayang abang kerana AllahSwt."

 

"Allahuakbar, kata kata dia buat Pak Cik terharu sangatsangat. Bayangkan dia balik kerja, uruskan perihal rumah dan waktu malam diamendengar Pak Cik membaca Al Quran. Pak Cik tengok kesungguhan dia di rumah.Pak Cik sampai kena paksa dia berehat. Kadang tu Pak Cik terpaksa berkerassuruh dia berehat."

 

"Setiap kali berpeluang dia dapat cuti hari Jumaat, diamesti akan ikut Pak Cik ziarah bapa.Keikhlasan dia buat Pak Cik rasabersemangat untuk cari ruang dan peluang untuk gembirakan dia."

 

"Pernah sekali tu, Pak Cik dapat hadiah wang tunaisebanyak Rm 15 dari boss Pak Cik dan boleh balik seawal 5 petang macam tu. PakCik terus ke kedai runcit yang menjual ayam mentah. Pak Cik beli sikit ayam danbahan bahan untuk buat sup."

 

"Pak Cik sebenarnya tak pandai masak. Macam bapa PakCik memang pandai masak. Pak Cik pandai buat ayam goreng. Alhamdulillah syukurPak Cik ada kelebihan yang Allah Swt bagi ni."

 

Pyan :" Subhanallah, Loqman! Kita boleh berguru denganpakar ayam goreng ni. Cepat-cepat salin resepi Pak Cik."

 

Loqman :" Jap jap Pak Cik saya nak salin resepi.Aduhhhh mana pen dengan kertas pulak ni."

 

Aku masa ni mula sibuk cari kertas dan pen dalam beg. TerusPak Cik Durin mencelah.

 

Pak Cik Durin :" Eh tak yah nak pen dan kertas bagai.Hafal ja cara Pak Cik buat ayam goreng istimewa untuk yang tercinta. Mula mulaPak Cik cuci ayam sampai bersih. Lepas Pak Cik ambil tepung ayam goreng yangPak Cik beli di kedai runcit. Sambil Pak Cik gaul ayam dengan tepung, Pak Cikberselawat."

 

Pyan :"Alhamdulillah Pak Cik, rasanya yang istimewa tuselawat Pak Cik. Baki langkah Pak Cik tu anak saudara saya umur 6 tahun punpintar Pak Cik."

 

Loqman :"Laaahhh, Nasib baik tak salin. Baik pergi belije Pak Cik."

 

Pak Cik Durin :"Haa ni lah masalah kamu berdua. Ingatsekecil kecil perkara yang boleh kita buat, wajib kita bersyukur. Contoh Pak Cikbagi pernah kamu berdua lepas kencing dan berak kamu bersyukur kat Allah Swt?Pernah tak? Pernah tak lepas solat kamu tadah tangan Ya Allah syukurAlhamdulillah, aku masih boleh kencing dan berak dengan baik. Cuba bayangkannikmat kencing dan berak ni Allah Swt tarik."

 

Loqman :" Allahuakbar, tak mau tak mau. Jangan lahAllah Swt tarik nikmat ni."

 

Pyan :"Ishhhh janganlah diuji macam ni. Malu sungguhjadi macam ni. Kita berak, kita kencing orang lain kena sentuh bahagiankemaluan kita dan bersihkan. Allahuakbar malu malu."

 

Pak Cik Durin :"Kan, malu kita kalau diuji macam tu,namun ada hamba hamba Allah Swt yang terpilih untuk lalui ujian tu. Ya, kitanampak dia menderita di dunia. Tapi di akhirat sana In Shaa Allah, boleh jadidia lah orang yang gembira kerana banyak dosa dosa nya terhapus kerana diaredha dengan ujian Allah Swt."

 

"Yang kedua pernah kita sesekali selepas bangun tidur,kita tadah tangan Ya Allah syukur Alhamdulillah, jantung aku masih berdegup.Jantung aku masih berfungsi pam darah. Syukur Alhamdulillah Ya Allah. Cubasekali Allah Swt tarik nikmat jantung pam darah. Mati kan kita?"

 

Loqman :"Allahuakbar, betul Pak Cik."

 

Pyan :"Astagfirullah, betul Pak Cik."

 

Pak Cik Durin :"Alhamdulillah Soleh soleh belaka kamuberdua bila dengar bab kematian. Balik kepada cerita tadi. Pak Cik pun gorengayam dan buat sup kosong. Siap semua Pak Cik potong timun untuk jadi ulam ulammacam tu lah."

 

"Balik saja isteri Pak Cik ke rumah. Terkejut dia bilamasuk rumah bau ada hidangan tersedia untuk dijamah. Pak Cik pun cepat-cepatpimpin tangan ajak makan. Isteri Pak Cik senyum lebar tengok hidangan atasmeja. Ada nasi putih, ayam goreng, Sup kosong,timun dan air kosong."

 

"Pak Cik pun sekadar cakap jelah sebenarnya Pak Cik nakbuat kejutan istimewa untuk Isteri Pak Cik. Tapi yang ni je yang Pak Cik mampu.Pak Cik harap isteri Pak Cik sudi menikmati hidangan yang tak seberapa ini.Terus isteri Pak Cik cakap kat Pak Cik."

 

"Abang, hidangan ini banyak barokah dia abang. Sayalebih gembira makan sepinggan nasi ini dari saya menikmati hidangan yang mahallagi bertaraf 5 bintang. Abang terima kasih banyak banyak yer abang."

 

"Ya Allah, mana lah Pak Cik tak rasa terharu denganisteri Pak Cik ni. Tak berapa lama kemudian, isteri Pak Cik mengandung anakpertama. Subhanallah seronok tak terkata Pak Cik."

 

"Masa ni Pak Cik perasan sepanjang dia mengandung ujianisteri Pak Cik ni macam macam juga. Ada masa cepat rasa rimas, ada masa tumacam ada alahan bau. Ada masa tu macam cepat letih. Yang paling kelakar,pukul3 atau 4 kejut Pak Cik bangun.Pak Cik pun dengan mamai pun bukalah mata ingatnak minta tolong apa apa ka. Rupanya nak dengar Pak Cikmenyanyi.Aduuuhhh!"

 

Pyan :"Waaahhh, hahahaha"

 

Loqman :"Hahahaha, perubahan hormon kot, Pak Cik."

 

Pak Cik Durin :"Agaknya lah kot.Masa awal mengandungni, Pak Cik dah mula terfikir. Pak Cik nak cari jalan untuk tambah pendapatanPak Cik. Pak Cik sebenarnya tak sampai hati nak tengok isteri Pak Cik yangtengah mengandung bekerja di Pasar Raya."

 

"Jadi Pak Cik pun macam biasa bangun awal setiap malamuntuk tahajud. Pak Cik bersungguh sungguh doa. Moga dengan asbab ada rezekilebih ni boleh lah Pak Cik pujuk isteri untuk berhenti kerja."

 

"Takdir Allah Swt, ada hamba Allah yang selalu belibarang kat kedai runcit Pak Cik bekerja datang dan tanya ada nak kerja sambilantak. Kerja jual pakaikan di Kuala Lumpur. Pak Cik pun setuju. Pak Cik kerjapukul 10 malam sampai pukul 2 pagi."

 

Pyan :" Huuuhhh tak penat ka Pak Cik?"

 

Loqman :"Pak Cik kerja kat kedai runcit sampai pukulberapa?"

 

Pak Cik Durin :"Penat tu jangan ditanya. Memang penattapi demi isteri dan anak Pak Cik. Pak Cik betul betul tak gamaklah nak tengokisteri Pak Cik bekerja. Alhamdulillah syukur, bekerja kerja ni walaupun penatPak Cik mampu bagi duit tangan lebih kat isteri. Siap boleh menabung untuklahirkan anak,susu,lampin dan buaian."

 

"Pak Cik masa nak pergi sana, Pak Cik betulkan niat.Pak Cik nak ke sana memang untuk cari rezeki. Kat sana masa Pak Cik niaga jualpakaian, ada ramai perempuan yang pakaian dia mencolok mata, ada yang pakaianketat, ada yang terlebih peramah siap boleh main tampar kat badanpeniaga."

 

"Pak Cik dah tekad, Pak Cik tak nak ikut macam oranglain sambil meniaga sambil mengurat, sambil melayan kerenah, sambil membodekpelanggan wanita dan macam macam. Pak Cik tak nak nanti kerana dosa Pak Ciktidak jujur dengan isteri Pak Cik, Pak Cik risau Allah Swt tarik nikmat dankeberkatan Pak Cik dengan isteri."

 

"Pak Cik ikhtiar masa lapang baca surah Yasin di kedaidengan niat nak tarik pelanggan datang beli pakaian di sini. Alhamdulillah,Allah Swt bantu Pak Cik hantar budak budak lelaki datang jadi pembeli tegar disini."

 

"Ada yang siap nak minta borong pakaian dalam kuantitiyang banyak, ada yang bincang untuk pakaian korporat dan macam macam.Alhamdulillah, yakin dan ikhtiar dengan cara yang Allah Swt redha dan suka. InShaa Allah pertolongan Allah Swt pasti sampai."

 

"Pak Cik balik sampai rumah dekat pukul 3 pagi.Akibatnya Pak Cik jadi letih, Bangun pukul 6 pagi,kelam kabut semuanya. Alih alihbuka kedai pukul 6.45 pagi. Mujur boss Pak Cik tak marah. Asalkan sebelum pukul7 pagi."

 

"Lama kelamaan, isteri Pak Cik cakap sebenarnya dia dahtak nak Pak Cik ikut kawan jual baju dah. Pak Cik macam membantah pada mulanya,sebab yang ni ikhtiar untuk tambah pendapatan. Tapi bila Pak Cik dengarpendapat isteri Pak Cik. Tersentap Pak Cik jadinya."

 

"Abang, saya tahu abang ikhlas mencari rezeki lebihdemi keluarga kita. Tapi bila difikirkan balik. Saya rasa macam tak bahagia dansaya rasa sedih bila abang dah tak jadi jemaah Subuh di masjid. Abang sayasanggup dan saya redha walaupun pendapatan abang sekadar mencukupi. Cuma sayatak nak kita terlalu bergantung dengan hasil kerja jual baju akibatnya kitahilang dari mendapat pertolongan Allah Swt."

 

"Abang, saya nak minta abang berhenti yer kerja jualbaju tu. Saya sedar saya cuma boleh beri pendapat dan meminta abang berhenti.Apa apa keputusan abang untuk kita saya akur."

 

"Terus Pak Cik pegang kedua dua bahu isteri Pak Cik,Pak Cik berjanji In Shaa Allah lagi seminggu dapat gaji terus Pak Cik berhenti.Yelah permintaan pakaian di kedai Pak Cik kerja tu banyak. Kalau mendadak PakCik berhenti,tak elok pula."

 

"Isteri Pak Cik senyum gembira. Alhamdulillah lepasdapat gaji Pak Cik pun berhenti jadi penjual pakaian. Sekarang Pak Cik fokusdengan kerja di kedai runcit sahaja. Alhamdulillah syukur sangat, Pak Cik bolehkembali menjadi jemaah Subuh."

 

"Pernah ada sekali tu, isteri Pak Cik mengidam nakmakan Set Nasi Mendy Kambing. Pak Cik pun lepas solat jumaat, Pak Cik keluarnak pergi beli. Takdir Allah Swt, Pak Cik diuji dengan hujan lebat. Motor takboleh start dan tayar pula pancit. Pak Cik pergi kedai motor baikisemuanya."

 

"Pak Cik selepas bayar semuanya tinggal Rm 10 untukbertahan lagi seminggu gaji. Allahuakbar, Pak Cik terfikir macam mana Pak Ciknak cakap kat isteri. Pak Cik tahu mesti dia tengah tunggu dan lapar. Pak Cikbeli 3 keping roti canai dan balik."

 

"Memandangkan keadaan hujan lebat, roti canai pun jadisuam dan kuah dhal pun dah tak panas. Pak Cik sedih sangat sebab isteri tengahmengidam tapi lain yang jadi. Pak Cik sampai ke rumah, isteri pun terkejuttengok Pak Cik. Basah kuyup dan hanya bawa balik roti canai."

 

"Pak Cik kedua dua tangan isteri, Pak Cik minta maafdan cerita balik apa yang jadi. Kebetulan masa cerita tu menitis air mata. PakCik rasa sedih sangat tak dapat beli apa yang isteri nak. Isteri Pak Cik lepasdengar dia senyum,dia kesat air mata Pak Cik dan dia suruh pergi mandi."

 

"Pak Cik pergilah mandi. Dah selesai dan siap pakaibaju semua. Pak Cik pun lepas dapur nak siap makan untuk isteri Pak Cik.Terkejut Pak Cik, dia dah panaskan roti canai, dia dah panaskan kuah dhal,diadah siap kopi o panas dan dia bawa sekali biskut kering untuk makanantambahan."

 

"Kami pun makan berdua. Laju juga habis semuanya.Tengah lapar pula masa tu. Waktu malam selepas selesai berjemaah Solat FardhuIsya, Pak Cik nak tidur awal. Pak Cik berniat nak bangun awal solat sunattaubat, Solat sunat hajat,solat sunat tahajud dan solat sunat istikharah. PakCik nak minta pertolongan dari Allah Swt untuk tambah pendapatan."

 

"Tepat pukul 4 pagi, isteri Pak Cik kejut suruh bangun.Dia pun sama bangun dan nak berjemaah dengan Pak Cik. Pak Cik pun solat bersamadengan isteri Pak Cik. Kami buat amalan ni konsisten."

 

"Alhamdulillah sungguh Pak Cik tak jangka. Selepas hariketiga kami ikhtiar boss Pak Cik beritahu yang Pak Cik lepas ni dah tak jadipembantu kedai dah sebab Pak Cik dah naik pangkat jadi pengurus kedai runcitsini. Boss Pak Cik nak buka cawangan kedua di tempat lain."

 

"Pak Cik seronok sangat sangat. Jadi tugas Pak Cik punberubah, tanggungjawab pun bertambah dan gaji pun Alhamdulillah bertambah.Alhamdulillah syukur sangat sangat. Isteri Pak Cik tersangatlah gembira."

 

"Punyalah seronok isteri Pak Cik, dia cakap nak buatBriyani Kambing. Alhamdulillah lepas dapat gaji pertama sebagai pengurus kedai,Pak Cik bawa isteri pergi beli barang apa yang dia nak semua. Dah selesaimembeli, kami balik rumah dan terus siap sedia untuk masak."

 

"Siap masak terus dia bungkus hidangan semuanya dengankemas terus kami gerak ke rumah bapa. Sampai rumah bapa, punyalah seronok bapabila dapat tahu menantu dia masak Briyani Kambing. Pak Cik seronok sangat haritu. Bapa Pak Cik punyalah dok puji sedap Briyani ni. Isteri Pak Cik pungembira."

 

Pyan :"Pak Cik Durin ada berapa orang anak?"

 

Pak Cik Durin :"Alhamdulillah syukur Ya Allah, Pak Cikada 3 anak perempuan."

 

Loqman :" Mesti semua anak Pak Cik rajin pergi keMasjid macam Pak Cik kan."

 

Pak Cik Durin :"Alhamdulillah yang mana kami tengokmacam dah ok dan boleh diajak ke Masjid, In Shaa Allah Pak Cik bawa. Cumanyakalau yang belum boleh lagi tu kena duduk di rumah dulu lah."

 

Loqman :"Maksud Pak Cik macam mana tu?"

 

Pak Cik Durin :" Yelah, kita sebagai ibu bapa kena carijalan macam mana nak didik anak ke masjid dan didik anak tentang tatacara dimasjid. Pak Cik bagitau kat anak, di masjid tak boleh main kejar kejar, janganbuat bising, pergi sana niat kerana nak beribadah kerana Allah Swt. Kitasebagai ibu bapa kena banyak bersabar dalam mendidik anak. Kalau budak budak nibuat salah, tak dengar cakap ka, kita kena tegur dengan berhemah."

 

"Tapi tulah Pak Cik dengan isteri pernah jadi glamourdi masjid kejap dulu. Semuanya sebab kami terleka dengan aktiviti anak sulongkami, Syahidah. Haaaaih kelakar pun ada juga."

 

Pyan :"ceritalah Pak Cik. Nak dengar."

 

Loqman :"Fuuuhhh makin panas cerita Pak Cik ni."

 

Pak Cik Durin :" Ada sekali tu, Pak Cik bawa lah isteridan Syahidah ke Masjid. Masa tu bawa untuk berjemaah Solat Fardhu Maghrib,lepas tu kami duduk di masjid untuk dengar tazkirah dari penceramah jemputan.Macam biasalah Pak Cik duduk di saf lelaki dan isteri Pak Cik dengan anak dudukdi saf perempuan."

 

"Nak jadi cerita sementara tunggu penceramah jemputansampai, Pak Cik mengantuk sangat sangat. Pak Cik duduk dan lelap sekejap. ElokPak Cik dah lelap tetiba Pak Cik dengar ada suasana macam meriah sekejap. Adadengar orang berlari lalu depan Pak Cik.

 

"Pak Cik malas nak ambil tahu dan teruskan lelap,tetiba Pak Cik dengar ada sesi memujuk dan meminta. Suara macam Tok Siak tu.

 

Tok Siak :" Adik, atok nak microphone tu adik. Ustazdah sampai tu, nanti Ustaz tu marah curi microphone dia."

 

Syahidah :" Ehh tak da pun nama Ustaz kat microphoneni. Ka Ustaz tu nak curi microphone ni?"

 

Tok Siak :"Allahuakbar, banyak pula soalan adik.Cepatlah adik, atok nak microphone tu. Dahlah adik tak minta izin ambikmicrophone tu, berdosa tau."

 

Syahidah :"Mana ada banyak soalan. Adik tanya satu jesoalan. Atok lagi berdosa, dah lah atok tak minta izin nak kejar adik. Cepatminta maaf kat adik."

 

Pak Cik pun masa tu ada dengar jemaah lain di situ ketawa.

 

Tok Siak :" Alaaaaa baiklah baiklah. Adik,Atok mintamaaf yaa kejar adik tadi. Ok sekarang boleh tak sekarang atok nak ambilmicrophone tu."

 

Syahidah :"Atok nak buat apa dengan microphone malammalam ni? Baik atok pergi mengaji lagi bagus,microphone ni adik pegang."

 

Tok Siak :"Alaaaaa atok dah mengaji Subuh tadi, erratok nak menyanyi ni adik. Kesian lah kat atok dah lama tak menyanyi."

 

Syahidah :" Boleh boleh atok, tapi satu syarat!"

 

Tok Siak :" Allahuakbar, ada syarat pula. Haaa cepatlahapa syarat adik?"

 

Syahidah :"Atok kena sambung adik menyanyi dulu. Kalaubetul baru adik bagi microphone."

 

Bertambah kuat pula jemaah ketawa. Terus Pak Cik buka mata.Pak Cik cari sapa lah budak nakal ni, macam macam pula syarat dia.

 

Tok Siak :"Allahuakbar, yelah yelah cepat nyanyi adik.Atok cuba sambung."

 

Syahidah :" Dengar lagu ni betul betul. Aaj ke ladke Itell you, Kitne lallu what to do. Haa cepat sambung!"

 

Pak Cik dengar suara ni, terus Pak Cik cam ni suara Syahidahni, terus Pak Cik bangun dengan laju terus ke arah dia.

 

Pak Cik Durin :"Syahidah! Bagi balik microphone tu,Ustaz nak bagi ceramah ni."

 

Syahidah :"Tak nak, atok dah janji nak nyanyidulu."

 

Terus datang penceramah jemputan, tarik tangan Pak cik dantenangkan Pak Cik.

 

Ustaz :" Encik Encik, sabar Encik tu budak ja Encik.Dia tak tau apa pun. Sabar Encik."

 

Pak Cik Durin :"Tu anak saya tu Ustaz, dia bagi malusaya macam ni. Lepas tangan saya Ustaz."

 

Ustaz :"Encik rasa malu sebab anak kecil ni bagi maluEncik? Buat hal?Saya rasa lebih malu lagi anak qariah yang dah sempurnaakal,akhil baligh,terlebih cerdik tapi tak hadirkan diri mereka dengan kerap kemasjid. Macam lah sibuk lebih daripada Rasulullah."

 

Pak Cik lepas dengar ni terus terdiam. Jadi teruslah tengoksketsa Tok Siak dengan Syahidah.

 

Tok Siak :"Ok ok atok sambung, tapi janji yaa adik,lepas atok nyanyi bagi balik microphone."

 

Syahidah :"Ok atok! Ingat kalo salah microphone ni adikpunya."

 

Tok Siak pun tarik nafas dalam dalam dan hembus sambilketawa kecil. Sambil sengih sambil geleng kepala.

 

Tok Siak :"Ya Allah, tak sangka umur tua tua macam niaku kena buli dengan budak kecil."

 

Syahidah :"Cepatlah atok! Karang adik tukar lagu lainpula baru tau."

 

Tok Siak :" Ok Ok, ehemmmmmmmm. Kabhi koi mujhse nakahe,Oh my darling I love you."

 

Semua para jemaah laki dan perempuan pun ketawa. AkhirnyaSyahidah pun serahkan microphone pada Tok Siak.

 

Terus isteri Pak Cik keluar dari saf perempuan tarik tanganSyahidah. Nampaklah macam dia tengah marah kat Syahidah. Ustaz dengan pantasambil microphone dan terus mula tazkirah.

 

Ustaz :"Assalamualaikum, Puan yang tarik tangan budaktadi. Minta tolong jangan marah dia yer. Dia masih kecil lagi. Tak pa lah,sekali sekala seronok juga ada hiburan sikit. Tak lah mengantuk pula nanti biladengar tazkirah."

 

"Apa apa pun kita jangan jadikan sebab ni, kita tak nakbagi budak budak datang ke masjid. In Shaa Allah budak budak ni lah bakalmakmum yang akan ganti tempat kita bila kita dah meninggal."

 

"Mana tau kan asbab kesabaran dan kasih sayang kitadalam mendidik budak budak ni, In Shaa Allah diorang boleh jadi hafiz atauhafizah. Amin Amin Allahumma Amin.

 

"Kurang kurangnya dia masih budak, dia berkelakuanmacam ni sebab dia belum bijak bezakan mana yang betul dan mana yang salah.Habis kita yang cerdik pandai dan sibuk kita ni konon mengalahkan sibukRasulullah tak reti pula nak solat berjemaah di masjid dengan kerap?"

 

"Punyalah leka dengan hal keduniaan,sampai halkeduniaan ni dengan jayanya dah rampas kita dari solat berjemaah di masjid.Lepas ni hal keduniaan nak rampas apa pula dari kita. Kita sikit pun tak pernahhargai peluang peluang yang Allah Swt bagi kat kita."

 

Lepas tu Ustaz pun terus mulakan tazkirah dia. Masa ni, PakCik mula terdetik tengok telefon pintar ni. Pak Cik ni renung sungguh sungguh.Adakah yang ni dunia yang ada di tangan kita? Adakah yang ni dunia yang penuhdengan tipu daya? Siapa yang sebenarnya di sebalik telefon pintar ni? Lepas niapa pula rancangan dia. Pak Cik malas fikir, terus Pak Cik simpan fon dalampoket dan tumpu perhatian pada Ustaz.

 

Selepas dah selesai dengar tazkirah dan solat berjemaahFardhu Isya,kami pun balik rumah. Sampai saja kami di rumah terus isteri PakCik minta maaf atas apa yang jadi. Dia cerita sebenarnya dia nak pergi tandas,masa Syahidah pun nampak duduk diam elok di situ. Tak sangka lepas dia baliktandas,baru dapat tahu Syahidah buat hal.

 

Pak Cik pun beritahu yang Pak Cik sikit pun tak marah,tambah tambah bila Ustaz tegur tadi. Cuma Pak Cik rasa lucu tak sangka Tok Siakpun layan lagu hindustan. Nasib baik,kalau tak pakat tengok sketsa diorang jemalam ni.

 

Pyan :" Waaahhh Dasyat anak Pak Cik, tak pasal pasalTok Siak pun kena karaoke dalam masjid."

 

Loqman :"Hahahaha kan."

 

Pak Cik Durin :" Hehehehe, bukan selalu dengar Tok Siakmenyanyi dalam masjid."

 

Loqman :" Pak Cik di rumah ada sesi bahagi kerja rumahke tak?"

 

Pak Cik Durin :" Alhamdulillah, kami tak buat semua tu.Kami mana boleh buat, kami jalan terus. Macam kalau hari tu isteri nak masak,In Shaa Allah Pak Cik cuci baju semua. Memang isteri Pak Cik tak paksa pun tapiIn Shaa Allah Pak Cik nak buat. Kecuali hari Pak Cik bekerja.

 

Lepas balik kerja, Pak Cik dah mandi dan solat semua. PakCik akan panggil isteri Pak Cik duduk kejap. Pak Cik akan urut badan dia sambilucap terima kasih sebab uruskan perihal rumah tangga. Lepas urut Pak Cik karatechop sikit belakang badan sambil selawat. Pastu siap lah. 5 minit setiap hari.Dah selesai, isteri Pak Cik pun akan bangun dengan senyuman.

 

Antara Pak Cik dan isteri kami tak pernah saling tekankanhak masing masing. Kami buat ikhlas kerana Allah Swt. Kami saling berkasihsayang kerana Allah Swt. Isteri Pak Cik selalu kata, rugi kalau dia nak tuntuthak dia sebagai seorang isteri sedangkan tiket ke Syurga dia ada di sini.

 

Loqman :" Seronok dengar cerita Pak Cik dan keluarga.Indah semuanya."

 

Pak Cik Durin :" In Shaa Allah kita kuatkan hati dandiri tinggalkan apa yang Allah Swt tak suka, nescaya Allah Swt akan bagi yangkita suka."

 

Habis sahaja cerita Pak Cik Durin. Bas ke negeri PulauPinang pun baru sampai.

 

Pak Cik Durin :"Haa, bas kamu dah sampai Loqman. Jomkita letak barang barang kamu."

 

Aku pun angkat beg aku dan ada sikit Pyan tolong angkatkan.Selesai letak beg di bahagian luar bas. Aku pun ajak Pyan bersembang kejap. Akumasa ni, aku tak tahan sebak, aku dapat rasa erti perpisahan dengan seorangsahabat.

 

Loqman :" Pyan, aku rasa bersyukur sangat sangat yangkau ada di sini dengan aku. Aku nak ucap selamat tinggal kat ko Pyan."

 

Masa ni aku terus peluk Pyan dan aku menangis. Aku tak mampunak tahan kesedihan aku.

 

Pyan :" Ya Loqman,  Selamat tinggal. Loqman,terima kasih banyak banyak yaa sebab ko hargai aku macam kawan ko. Ko takpernah sisih aku walaupun aku ni orang Indonesia. Ko baik sangat sangat Loqman.Bila ko balik ke sana, aku sudah kehilangan seorang sahabat dunia akhirat. Akusayangkan ko Loqman kerana Allah Swt."

 

Loqman :"Aku pun sayang ko kerana Allah Swt. Pyanhutang aku hutang Rm 200 tu bagi masa sikit langsaikan yer."

 

Pyan :"Loqman, ko bayar Rm 120 sahaja. Lagi Rm 80 takapa aku halalkan."

 

Loqman :"Allahuakbar, terima kasih banyak banyakLoqman."

 

Pak Cik Durin :"Berapa tadi hutang kamu Loqman?"

 

Loqman :" Ada dalam Rm 200 macam tu sebenarnya. Tak apananti saya balik sana, saya cari jalan selesaikan hutang Loqman."

 

Pak Cik Durin :"Alhamdulillah tak payah Loqman. Hutangkamu Pak Cik bayarkan kesemuanya. Pak Cik ikhlas membantu kamu kesemuanyakerana Allah Swt. Kamu tak perlu risau dah yaa Loqman. Antara kita tidak adahutang piutang."

 

Loqman :"Allahuakbar, Terima kasih banyak banyak yaaPak Cik. Terima kasih sangat sangat."

 

Pak Cik Durin :"Alhamdulillah, sama sama. Kamu janganlupa tujuan dan janji kamu di Pulau Pinang. Ingat bersungguh sungguh carikeampunan dan kemaafan dari mak bapa kamu."

 

Loqman :"Baik Pak Cik,In Shaa Allah saya ingat. ErrPyan, aku minta ampun minta maaf kat ko atas segala apa yang aku dah sakitkanhati ko sebelum ni, segala apa kata-kata aku yang menyakitkan hati ko, akutarik balik Pyan. Aku yang bersalah semuanya. Maafkan aku Pyan."

 

Pyan :" Allahuakbar, ko janganlah macam ni. Aku takpernah pun kecil hati dengan ko Loqman. Tak kan lah salah ko satu habis 10kebaikan ko aku lupa. Ko terlalu baik dengan aku Loqman. Tolong jangan lupakanaku yer Loqman. Jangan lupa hubungi aku bila ko dah sampai Pulau Pinang yaa.Jangan lupa aku yaa sahabat."

 

Loqman :"In Shaa Allah Pyan, aku tak lupakan ko Pyan.Susah senang ko sentiasa ada. Ko doakan yer untuk aku. Doakan yer mak bapa akuberi aku peluang kedua untuk aku. Doakan yer."

 

Pyan :"In Shaa Allah Loqman, aku yakin Allah Swt akantolong ko Loqman. Ko mesti kena bersungguh sungguh minta maaf kat mak bapa.Loqman, Nanti boleh semuanya dah jadi baik,aku nak juga jalan jalan di PulauPinang. Boleh yaa Loqman."

 

Loqman :"Ehh boleh sangat sangat Pyan. In Shaa Allahaku bawa ko jalan jalan di sana yer Pyan. Aku bawa ko makan macam macam diPulau Pinang nanti."

 

"Pyan, kalo ko nak tahu. Hari yang aku belakangkan ko,hari yang aku tak dengar pendapat ko, Itulah hari yang paling aku kesal. Kobuat apa yang sahabat sejati buat."

 

"Aku sangat menyesal. Aku dah buatkan ko banyak terlibatdengan bahaya. Semuanya berpunca aku, Pyan.

Maafkan aku Pyan, maafkan aku yaa."

 

Pyan :"Loqman, aku gembira susah senang dengan ko. Akusikit pun tak rasa marah dan menyesal. Dapat kenal ko, dapat bersahabat denganko,bagi aku semua itu sangat tinggi nilainya. Sampai bila-bila ko kawan kawanaku Loqman."

 

Aku senyum dan peluk Pyan. Kami sama sama menangis. Akuterharu dengan kesungguhan dan keikhlasan dalam persahabatan dia.

 

Loqman :" Selamat tinggal, Sobat Indonesia aku. Selamattinggal."

 

Pyan :" Loqman,ko jangan lupa apa yang aku pernahcerita kat ko."

 

Loqman :"Hahh?cerita mana satu Pyan? "

 

Pyan :" Jembalang di Malaysia mungkin lain. Jembalangdi Indonesia mungkin lain. Namun mereka semua saudarasejembalang,hehehehe."

 

Loqman :" Hahahaha, yelah yelah."

 

Pak Cik Durin :" Akrab sungguh kamu berdua. Pak Cikbangga dengan persahabatan kamu berdua. Sepatutnya kita umat Islam perluberkasih sayang sesama saudara kita. Kita saling lengkap melengkapi sama samasaudara kita. Baru kita semua boleh maju."

 

Loqman :" In Shaa Allah Pak Cik. Saya ikhlas bersahabatdengan Pyan. Pak Cik, terima kasih banyak banyak untuk kesemuanya. Allah Swtsaja boleh balas budi baik Pak Cik."

 

Pak Cik Durin :" Sama sama Loqman. Baliklah kamu kePulau Pinang. Di Pulau Mutiara itulah ada jawapan yang kamu cari. Gembirakanlahibu bapa kamu. Gembirakanlah mereka sampai ke hari tua mereka. Gembirakanlahmereka hingga ke akhir hayat mereka."

 

Aku pun terus peluk Pak Cik Durin. Aku salam dan cium tangandia.

 

Loqman :" Saya masuk dalam bas dulu yaa Pak Cik Durin,Pyan."

 

Pak Cik Durin :" Loqman, Pak Cik nak tanya ni."

 

Loqman :" Ya Pak Cik, apa dia tunggu."

 

Pak Cik Durin :" Kamu masih sayangkan Adaania?"

 

Loqman :" Pak Cik ingat lagi nama tu?"

 

Pyan :" Waaahhh, Pak Cik pun tahu kisah cintakamu?"

 

Pak Cik Durin :" Dah kamu beria pertahankan dia. Jikadia bukan jodoh kamu, kamu kena redha. Jika dia memang jodoh kamu, In ShaaAllah cepat lambat mesti patah balik kat kamu."

 

Loqman :" Saya dah tak berani nak berangan angan dahpak cik. Saya takut saya terluka."

 

Pak Cik Durin pun senyum dan tepuk bahu aku.

 

Loqman :" Oklah saya nak naik dulu yaa. Assalamualaikumsemua. "

 

Pyan :"Waalaikumsalam wbt."

 

Pak Cik Durin :" Waalaikumsalam wbt, jaga diri baikbaik yaa. Fii amanillah anakku Loqman, Fii Amanillah."

 

Aku pun senyum,terus masuk dalam bas dan cari tempat dudukaku.

Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Eez Aliff