Home Novel Kisah Hidup Duka Tak Dirancang
Duka Tak Dirancang
Eez Aliff
25/1/2022 08:27:20
57,575
Kategori: Novel
Genre: Kisah Hidup
Bab 1
Loqman Si Pelayan!


Setiap hari aku akan terjaga dari tidur pukul 9. Aku tak pernah bangun awal dari tu. Macam biasa aku akan berhingus di awal pagi dan mata aku separa merah.Setiap kali bila dah bangun, aku suka buka tingkap kecil bilik dan melihat suasana luar. Aku suka melihat suasana kereta,motor sibuk tersusun di jalan menunggu lampu isyarat bertukar ke warna hijau. Ada yang patuh menanti dan ada yang "langgar" ja lampu isyarat. 


Lepas itu bila mata aku meleret ke bawah dekat tempat letak kereta di bawah, boleh nampak ada mak cik jual nasi lemak dan kuih muih. "Allaaaaahhhhhhhh malasnyaaaaa nak kemas bilik ni haaihhhhh" macam biasa dialog aku yang masih sama setiap pagi. Aku akan jalan keluar bilik sambil langkah pakaian pakaian aku yang belum basuh atas lantai.Aku tinggal di rumah sewa bersama dengan 5 orang pelajar. Cuma aku seorang sajalah yang dah berkerja.


Aku cuma "hi hi bye bye" dengan budak rumah sewa ni. Stress aku dengan budak budak ni, aku rajin beli barang dapur di rumah ni. Aku tak kisah pun berkongsi rezeki, tapi bila dah habis tu, buat buat tak reti nak top up barang dapur. Pakaian budak budak rumah aku ni fuuuhh "Grand" kemain.Kebanyakan beli baju seluar kat "Shopping Mall". Kalau nak beli kat kedai "bundle" ka Uptown ka Downtown ka Pasar Malam memang TAK LAAAHHH KANN! Telur nak restock ka minyak masak peket ka beras ka mi segera ka garam ka gula ka haaaaihhhh tak daknya nak di endahkan. Makan pandai, restock tak mau.


Dasar kedekut,fikir diri sendiri. Cuma yang bagus perangai budak budak ni, diorang rajin menyapu dan mop lantai rumah. Bilik air pun rajin jugak diorang bersih kan. Peti ais di rumah selalu kosong, ais ketul pun liat nak "refill". Bukanlah susah pun "refill" ais ketul. Lama-lama aku pun dah mula meluat dengan perangai budak budak ni. Aku beli barang dapur dan aku simpan dalam bilik aku. SENAAAANGGGG! Tak payah nak ada sesi sakit hati bagai. Bila aku rasa nak makan baru bawa keluar bilik dan masak untuk aku seorang.


Balik kepada cerita tadi aku keluar bilik,mandi dan siap-siap nak gi kerja. Sebelum mandi aku akan masak air panas dalam heater untuk buat kopi. Lepas dah siap-siap,aku akan duduk minum kopi dan buka laman facebook . Tepat pukul 9.45 am, aku cuci gelas aku dan keluar pergi kerja. Aku ni seorang yang mudah terganggu emosi. Ada saja yang tak kena. Bila aku turun tangga nak ke bawah, aku mula nak naik angin sebab banyak sampah sarap yang terbuang di tepi tangga. Ada tin arak lah, kotak rokok lah, bekas makanan, plastik bungkus roti krim lah dan lain-lain lagi kat tepi tangga. Bila dah lama terbiar situ, memang bau busuklah tangga situ. Belum lagi tikus ka kucing ka berak dan kencing situ. Haaaaihhhh jijik sungguh!. Rosak mood pagi aku dengan bau busuk sampah ini.


Dah sampai bawah aku singgah kat kedai mak cik tu dan beli donut untuk alas perut. Aku suka makanan yang manis di awal pagi. Seolah olah membuka minda aku. Aku suka sembang dengan mak cik yang jual kuih muih dan nasi lemak ni. Nama mak cik ni Ani. Selalu mak cik ni nanti usik aku "Haihhhhh, Loqman. Kamu ni bilanya nak kahwin? Teringin juga nak makan nasi minyak kamu ni. "Aku pun ada ada saja jawapan aku, "Alaaaaaaa mak cik, bujang lah senang. Awek boleh tukar tukar, ni kalau dah kahwin kena setia dengan satu" berketawa sakan aku. Jawapan mak cik Ani santai dan ada pengisian "Loqman, biarlah hidup kita ni bersederhana gembira dan lebihkan bersyukur. Gembiralah kamu dengan yang halal yer, Loqman." Aku pun senyum sambil makan donut yang gebu lagi manis. Bisik dalam hati aku masa tu "Whatever lah mak cik oooooiii, malas aku nak layan."


Aku pun bergegas naik motor dan terus pergi kerja. Aku buat masa ni kerja sebagai pembantu dan pelayan di sebuah kedai makan berdekatan dengan rumah sewa aku. Kedai yang aku bekerja itu menu makanan di siang hari adalah Nasi Campur manakala waktu malam menu hidangan panas seperti masakan Ala Thai.Nama kedai yang aku kerja ni adalah Senyum Seminggu. Aku sebenarnya kerja sini hampir setahun lebih. Kisah aku ni sebenarnya haaaaih, ada ada saja tak kena. 


Kisah Sebelum Jadi Pelayan! Aku ada kelulusan dalam bidang perniagaan. Jadi sebelum aku melekat dengan kerja di kedai makan ni, aku kerja di pejabat. Masa tu aku kemain segaknya. Jarak tempat aku kerja dulu, agak jauh dari rumah sewa. Masa tu fikiran aku lah, lepas habis belajar terus cari kerja. Aku tak mau kerja sambilan bagai ni. Aku pun mula membuat permohonan untuk minta kerja. Banyak tempat aku nak mohon, dari sektor kerajaan sampai ke sektor swasta.


Aku pun siap resume aku sehabis baik mungkin. Aku cari di internet resume terbaik dan aku pun tiru ikut kesesuaian bidang aku. Siap semuanya terus aku mohon pekerjaan. Asal boleh kerja aku mohon. Nak jadi cerita, di kalangan kawan kawan satu Universiti dengan aku. Aku lah yang paling awal dapat kerja. Huuuhhh kemain aku berlagak masa tu. Bayangkan dapat kerja terus aku pergi membeli beberapa baju lengan panjang dan seluar slack hitam. Tali leher pun aku beli. Punyalah teruja nak bekerja masa tu.


Hari pertama aku nak pergi kerja siap aku buat video bagai. Rakam persiapan pakaian semua di malam hari. Kilatkan kasut sampai hitam bersinar. Yang tak boleh tahan tu, aku punyalah minta tolong kawan aku rakam tengah seterika baju dan seluar. Lepas tu aku akan muat naik dalam laman facebook aku. Memang sengaja aku buat macam tu. Aku nak tunjuk yang aku ni dah mula kehidupan bekerjaya. Ramai kawan kawan aku ucap tahniah. Aku pun masa tu konon bagi komen komen yang bersemangat kat diorang supaya jangan berputus asa cari kerja. 


Dah macam seorang ikon atau idola bagi nasihat kat para peminat. Aku siap cerita dengan bangga strategi cari kerja semua. Kawan kawan aku pun ikut macam aku. Yang bab buat resume tu siap ada yang nak upah aku buatkan. Rezeki jangan ditolak. Aku pun ambil lah peluang keemasan ni. Keesokan pagi aku bangun awal dan bersiap siap semua. Macam biasa aku akan rakam untuk muat naik di facebook. Pakai baju lengan panjang, seluar slack hitam,bertali pinggang dan berkasut sepatu hitam.Jalan aku kemain nak bergaya. Suka sungguh aku jalan dengan kasut sepatu. Rasa macam memang kacak bergaya aku ni.


Aku kerja di pejabat yang menjual produk kesihatan. Nama dia Anggunz Da Cikeboom. Dia punya tagline memang gempak "Bukan Setakat Perasan".Aku kerja sebagai pembantu tadbir macam tu lah. Kerja aku lebih kepada kira dan kemaskini jumlah stok, hantar tempahan produk ke pejabat pos, bungkus produk, simpan dan kemaskini data pelanggan dan macam macam. Kadang aku tertekan juga sebab kerja terlampau banyak. Terkejar kejar masa aku. Nak buat itulah,buat inilah. Bila dah penat sangat, asal sampai rumah aku tidur dulu. Tidur sejam lebih baru bangun. 


Lama kelamaan kerja aku bertambah lagi bila aku disuruh untuk libatkan diri dalam pemasaran. Aku jadi macam geram pun ada dengan boss aku. Nak aku kerja macam macam. Tapi gaji takat sama ja. Bonus apa pun tak da.Betulkah Ini Cinta Loqman?Aku pernah rasa nak berhenti kerja. Tapi apa yang kuatkan diri aku untuk terus kerja di situ bila ada seorang gadis yang lawa, bentuk badan menggiurkan dan peramah. Nama dia Zaharah. Dia pula suruh aku panggil Baby Zi. Lagi lah aku perasan macam dia ni buah hati aku.


Aku tahu yang aku ni kurang kacak, jadi aku kena jadi kelakar supaya kebarangkalian untuk dia mengelak dari aku tu rendah. Jadi aku pun cari idea buat kelakar depan dia. Kadang aku sengalkan diri aku demi dia. Lama kelamaan nampak macam dia boleh rapat dengan aku. Bila dah selesa boleh rapat,aku apa lagi minta nombor telefon terus. Sebelum orang lain kebas, lebih baik aku bertindak. Hari yang aku dapat nombor telefon dia, itulah hari yang paling aku gembira. Aku mula cari peluang untuk mesej dia. Mulanya tanya pasal kerja. Lepas tu tanya dah makan belum, tengah buat apa tu,sihat tak padahal tiap tiap hari aku kerja dengan dia kecuali hari Sabtu dan Ahad. 


Makin rancak aktiviti mesej dengan dia bila aku dapat tahu yang dia ni bujang dan belum ada buah hati. Memang semangat lah aku masa tu. Asal dari mesej saja. Bila kena terlibat dengan bahagian pemasaran terus jadi video call setiap malam. Konon kena semangat nak naik kan produktiviti perniagaan boss. Padahal aku yang gatal nak video call dengan dia sebab dia selalu pakai pakaian ketat di rumah. Ada udang di sebalik batu lah katakan. 


Masa tu tengah trending tentang pemasaran produk di Facebook. Senang faham Fb ads lah. Kami pun sama sama cari jalan untuk faham cara penggunaan Fb ads, Cara nak target pelanggan, berapa bajet harian dan macam macam. Mula mula dengan usaha gigih jualan produk memang meningkat. Banyak pembeli daftar untuk menjadi agen dan stokis. Berbunga bunga hati boss kami masa tu. Siap puji kami berdua di depan staff lain. Cara dia puji seolah olah kami ni jantung perniagaan.Huuuhhh masa tu rasa bangga macam nak lompat sampai ke bintang. Masa boss cakap yang aku dengan Baby Zi adalah pasangan terbaiklah, aset perniagaan boss lah contoh terbaiklah mulalah aku pun rasa nak luah perasaan kat Baby Zi. 


Hujung minggu aku ajak Baby Zi keluar. Aku pun ajak tengok wayang,lepas tu ajak makan dan sebelum balik tu aku bawa sejambak bunga dan hadiah. Aku punyalah nervous masa tu tak boleh bawa bincang. Sebelum kami balik, aku pun buatlah pengakuan yang aku suka kat dia. Aku pun pujilah kecantikan dia, lemah lembut,bijak dan dia lah wanita yang seiras dengan bidadari. Fuuuhhh kemain ayat aku kan. Dipendekkan cerita, dia pun bersetuju untuk menerima aku sebagai buah hati dia. Punyalah seronok masa tu, sampai setiap saat aku dengan dia semua aku tulis dalam satu buku catatan. Kira macam diari aku. 


Sebenarnya bercinta dengan Baby Zi ni banyak betul cabaran. Pernah aku terdengar perbualan dia dengan kawan kawan dia. Kawan dia pernah kata yang Baby Zi ni bodoh dan tak da otak sebab pilih aku sebagai buah hati dia. Kawan dia siap cakap yang muka aku ni muka rumah tak siap. Senang faham muka aku ni buruk. Aku masa tu memang rasa sedih. Luluh hati aku bila kawan dia hina aku sampai macam ni. Hodoh sangat ka aku ni. Aku pun beredar dari tempat tu. Tapi bila aku dengar Baby Zi pertahankan aku. Aku punyalah rasa terharu. Dia kata yang aku ni sempurna untuk dia. Bila aku ada dia tak akan sunyi. Bila aku ada dia akan rasa apa yang dia perlu semuanya ada dan dia dah tak perlu takut kejar sesiapa. Dia gembira bersama aku. Kata kata Baby Zi dekat kawan kawan dia buatkan aku tersenyum.


Lama kelamaan kami jadi makin rapat. Kami pun buatlah keputusan nak berkahwin. Jadi Baby Zi ajak aku pergi rumah dan jumpa mak ayah Baby Zi. Hari Sabtu, keluarga dia ajak aku datang ke rumah waktu petang dalam pukul 5. Kira masa tu ada sesi minum petang. Masa aku sampai di rumah, aku pun suruh Baby Zi jalan dulu dan beritahu yang aku dah sampai dan nak jumpa mak ayah. Lepas tu mak ayah dia pun ok dan pelawa aku datang minum sekali. Sekali aku datang, mak dia tengok aku terus tersembur air teh. Bapa dia pun tengok aku terus Bapa dia kata "Zi, seriouslah muka ni jadi menantu kami? ".Memang aku rasa geram aku pun keluar dari rumah tu. Kalau turut hati aku, mahu aku ambil air teh,aku kumur puas puas dan aku sembur kat mak ayah dia. Baby Zi jadi pening nak pujuk yang mana satu.Sebelum aku buat perkara yang bukan bukan, aku pun terus balik. Aku tinggalkan Baby Zi di rumah dia. 


Bayangkan sepanjang malam aku menghadap muka di cermin. Aku pun tertanya kat mana lah cacat cela aku sebenarnya. Kami teruskan hubungan kami macam biasa. Aku pekakkan telinga aku bila ada sesiapa kutuk dan hina aku dekat Baby Zi. Aku dah nekad nak kumpul duit cepat-cepat dan aku nak kahwin. Mak ayah Baby Zi restu atau tak,tu semua belakang kira. Benda Nak Jadi Loqman!Aku sangka percintaan aku dengan Baby Zi sampai ke jinjang pelamin. Jualan produk kesihatan boss aku merosot beberapa bulan terakhir ni. Tak kuat seperti sebelum ni. 


Boss aku mengamuk dan dia marah aku dengan Baby Zi. Paling aku terkilan, bila Baby Zi sendiri tuduh yang aku tak bersungguh sungguh dalam mencari peluang untuk tingkatkan jualan. Sedangkan aku ada bersama dia. Aku mana lah sempat nak buat macam macam. Aku ingat dah buat Fb ads cukuplah. Rupanya tak pun. Ada banyak lagi yang kena buat. Masa tu aku tengok dia seperti nak selamatkan diri. Aku tak mampu nak berkata masa tu. Aku macam tak boleh percaya yang dia boleh buat macam ni kat aku.


Selang beberapa hari kemudian, aku dapat surat dari boss aku. Aku dibuang kerja kerana gagal menaikkan jualan boss dan telah merugikan boss dalam pelaburan iklan di facebook. Aku macam terkejut dan tak percaya. Aku rasa macam tak adil. Aku pun keluar bilik dalam keadaan sedih. Aku kemas barang aku di pejabat dan di sini aku mula rasa pelik. Aku tengok Baby Zi tak kena pun buang kerja sedangkan dia pun terlibat dalam jualan. Masa aku dah siap dan nak keluar dari pejabat. Baby Zi panggil aku. Dia pun panggil aku. Dia cakap nanti dah sampai rumah, rehat dulu. Dia pun bagi surat kat aku. Aku macam pelik. Mendadak semua ni jadi. Dia cakap dah sampai rumah baru baca. Aku pun bersangka baik. Mungkin dia nak bagi kata kata semangat kat aku.


 Aku pun naik motor dan baliklah ke rumah. Sampai ke rumah, aku masuk bilik dan baring dulu. Masa ni baru aku buka surat.Rupanya surat pemecatan aku dari bertakhta di hati Baby Zi. Baby Zi nak putus dengan aku. Dalam surat tu Baby Zi tulis "Katanya anggap ini satu mimpi,yang datang sekadar untuk menguji". Sakit sungguh hati aku, macam lah aku tak tau lirik lagu ni. Aku kecewa sungguh masa ni. Sudahlah jatuh ditimpa tangga. Dah lah kena buang kerja lepas tu kena tinggal dengan Baby Zi. Aku jadi tak ada selera nak makan beberapa hari. Yelah aku dah sayang sungguh dengan Baby Zi. Tapi tulah tak jodoh. 


Loqman Dah Move On! 


Selang 2 atau 3 hari aku pun mula operasi cari kerja baru. Aku hantar resume kat merata tempat. Lama juga aku menunggu, dah hampir 3 bulan tak da satu pun yang kena. Tak boleh jadi ni, duit simpanan aku makin berkurang. Aku kena buat sesuatu. Aku pakai semula pakaian kerja aku sebelum ni. Aku pun keluar rumah dan terjah terus dari satu pejabat ke satu pejabat. Aku punyalah bersungguh pergi cari kerja. Yang ada kekosongan tu cuma jadi Cleaner. Aku tak mau lah kerja ni. Setelah aku letih seharian mencari kerja, aku pun singgah ke kedai makan. Aku lapar sungguh masa ni.


Sebenarnya sebelum ni aku tak pernah sekalipun makan minum di kedai sini. Buat pertama kali aku makan kat sini,aku rasa sangat berpuas hati. Sedap sungguh makanan di sini. Nama kedai ni, kedai makan Senyum Seminggu. Pelanggan di sini punyalah ramai. Lepas aku selesai makan minum terus aku bergerak pergi ke kaunter. Masa nak buat pembayaran, aku pun ternampak iklan jawatan kosong. Lepas aku selesai buat pembayaran, aku keluar dari kedai dan berfikir sama ada elok ambil kerja ni dulu ka atau tak. 


Aku setelah fikir masak masak. Memandangkan duit simpanan aku makin berkurang, jadi aku pun pergi tanya kat kaunter tentang kerja kosong. Alhamdulillah syukur, dipermudahkan segala urusan aku. Aku dapat bertemu dengan tuan punya kedai dan dipendekkan cerita, aku dapat kerja sebagai pembantu kedai. Loqman Jumpa Pyan! Kerja di kedai makan ni ada kelebihan dan kekurangan dia. Kerja di makan In Shaa Allah kita boleh jimat duit dari segi makan minum. Cuma penat kerja macam ni sebab dia lebih kepada pergerakan fizikal. 


Mula mula aku kerja di kedai makan, aku macam terkial kial. Sini aku belajar cara melayani pelanggan,cara mengambil pesanan pelanggan, cara menghantar makanan, cara mengemas meja dan macam macam lagi. Seperti aku yang baru bekerja sebagai pembantu kedai, aku dibimbing oleh pekerja yang disukai oleh boss aku. Nama dia Pyan. Pyan ni orang Indonesia. Dia seorang yang sangat rajin bekerja. Kadang bukan tugas dia pun dia buat. Contoh kerja dia sebagai pembancuh air. Tapi bila selesai kerja, dia akan menyapu sampah seluruh kedai. Dia memang pandai bersembang. 


Banyak pelanggan suka dengan dia. Kadang tu pernah aku nampak pelanggan sekadar tegur dia, alih alih mesti masuk ke kedai untuk membeli sesuatu. Aku bangga dengan kehebatan dan kecerdikan dia. Kadang aku terfikir, berkemungkinan juga aku kekurangan ilmu seperti ini ketika di pejabat dulu. Pernah dia ajar dekat aku, kita sebagai pekerja kena selalu berdoa dan berusaha untuk majukan kedai ni. Salah satu sebabnya adalah kita semua berkongsi mencari rezeki di sini. Walaupun kita sekadar pekerja yang cukup bulan makan gaji, kita mesti buang sikap pentingkan diri sendiri. 


Jujur aku cakap, aku tak pernah terfikir macam ni. Aku yang ada kelulusan dalam bidang perniagaan pun tak hebat macam Pyan. Sepatutnya aku lah yang kena hebat lagi. Aku pun belajar dari Pyan teknik melayani dan mengembirakan para pelanggan. Lama kelamaan kami makin rapat. Dah macam sahabat karib. Pyan ni kalau tak salah aku, dia dah hampir 6 tahun bekerja di Malaysia. Jadi cara berbual dia dah macam orang sini. Cuma kadang kadang baru dia selit sikit dialek Indonesia. Aku sangat seronok bersahabat dengan dia. 


Pekerja pekerja lain di sini pun ramah. Semuanya macam saling membantu. Jadi di sini aku pun belajar setakat cara jadi pelayan tapi aku juga belajar cara buat air. Masa mula mula tu, setakat milo ais,kosong dan air sirap memang aku reti. Tak susah pun cara penyediaan. Yang agak mencabar bagi aku bila kena bancuh teh tarik ataupun Nescafe panas. Aku kena faham sukatan dan cara bancuh yang betul. Barulah padu minuman. Lama kelamaan aku juga cara penyediaan minuman teh panas dan teh o panas satu jug. 


Serba serbi jadinya aku di sini. Pyan dia seorang yang suka bergurau dan tenang orangnya. Dari asal sekadar belajar jadi pekerja di kedai makan kini jadi sahabat karib. Kami pun mula bertukar tukar cerita. Aku baru tahu yang Pyan ni tinggal di Bali. Berasal dari keluarga orang susah.Aku macam tergelak bila dia cerita perbezaan orang Indonesia dan orang Malaysia. Dia pernah tanya kat aku, orang Malaysia tak pernah jemu makan ayam ka? Bila dia soal macam ni, aku pun nak tahu juga orang Indonesia ni sebenarnya tak suka makan ayam ka?Setelah dia bercerita, barulah aku tahu. Di Indonesia, jarang dapat makan ayam. Selalunya ikan dan lain lain. Lepas tu dia cerita, ayam di Malaysia semua besar saiz.Aku faham maksud Pyan sebenarnya sebab aku pernah nampak ada mak cik yang kerja di kedai makan, dia geleng kepala sambil ketawa tengok saiz ayam goreng. 


Pastu aku juga ada dengar mak cik pernah kata yang negara Malaysia ni syurga makanan. Pernah juga Pyan buatkan aku dendeng daging, telur berlada, ikan keli masak cili padi dan macam macam lah. Ada yang aku tak boleh sebab terlalu pedas. Aku bila jumpa seorang sahabat macam Pyan ni, jujur aku cakap inilah erti bersahabat. Ikhlas dalam semua hal. Pyan pernah tanya aku, aku ni tak ada teman wanita. Aku pun cerita pasal kenangan Baby Zi.


Aku stress dengan Pyan bila dia ketawa dengar ibu Baby Zi tersembur air teh bila tengok muka aku. Tapi aku tak marah pun sebab benda dah lepas. Cuma bila dia tanya aku, tak nak cuba pujuk Baby Zi ka. Mana tahu mungkin masih ada jodoh dengan dia. Aku pun mula bina harapan. Aku siap susun ayat puitis dengan harapan ada peluang kedua dengan Baby Zi. Cobaan Loqman Yang Kedua! Ok tiba hari yang di nantikan. Aku beli bunga dan aku ajak Pyan temankan aku. 


Kami pun pergi ke tempat kerja lama aku. Aku bersembunyi di belakang pokok. Aku dah bersedia nak buat kejutan istimewa untuk dia. Tapi malang sungguh nasib aku, Baby Zi dah ada pengganti. Orangnya bergaya seperti anak Dato siap naik kereta Audi. Baby Zi jumpa buah hati baru dia, terus pegang tangan dan cium. Aku terus terduduk dan menangis. Aku sungguh tak boleh terima yang Baby Zi dah ada pengganti. Pyan punyalah dok memujuk aku. Paling aku tak boleh tahan dengar ayat dia. 

 Pyan :" Udah Udah lah ko bersedih, ko bersangka baiklah sama lelaki tu. Kita kan orang Islam. Jomlah kita husnul khatimah yang dia tu suaminya. Alaaaaa Loqman, bunga bukan sekuntum dia dunia ni." 

 Loqman :" Pyan, lelaki tu masih bernafas lagi Pyan. Dia mati pun belum. Yang ko cakap tu husnuzon. Aku tengah kecewa ni, boleh pula ko bergurau dengan aku." 

 Pyan :" Allahuakbar, bunyinya macam sama tapi baru ku tahu tak serupa. Tak pa, tak pa. Kita sangka baik saja sudahlah Loqman. Buah hati baru dia ni anak orang kaya dan kekasih mesti lawa, Alaaahhhh macam cerita di televisyen tu." 

 Loqman :" Haah memang, yang kaya tu mak bapa budak tu. Bolehlah nampak kacak bagai depan Baby Zi. Baby Zi kena ingat, orang yang kacak mana pernah setia." 

 Pyan :" Ewah Loqman, aku cuma nak sedapkan hati ko, ko pula yang kutuk lebih. Tapi Loqman, ikhlas aku bangga dengan ko Loqman. Aku pun tak mungkin boleh berani macam ko." 

 Loqman :" Dah kenapa pula ko nak bangga dengan aku?" 

 Pyan :" Yelah, ko walaupun tak kacak tapi selera ko dasyat. Nak kekasih pula level artis. Haaihhh aku kena belajar dengan ko Loqman." 

 Loqman :"Pyan aku tengah sedih ni, ko boleh kutuk aku kat sini. Dah lah jom lah kita balik. Aku doakan Baby Zi tu jadi gemuk. Padan muka." 

 Pyan :" Hahahaha, Ishhhh ko ni Loqman. Biar buruk rupa, jangan buruk perangai." 


 Kami pun tinggalkan tempat tu. Bunga? Aku tinggalkan di situ sahaja. Rugi duit aku, haaaaih.

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Eez Aliff