Home Novel Keluarga Dania Aryanna
Dania Aryanna
AryyanPendragon
8/2/2021 23:28:56
33,514
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 10

Taufiq menendang tayar keretanya geram. Anna yangberada di sisinya memandang Taufiq tanpa perasaan. Mereka kini berada dihadapan bangunan cawangan syarikat Hikayat namun keadan di situ sepi dan kotor.Cuma ada seorang pengawal keselamatan yang menjaga bangunan itu. Berdasarkan apayang dikatakan, bangunan ini sudah kosong selama 2 tahun. Tidak pasti di manamereka berpindah.

“Apa kita nak buat bang? Ini diluar bidangkuasa Anna. Anna tak boleh decide apa-apa.”

Tanya Anna perlahan, dia faham Taufiq pastiberasa kesal kerana salah satu syarikat ayahnya telah di tutup.

“Anna! Cawangan dekat sini dah tutup selama 2tahun, habis selama ni laporan audit tu tulis seolah-olah masih beroperasi. Apabenda yang dah jadi ni?”

Kata Taufiq berang. Anna mengosok belakanglehernya.

“Cawangan mana lagi yang bermasalah?”

Soal Taufiq tegas. Anna tersenyum sedikit.

“Kita ada 3 cawangan lagi yang perlu disiasat. Tiadamasalah kalau kita terus melawat setiap cawangan yang syarikat ni ada.”

Kata Anna memberikan cadangan, dia memang sudahbersedia akan segala kemungkinan. Setelah dia membaca laporan audit dari tahuntahun yang lepas.

“Kita check out hari ni juga! Ada 7cawangan lagi yang perlu kita lawat.”

Kata Taufiq tegas. Anna menganggukkan kepalanya.Lalu mereka kembali masuk ke dalam kereta.

2 minggu telah berlalu, Anna dan Taufiqakhirnya telah pulang dan kembali ke pejabat. Anna dan Taufiq masih merahsiakanpernemuan mereka kerana Anna masih menyiasat keberadaan staff yang ditugaskanuntuk cawangan syarikat yang telah ditutup.

Taufiq yang sedang leka membuat kerja tergangguapabila telefon pejabatnya berdering. Di talian Hikayat meminta dia hadir kepejabat kerana ada hal mustahak yang perlu di bincangkan.

Taufiq segera bangun dan masuk ke dalam pejabatAnna, pejabat Anna berselerak dengan fail. Di lantai dan meja bertimbun dengansegala jenis fail. Wajah Anna nampak tenang walaupun dia terpaksa membebantanggungjawab yang berat.

“Anna, jom kita pergi ke pejabat papa abang. Adabenda nak bincang.”

Ajak Taufiq.

“Ini kes cawangan yang dah tutup tu ke?”

“Tak, abang tak bagitahu lagi.”

Anna menganggukkan kepalanya. Lalu dia capaisebuah fail berwarna hitam dari bawah meja dan hulur fail tersebut kepada Taufiq.Taufiq memandang Anna pelik dia ambil faik tersebut dan duduk di kerusiberhadapan meja kerja Anna. Lalu dia menyelak helaian fail tersebut dan bacaseketika.

“Anna dah jumpa orang yang abang cari. Irfan Zhoriffstaff yang jaga cawangan di Melaka. Abang boleh call dia tak? Tapijangan cakap apa -apa mengenai cawangan yang dah tutup tu. Pandai pandailahabang cari alasan lain.”

Kata Anna perlahan. Taufiq memandang Annadengan wajah resah.

“Kita boleh beritahu pak cik Hikayat tentanghal ni.”

Taufiq mengeluh lemah. Dia segera bangun danmemegang fail hitam tersebut dengan kedua belah tangannya.

“Jom, kita jangan buat papa tunggu kita.”

Lalu mereka berdua segera keluar dari pejabatdan menuju ke pejabat Hikayat.

Anna dan Taufiq tidak terkejut apabila melihatayah Anna berada di situ. Tetapi mereka telah bersetuju untuk merahsiakan beritaini daripada ayah Anna.

Anna duduk di samping ayahnya manakala Taufiqduduk berhadapan dengan ayahnya Hikayat.

“Jadi, apa yang papa nak bincang dengan Taufiq?”

Soal Taufiq, Anna pula sudah bersedia dengan pendan buku di tangan untuk mencatat isi penting perbincangan mereka.

“Bukan papa, tapi Farid yang nak bercakap.”

Tumpuan Anna dan Taufiq beralih ke ayah Anna. Jantungmereka berdetak laju menunggu kata-kata yang keluar dari mulut Farid. Dia memandangHikayat.

“Aku syak Fatimah curang dengan aku.”

Anna menutup mulutnya, cuba menyembunyikansenyuman.

“Lelaki tu Dato Mustafa. Mereka setiap hariakan berjumpa di sebuah banglo. Setiap hari…”

Sambung Farid lagi, suaranya bergetar. Anna tergamam.Dia cuba siasat siapa orang yang Fatimah berjumpa setiap hari tetapi gagal. Keranabukan sebarangan orang yang boleh masuk ke rumah tersebut. Namun secara diamayahnya sendiri sudah menyiasat hal Fatimah tanpa pengetahuan dia.

“Mana ayah tahu?”

Soal Anna perlahan.

“Ayah ikut dia Anna. Ayah tak sangka dia curangdengan ayah selama ni.”

Anna menganggukkan kepalanya lalu dia memandangHikayat.

“Pak cik, siapa Dato Mustafa?”

“Musuh syarikat kita. Mereka selalu guna cara kotoruntuk jatuhkan syarikat ni.”

Anna menganggukkan kepalanya. Dia sudah fahamkenapa Fatimah hantar orang untuk bekerja di syarikat ini.

“Aku syak Mustafa gunakan Fatimah untuk dekatdengan aku sebab aku orang kanan kau. Aku tak pernah bawa keluar segalamaklumat syarikat tapi aku risau kalau dia ada jalan lain untuk jatuhkansyarikat kau ni, aku minta kau berhati-hati.”

Farid berkata lemah.

“Tentang Fatimah kau jangan risau, aku akanuruskan dia.”

Kata Hikayat secara tiba-tiba.

“Kenapa?”

Soal Farid.

“Aku nak kau buat macam biasa je Farid, halFatimah dah Mustafa biar aku uruskan. Kau tak perlu risau tentang Fatimah. Bilasampai masanya dia akan dapat balasan atas apa yang dia buat.”

Kata-kata Hikayat buat Farid tercengang berbezadari Anna dan Taufiq yang menganggukkan kepala.

 

XXXXXXXXXX

 

Pintu pejabat Hikayat di ketuk perlahan. Taufiqdan Hikayat memandang sesama mereka. Berasa gementar ingin mendengarkan penjelasandaripada individu yang mengetuk pintu tersebut.

“Masuk.”

Kata Hikayat tegas.

Pintu terbuka dan muncul Irfan di sebalik pintu.Wajahnya ceria memandang Taufiq dan Hikayat.

“Selamat pagi Tuan Hikayat, Tuan Taufiq.”

Kemudian Irfan menghulurkan tangan untukbersalam dengan Hikayat dan Taufiq. Setelah mereka menyambut huluran merekamenjemput Irfan duduk di sofa yang tersedia di dalam pejabat itu.

“Saya dapat arahan untuk datang harini. Berkenaandengan audit tahun lepas. Boleh saya tahu apa masalah ya?”

“Okay Irfan, saya nak tahu, apa alasan awakmengenai pengurangan staff yang berlaku di cawangan Melaka? Ketika sayaserahkan tugasan dekat awak staff kita ada 500 orang, tetapi untuk 3-4tahun sebelum ni bilangan staff telah berkurang. Terlampau banyak kurangnya. Adaapa-apa masalah ke?”

Soalan Hikayat buat Irfan terdiam. Wajahnya bertukarpucat.

“Err, tidak sebenarnya, staff kita memang ramaiyang minta berhenti. Setiap bulan pasti akan yang berhenti.”

Jawab Irfan resah.

“Saya tahu, mana-mana syarikat pun akan ada pekerjayang berhenti. Tetapi masalahnya sekarang ni beratus pekerja yang berhenti dalammasa sehari. Saya nak tahu kenapa jadi macam tu?”

Irfan mula berpeluh.

“Dalam laporan audit ada tulis ke staffberhenti serentak pada masa yang sama?”

Soal Irfan, dia mula tidak senang duduk.

“Awak luluskan laporan audit tu, tak akan awak taktahu encik Irfan?”

Sindir taufiq sinis. Irfan menundukkan kepalanya.

“Macam ni Tuan, sebenarnya staff resignsebab gaji mereka bawah 2000 ringgit terlampau kecil bagi mereka. Mereka kata dengankerja yang banyak mereka tak mampu nak tahan.”

Hikayat dan Taufiq mengerutkan dahi.

“Bawah 2000? Irfan! Kami sudah tetap kan gaji permulaanpekerja bermula daripada rm 2500 tidak termasuk elaun. Apa yang awak cakap ni Irfan?”

Hikayat mula meninggikan suara. Irfan sedar diasudah terjerat dengan alasan tidak munasabahnya sendiri.

“Tak apalah Irfan. Awak tak perlu bagi alasanbodoh lagi. Saya dah pergi ke pejabat di Melaka. Awak tahu apa saya jumpa dekatsana? Bangunan usang yang penuh dengan semak samun. Pengawal keselamatan yangjaga di sana bagitahu pejabat dah tutup selama 2 tahun. Laporan audit yang awakhantar semua tak benar. Dari segi, keuntungan cawangan disana, staff dan lain-lainlagi. Kami dapat aduan syarikat luar yang nak bekerjasama dengan pejabat disana membatalkan kerjasama mereka atas sebab awak tidak amanah dan pejabat tidakwujud. Sekarang saya tak nak berdolak-dalih lagi, siapa yang bayar awak untukburukkan nama syarikat kami?”

Soal Taufiq tegas. Wajahnya merah menahanmarah. Wajah Irfan berubah mendengar penjelasan Taufiq. Dia tidak sangka segalanyatelah terbongkar.

“Siapa lagi yang bersubahat dengan awak untuk jatuhkansyarikat ni? Awak jawab sekarang!”

Taufiq meninggikan suaranya. Irfan melutut dilantai. Dia menundukkan kepalanya tidak mahu bertentang mata dengan Hikayat danTaufiq.

“Saya minta maaf Tuan, tetapi saya tak bersalahdalam hal ni. Saya di paksa! Mereka paksa saya untuk buat seperti yang merekasuruh dan mereka bayar saya setiap bulan.”

“Okay awak di paksa dan diberi duit. Saya naktanya awak guna tak duit tu?”

Tanya Hikayat pula.

“G…Guna Tuan.”

Kata Irfan. Hikayat mendengus geram.

“Awak di paksa dan dibayar. Kalau betul awak dipaksa awak boleh je lapor pada kami dan berkenaan duit tu, awak tetap gunatidak seperti awak dipaksa pula ya.”

Sindir Taufiq lagi. Irfan terdiam. Semakin banyakdia memberikan alasan, segala rahsia dia semakin terbongkar.

“Siapa yang bayar kau?”

Taufiq mula hilang sabar tetapi Irfanmenggelengkan kepalanya tidak mahu memberitahu dia menerima arahan daripadasiapa.

Hikayat memberikan isyarat kepada Taufiq.

“Kami minta maaf Irfan, tapi atas sebab kamu khianatkami, burukkan nama syarikat dan menipu laporan audit tahunan kami terpaksahentikan kamu dari bekerja di syarikat ini.”

Kata Taufiq sambil dia meletakkan sehelaisampul surat di atas meja. Irfan memandang surat itu dengan riak wajah terkejut.

“Saya minta maaf Tuan! Tolong jangan pecat sayasaya dah bekerja lama di syarikat ni!”

Rayu Irfan.

“Disebabkan awak dah lama bekerjalah kamipercayakan awak, tapi sekarang ni awak khianat kami. Awak tak perlu beri alasanlagi, nanti peguam syarikat akan datang jumpa awak.”

Kata Hikayat tegas. Irfan memandang Hikayattidak percaya.

“Peguam syarikat akan jumpa saya? Kenapa Tuan?”

“Awak dah jatuhkan nama baik syarikat dan palsukanlaporan audit. Awak ingat ini perkara kecil ke Irfan?”

Soal Taufiq. Irfan terduduk di atas lantai. Tidakpercaya akan nasib dirinya.

Previous: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AryyanPendragon