Home Novel Keluarga Dania Aryanna
Dania Aryanna
AryyanPendragon
8/2/2021 23:28:56
33,488
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 8

Anna yang sedang duduk di sebuah restoranmakanan segera sedang leka menyelak dan membaca isi kandungan fail yang bewarnahitam itu. Semenjak dia bekerja di syarikat ini, ke mana sahaja dia pergi diapasti akan membawa kerja untuk di teliti. Kerja menyiasat bukan mudah lebih-lebihlagi untuk amatur macam dia. Walaupun ayah dia sendiri penyiasat untuksyarikat dan Anna telah mewarisi kebijakkan ayahnya dalam tugas ini, tetapisetelah sudah lama dia tidak bekerja di bidang ini dia juga seperti perlubelajar semula dari mula tentang bidang ini.

Sepanjang masa dia akan biarkan mindanyaberjalan dengan hal kerja. Tidak mudak nak cari pengkhianat dalam syarikatlebih-lebih lagi dia perlu melakukan kerja ini secara rahsia.

Anna terdiam apabila melihat laporan audit dari3 tahun yang lepas pada salah satu cawangan mereka. Dia mula mengambil fail daritahun seterusnya yang telah di simpan di dalam beg kerjanya. 5 fail kini beradadi atas meja dan dia mula teliti satu persatu. Sambil baca Anna mengetuk mejadengan jarinya perlahan. Anna kemudian mengeluarkan telefonnya dan menghubungiTaufiq. Sekejap sahaja Taufiq sudah menjawab panggilannya. Anna tanpa berdolak-dalihsegera menyatakan hasratnya.

“Abang, Anna tak masuk pejabat hari ini, adahal sikit yang Anna nak selesaikan. Hari ni juga Anna nak pergi keluar daerahatas sebab nak periksa salah satu cawangan syarikat. Abang free tak hari ni danesok? Anna nak abang ikut teman Anna.”

“Aik? Kenapa Anna nak melawat cawangan lain? Adakena mengena ke dengan siasatan Anna?”

“Kalau abang ikut Anna, nanti Anna cerita.”

Kata Anna selamba cuba memancing Taufiq agarmengikut dia.taufiq terdiam cuba memikirkan cadangan Anna.

“Abang kena tengok jadual abang dulu. Abang risaukalau jadi lama je. Anna nak melawat tu bersebab betul tak?”

Anna ketawa kecil.

“Yes, bawalah baju lebih mana tahu jadi lama. Tapiabang jangan bagitahu sesiapa pasal ni. Ni rahsia antara kita je.”

“Aik? Kenapa ni Anna? Kalau abang nak melawatcawangan sana abang kena beritahu papa abang untuk dia sediakan staffsambut kita.”

“Eh jangan! Anna dah kata ni rahsia, abang niapa, orang nak menyiasat mana ada orang sebarkan supaya orang ramai tahu. Diam diamsahajalah!”

Bebel Anna. Taufiq tercengang.

“jadi betullah ada kaitan? Okaylah abang setujuikut Anna. Abang janji tak akan bagitahu sesiapa. Anna nak abang ambil Annadekat rumah pukul berapa?”

Anna melihat jam di tangannya.

“Sekarang pukul 12, pukul 3 abang datanglah. Kadaccess rumah Anna abang adakan?”

“Ada, kita jumoa nanti. Abang nak siapkan kerjasikit sebelum kita pergi.”

“Kalau kerja banyak abang bawa je sekali. Tiadamasalah.”

“Okay Anna, jangan risau, abang cuba selesaikanmana yang mampu.”

Kata Taufiq sebelum mereka berdua mematikantalian.

Anna kembali memandang fail yang tersusun diatas meja sebelum ada satu suara yang menegurnya.

“Anna, sanakan sikit fail tu.”

Bisik Amiruddin perlahan. Anna memandang Amiruddinyang sedang memegang sedulang penuh makanan yang dipesan untuk dia dan Anna.

Anna tersengih serba salah. Dia segeramembersihkan meja dan meletakkan fail tersebut di atas beg kerjanya.

So, kau nak makan dulu ke atau nakbincang dulu?”

Tanya Amiruddin tenang. Setelah setahun diatidak berjumpa Anna tiba-tiba sahaja Anna menghubungi dia. Katanya ada halmustahak. Anna dan Amiruddin adalah rakan dari kecil. Selain Anna, Amiruddin jugamerupakan anak didik ayahnya. Dia kini membuka syarikat penyiasatannya sendiri.

“Kau lapar ke? Kau beli makanan banyak macamlapar je.”

Tanya Anna sambil melihat dulang yang penuhdengan makanan.

“Aku tak lapar, last kita jumpa tahun lepas kaumakan banyak sangat. Jadi aku pesanlah makanan banyak sikit.”

Sindir Amiruddin. Anna menjeling geram. Lalu diamengambil fail bewarna merah yang telah di sediakan untuk Amiruddin. Diberi failitu untuk Amiruddin siasat. Amiruddin segera membaca isi kandungan failtersebut.

“Aku nak minta kau siasat mak tiri aku. Aku takboleh buat benda tu sebab aku risau kalau dia hantar orang untuk ikut aku. Jadiaku perlukan bantuan kau.”

“Untuk hal syarikat? Aku perlu siasat juga ke?”

Tanya Amiruddin dan Anna menganggukkankepalanya.

“Aku perlukan kau untuk siasat bagi pihak aku. Akutak boleh buat benda ni seorang sebab aku masih perlu lindung identiti aku disyarikat aku bekerja ni. Aku kena lindung ibu.”

Kata Anna perlahan. Dia menghela nafas lemah. Amiruddinmenganggukkan kepalanya faham. Matanya masih ralit memandang isi fail tersebut.

“Anna, ibu dekat mana?”

Soal Amiruddin. Dia sudah menganggap ibu Annaseperti ibunya sendiri.

“Kali terakhir aku jumpa ibu dia mengadu Fatimahdah jumpa dia setelah bertahun aku sembunyikan ibu, aku terpaksa minta kenalanaku sembunyikan dia dan aku juga tak tahu dekat mana dia sembunyikan ibu. Ini semuademi keselamatan ibu.”

Anna dan Amiruddin terdiam. Suasana jadi sepi.

“Berapa bayaran untuk perkhidmatan kau?”

Soal Anna tegas, dia tahu semua ini bukanpercuma walaupun mereka sahabat tapi punca pendapatan Amiruddin adalah denganmenyiasat.

“Aku tak ambil bayaran untuk kau Anna, kita nakselamatkan ibu dan ayah kan? Tak perlu aku meminta bayaran pada orang yang dahbantu aku dari aku kecil hingga sekarang.”

Amiruddin berkata lembut. Dia kemudianmeletakkan fail di tepi meja dan mula menarik dulang walaupun perbincanganmereka masih belum habis. Anna ketawa kecil nampak sangat Amiruddin laparsebenarnya.

“Aku tetap akan bayar juga. Kau jangan risau.”

“Kalau kau bagi aku pulangkan dekat ayah balik.Kisah pula aku.”

Kata Amiruddin mengejek lalu dia terus makan. Annamengambil bahagian dia juga.

“Kau boleh kosongkan jadual kau untuk bekerjadalam syarikat aku bekerja ni?”

“Tiada masalah, syarikat aku ada ramai lagipenyiasat, mereka boleh take over kerja aku. Lagipun aku bos, kisah apaaku.”

Anna ketawa kecil, terhibur melihat gelagatAmiruddin.

 

XXXXXXXXXX

 

Taufiq menekan loceng rumah Anna berkali-kalitetapi tiada sesiapa yang membuka pintu, kemudian dia mula mengetuk pintu rumahAnna sambil menjerit memanggil nama Anna, tetapi bukan Anna yang membuka pintu,Amirul yang membuka pintu rumahnya. Dia melihat Taufiq yang sedang mengeluh dihadapan rumah Anna.

“Ye, encik cari siapa?”

Soal Amirul pelik.

Taufiq menoleh ke belakangnya memandang Amirul.Dia tersengih lebar.

“Kau Amirul ke? Aku Taufiq abang Anna.”

Taufiq menghampiri rumah Amirul teruja.

“Err, Anna tak ada abang..”

Kata Amirul takut sekiranya Taufiq adalah penceroboh.Taufiq ketawa.

“Ala, anak bos dia, mustahil Anna tak ceritayang pak cik Farid dengan bos tempat dia bekerja rapat macam family, aku lah anakbos pak cik Farid.”

Kata Taufiq teruja dia kemudian menghulurkantangan untuk berjabat tangan dengan Amirul. Amirul menyambut huluran Taufiqsetelah dia teringat siapa Taufiq.

“Masuklah dulu, Anna beritahu tadi yang dia sakitperut. So dia suruh aku jemput kau masuk rumah aku dulu.”

Kata Amirul ceria kemudian taufiq masuk kedalam rumah Amirul dan duduk di ruang tamu. Amirul datang dan menghidangkan airuntuk Taufiq.

“Dah berapa lama kau kenal Anna?”

“3-4 tahun juga, Kami pindah rumah pada hariyang sama terserempak dekat lif. sejak tu Anna dengan aku berkawan. Lagi lagiada ibu, tu yang kami lagi rapat.”

“Oh, tak nak try Anna ke?”

Kata-kata Taufiq ada maksud yang mendalam.Amirul ketawa sebelum buat muka frust.

“Banyak kali. Tapi Anna tu blur sangat. Dahbagi hint elok pun dia tak faham juga.”

Bebel Amirul geram. Taufiq ketawa geli hati.

“Ya, dia tersangatlah blur. Aku takfaham dengan budak tu. Ramai nak try dia tapi semua failedtermasuklah si Aliff tu.”

Ketawa Taufiq.

“Tapi si Aliff tu agresif sangat. Kereta akudia pergi sembur dengan cat.”

Sedang mereka bergelak ketawa ada satu suara bengangyang menegur mereka.

“Seronok kutuk aku?”

Tanya Anna geram. Amirul dan Taufiq terdiam. Merekamemandang Anna yang sedang berdiri di pintu rumah Amirul. Mereka berduatersengih seperti kerang busuk setelah tertangkap. 

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AryyanPendragon