Home Novel Keluarga Korban Kasih Abang
Korban Kasih Abang
Myea Miko
23/3/2020 00:38:06
55,049
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 7

Muka Rina sudah berubah takut, dia terkejut apabila Hanan tahu tentang kekasih gelapnya.


"You jangan nak tuduh I bukan-bukan, you ada bukti ke?" Tanya Rina.


Hanan terus mengeluarkan handphone, satu file yang  menempatkan semua gambar Rina dan lelaki lain dibuka, terus gambar-gambar itu ditujukkan Kepada isterinya.


Riak muka Rina berubah, dia melihat semua gambar antara dia dan kekasih gelapnya disimpan Hanan.


"Baru you nak percaya ke? Selama ni I sabar je dengan perangai you, I tak terfikir pun nak lepaskan you walaupun Hati I sakit sangat. Harini bila I tengok you layan abah I macamni, I takkan teragak-agak lagi nak lepaskan you." Luahan hati Hanan yang paling dalam.


"OK Fine!!!!!! you nak lepaskan I, lepas LA! I tak kisah. You hiduplah dengan orang tua yang singkat umur tu dengan abang you naif dekat kampung tu." Lancang mulutnya berbicara.


"You Jangan hina abah dengan abang I." Hanan Cuba Menahan amarahnya kerna pak Hassan menghampirinya terus memegang tanganya supaya Dia tidak ikutkan hati Dan banyak bersabar.


"Biarlah memang betul pun kan? lagi Satu I nak bagitau you sebenarnya abang you yang naif tu I yang goda dia supaya you dengan abah lebih benci Dia, baru puas hati I." Rina terus terang tentang apa yang telah dia buat pada Hadif, abang kepada Hanan.


Pak Hassan terkejut dengan kata-kata yang keluar Dari mulut menantunya, terus hatinya merasa bersalah pada anak sulungnya itu kerana selama ini telah menuduh Hadif yang telah menggoda Rina tetapi di sebaliknya.


Dia juga tidak pernah menggaggap Hadif sebagai anaknya lagi setelah kemalangan yang menyebabkan kakinya lumpuh Dan isterinya meninggal Dunia.


"Ohh jadi you lah punca semua ni, apasal busuk sangat hati you ni ha!." Suaranya sudah naik seoktaf.


"Sebab, abang you tu naif sangat I kenakanlah Dia." Selamber Rina menuturkan Kata.


"You ni memang dah melampau!!!!!" Hanan ingin menampar isterinya lagi tetapi dihalang oleh abahnya.


"Sudah Adik, Jangan!." Kata abahnya dia memegang tangan anaknya erat menghalangnya dari memukul isterinya lagi.


"Adriana Maryam aku ceraikan Kau dengan talak tiga." Terlafaz sudah cerai dari mulutnya yang Selama ini dia pendam.


"Terima kasih Ahmad Hanan, terima kasih banyak-banyak. Selama ni lafaz tu yang memang I tunggu Dari you. You boleh berambus dari sini! Jangan harap you nak bawak satu sen pun harta dari arwah papa I. Klinik yang you ada tu pun Dari duit papa I juga."


"I tak hairan pun dengan semua harta ni. You nak ambilah, I tak kisah I Ada abah dengan abang I di sisi I pun dah bahagia dah." Balas Hanan.


"Kita tengok Samada you boleh hidup atau tak tanpa harta. Pergi berambuslah dari sini dengan orang tua tak guna tu!!! Katanya kasar.


Hanan Malas hendak membalas lagi, Dia terus mengajak bapanya keluar Dari situ.


"Jom abah kita keluar dari sini." Kata Hanan, terus Dia menolak kerusi Roda yang diduki abahnya keluar Dari rumah.


Pak Hassan hanya mengganguk mengiyakan.


Rina Hanya memandang Hanan dan bapanya dengan jelingan tajam, hatinya mula menyimpan dendam.


Tanpa simpati Adrina terus menolak Hanan sehingga Dia terjatuh sekali bapanya. Pak Hassan pula kepalanya terhatuk di bucu tangga sehingga Ada darah di kepalanya terus dia tidak sedarkan diri.


Hanan yang jatuh terduduk Di tepi tangga terus bangun apabila melihat bapanya sudah tidak sedarkan diri, dengan darah berlumuran di Kepala.

Hanan menghampiri bapanya.


"Abah... bangun abah." Hanan menepuk perlahan kedua belah pipi abahnya.


Pak Hassan masih sedarkan diri dengan matanya sedikit terbuka, mulutnya terkumat-kamit ingin bercakap, Hanan yang tidak faham apa yang bapanya ingin katanya mendekatkan telinganya supaya dia boleh dengar dengan lebih jelas.


"Aba..h na..k ju...mpa Ha..dif."  Kata Pak Hassan sebelum matanya tertutup tidak sedarkan diri.


"Abah.. kena bangun abah, Adik Akan bawa abah jumpa abang." Kata Hanan, airmatanya mula mengalir di pipi.


Cepat-cepat Hanan menghubungi ambulance dan polis.


Adrina Cuba Lari dari situ, tapi sempat dihalang Hanan.


"Kau nak pergi mana ha! kau ingat aku nak lepaskan kau macam tu je ke?" Kata Hanan dengan marah.


"Lepas la!!!" Adrina cuba melepaskan pengangan Hanan darinya tapi tidak berjaya kerana tenaga lelakinya lebih kuat.


"Aku takkan lepaskan kau sampai polis datang tangkap Kau!" 


Setelah beberapa minit, polis dan ambulance sampai serentak.


Adrina ditangkap polis. dia tidak dapat lari Kemana lagi. Dia Akan dihukum dengan apa yang telah dia lakukan.


"Hanan maafkan I, Hanan please." Rayu Adriana semasa dia hendak dibawa ke dalam kereta polis.


Hanan tidak pedulikanya terus dia masuk ke dalam ambulance.


Pak Hassan dibawa ke hospital berdekatan. Di dalam ambulance pak Hassan dipakaikan oksigen, Hanan yang berada di sebelahnya memegang tanganya erat dalam hatinya tidak berhenti berdoa pada yang maha esa buat abahnya.


Sampai sahaja di hospital Hanan terus menghubungi abangnya, Hadif memberitahu tentang keadaan abah mereka.


Hadif baru keluar dari rumah hendak pergi ke masjid. Ketika dia ingin melangkah sebuah kereta tiba dan hadapan rumahnya. Dia mengeluh seketika kerana sudah tahu pemilik kereta tersebut.


Safiya keluar dari kereta dan melihat Hadif yang sedang ingin keluar dari rumah menghampirinya.


"Assalamualaikum, abang Hadif." Safiya mulakan bicara.


"Walaikumsalam, Safiya buat apa kat sini?" Tanya Hadif.


"Safiya nak selesaikan sesuatu dengan abang malam ni juga." Dia takkan tenang selagi tidak bertanya kepada Hadif.


"Selesaikan apa Safiya." Hadif buat-buat tak tahu walaupun dia tahu apa yang akan Safiya tanyakan padanya.


"Sebenarnya Safiya...." Belum sempat Safiya Habiskan kata, telefon Hadif berbunyi tertera nama adiknya Di skrin, terus dia mengangkat panggilan tersebut.


Handphonenya terjatuh ke lantai setelah mendapat khabar dari adiknya tentang abahnya.


Riak wajahnya mula berubah, dia terus terduduk lemah.

Safiya terus menghampiri Hadif.


"Kenapa ni abang." Tanya Safiya.


"Ba..pa ab..ang masuk hospital." Kata Hadif tersekat-sekat.


"Jom abang, Safiya bawakan abang pergi hospital jumpa pakcik ya." Kata Safiya lembut.


Hadif mengganguk mengiyakan, Safiya membantu Hadif bangun Dan terus memimpin Hadif masuk ke dalam kereta.


Sampai sahaja di hospital, Safiya ke kaunter pertanyaan untuk bertanya di mana pak Hassan berada.


Setelah tahu yang pak Hassan masih berada di wad kecemasan, Hadif dan Safiya bergegas melangkah ke Sana.


Hadif melihat kelibat adiknya dari jauh, terus kakinya  melangkah laju menghampiri adiknya.


"Adik!" Panggil Hadif Dari jauh.


Hanan yang sedari tadi menuduk terus mendonggakan kepalanya apabila terdengar suara Hadif. Dia tidak tunggu lagi terus dia bangun  berlari ke arah abangnya dan memeluknya erat.


Hadif membalas pelukan adiknya erat, dah lama dia tak merasakan pelukan dari adiknya. Hatinya merasa sangat tenang.


"Abang.... adik nak minta maaf dengan kau abang! Adik banyak buat salah dengan Kau." Katanya dengan penuh sesal. Airmatanya mula menitis di pipi. Selama ini dia tak pernah pun hargai apa yang abangnya telah lakukan buatnya.


"Abang dah lama maafkan kau dik, dah jangan pernah nak rasa bersalah apa yang kau dah buat."  Hadif mengusap kepala adiknya perlahan.


Semakin kuat tangisan Hanan di dalam pelukan Hadif, dia langsung tidak menghiraukan mata-mata yang sedang memandang mereka.


Safiya yang berada di belakang Hadif menitiskan airmatanya melihat Hadif dan adiknya yang sudah berbaik semula.


"Abah macam mana?" Tanya Hadif setelah pelukan mereka terlerai.


"Abah masih dirawat, belum ada apa-apa berita lagi." Katanya sebak.


"Kita sama-sama doakan buat abah ya." Kata Hadif ingin menenangkan adiknya.


Hanan yang perasan Safiya yang sedari tadi berada di belakang Hadif tersenyum ke arahnya, dibalas senyuman juga oleh Safiya sambil menggangukan kepalanya.


Beberapa minit kemudian doktor yang merawat ayah mereka pun keluar dari bilik rawatan. Hanan dan Hadif terus menghampiri doktor tersebut untuk bertanyakan tentang keadaan ayah mereka.


"Macamana dengan abah saya doktor?" Tanya Hanan.


"Alhamdulillah encik, ayah encik dah lepas zon kritikal kerana darahnya keluar agak banyak. tapi encik jangan risau, sekarang ni ayah encik dalam kedaan stabil cuma dia belum sedarkan Diri." Jelas doktor yang Bernama Rayyan kepada Hanan.


Ada kegembiraan di wajah Hanan Dan Hadif, acap kali mulut mereka mengucapkan kata syukur.


"Boleh kami melawat dia doktor." Tanya Hanan


"Boleh tapi seorang sahaja, sebab pesakit perlukan banyak berehat." Kata doktor Rayyan.


"Baiklah doktor, Terima kasih ya doktor."


"Sama-Sama." Doktor Rayyan terus melangkah berlalu dari situ.


"Abang, adik rasa baik kau dulu pergi jenguk ayah." Kata Hanan.


Hadif agak teragak-agak Kerana risau ayahnya tidak suka bila melihatnya di depan Mata.


"Abang kau jangan risau, abah nak jumpa kau abang. Masa dia jatuh tadi nama kau yang dia sebut." Jelas Hanan membuatkan Hadif sedikit yakin.


"Takpelah kalau macam tu, abang masuk dulu." Hadif ingin melangkah masuk. Setelah teringat Safiya ada di situ, dia terus menoleh memandang Safiya..


"Safiya awak tunggu sekejap ya kat luar, saya nak masuk tengok abah saya dulu." Hadif memandang Safiya.


"Takpe, abang pergilah tengok pakcik dulu." Kata Safiya membalas pandangan Hadif. Perasaanya terhadap Hadif masih sama tidak pernah berubah.


Dalam diam sedari tadi, Hanan memandang abang dan Safiya silih Berganti. Dia merasakan yang mereka berdua masih menyanyagi antara satu sama lain.


"Aku mesti satukan mereka semula." Omelnya dalam Hati.


Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.