Home Novel Keluarga Korban Kasih Abang
Korban Kasih Abang
Myea Miko
23/3/2020 00:38:06
56,066
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 13

Sudah dua tahun masa berlalu, begitu cepat masa lalu meninggalkan kita, masa hadapan lah yang perlu kita kejar dan berusaha sebaik mungkin.


Kini, Hanan  membuka klinik sendiri di kampung halaman Setelah dia berusaha sebaik mungkin dengan bantuan Safiya akhirnya dia berjaya mencapai impianya. Dia juga menubuhkan pusat cancer dimana dia mahu menolong pesakit cancer untuk tetap bersemangat walaupun menghidapi penyakit.


Hanan telah berkahwin dengan Safiya sepertimana amanah arwah Hadif buatnya, mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Ahmad Hadif Zafran sama seperti nama abangnya, Safiya pula sedang mengandungkan anak mereka yang kedua.


Pak Hassan pula telah pulih dari lumpuh kini, dia sudah boleh berjalan seperti orang lain. Dengan duit simpanan yang arwah abang tinggalkan untuk Hanan dan Pak.Hassan digunakan sebaik mungkin oleh Hanan dengan membawa pak Hassan ke rawatan yang terbaik sehingga dia sembuh dari lumpuh.


Hari ini adalah perasmian pusat cancer di kliniknya, sebelum perasmian bermula Hanan membawa keluarganya melawat kubur arwah Hadif dan ibunya.


"Assalamualaikum abang, ibu adik datang bawak isteri, anak adik dengan abah sekali." Kata Hanan dia duduk di tengah kubur antara ibu dan abangnya kedua-dua batu nissan diusap perlahan.


Setelah selesai membaca yassin, air putih disiram dikedua-dua kubur.


"hari ni adik nak buat perasmian untuk pusat cancer, adik nak tolong pesakit cancer macamana adik tak dapat nak tolong abang dulu."  Airmatanya mula menitis di pipi 


Perlahan tangan Safiya mengusap belakang suaminya lembut, sambil bibirnya mengukir senyum ke arah Hanan. Hanan membalas dengan memegang tangan Safiya lembut.


Setelah selesai Hanan membawa pak Hassan, anak dan isterinya melangkah pergi dari situ. Hanan yang berada belakang srmpat menoleh ke Arab kubur abang dan ibunya.


"Assalamualaikum abang, ibu Hanan balik dulu ya." Terus dia melangkah dari situ.


............................................................


Pada hujung minggu Hanan membawa keluarganya pergi bercuti di pantai. Masa inilah dia ingin meluangkan masa bersama keluarga setelah sibuk berkerja.


Hadif yang sedang leka bermain membuat istana pasir bersama pak Hassan ditenung Hanan penuh kasih sambil bibirnya mengukir senyum.


Safiya di sebelah Hanan memegang lengamya erat sambil kepalanya dilentokkan di bahu Hanan. Hanan membalas dengan mengusap kepala isterinya perlahan.


"Sayang bahagia ke dengan abang?"  Soalan yamg ditanya Hanan terus membuatkan Safiya bangun dan memandang Hanan tajam.


"Kenapa abang tanya macam tu." Safiya sudah bercekak pinggang. Ada ke? tanya soalan macam tu ni yang boleh menimbulkan perhaduhan antara pasangan.


"Abang tanya je sayang." Hanan bersuara lembut ingin memujuk.


"Yelah soalan abang tu, tanyalah soalan yang membina sikit." Terukir senyuman di bibir mungilnya.


"Abang minta maaf." Hanan memujuk, kepala isterinya diusap perlahan.


Safiya melentokkan semula kepalanya di bahu Hanan sambil memeluk lenganya erat.


"Mestilah sayang bahagia sangat dengan abang, sayang rasa sayanglah wanita paling bahagia dalam dunia ni."  Safiya menjawab juga soalan Hanan.


Membuatkan dia mengukir senyum dengan jawapan Safiya.


"Tuhan dah takdirkan kita untuk bersama abang, aturanya begitu indah buat kita, Arwah abang Hadif mesti gembira bila kita pun bahagia." Kata Safiya lagi.


"Pengorbanan arwah abang memang tiada penghujung, Abang bersyukur dan bertuah sangat dapat abang macam abang Hadif," Kata Hanan.


"Sayang pun bersyukur dapat kenal dengan abang Hadif, perkenalan sayang dengan abang Hadif membawa erti dalam hidup sayang dan membawa pertemuan sayang dengan abang."  Jawab Safiya, dia sudah memandang Hanan di sebelahnya.


Hanan juga berpaling memandang isterinya.


"Abang nak sayang tahu yang abang nak hidup dengan sayang hingga ke akhir hayat dan akan jadi suami yang terbaik buat sayang, papa yang terbaik buat Hadif dan anak yan terbaik buat abah." Kata-kata Hanan membuatkan Safiya menitiskan airmatanya.


Lembut tangan Hanan menyeka airmata di pipi isterinya lembut.


"Terima kasih sebab hadir dalam hidup sayang." Safiya terus memeluk Hanan erat, Hanan membalas pelukan isterinya erat sambil mengusap kepala isterinya perlahan.


TAMAT....


Previous: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.