Home Novel Keluarga Korban Kasih Abang
Korban Kasih Abang
Myea Miko
23/3/2020 00:38:06
54,855
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 12

Hanan melangkah menghampiri abangnya, dia duduk di sebelah Hadif, perlahan tanganya menepuk belakang abangnya dia sangka mungkin abangnya tertidur dalam sujud.


"Abang! abang! bangun bang!" Kejut Hanan.


Hadif tidak menyahut malah dia terus terjatuh di atas riba Hanan membuatkan Hanan mula panik, dia merasakan nafas abangnya tetapi tiada.


"Abang! jangan buat adik takut boleh tak? bangun bang!" Kata Hanan sebak dia menepuk pipi Hadif perlahan untuk menyedarkan tetapi langsung tiada sahutan.


Airmatanya mula gugur di pipi, dia memeluk erat abangnya. Tangisan dan esakanya semakin kuat sehingga didengari Safiya dan Pak Hassan yang berada di depan.


"Itu suara Hanan, kenapa dengan dia?" Tanya Pak Hassan cemas.


"Takpe pakcik saya bawak pakcik ke sana ya." Safiya terus menolak kerusi pak Hassan sehingga masuk ke dalam bilik dimana Hanan berada.


Sampai sahaja di dalam bilik, Pak Hassan terkejut melihat Hadif yang seakan sudah tidak bergerak dalam dakapan Hanan.


Pak Hassan terus turun dari kerusi roda tanpa sempat dibantu Safiya. Dia terus merangkak menghampiri Hanan.


Safiya sudah terduduk lemah, airmatanya mula berguguran di pipi. 


"Abang Hadif." Katanya perlahan.


Pak Hassan merasakan nadi di pergelangan tangan anaknya yang sudah tidak berdenyut. Perlahan dia meletakkan kembali tangan anaknya di tepi. Benarlah apa yang dia mimpikan tadi. Dia harus kuat kerana Tuhan lebih sayangkan Hadif.


"Adik sudah nak, abang kamu dah meninggal dunia tak baik macam ni nak." Pak Hassan cuba menghe tikan Hanan dari terus meraung meratap pemergian abangnya.


"Aban..g tah boleh tin..ggalkan kita abah." Kata Hanan teresak-esak.


"Sudah nak, jangan macam ni." Terus dia menarik Hanan ke dalam pelukanya.


Setelah selesai urusan pengembumian Hadif, Hanan membawa pak Hassan balik ke rumah. Ramai orang yang datang ke rumahnya tadi untuk melihat Hadif buat kali yang terakhir. 


Hanan menghantar pak Hassan ke dalam biliknya untuk berehat kerana malam ini mereka perlu membuat majlis tahlil buat Hadif.


Hanan melangkah lemah masuk ke dalam bilik Hadif, dia melihat sekeliling bilik abangnya yang kemas dan rapi. Airmatanya mula gugur di pipi baru sahaja semalam dia bergurau dengan abangnya, tidak sangka terlalu  cepat abangnya pergi meninggalkanya terasa semuanya bagai mimpi.


Ketika Hanan memandang ke sebelah kiri katil abangnya, dimana almari kecil ditempatkan. Hanan melihat ada sepucuk surat di atas almari tersebut tertera namanya yang ditulis di hadapan surat tersebut, Buat Hanan.


Hanan mengambil surat tersebut dan membacanya, terkumat kamit mulutnya membaca isi dalam surat tersebut.


Buat adik abang yang tersayang, Ahmad Hanan.

Jika surat ini dibaca abang sudah tiada di sisi adik dengan abah lagi. Maafkan abang kerana tidak dapat mengotakan janji untuk sentiasa berada di sisi adik dengan abah yang paling abang sayangi. 


Sebenarnya abang menghidap penyakit kanser tahap 4, abang minta maaf kerana menyembuyikanya dari adik dan abah, kerana itulah abang menolak permintaan adik yang menyuruh abang berkahwin dengan Safiya. Bohonglah kalau abang tidak mencintai Safiya. Perasaan abang terhadap Safiya masih sama tidak pernah berubah walaupun telah lama kami berpisah dan tidak bersua muka.


Abang ada satu permintaan, abang harap adik tunaikan apa yang abang hajati. Abang nak adik berkahwin dengan Safiya. Jadikan dia wanita yang paling bahagia dalam dunia ini, jadi suami yang terbaik buatnya itu sahaja permintaan abang.


Abang nak adik jaga abah dengan baik, jangan pernah lagi pandang ke belakang. Terus melangkah ke hadapan, kuatkan semangat dan sentiasa ingat tuhan yang satu. Abang sayang adik sangat-sangat. Dalam kotak kecil di sebelah surat itu ada sebuah buku bank. Abang nak adik gunakan duit yang ada ke arah kebaikan dan juga buat rawatan abah. Itu sahaja yang abang mampu buat. Maafkan abang kerana tak dapat jadi abang yang terbaik buat adik.


Salam kasih dari abangmu, Ahmad Hadif.


Hanan menangis teresak-esak. Surat yang ditulis abangnya di bawa ke dada sebelum memeluknya erat.


Pak Hassan yang sedari tadi berada di depan pintu bilik mendengar segala yang dibaca Hanan, airmatanya mula gugur di pipi. Dia menyesal selama ini dia melayan Hadif dengan teruk, singkat sahaja masanya dia melayani Hadif dengan baik.


Esakan tangisan pak Hassan semakin kuat sehingga didengari Hanan di dalam bilik. Hanan terus melangkah keluar dia melihat pak Hassan sedang menangis dengan menudukkan mukanya, terhinjut-hinjut bahu tuanya.


"Abahh..." Panggil Hanan.


Pak Hassan mendonggakan kepalanya memandang Hanan, Hanan terus memeluk abahnya erat. Mereka menangis sepuas-puasnya dalam dakapan masing-masing.


Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.