Home Novel Keluarga Secebis Kasih
Secebis Kasih
Alia Alizs
26/1/2019 11:22:33
143,557
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 9
Selepas sarapan pagi, mereka anak beranak duduk berbual di ruang tamu sambil menonton tv. Gurau senda gelak dan tawa. Memang meriah. Hari itu, tiada aktiviti mereka. Hanya duduk dirumah dan bersantai bersama keluarga saja. Seronok dan bahagia. Nabiha yang pada mulanya mahu balik ke Kelantan pagi itu terpaksa dibatalkan niatnya. Tiba-tiba malas pula mahu balik awal. Lusa baru balik, dan balik sekali dengan Nadhif dan Nadhila. Lagipun tiada kelas. Sengaja mahu balik awal kononnya.

Borak punya borak, entah kenapa Nabiha rasa cemburu melihat Nadhif baik dengan Nadhila. Sejak tadi, asyik gelak tawa je. Ish!! Dah kenapa pula dengan Nabiha ni. Tak kan Nadhif berbual dengan Nadhila pun dia nak jelous. Abang dan kakaknya kut.

Nabiha rasa tergugat bila Nadhila mula rapat dengan Nadhif. Baginya, kalau Nadhila rapat dengan Nadhif, bermakna kasih sayang Nadhif akan beralih pada Nadhila dan sudah tentu apa yang Nadhila inginkan, si abang akan beri. Habislah Nabiha, tak dapat apa yang dia nak kan nanti. Sedangkan selama ini, apa saja yang Nabiha nak kan, pasti Nadhif akan beri. Lagi-lagi kalau cakap untuk study. Serta-merta Nadhif beri.

"Kacau ni kacau!! Tak boleh dibiarkan. Habislah aku, kalau Kak Dhila rapat dengan Abang Dip. Habislah sumber kewangan aku. Tak boleh jadi ni. Apa aku nak buat ek, nak bagi Abang Dip marah Kak Dhila.." kata hati Nabiha.

Sampainya hati Nabiha. Sanggup dia buat Nadhila dimarahi oleh Nadhif demi kepentingannya. Kakaknya kut. Busuknya hati. Nabiha mencari idea. Berkerut-kerut dahinya memikirkan sesuatu.

" Dip.. Petang ni lepas asar. Temankan ibu ke hospital ya. Tadi masa dekat kedai, Pak Mail bagitahu yang Mak Teh jatuh tangga. Kita melawat dia ye.." Makcik Alimah berkata.

"Laaa iyeke! Kasihannya.. Baiklah ibu, nanti kita pergi.." balas Nadhif. Makcik Alimah bangun dan menuju ke dapur, membiarkan anak-anaknya berbual.

"Abang Dip.. Hari ni ada pasar malamlah kat pekan. Nanti balik dari hospital kita pergi pasar nak tak? Ni kalau dapat makan yong tau fu. Perhh!! Sedap ni..!!" Pinta Nadhila.

" Dah buka ke pasar petang?!"

" Dahlah pun. Awal-awal pergi, makanan baru-baru. Kalau pergi waktu malam, makanan tak best dah.. Boleh tak? Tapi abang belanja tau.." Nadhila sengeh. Nabiha senyap je. Geram pula dia tengok Nadhila. Makin terbakar dia.

" Okey!!"

"Yesss!! Thanks abang. Sayang juga Abang Dip dekat Dhila.." Nadhila melirik mata pada Nabiha. Nabiha mencuka.

" Pandailah Dhila membodek..!" Nadhila senyum dan gelak.

"Eh!! Alamak.. Abang lupalah. Abang ada kerja nak buat ni. Hmm.. Biha ada bawa laptop tak? Bagi abang pinjam kejab.." Nadhif duduk dari baringannya dan ketuk dahi. Baru dia teringat, yang dia kena siapkan kerjanya yang tergendala. Selamat ingat.

"Ada. Kejab Biha ambil.." Nabiha terus bangkit dan menuju ke biliknya. Nadhif pula keluar ke keretanya mengambil fail berwarna kuning dan kembali semula ke ruang tamu. Tak lama, Nabiha muncul dengan membawa beg laptop berwarna hitam dan diserahkan pada Nadhif. Nadhila hanya melihat saja.

Kacang tepung yang dibelinya dari kedai pagi tadi dikunyah perlahan. Sambil tengok tv sambil mulut mengunyah. Hampir sebungkus kacang tepung dimakannya seorang. Duduk di kampung asyik mengunyah saja.

"Abang Dip.. Apa benda ni?!" Nadhila duduk bersila dilantai sebelah Nadhif. Nabiha hanya memerhati dengan fikiran ligat mencari idea jahatnya.

" Laporan kerja abang ni.." Jawab Nadhif. Sambil jari pantas menaip di laptop.

" Oooo... Eh!! Abang kan pegawai. Kenapa kena buat semua ni? Bukan budak-budak abang ke yang kena buat?" Nadhila bertanya lagi.

"Apa Dhila ingat pegawai tak kena buat kerja ke? Pegawailah yang banyak kena buat kerja tau.." Nadhila angguk-angguk kepala.

"Abang Dip..!!" Nadhila sengaja mengacau Nadhif.

"Apalah..!"

"Shakil tu kan.. Berapa umur dia? Budak lagi ek?!" Nadhif berhenti menaip, pandang muka Nadhila. Berkerut.

" Dah kenapa tiba-tiba tanya dia.." tanya Nadhif pula.

"Tanya je kut..!"

" Tak pastilah. Rasanya dalam 28 tahun kut. Terpikat dekat dia yeee.."Nadhif sinis pandang Nadhila.

" Ishh!! Taklah. Polis  pula tu. Tak kahwin pun tak apalah." Nadhila buat muka bosan.

" Amboiii.. Jangan benci sangat dengan polis, esok kang dapat laki polis, baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah. Padan muka!!" Nadhila mencebik. Nadhif sambung menaip.

"Tangan tu ishh!! Janganlah kacau, abang kan tengah buat kerja ni. Penting ni tau tak. Kalau silap kang, satu hal lagi.. Sana.. Sana..!!" Tangan Nadhila dipukul perlahan. Gatal pula tangan Nadhila mahu melihat kerja si Nadhif. Semakin terbakar hati Nabiha melihat abang dan kakaknya. Senyap seribu bahasa. Mata menonton tv tapi mata melirik penuh kedengkian. Geram betul melihat Nadhila yang bermanja-manja dengan Nadhif. Apalah masalah Nabiha ni.

" Alaaa. Nak tengok sikit je pun tak boleh.." Nadhila merungut.

"Daripada Dhila kacau abang, lebih baik tolong buatkan air kopi o untuk abang. Dapat juga pahala.." pinta Nadhif dengan suara lembut. Jarang Nadhif selembut itu dengan Nadhila. Baik pula moodnya hari ni. Kalau tak, sikit-sikit  Nabiha. Apa saja semua Nabiha.

"Iyelah Abang Dip.. Kejab ek!!" Terus saja Nadhila bangun dan menuju ke dapur. Nadhif senyum. Dan memandang pula pada Nabiha yang senyap sejak tadi.

" Biha kenapa? Senyap je. Tak sihat ke?!" Tanya Nadhif pada Nabiha.

"Taklah. Fokus tengok tv.."jawab Nabiha. Nadhif angguk. Fail kuning diselak sehelai demi sehelai. Kemudian, berkerut. Mencari sesuatu. Di angkat buku laporannya dan diletakkan semula. Mencari pula di lantai. Apa yang dicarinya pun tak tahulah.

" Mana pula pendrive ni.. Time nak cepat siap, time tulah ada je. Dalam kereta kut.." Nadhif terus bangun dan menuju keluar. Pergi semula ke keretanya. Tidak lama kemudian, Nadhila muncul dengan membawa secawan air kopi o panas untuk abangnya. Meletakkan cawan di atas meja, bersebelahan laptop. Nadhila ke dapur semula mahu mengambil kerepek pisang pula. Nak buat kudapan makan depan tv.

Sebaik saja Nadhila ke dapur. Nabiha terus dapat idea jahatnya. Dia mengintai Nadhila di tepi pintu, Nadhila sedang membuka plastik kerepek pisang dan kemudian Nabiha mengintai pula Nadhif dari pintu utama. Nadhif sedang menjawab panggilan telefon. Nabiha berlari ke ruang tamu semula.

Bila niat jahat timbul dalam diri, bila syaitan berbisik melakukan kejahatan. Sudah tidak fikir orang lain. Yang dia fikir kepuasan hati sendiri. Terus ditumpahkan secawan kopi o panas itu di atas fail kerja Nadhif.

"Oh my god..!! Tertumpah air kopi. Sorry Kak Dhila. Biha terpaksa buat macam ni..!" Senyum sinis Nabiha. Dan terus berlari masuk ke dalam bilik. Dia sembunyi didalam bilik dan mengintai dari celah-celah pintu biliknya.

"Sekejab lagi, harimau jadian akan mengamuk. Ambil kau Kak. Aku tak nak kau rapat dengan Abang Dip, nanti aku tak dapat apa yang aku nak.. Sorry Kak Dhila.. Hehehe!!" Nabiha gelak sendiri. Sampainya hati dia. Adik- beradik pun nak berdengki.

Nadhila dengan bernyanyi-nyanyi berjalan ke ruang tamu. Terhenti terus langkahnya. Berdegup kencang jantungnya seperti mahu tercabut.

"Ya Allah..!! Air kopi tu..!!" Terus Nadhila berlari ke arah meja. Menggigil tangannya mengambil cawan.

" Ni mesti kerja Biha..!! Aduh..!! Matilah aku, fail abang. Ya Allah...!! " Syak Nadhila. Memang tak ada orang lain lagi dah. Memang Nabiha punya kerja. Kata hatinya..

"Dhilaaa!!! Astagfirullah Al Azim.. Ya Allah..!! Apa kau dah buat ni Dhila.." Terus Dhila berdiri, terpaku kaku. Nadhif mengambil fail kerjanya yang habis basah dek air kopi.

" Abang.. Abang..!! Bukan Dhila yang buat. Lepas Dhila hantar air kopi ni, Dhila ke dapur ambil kerepek. Bila Dhila keluar je air kopi ni dah tumpah...!" Terketar-ketar suara Nadhila memberi penjelasan.

"Habis kerja aku. Kau tahu tak benda ni penting Dhila. Aduh kau ni..!!" Merah padam muka Nadhif tahan marah. Bengis mukanya.

"Abang betul abang.. Bukan Dhila yang tumpahkan air tu.. Dhila tak tahu..!!" Nadhila mempertahankan diri yang tidak bersalah.

" Habis kalau bukan kau yang buat. Siapa yang buat? Toyol ke yang buat. Kau ni kan Dhila. Tak habis-habis buat hal jelah.." Marah dan marah.

" Ya Allah..!! Kenapa tu Abang Dip. Habis tumpah..!"


Nabiha muncul dari biliknya. Berlakon terkejut padahal dalam hati riang gembira. Berjaya!! Bisik hatinya.

" Kak Dhila.. Kenapa Kak Dhila tumpahkan air kopi tu. Kan Abang Dip dah cakap tadi, fail tu penting. Lalai betul lah Kak Dhila ni. Habis semua ni.. Ya Allah..!!" Nabiha sengaja menambahkan marah Nadhif.

" Kau yang tumpahkan air kopi ni kan Biha. Kau saja kan buat abang marah aku..!" Nadhila tepat pandang mata Nabiha. Dia dapat rasakan ini semua perbuatan Nabiha.

" Apa tuduh-tuduh ni. Biha dari toilet lah. Bila masa pula Biha yang tumpahkan. Akak yang tumpahkan nak tuduh Biha pula.." Sakitnya hati Nadhila.

" Hey..!! Tadi aku hantar air ni, kau duduk dekat kerusi tu. Aku tahu kau marah dekat aku sebab abang baik dengan aku. Kau memang tak boleh tengok aku baik dengan abang..!" Kata Nadhila.

" Kau dah kenapa ni kak. Tengok Kak Dhila ni bang. Dah sendiri salah nak tuduh Biha pula.." Nabiha mengadu. Sengaja.

"Sudahlah..!! Abang tak fahamlah dengan Dhila ni. Kita adik-beradik kan. Kenapa nak jelous tak tentu pasal ni. Nak dengki mendengki semua ni kenapa ha? Abang buat yang terbaik untuk korang tau tak. Apa yang tak puashati lagi.." Suara Nadhif keras dan kuat. Naik kecut perut Nadhila.

" Abang tau tak. Kenapa Dhila rasa jelous. Sebab abang sendiri. Abang lebihkan Biha dari Dhila. Abang bagi semua yang Biha nak. Abang bagi kasih sayang semua dekat Biha. Dhila ni abang hanya tahu, marah je. Biha yang salah, Dhila yang kena tanpa bukti pun. Abang.. Dari kecil Dhila disisihkan, dipinggirkan sebab korang pandai berlakon depan ayah. Dan sekarang, abang pula sisihkan Dhila. Korang ingat Dhila tak ada hati dan perasaan ke..!!" Airmata Nadhila mengalir. Dia meluahkan rasa hatinya.

"Habis kau nak apa sekarang ni? Nak abang layan kau macam puteri. Macam tu.. Kau dari dulu memang tak habis-habis buat hal. Macam mana ayah tak sisihkan kau. Macam mana abang tak marah kau. Aku ni abang kandung kau, kau kena hormat aku kena dengar cakap aku. Bukan buat aku marah..!" Tinggi lagi suara Nadhif. Memang harimau jadian.

" Abang memang tak sayang Dhila. Nilah sebabnya kenapa Dhila benci polis. Perangai sama je, dari ayah dulu sampai ke abang sekarang. Semua sama. Semua polis tu sama, tak gunaa!!"

" Panggggg..!!!" Satu tamparan hebat tepat ke pipi Nadhila. Nadhila jatuh ke lantai.

" Oh my god!!" Nabiha terkejut dengan tindakan Nadhif dan kemudian senyum sinis. Puashati dia.

" Kau jangan nak hina kerjaya aku. Dan kau jangan nak cakap pada orang yang dah tak ada. Yang kau cakap tu ayah kita tau..!!" Merah mata Nadhif pandang ke arah Nadhila. Nadhila masih terduduk berlawan mata dengan Nadhif. Pecah bibirnya akibat ditampar kuat oleh Nadhif. Gelap sebentar pandangannya.

" Ya Allah Ya Tuhanku..!! Kenapa ni? Apa kau dah buat dekat adik kau ni Dip. Mengucap Dip mengucap.. Kau nak adik kau ni mati ke Dip. Astagfirullah Al Azim.." Muncul Makcik Alimah. Sangat terkejut. Nadhif menghembuskan nafas dalam. Menekup muka dengan tangan. Terduduk di kerusi.

" Bangun Dhila bangun..!! Sampai luka kau buat adik kau ni Dip. Kenapa kau Dip. Ibu tak pernah jelentik korang pun walau sekali Dip. Garang-garang arwah ayah dulu pun tak pernah naik tangan ke muka anak-anak. Kenapa kau sanggup buat adik kau macam ni Dip. Mana pergi iman kau. Allahukhbar..!!" Menitis airmata seorang ibu. Kecewa dengan sikap amarah Nadhif. Nadhif terdiam seribu bahasa. Terduduk tak berkata apapun.

Nadhila terus lari masuk ke dalam biliknya. Menutup pintu dan mengunci pintu. Menangis semahu-mahunya. Inilah pertama kali dia ditampar oleh abangnya. Jadi bengkak bibirnya. Rasa tegang pipinya. Dia baring ditilam, menangis lagi dan lagi.

Sedih dengan sikap abangnya. Tak sangka sampai sanggup Nadhif naik tangan ke mukanya. Sakitnya hati dia pada Nabiha. Dia tahu sangat, semua itu memang kerja Nabiha. Memang Nabiha selalu lakukan itu padanya. Tapi tak pernah sekalipun dia beritahu pada ibu dan abangnya. Nadhila taknak keruhkan keadaan. Dibiarkan saja. Tapi makin dibiarkan makin Nabiha lakukan. Untuk apa jika dia beritahu Nadhif pun. Nadhif memang tak akan percaya Nadhif lebih percaya cakap Nabiha darinya. Lebih baik dia diamkan dan pendamkan saja. Biarlah dia tanggung dan pendam. Dia salah atau pun tidak memang sah dia juga yang kena. Sabarlah Nadhila.

Di ruang tamu, Makcik Alimah dengan esak tangis duduk di kerusi. Sedih dengan perbuatan Nadhif.

" Kenapa Biha buat kakak macam tu? Kenapa Biha sanggup?" Tanya Makcik Alimah.

"Buat apa ibu? Biha mana tahu apa-apa. Biha.. Biha ke bilik air tadi. Biha keluar, tengok Abang Dip tengah marah Kak Dhila.." Nabiha membohong.

" Ibu nampak apa Biha buat. Biha yang tumpahkan air kopi tu atas fail abang. Ibu nampak dari tingkap tu Biha.." Makcik Alimah menjelaskan. Perlahan suaranya. Kecewa dengan Nabiha. Nabiha terkedu. Telan liur Nabiha.

" Biha?! Ya Allah.!!" Nadhif menekup muka dengan tangan. Menyesal dengan apa yang dia dah lakukan. Tak tahu kenapa dia boleh jadi angin satu badan. Tangannya masih terasa panas selepas tampar Nadhila tadi.

" Maafkan ..Maafkan Biha ibu..!" Kata Nabiha perlahan.

" Ibu sedih dengan sikap korang berdua ni. Kau sebagai abang. Kalau tak boleh kawal perasaan dan tak boleh adil dalam memberi kasih sayang pada adik-adik kau. Macam mana kau nak beri kasih sayang pada anak bini kau nanti. Kau Biha, ibu kesal dengan kau. Ibu dan arwah ayah tak pernah ajar kau berperangai macam tu. Kenapa Biha? Hmm... Entahlah. Korang berdua ni diberi kasih sayang yang lebih oleh arwah ayah dulu tapi ini balasan korang. Yang jadi mangsa, Dhila juga. Ibu sedih sangat..!!" Makcik Alimah mengeluh dan kesal dengan perbuatan dua orang anaknya itu. Terus bangun menuju ke dapur.

Nadhif langsung tidak bersuara. Memandang ke lantai. Menyesal dan menyesal. Nabiha tanpa rasa bersalah malah rasa puashati terus masuk ke bilik dengan senyuman meninggalkan Nadhif sendiri.

Nadhif menekup muka dengan tapak tangan lagi. Nak menyesal pun tak guna. Benda dah berlaku. Terlajak perahu boleh berundur terlajak perbuatan. Tanggunglah sendiri.
Orang yang tak bersalah menjadi mangsa, orang yang bersalah lepas tangan.

Luka dibibir akan sembuh dan akan hilang parutnya. Tapi luka dihati mungkin akan sembuh tapi tak mungkin akan hilang parutnya. 
Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alia Alizs