Home Novel Fantasi SETH
SETH
asmaya ally
9/9/2020 16:01:31
22,796
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 2
“Setttthhhhhhh?!!!.. Ko pehal terhegeh-hegeh lagi kat sana tuh bro?!”laung Kamarul yang telah pun bertinggung dihadapan curahan air terjun Tujuh Keramat di Hutan  Rimau Kampung Tok Janggut. Matanya tidak lepas dari memandang  keindahan air terjun dengan biasan pelangi yang menjadi bualan warga kaki aktiviti outdoor  sepertinya dan Seth. 


Sejujurnya Air Terjun Tujuh  Keramat itu telah lama menjadi sebahagian daripada tempat yang ingin di taklukinya. Apatah lagi setelah dia berkenalan  dan bersahabat dengan Seth yang juga sekepala dengan nya. 

Dan sebaik mengetahui keturunan sahabatnya itu adalah berasal daripada Kampung Tok Janggut, terus sahaja dia mengajak Seth bersama mengikuti aktiviti outdoor yang menjadi kegilaannya. “Hehhh mana lah tahu.. kot-kot ada puteri bunian tunggu aku kat sini” desis hati Kamarul sambil bibirnya menguntum senyuman sinis. 


 “Aaahh.. jap-jap..tunggu aku jap Kama!!” Seth menyahut. Jarak antara dia Kamarul hanya lebih kurang beberapa meter sahaja, namun Seth merasakan persekitarannya sunyi dan sepi. “Sapp..ssssaaapppp..praaakkkk..praaakkkk!!” 

“Huhhh!!? Woiiii!? Sape tuhhh??!” Seth melingas kiri dan kanan. Dia meraup belakang tengkuk dan romanya tegak berdiri. “Ko Seth bila masuk utan tuh karang jangan lupe mintak izin dulu nak lalu kawasan orang..cakap macam nih hahh “Salam tok nenek.. anak cucu tumpang lalu!” Terngiang-ngiang pesan opahnya di telinga. 

 Dia dapat melihat Kama yang masih bertinggung kawasan air terjun nun di hadapan sana,  jadi siapa yang kedengaran seperti mengekori langkahnya?!

Seth memusingkan tubuh dengan perasaan gentar. Bibirnya berkumat kumit membaca apa sahaja doa yang terlintas dihati. Mata Seth memandang lurus ke arah denai yang telah dilalui sebentar tadi. Yang kelihatan hanyalah kesan tapak kasut dia dan Kamarul.  

“Argghh.. perasaan aku je kot”.. keluh Seth sendirian. Bahu nya mulai terasa semakin lenguh kerana beban beg camping yang digalas. Namun sewaktu Seth baru sahaja mengangkat sebelah kakinya untuk beredar, tiba-tiba sahaja tali beg galasnya terputus. “Gedebukkk!” tergolek jatuh beg galas ke tanah. “Aarhhhggg.. pulakkkkkk!! Time-time macam ni lahh tali nak putus pun!!” Seth bersungut lantas menunduk untuk mencapai beg galasnya. 

“Hurmmmmm..auuumnmmmm...auuumgggrrrrrrrrr!!”...

“Huhhhh!??”

Mata Seth buntang saat dia melihat dengan jelas kelibat sang belang di hadapannya. “Bbbbilaaa masaaa sang belang ni muncul?!” Semangat jantan Seth hampir terbang melayang. Jejeran air liur dihujung taring sang belang menambahkan kegerunan di hati Seth. Kabus nipis terhasil daripada hembusan nafas sang belang yang masih berdiri diatas empat kakinya. 


Pandangan mata sang belang seakan mahu menikam jantungnya. 

“Kauu!! Kau keturunan Tok Janggut kannn?!” 

“Huuh??” Seth pasti dia mendengar pertanyaan tersebut, namun dia tidak melihat ada gerakan pada mulut bertaring sang belang yang masih berada  di hadapannya. “Siapa yang bertanya?!” 

“Kkeenapaa kau nnakkk tahu?!” Seth menjawab dalam keraguan ditambah dengan ketakutan. 

“Kau mesti bawa aku keluar dari hutan nih!!” serentak dengan itu, sang belang menderam dengan kuat. Menyeringai menampakkan barisan gigi harimau  bertaring penuh seakan mahu menyatakan “kalau tak mahu mati, buat apa yang aku suruh!”. 

“Hahh?!  Seth terhenyak di lantai hutan. “Kkkennapaa akku kena bawak kau kelluuarr dari hhhutan nihh??!”

“Sebab dalam badan kau mengalir darah keturunan Tok Janggut!!

                   ********************************

“Sethhh!! Sethhh!! Sethhh!! Ko ok tak bro?! Heyyy??!” 

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.