Home Novel Cinta Aku Ikhlas Kau Pergi
Aku Ikhlas Kau Pergi
fatyyn_cool
22/7/2021 03:18:30
6,189
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 2

Di Asrama Lelaki

(Farish baring di atas katil sambil termenung memikirkan budak perempuan yang berani  menolaknyasebagai seorang kawan. Panggilan telefon di telefon Farish asyik berbunyi sehingga membuatkan kawan sebiliknya Aiman berasa rimas.)

 

AIMAN: Wey Farish,telefon kau tu asyik berbunyi je daritadi. Bising bodoh memekak je dari tadi. Cuba kau angkat je call tu. Tak adalah dari tadi berbunyi je.

 

(Farish langsung tidak mendengar apa yang dikatakan olehAiman kerana terlalu fokus memikirkan perkara tadi. Aiman yang melihat tiada tindak balas dari Farish terus bergerak dari katilnya ke katil Farish.)

 

AIMAN: Woi. (sambil membawa bantalnya. Apabila tiada tindak balas juga dari Farish, Aiman yang sedang memegang bantalnya terus memukul Farish menggunakan bantal tersebut.

FARISH: Kepala otak kau! Sakit bodoh. Kau kenapa hah?

AIMAN: Kau tanya aku kenapa? Kau tu yang sepatutnya kenapa hah bodoh? Dah berpuluh-puluh kali aku panggil tapi satu pun kau tak dengar.

FARISH: Oh ye ke. Hah kenapa? Kau nak apa dari aku?

AIMAN: Bukan aku le. Awek kau si Zarina tu asyik call lagi tadi kau tahu tak? Lepastu dengan kau yg tengah termenung. Bising tahu tak telefon kau. Lebih baik kau angkat sebelum aku jadi mangsa call dari dia.

FARISH: Alahai apa lah minah gedik tu nak. Aku malas lah nak layan dia.

AIMAN: Eh tak ada tak ada. Lebih baik kau angkat sebelum aku sendiri yang campak telefon kau ke luar tingkap.

FARISH: Bodoh lah. Iye iye aku call dia. (Sambil mencari nombor telefon Zarina di telefon bimbitnya.)

 

Slot Telefon antara Farish dan Zarina.

 

ZARINA: Baby!! Why you tak angkat call i? Penat tahu tak i call you berkali kali. You dengan perempuan mana tu.

FARISH: Ada je dalam bilik kat asrama. Kenapa you call? Ada apa-apa ke?

ZARINA: Aikk tak boleh ke girlfriend nak call boyfriend sendiri? You kenapa? Lebih baik you bagi tahu i, apa yang you sorokkan dekat i?

FARISH: Ish tak ada apa apa lah. I tanya je sebab banyak kali you call. I ingatkan benda urgent sangat lah tadi.

ZARINA: Dah you yang tak angkat call, so i call je lah banyak kali sebab mana lah tahu tengah dating dengan perempuan lain.

FARISH: Tak ada perempuan lain lah. I kat bilik je dengan Aiman. Malas nak pergi mana mana.

ZARINA: Alah baby. Tapi i nak you teman i pergi shopping hmm. I bosan lah baby dkt asrama ni tak boleh nak buat apa.  Assignment pulak malas nak buat.

FARISH: I dah lah malas nak keluar. You boleh ajak i keluar pulak ye. Pukul berapa sayang nak keluar?

ZARINA: Yeah thank you baby!! Love you more. Pukul 3 lahbaby, u ambil i kat asrama okey.

FARISH: Okey sayang. Nanti cam biasa i tunggu bawah okey. Okeylah i nak rehat jap lepastu nak siap siap okey. Nanti apa apa chat okey sayang.

ZARINA: Okey baby. Baiklah. U jangan nak chat sesiapa yer. Loveyou baby!!!

FARISH: Tak ada chat sesiapa pun. Love you too sayang. Muah.

 

(Farish terus mematikan panggilan telefonnya dengan Zarina.Aiman yang lagi tadi baring di atas katil sambil curi curi dengan perbualan mereka. Terus bertanya kepada Farish.)

 

AIMAN: Kau nak keluar dengan Zarina ke?

FARISH: Aah kejap lagi. Pukul 3 macam tu lah. Kenapa? Nak ikut ke? Hahahaah

AIMAN: Tak ada maknanya aku nak kacau korang berdua dating.

FARISH: Dating apanya. Kau tahu kan aku anggap si Zarina tu macam apa je. Lagipun dia tu hanya lah sementara untuk aku bawak ke mana mana sebab dia cantik. So sesuai lah dengan aku yang handsome dan kaya ni.

AIMAN: Aku tahu sangat dengan kau. Bukan aku dengan kawan-kawan yang lain je tahu perangai kau macam mana. Satu kolej tahu kau ni tahu yang perangai kau yang suka bertukar ganti perempuan macam bertukar ganti pakaian.

FARISH: Memang lah. Lagipun semua perempuan yang aku jumpa hanya nak duit aku je. Pergi shopping, spa lah, beli barang make up dan banyak lagi. So aku pun ikutkan je. Asalkan lepas aku dapat semua dan puaskan hati aku. Memang aku tinggalkan lah.

AIMAN: Hahahhah bodoh lah. Wey, tadi kau termenung apa siak? Penat aku jerit sampai nak pecah tekak aku.

FARISH: Ohhh hahahaha. Aku terfikirkan budak perempuan kat kantin tadi lah bodoh. Berani betul dia reject aku. Dia ingat dia siapa. Perghh geram siak. Memang aku pastikan yang dia tu akan terkejar kejar dekat aku akhirnya nanti. Hahaha.

AIMAN: Patutlah macam mayat hidup je tak bergerak langsung. Kau boleh lah, kau pasti akan dapat kan dia. Kau siapa je tak kenal. Kaki perempuan,kaki ayat manis, kaki semuanya kau jelah yer. Hahaha.

FARISH: Hahaha. Kaki kaki juga. Aku nak tido jap. Nanti pukul 2.30 kau kejut aku wey.

AIMAN: Hahaha okey okey baiklah.

 

-END PART 2-

 

Apakah yang dimaksudkan oleh Farish setelah dia dapat dan puas? Adakah hubungan Farish dengan Zarina akan kekal? Adakah Farish yang seorang kaki perempuan berjaya mendapatkan Alya?
Previous: BAB 1
Next: Spontan

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh fatyyn_cool