Home Novel Cinta Kisah Yang Sempurna
Kisah Yang Sempurna
17/8/2014 18:53:14
13,393
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Prolog
Dengan rasa terkejut, aku pandang muka Daddy. “You want me to find what!”

“A wife,” Daddy membalas tenang.

Aku pantas bangun daripada duduk, dan tangan kanan menggosok kiri dada. Jantungnya bagaikan mahu tercabut daripada tangkainya dengan kenyataan ulangan Daddy. A wife? Oh, never in a million years. Kepala digeleng laju, tidak percaya apa yang di dengar dengan telinga sendiri. Baginya semua ini sangat menggarut. Pastinya Daddy hanya ingin bergurau sahaja kerana sebelum ini, mereka berdua tidak pernah mempersoalkan perkara tersebut termasuklah Mummy.

Kini, tanpa ada hujan mahupun ribut taufan. Daddy tiba-tiba datang bertandang ke pejabatnya dan membuat permintaan yang tidak masuk akal. Apakah Daddy ada terhantuk dimana-mana dinding masa bangun daripada tidur pagi tadi? Dan membuat kesimpulan; Yeah today, I want daughter-in-law. Aku kemudian menarik senyuman sinis. Balik nanti, akan aku tanyakan pada pembantu rumah mereka.

Melihat Daddy masih menunggu kata daripadanya, menjadikan keadaan sangat canggung. Menghampiri meja kerja yang tersusun beberapa fail yang perlu disemak. Aku membuka kot Armani yang tersarung di badan dan diletakkan pada kepala kerusi. Daddy hanya melihat setiap pergerakannya tanpa berkalih, membuatkannya kecut perut. Perlahan pula otaknya ingin menyusun ayat. Padahal aku orang business, dan sering berhadapan dengan situasi begini. Tetapi masalahnya, Daddy lebih makan garam daripadanya. Kalau salah kata, aku sendiri terkena balik. Menarik nafas panjang, aku membuka mulut. “But Dad, I’m old enough to make my own choices. Let me live my own life.” Please, dan menyambung dalam hati.

“Kehidupan apa kamu maksudkan!” Jerkahan Daddy membuatkan suasana mula terasa tegang. Hah, itu kan aku sudah kata. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak susun kata aku juga terkena balik. “Mummy and Daddy tired seen how workaholic are you and try avoid all the women came to your life. Beritahu Daddy sekarang!”

“Itu…” Aku menggaru kepala yang tidak gatal dan mencuba mencari alasan.

Aku mengakui, dia antara jenis lelaki yang dimaksudkan Daddy. Tapi, itu semua bagus bukan? Daddy sepatutnya menggucapkan syukur. What if he did something wild and make his scandals appear on every newspaper in the morning. Mahu Mummy kejarnya keliling rumah. Lagipun hatinya lebih senang bergulumang dengan semua fail dan segala kertas kerja yang datang tanpa henti. Kerana aku tidak suka semua perempuan yang datang padanya, mereka menggesel-gesel seperti kucing miang. And he hate cats!

“I’ll give you two months and if you fail to introduce your wife to us, I will disinherit you. Dan Daddy akan serahkan semuanya pada Kamal.”

“You won’t.” Aku berkata terkejut dengan keputusan drastic Daddy. And two months? Are you crazy?

“I will. Why not, sekurang-kurangnya dia juga hebat dalam berniaga.” Daddy masih dalam nada serius.

“In a dirty way. And it’s a big no!” Kamal adalah sepupunya, dan aku tidak suka caranya berurusan dengan pelanggan.Banyak khabar angin yang aku sendiri telah dengar. Dan itu adalah benar belaka. And he’ll not work under him. Over his dead body!

Mereka berbalas pandangan. Renungan tajam Daddy padanya hingga menusuk ke dalam mata dan membawa ke buah pinggang. Mahu terkuncil rasanya. “Yes. Keputusan Daddy muktamad. Semuanya terpulang pada kamu. And I think Kamal is the best choice so far.”

“What? Dad you’re being unfair!” Aku memberontak. “Come on Dad, ini semua benda kecil.”

“Ini bukan benda kecil. I’m serious. I want you to settle down. I can’t trust you to run this company properly while still a bachelor. Banyak dugaannya-”

“I can through it. Macam sekarang.” Aku mencelah. Lihat dirinya, bagaimana aku bermula daripada bawah. Balik daripada belajar oversea, terus bekerja bersama Daddy. Membiasakan diri dengan dunia korporat dan sedikit-sedikit berjaya mendapat kepercayaan Daddy untuk menerajui beberapa syarikat kecil di bawah jagaan mereka. And now he’s competent enough!

Daddy bangun daripada kerusi dan menghampirinya. Belakang bahunya ditepuk-tepuk manja, “Ini bukan hanya untuk syarikat semata-mata. You’re already 28 years old. Kahwinlah dan kemudian baru Daddy akan bagi semuanya.I promise, you’ll be fine. I just need you to do this. Tolong, ikutlah cakap Daddy. And later, Daddy boleh teman Mummy dekat rumah. Kesian Mummy kena tinggal sorang-sorang, kami juga bukannya semakin muda. What if I die without seeing my grand kids?”

Aku menggundur setapak dan membuang pandang ke kota raya Kuala Lumpur. Kata-kata Daddy membuatkannya serba salah. “But I’m not interested in marriage and woman. And-”

“Jangan risau.” Daddy meyakinkannya. Menggosok janggut tuanya, Daddy berkata. “Mya Fariza, anak kepada Datuk Deraman, fancies you. Daddy rasa dia sesuai. Later your Mummy will arrange it, if you want.”

Aku buat muka. Urgh, Mya Fariza! Model terkenal yang kurus kering itu. “No. I’ll never get married to that type of women!”

“Up to you.” Dan Daddy angkat kedua belah bahunya.

Berpeluk tubuh, aku berpaling menghadap Daddy. “Baik. But I’ll choose my own wife.” Even marriage is not for me.




Ammar Dubies melarikan anak matanya disekitar ruangan dalaman café tersebut. Kata putus yang diucapkan olehnya pada Daddy membuatkannya mati akal. Semua kerja yang dilakukan selepas itu hampir-hampir membuatkan syarikat kerugian jutaan dolar. Serabut, aku terus memaklumkan kepada setiausahanya untuk pulang awal dan memandu keluar tanpa arah. Bila sedar minyak sudah menginjak merah, aku masih menemui jalan buntu. Satu nombor dihubungi, berharap perjumpaan sebentar nanti dapat meleraikan kekusutan yang dialami.

Meat pea macaroni & Cheese diatas mejanya yang baru dihantar oleh pelayan dipandang tidak terusik. I’m boredom! Tidak pasti sama ada itu disebabkan oleh makanan dipesan atau sebab orang yang ditunggu-tunggu tidak menampakkan bayang lagi. Lengan kemeja putih aku lipat ke siku, sekilas jam Rolex dipandang untuk kali keempat. Iphone dikeluarkan daripada poket seluar, membuat andaian jika menerima mesej atau sebarang panggilan. Namun kembali hampa sebab orang yang diharapkan tidak terpapar. Menyimpan balik, aku membuat keputusan untuk berlalu jika harus menunggu lebih lama. Namun belum sempat berbuat apa-apa, satu suara menegurnya daripada belakang. “Whoa! What’s up man?”

Aku meggumam geram dan menyandar kembali pada kerusinya. Senyuman segaris dilempar pada Khairul, kawan baik merangkap bekas rakan sekelas semasa menuntut di luar negara beberapa tahun lepas. “You have to help me out here.” Dan berkata tiada nada.

“Well, nampak macam teruk”, Khairul membalas. Membuat pesanan selepas mendapatkan tempat bertentangan dengannya. “So, spill it then.”

Melepaskan keluhan berat dan memperbetulkan duduk. Aku menceritakan semuanya, dan bagaimana dia boleh jadi gila dengan apa yang terjadi. “A wife, and I only have two months!,” Aku mengakhiri kata, sebelum Daddy bertindak dengan keputusan ‘luar alamnya’.

Khairul yang mendengar tidak langsung mencelah dan jaw dropped tanda terkejut. Air fresh orange yang dipesan belum sempat diletak elok oleh pelayan di atas meja, dicapai rakus. Membuatkan si pelayan memandang dan meninggalkan mereka berdua dengan pandangan yang pelik. “So, any suggestions?” Aku bertanya.

Sehingga habis air diminum Khairul, namun tiada sepatah yang keluar daripada mulutnya. Cuma matanya sekejap memandang padanya kemudian menggeleng, dan menggeleng lagi. Aku jadi tidak senang dan risau, “Boleh kau cakap sesuatu tak?”

“What do you want me to say? There’s nothing to say.” Khairul berterus terang.

“Beritahu aku apa kau sedang fikir. Jangan tergeleng-geleng sahaja.”

Khairul menolak tepi gelasnya. Muka seribu satu masalah kawannya dicerlung dalam. Dan mengganggkat kedua belah tangannya sambil berkata. “That’s messed up! Aku seriously tidak menyangka kau boleh tersangkut dalam satu janji yang sangat penting ini. You’re so perfect in person, Dub. Tapi, ini tentang masa depan kau.” Dia menongkat dagu pula, kedua kening diangkat. “Mungkin ini waktunya untuk kau melangkah ke satu tahap yang baru?”

Aku terdiam sejenak dan mula berfikir akan maksud kawannya itu. Tahap yang baru? Aku speechless. Baginya perkahwinan adalah perkara yang meremehkan. Dia adalah manusia yang mempunyai segalanya. Kekayaan, kuasa, kereta mewah, dan rupa. Jadi, apalah sangat untuk dihairankan bila ramai perempuan yang ingin berdamping dengannya. Namun bila Daddy menekankan title wife, aku jadi manusia yang tidak punya jawapan. Menggingati ugutan Daddy pula, semuanya menjadi semakin tertekan. Wife or he will disinherited?

Jari-jemarinya digengam erat. “I don’t think so.”

Mummy dihubungi sejurus Daddy keluar daripada pejabatnya, mulanya wanita kesayangannya itu terkejut sama. Aku terus berbual untuk meminta sokongan membantah bersama, lastly Mummy berpihak pada Daddy. Malah menyuruhnya melaksanakan secepat mungkin. Segala pujuk rayu langsung ditepis hebat dengan segala hujah ayat yang melemahkan dirinya sebagai seorang anak. Huh, Daddy pasti sengaja melakukan ini. He knew it!

Khairul menyambung, “Dub, I think it is. You just go on with your Dad planning. Macam kau tak tahu dengan Daddy sendiri, Datuk Seri Ali Jenson. Apa yang dia nak pasti akan terjadi.” By hook or by crook, Khairul berkata dalam hati.

“But-” Aku mencelah tapi dipotong balik oleh Khairul.

“And last but not least, aku menyokong sebenarnya semua ini. I supposed they are getting worried. Dengan umur sekarang, kau memang patut kena kahwin. Macam aku.” Khairul menunjukkan cincin di jarinya dan tersenyum bahagia. Fish and Chips, dijamah penuh selera.

Dubies berdehem perlahan. Sesungguhnya kebahagian Khairul adalah kebahagiaan juga. Tapi aku not in mood. Dan merasakan dirirnya tenggelam dalam kerusi yang diduduki.

“Kau pilihlah mana perempuan yang sesuai.” Khairul memberikan pendapat apabila tiada tindak balas.

Aku kerut dahi, “Pilih siapa?” Khairul memberikan senyuman penuh maksud tersirat. “I don’t think so.” Bagaikan mengerti, aku membalas. Perempuan yang dia kenal semuanya adalah talam dua muka, mereka hanya inginkan hartanya. Mummy pasti kecewa dan tidak setuju. “Kau carikan untuk aku.” Dan memberi usul.

Khairul menolak cara baik. “Sorry, bro. Untuk bab ini aku tak boleh tolong. Kau yang kena cari sendiri, your girl. And take her to meet your parents.” Nanti kalau in future apa-apa terjadi, tak adalah dia dipersalahkan.

“Mana aku nak cari, that girl?” Aku menyoal lurus.

“Tepi jalan.” Khairul menjawab.

“Boleh dipakai idea kau.” Aku membalas sarkastik.

Khairul tersengih. Pinggan milik Dubies yang belum disentuh ditarik kepadanya. “Beginilah. Apa kata, kau balik tengok pada mana-mana perempuan yang kau kenal. Kau tapislah satu-satu. Second, kau tanya Datin Seri Hayani, your mum, mana tahu dia ada calon sesuai. Last, if you’re too desperate… buatlah temuduga. Wanted: A wife.” Khairul memberi cadangan dan disambut jelingan ‘maut’ Dubies. Dia ketawa lepas. “Kau pasti jumpa. Don’t worry okay.” Dan menghabiskan segalanya di dalam pinggan tersebut.

Aku angkat kedua belah bahu. “Sound easy, but hard.”

Mereka masing-masing terdiam dan melayan perasaan. Tiba-tiba seminit kemudian, telefon bimbit Khairul berbunyi. Dan kawannya itu pantas bangun daripada duduk dan meneguk sekali gelas Kiwi juice miliknya. “Dub, aku balik dulu. Syai sudah telefon, ‘cause actually aku cakap aku nak pergi kedai runcit dekat tepi condo rumah aku sahaja. Tapi demi kau, aku sanggup berjalan datang ke sini. Sorry bro. And thank you belanja makanan ini semua. So if you got anything, give me a call. Night.” Dan terus berjalan keluar tergesa-gesa.

Aku binggung tidak berganjak dengan script rapper Khairul. Kemudian barulah dia tersedar. Ceh, berani dia tipu Syai. Dan patutlah suruhnya berjumpa di café sini. Kedudukan yang hanya terpisah dua blok daripada condominium kawannya itu. Kalau jalan kaki pun tak sampai lima minit. Khairul, Khairul…Menggenangkan nasib diri pula, aku menyambung keluh.

Membuat bayaran, aku menuju pada kereta Lamborghini merah. Menekan punat kunci, dan mengambil tempat dibahagian pemandu. Merehatkan badan di kerusi kulit tersebut, matanya dipejam kejap. A wife in two months? Ayat itu diulang-ulang hingga kepalanya terasa sakit. Menghidupkan enjin kereta, dia membelah kepekatan malam. Dia perlu balik ke Penthouse miliknya, mandi dan terus tidur.

End.

p/s- So readers, how is it? If you all perasan, i kept on adjusting 'cause i think it's too cliché. Sorry dear. But i promise. This is the real one. So, see you all in next first chapter. And we’ll meet the heroin. Yeah!Just keep on reading :)

Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.